9.11.11

Miss World 2011 - Ivian Lunasol Sarcos Colmenares

Hello u olls semua. Hari ini akak dengan rasa bangganya apabila seorang wanita daripada negara kelahiran akak iaitu Venezuela telah pun dinobatkan sebagai Miss World 2011. Beliau yang akak maksudkan ialah saudari Ivian Lunasol Sarcos Colmenares. Beliau dinobatkan sebagai ratu dunia 2011 dalam satu majlis yang diadakan pada Ahad, 6 November yang lalu.


Sedikit sebanyak mengenai perempuan  yang berumur 21 tahun ini,  dia merupakan anak yatim piatu u olls.  Dia dan 12 adik beradiknya yang lain telah kehilangan ibu bapa they olls masa they olls kecik lagi.  So Ivian telah ditempatkan di sebuah sekolah untuk bakal-bakal rahib gitu malah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang biara satu hari nanti. Tapi selepas 5 tahun belajar di sekolah itu,  beliau sambung buat ijazah dalam bahagian pengurusan sumber manusia dan bekerja dalam industri penyiaran and tiba tiba TOOOSHHHHHHHHHHHHHH!!! Jadi Miss World 2011 teruih.  KAU MAMPU????

Patutlah beliau sebak u olls.  Mesti zaman kecik-kecik dia menderita ala-ala Sendrelela u olls.  Tiba-tiba lani teruih jadi Miss World 2011. Takdak sapa berani buat kekwat kat dia dah.

Sesi menurunkan takhta daripada Miss World tahun lepas iaitu Alexandria Mills dari Amerika. 
Akak tak berapa suka dress ini sebab skirt dia macam organza-organza murah.  Sorrylah akak punya taste kalau berbeza dengan u olls.  Tapi yang penting akak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tang kasut dia!! :)


Tahniah u olls.  Selamat menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Miss World 2011.  :)

Ehsan  : Dailymail.co.uk

4 comments:

  1. ekceli kita suka sangat dress dia cantik! tapi bila cakap cam organza baru perasan.. ingatkan cam bulu2 ker.. tapi heel dia memang kelas!

    ReplyDelete
  2. Kannnnnnnnnnnn!! Adakah u olls akan membuat dress kawen macam ni untuk cik nemo? hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Lutut dya hitam sgt, kena p bleach. Tapi segak dia noh walaupun gelap. Nila baru cantik

    ReplyDelete
  4. ammbooiii depa tengok sampai tang lututt.....tapi memang nampak dia sangat tanned yaa....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...