25.11.11

Macam mana nak handle student yang kurang hajar gila!

Hello u olls.  Kalau u olls nak tau,  akak kerja kat USM ni sebagai penjaga budak-budak undergraduate yang masuk belajar di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.  3 tahun they olls kat sini,  3 tahun la depa kena buat baik dengan akak sebab kalau depa tak buat baik dengan akak maka akak akan kekwat dengan depa sampaila depa bergraduasi.  HAAAAAAA HAAAAA HAAAAAA!  Tapi so far semua student Soc Sc adalah tidak kekwat dengan akak and depa sangat baik dengan akak.  Walaupun depa dah berpangkat tinggi di merata-rata Melesia ini,  they always remember akak and always datang office akak sekali sekala.  Thanks u olls semua. 

So,  dalam ramai-ramai student kat tempat kerja akak ni,  ada juga akak dengar empat lima orang yang kerja dengan USM and IPTA/IPTS lain dan kerja depa lebih kurang macam akak iaitu menjaga 'Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar".  So far ada la sorang ni,  dia duk ngadu dengan akak dia kata "Aku baru tau macam mana susah handle student ni.  Macam-macam pe'el.  Gila aku respect hang boleh layan kami semua sorang-sorang.  Now aku betui-betui faham apa hang lalui,"  kata bekas pelajar itu yang actually usia dia lebih kertu dari akak.  So we olls bahasakan diri aku-hang saja.

So,  hari ini macam mana ka,  akak dapat satu emel daripada bekas belajar akak.  Emel dia seperti berikut  : 

Hai Pn Jumie,
Kalau Kak Jumie ingat,  nama saya Rozzi.  Saya student Kerja Sosial yang minta gambar masa ambik sijil dekan dulu.

Terpanggil untuk share dengan kak tentang segala2nya.  Mungkin dah terbiasa.
Saya dah kerja dekat satu kolej swasta ni.  Kiranya macam dekat HEP la.

Macam-macam saya kena lalui.  Mungkin sebab ini kolej swasta..jadi pelajarnya unrespected dekat saya.

Saya baru 5 hari kerja tapi saya dah boleh conclude segala-galanya pasal pelajar koleh ini.  Tetapi apa yang saya rasa ialah "Oh..nampaknya USM & PPSK tempat yang paling bahagia pernah saya pergi"

Tapi kenapa ye kolej ini  tak macam USM????

Pelajar yang mulut macam ape je.  Staff yang bermuka-muka.  Struktur yang memang  tak berstruktur.  Semalam ade sorang budak nie,   pakai masuk je bilik saya...siap boleh cakap  “Miss Rozzi,  saya benci tengok muka Miss Rozzi dekat sini.  Kami bayar gaji staff ye"

Tekejut saya rasa.  Sebak tu jangan cakap la.  Saya kecewa sangat duduk disini.  Tapi saya kuatkan semangat.  Saya kata saya boleh buat.

Tapi Kak Jumie,  kebanyakkan daripada mereka  tak seperti pelajar USM.  Mereka tak ada ADAB.  Melayu ke,  Cina ke,  India ke…semua macam takdak budi pekerti langsung.

Adakah sebab mereka bayar gaji kita sebab itu mereka senang-senang je nak cakap bukan-bukan dengan kita?  Saya sangat berhajat untuk bekerja disini tapi makin lama passion tu makin bekurangan.  Saya  tak terasa apa2 pun.

Betapa kolej ini telah memberikan saya perspektif negatif. Ntah lah kak.  Kadang-kadang rasa nak berhenti tapi mengenangkan nak bayar duit sambung pengajian saya ke peringkat sarjana ni,  saya buang jauh-jauh perasaan ini.  Tapi sampai bila tu saya tak tahu la.

Saya cuma mahukan pandangan dan pendapat Kak Jumie.  Macam mana la saya nak menghadapi semua ini?

Minta maaf sebab  tak formal.

Rozzi

Wells!! Tersentap akak membaca emel ini.  (Opkos akak telah mengedit beberapa informasi dalam emel ini bagi melindungi perkara mengenai orang-orang tertentu).  Akak tak dapat bayangkan perasaan akak pulak kalau akak ditempat Miss Rozzi.  Bayangkan orang kata orang tak mau tengok muka kita?  Kena carut depan-depan nyahhh!! Boleh nak termeninggal mendengar statement itu.

So u olls semua.  Inilah jawapan akak kepada beliau  :

Assalamualaikum Miss Rozzi!!

Akak dah bukak profile pelajar graduated dan akak kenal hang sapa.  Akak masih ingat.  Tak sangka ampa dah grad.  Akak ni dah tak ingat sebab dah ramai 'anak-anak' akak yang dah berjaya sekarang.

First of all,  akak baca emel hang ni hati akak membara-bara.  Kalaulah akak dapat berada di sebelah hang dan memberi semangat! 

Akak harap hang jangan putus asa.  Bak pesan Dato Siti Nurhaliza "Tak hidup dipuji,  tak mati dek keji."  Setakat kena carut dengan budak budak hingusan itu apa lah sangat?

Mesti ada sebab mengapa budak-budak itu marah sangat dengan hang.  Kalau akak jadi hang,  akak akan panggil budak itu dan tanya kenapa dia bercakap macam itu.  Kata kat dia elok-elok,  saya mintak maaf kenapa cik tak suka tengok muka saya.  Tapi ini muka yang Tuhan dah cipta untuk saya.  Saya tak dapat tolong cik sebab cik tak suka.  Tapi maybe saya boleh tolong cik kalau ada benda-benda dalam pentadbiran kami yang cik tak suka and tak puas hati.  Kalau cik cakap elok-elok dengan saya,  mesti saya sangat happy untuk membantu.
  (TAPI BENDA NI,  AKAK CAKAP JAAA PANDAI!! CUBA KENA SENDIRI TENGOKKKKKKKKKKKK! MAMPUIH AKAK PUN MATI KUTU DEPAN TU TERSENTAP!)

Jangan layan mereka macam budak-budak sekolah.  Walaupun hakikat mereka masih muda and sometimes tak matang,  tapi "keep your friend close but keep your enemy closer,".  Awak kena tahu apakah cara terbaik untuk menjadi 'rakan' kepada para pelajar tersebut.  Awak kena selami hati mereka.  Layan mereka seperti kawan.  Bantu mereka seikhlas hati.  Mungkin pegawai sebelum kamu adalah seseorang yang tidak prihatin kepada kebajikan pelajar and sebab itu mereka anggap kamu sama.  Tanggungjawab kamu untuk ubah persepsi itu.  Kamu baru masuk kerja 5 hari,  memanglah BLUR!!! Tapi jangan jadi blur terlalu lama.

Pelajar ialah SUMBER UTAMA pendapat sesuatu pengajian.  Sebab itu,  pelajar adalah keutamaan pertama di USM.  Memang betul mereka yang bayar gaji kita,  TAPI PADA MASA YANG SAMA BUKAN DEPA BAYAR GAJI KITA SEMATA-MATA UNTUK BAGI DEPA MAKI KITA TAK TENTU PASAL.  MAK BAPAK KITA PUN TAK PERNAH MAKI KITA.  AWAT DEPA NAK MAKI KITA LEBIH - LEBIH? - Dalam kes student tu,  akak rasa dia marah kat seluruh pentadbiran kolej kamu.  Dan dia attack kamu secara peribadi sebab dia tak tau macam mana nak luah perasaan dia.

Senang sangat nak berbaik dengan student!  Tak payah pakai duit pun.  Ini tips-tips akak kat hang  :


RAJIN SENYUM!!!! Jangan muka kekwat selalu.  Depa marah kita pun takpa...senyum saja.  And always hang senyum dulu. (Tapi akak kadang-kadang suka buat muka kekwat kat student sebab tak mau bagi nampak mesra sangat.  Students ni kalau kita buat mesra rakyat sangat,  depa nanti mai buat muka wellfare saja kat office kita.  Sampai semua benda kita nak kena SUAP kat depa! So sebab itu kadang-kadang akak saja buat muka kekwat kat students.  Dalam kes akak lain ya...sebab akak dah ada 'territory akak sendiri).

Kalau jumpa student,  tegur mereka.  "hai selamat pagi...."  "  Cantek baju awak ni.  Beli mana?"  Kalau budak lelaki pulak  "Hai...awak ni orang mana? "  Atau saya suka tanya budak laki "Hang ni ada marka tak?"  haaaaaaa....mulakan dengan dua tiga pelajar dulu.  And pastu ingat nama depa.  Pastu second time panggil dia dengan nama.  MESTI PELAJAR TU AKAN SUKA dan rasa kamu UTAMAKAN DIA.

Akak rasa itu dulu yang akak boleh pesan kat hang.  Kalau ada lagi pelajar yang cuba attack hang sehingga tidak dihormati,  hang boleh buat laporan polis / ketua jabatan.  Tapi akak rasa,  pelajar hang ni semua ada yang tak puas hati dengan kolej,  depa rasa depa bayar macam-macam tapi servis tak memuaskan.  Hang kena selidik benda ni.


Akhir kata,  thank you sebab contact akak tentang benda ni.  Akak pun dulu suka marah ampa.  Tapi aku marah sebab aku anggap ampa ni semua adik adik and anak-anak yang NAKAL and DEGIL!  Dah emel semua amcam -macam pun ada manja keteik yang tak tau apa benda dalam school.  HARUSLAH KENA MARAH dengan akak.

ps/  Pasang niat ikhlas insya allah,  Allah akan tolong hang.  Selamat maju jaya.
 
Sekian,  terima kasih.

Jumizah Samsudin
Work :  Undergraduate Students School of Social Sciences USM
Personal :  JumieSamsudin.Com

Selepas menghantar emel ini kepada Miss Rozie.  Beliau membalas emel akak dan berkata dia berasa lega dan now dia mendapat sedikit motivasi untuk mengadap tempat kerja dia.  Marilah kita beramai-ramai mendoakan agar kawan akak ini menjadi seorang pegawai yang berjaya mengubah persepsi pelajar di kolej itu kepada semua staf pentadbiran di tempat kerjanya secara am.  I really hope yang beliau akan terus berjaya dan membuat yang terbaik!!

And akak harap,  akak share cerita ini dengan u olls semua sebagai sesuatu yang boleh kita fikirkan bersama.  Jangan asyik nak complain sahaja tentang perkhidmatan di belakang kaunter,  actually kita sebagai penggunakan pun kena bersiap sedia dan jadi pengguna yang 'bertamadun' juga.

Nasib baik hang graduate kat School of Social Sciences USM.  Kalau hang grad dari Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry mampuihlah students tu semua mati kena "EKSPELIAMURSSS" dengan hang.  Teruih semua tertungging keluak dari office.  Tak berani mai teruih!

5 comments:

  1. tringt zmn mase mule2 mgenali Jumie...ops..Pn Jumie..
    tmpt meluahkan sume prkara... sgt sng..: )
    opis jumie tmpt persinggahan abis klas...

    ReplyDelete
  2. slm,
    hadek Rozzi
    akk pn keje kt IPTS gak....ade je student cmtuh yg jenis ver2 byr gaji staff tp...
    kne pndai tackle dorg la cmmne nk jd kan dorg "rakan" kt....
    kt kene pndai main peranan
    time keje kene seyes, lua pd time kerje blh la lepak2 minum dgn dorg.... TIADA YG MUSTAHIL!!!
    u ols kene kuat...bia dorg hormat kite...kalo slh dorg tego bek2...tp akk ada cara akk cmne nak menegur student yg ketwat nie...! so far alhamdulillah student ok jah...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Dylla : ???/

    Madie : YES!!! Ampa 3 dara pingitan yang suka mengkacau aku!

    Noks Sempoi : Siries noks......thanks for reading dan bagi komen.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...