22.11.11

Ulasan Fesyen untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 18

Herlo u olls semua.  Hujung-hujung tahun ni,  banyak pulak event anugerah-anugerah ni.  Maka makin bertambahlah 'home work' akak ya.  Kalau hari tu akak feeling membuat ulasan pemesyen-pemesyen untuk majlis ASK2011,  kali ini akak akan membuat beberapa ulasan untuk pakaian para retis Melesia sempena majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 18.  AIM ni kira ala-ala Grammy la kat Amerika tu kan?  So kalau ikut resmi Grammy Awards kat Amerika tu,  selalunya retis depa akan pakai formal tapi funky sikit.  Ala-ala smart casual macam tu.

Sesuatu yang NEW untuk semua pembaca setia JumieSamsudin.com,  u olllssssssss!! Now akak dah ada penyumbang gambar rasmi untuk segala acara-acara Red Carpet kat Kulompo itu!  Beliau tak lain tak bukan ialah Hilal Azmi yang pernah menjadi PBI dalam blog akak ini.  Beliau yang banyak support penulisan akak now bersetuju and berjanji,  kalau dia attend red carpet macam ni,  dia akan shot gambar and emel kat akak.  DENGAN KADAR BAYARAN PERCUMA!!!! Daulattt tuanku!!

Semangatlah akak mengedit gambar-gambar 'raw' ini semua dengan menulis JUMIESAMSUDIN.COM atas setiap gambar!  KAU MAMPU!!!

Anyway,  thank you so much Hilal.  Semua gambar ini adalah sangat clear and nampak terang baju and mekap semua macam mana!!

So mai kita tengok apa retis-retis kita pulak pakai macam mana?  Terima kasih kepada Cutecarry.com dan jugak Detektif Stailista dari Murai.com.my yang memberikan penerangan yang sangat terperinci tentang semua gaya fesyen retis kita dalam laman web depa.  Untunglah jadi Cutecarry and Ayie Detektif Stailista,  depa dah kenai ramai retis semua.  And dapat attend event-event meletops macam ni.  Macam akak ni tunggu emel link dari rakan blogger akak yang baik hati iaitu Pojiepooh Hanya Satu and Hilal Azmi.com sahaja. 

Nasib baik ada depa.  Baru meriah blog akak!

Retis Fompuan



Fauziah Latif in Riffai Couture
Agak terkejut jugak melihat photo ini.  Sebab selalunya Kak Gee amatlah dikenali sebagai seorang pemesyen yang very the simple and sofistikated.  Tiba-tiba beliau tampil dengan gaya kuih suji pulak.  Very the sarat.  And make up pun nampak tebal. 



Ning Baizura in Rizman Ruzaini
Very the dress Dato'  Siti Nurhaliza untuk ABPBH2010.  Ampa tengok sini  :  Dato' Siti in RR ABPH 2010.  Am not sure baju ini Kak Ning pakai untuk performance atau blue carpet?  Sebab I olls tak tengok show ini.  Baju ini cantek for me (walaupun sarat sesuailah untuk stage show),  tapi akak rasa macam SEEN THAT!



Ziana Zain in Rizman Ruzaini
Akak lebih suka Kak Ziana in Sheila Mohamad.  Nampak lebih chic,  simple and sophisticated.  Bila beliau dalam Rizman Ruzaini,  terus kembali dalam arus fesyen cliche retis Melesia.  Bukan nak puji lebih tok ayam kita,  but u olls bukak sendiri blog tok ayam kami.  Mesti ampa akan setuju.



Sheila Majid
Kak Shila walaupun kertu tapi beliau memang lambang "less is more".  Sebab itu dia selalu nampak macam perempuan  mahai-mahai.  Sangat suka dengan pilihan warna dress,  potongan dress dan paling penting subang beliau itu adalah meletops.



Sarimah in ??
Actually i kinda like this dress.  Very the couture walaupun ada yang kata dia pakai reben hadiah kat bahu dia.  BUT SO WHAT?  Akak rasa Kak Mah telah berjaya membawa dress ini dengan jayanya.



Ramlah Ram
Kalau buang serban tu,  bagi pakai tudung Ekin dengan veil....teruih jadi ala-ala dress kahwin Melayu Melesia masa kini.  Bukan nak kata Kak Ram takdak taste,  saya ulangi kata-kata Mama Regina Ibrahim ya "Siapa pula saya untuk mengatakan dia takada TASTE? Silap tu.... taste dia adalah hak peribadi dia.... Camelia dan Ramlah Ram, pastilah taste mereka BERBEDA.,"  SO adakah u olls taste Ramlah Ram?  Ataupun taste Camelia?



Nora
Sangat setuju dengan kenyataan CuteCarry.com.  Dress ini pun very the baju-baju kawen.  Tapi baju kawen yang taste meletops punyala bagi akak.  Kenapa banyak sangat taste baju kawen ni?



Ella
Ella ratu rock.  So what?



Yuna in Syomir Izwa
Akak suka dress ini.  Very the chic and something yang baru untuk Yuna.  Dia dah lari dengan fesyen tudung ala-ala Hana Tajima tu.




Neelofa in Hazwani Osman
SANGAT SUKA DRESS INI!!!!!!!!  This is my pilihan for best dress.  Bila tengok pompuan ni terus akak teringat USTAD SHAUKI!!



Stacy
Sangat meletops.  Sesuai dengan usia and imej beliau iaitu funky and lovable.  Skirt bulu-bulu itu adalah membuatkan akak makan ati.  Wanita agam seperti akak tidak sesuai memakai skirt berbuluan macam itu ya.


Diana Danielle in Riffai Couture
Terkesima sat tengok dress Diana Danielle.  Its something yang Kim Kardashian nak pakai!! Sirieskan???  Walaupun akak tak berapa suka kat kasut tu.  Tiba-tiba kat kasut macam play safe lagu mana ka?  Entahlah what do you think? 



?? ( I donch know)
Sapakah perempuan mahai-mahai ini.  Siriesly i love this dress.  Walaupun hitam tetapi tidak play safe!  Suka semua details kat baju ni dari bebelu di dada,  details beading pada dress dan clutch beliau.  Make up nya juga sangat classs!



TAK TAU in Valentino
MENANGEHHHHHHHHHHH SATTT POMPUAN NI PAKAI DRESS FROM VALENTINO.  TAK TAU SAPA DIA.  Cutecarry pun tak kenai dia sapa.  But dress ni meletops.  Very the lelabah macam tu.



Sheila Amzah
Meletops anak dara ND Lala ni.  Dia pandai bergaya setarf usia dia.  Bagi akak,  kalau nak compare dengan dia retis Hollywood i would say - Taylor Swift.  Penyanyi muda yang berbakat,  soft,  dan sangat red carpet darling!  Bak kata Jumie Samsudin - ORANG ELOK BUBUH APA PUN ELOK!!



Jacklyn Victor in ??
Meletops la diva Malaysian Idol ni.  Deni memang pandai dressing.  Pilihan dress dia for me tak pernah salah!  Dress ala-ala haute couture ni hanya orang KECIK macam Jack saja boleh pakai ya.  Sapa-sapa yang badan macam Jumie Samsudin jangan duk berangan.   



Marsha in Syowir Izwa
Dress pendek ini hasil kain belen-belen yang digunakan untuk membuat dress persembahan Yuna untuk AJL25.  Ampa tak caya ampa tengok sini. Yuna in Syowir Izwa for AJL25.



Juliana Evans in ButtonMyButtons
Tak suka printing kain ini macam canvas macam mana ka pastu spray tin dengan gold colour.  Nampak macam kotor sikit.  And akak tak suka lengan kat dress ini nampak macam aunty-aunty (tiru ayat Kak Sha and Kak Baby).  Kalau boleh buat sleeveless atau lengan panjang terus.



Azza Elite
Kalau bubuh penyapu and topi tinggi teruih nampak macam ahli sihir.  OKay Thanks BYE!



Salma Mentor in (WE DONT KNOW)
Dua perkataan saja dari akak.  NAYA KES! 
*Ralat - Dress ini bukan dibuat oleh Rizman Ruzaimi.  Setelah mendapat komen dari RR sendiri.   



Najwa Mahiaddin
Dressing beliau bagi akak adalah sangat Adele versi Melesia.  Wanita agam yang patut dicontohi jugak.  Tapi katanya laki akak mencarut over-over kata deni nyanyi tak sedap untuk persembahan pembukaan.  Akak tak tau sebab akak tak tengok.  What do you think?



Amanda Imani
Amanda Imani jugak contoh wanita agam.  Tapi akak rasa macam BANYAK KESALAHAN  kat dress ini.  Sebagai wanita agam,  dia kena tau what is the best for her body! (dan dan letak tanda seruan)



Heela Monica in KosSerani
Another busana pengantin.  NEXT.



Najwa Latiff in ??
Meletops depa kali ni pakai dress comels ala-ala colour lembut u olls.  Sangat berbeza dengan apa yang beliau pakai untuk ASK hari tu.  Apa pun,  kita kena bagi tepok komander banyak-banyak kat Najwa Latiff dalam usaha dia mencari identiti and niche area dalam gaya fesyennya sendiri!



?? (Sapa ni?)
TAK FAHAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!



Fana in ??
Akak setuju dengan kata-kata CuteCarry.com - very the disko disko.  HAHAHAHA



??
Pandai dia menggunakan kakinya yang panjang sebagai melengkapkan gaya dress ini.  Wanita berkaki panjang dan lampai amat sesuai untuk dress pendek macam ini.  Warna dan details very the simple.



??
Tuan/puan semua,  kalau u olls nak tau inilah colour putih colgate.  Saya selalu elakkan warna ini sebab selalunya sapa yang pakai colour ini akan nampak sangat baju sekolah.  Tapi dress ini macam pompuan-pompuan GRO kat dangdut.



??
Sangat suka.  Simple.  I like the colour nude and almost salmon.  Suka balutan memusing di bahagian dada dan detailings sikit-sikit.



??
Sama macam dress di atas.  I very the like it because very simple.




Ain AF and ??
Ain AF :  U should put more effort for this big event.  Dressing macam ni more to like attending road show atau pun press conference u olls.
??  :  Macam malasss gila nak atau nak save bajet gilaaa!



?? dan ??
Kiri  :  Kerlas kau pakai stoking ala-ala Kate Middleton gitu. 
Kanan  :  Dress ini nampak macam orang tua sikit untuk u olls.



??
Awat sangat ramai artist aku tak kenai sapa ni! Sama ada memang artist baru yang aku memang tak kenai atau depa ni muka dah lain sebab make up apa semua.  Baju ni macam pelik especially kat bahagian lengan.  Dah ada lengan pendek,  pasai pa kena ada kain jarang tu.  Pastu skirt very the tiru Rizman Ruzaimi (atau memang dress ini by RR?) and bunga ropol-ropol colour putih kat lutut tu very meng-morah-kan dress ini.



??
Welll apa yang tak kena dengan baju ini?  I think dress ini cantek.  Very the simple and padanan jeket itu macam something yang meletops.  Cuma i olls tak suka rambut pompuan ini macam tak compliment the dress.  Gituuuu ulasan akak (KIRA NAK CARUT SAJA!)




??
Baju ini macam amatlah membuatkan beliau nampak lebih agam.  Tapi actually pompuan ni bukan agam pun!!


Fompuan dan Lelaki

One Nation Emcee
Boring.  NEXT!!!



Dina and Adi Fashla
FIRST TIME AKU SUKA APA YANG DINA PAKAI!!!!  Very the baju dress akak kan?? Kerlassssss!  Cuma dia punya lebih glamour and ada elemen-elemen harimau Kim K gitu.



??
Meriahnya....sapa depa dorang ni.  Akak respect pompuan Cina ini pakai dress bermotifkan batik ya.  I really hope i can see her whole look yang ditutup oleh rambutnya yang ikal.  Yang lelaki pulak,  ermm...no komen.  NEXT.



Retis Lelaki


AC Mizal
Compare suit ini dengan suit gold Bukit Bintang yang dipakai oleh Fahrin Ahmad,  akak lebih suka suit ini.  Walaupun penuh glitter and shimmering katanya,  tapi tauke gelang ini tetap nampak teguh and jantan.



Anuar Zain in Riffai
Memang signature look abang Anuar ya.  Very the class and elegant!!



Norman and Edry
Akak suka pilihan suit Edry.  Very the fashionable but smart.  Abang Norman,  KERLASSSSSSSSSSSS dah buat rambut baru katanya.  Baguslah...u olls baca blog i ka?  Baca sini  :  Jutawan yang patut ubah gaya rambut.



Jehan Miskin
Pilihan yang sangat meletops! I like!



Dj Cza from Ahli Fiqir dan kawan
U olls.  Inilah cara retis-retis Hollywood pi Grammy.  Smart tapi playfull gitu.



Rahmat Mega
Relaks gila deni mai pakai tali kasut kaler-kaler.  Meletops.




Awal Ashaari in Hazwani
Welll well welll...siapa akak nak mencarut Awal Ashaari? 




Hafiz AF
Awat ang dressing macam ni?  Nampak macam rempit-rempit nak pi dinner kat hotel.



Hazama AF
NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!



Forteen
Lelaki yang pakai suit dengan kerongsang - AZWAN ALI and Co



24:7
Aku rimaih la tengok budak budak macam ni.  Cuba cek depa ni sorang-sorang,  silap -silap ada antara depa ni dulu pernah buat kumpulan nasyid.  Bukan nak carut,  tapi siriess cuba ampa pi siasat sat kat aku.



??
Ni geng apa pulaks niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!



??
Sapa depa ni?  Kumpulan rock ka?  Its okay kalau ampa rockers and nak buat macam imej rock-rock British.  Tapi bila ampa duk buat baju sedondon macam ni teruih nampak macam K POP bodo.



??
Sapa depa ni?  Style macam American Rock Star. 



??
NEXT!



Next.


Next.



??
Sapa ni?  Tak semegah akak nak membuat ulasan mengenai budak ini.  Very the fesyen budak-budak universiti pi graduation dinner.  KAN????


??
Sapa deni muka macam dikenali.  I donch like his hair.  Muka dia petak.  Bila dia buat cam ni nampak macam tak sesuai.


Anak Yusof Haslam
I see that dia ni sangat suka berfesyen.  Good for him.  Dah la hemsem.  Walaupun kadang-kadang cara dressing dia sangat sarat (too much eksesori).  But akak nak ulang di sini - ORANG ELOKKKKKK PAKAI APA PUN ELOKKKKKKKK NYAHHH!



Alif Satar
Sangat suka dressing dia!  Kemas.


Alif Aziz
Alif Aziz ni adik-adik ka?  Sebab style dia very the Hamish Bowles (European Editor at Large for Vogue).  Ampa tengok sini.  :  Hamish Bowles.


??
I like his style.  Relaks.  Walaupun rambut panjang tapi dia tetap nampak clean.  I like tali pinggang yang dia pakai.  Very the fashion statement.


Kesimpulan  :
Fesyen permaidari biru AIM18 kali ini tidak meletops kerana ramai artis- artis baru yang tidak dikenali dan masih tidak tau apakah gaya fesyen mereka.  So depa end up pakai apa ja yang orang sponsor.  Sekian,  terima kasih.

13 comments:

  1. Tolonglah Rizman Ruzaini. Buatlah style lain plak. Cemuih dok tengok kain tingkat2 tu.

    Kami suka Ziana Zain, Sheila Majid (very the classy) & Diana Danielle. Paling serr baju Salma. Ayoyoyoyo RR. *hanya mampu geleng kepala & carut dalam hati*

    Kami setuju dgn hampa yg pompuan bawah Diana Danielle tu. Makeup dia cun lah!

    Btw mestilah taste Camelia! Gitu. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      insyaAllah.. kami akan perbaharui lepas ni.. thanks for the comment

      and again.. salma's dress was NOT from us

      *p/s: dress ziana zain tu somethin yg kita perbaharui :)

      Delete
  2. Nak tambah. Tak suka baju Shila Hamzah masa dia perform. Dia nampak besaq & kain nampak murah. Tapi design cantik dah. Simple ja sesuai dengan dia.

    ReplyDelete
  3. rasa yang pempuan pakai all blck yang meletops tu namanya qalisha ray kot. penyanyi baru bawah ajai.

    tolong la salma, kenapa menjadi sangat mangsa RR. tak faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, rizman ruzaini here..

      salma's dress was NOT from us ya

      harap dibetulkan

      thanks

      Delete
  4. Jumie, paih nih FFM plk na... tgk tang ketiak basah Liyana Jasmay @ http://www.budiey.com/page/5/...
    Kami suka ayat2 brani hampa... hehehehe :)

    ReplyDelete
  5. gambar:
    #13 qalesha ray
    #14 tak kenal tp muka ala2 nelly mentor tu, kan?
    #25 tak kenal
    #27 andrea fonseca (mantan miss malaysia)
    #27 & #28 tak kenal
    #29 kalau tak silap, anis hafina host rancangan masak ala2 kampung ke apa tah nama show tu
    #30 ain dgn farina AF
    #31 - #34 tak kenal (tp #33 tu mcm lena AF, mcm bukan not sure)
    #37 tak kenal
    #49 bukan sixth sense ke?
    #50 tak kenal
    #51 kenal edry hashim je yg hujung kanan
    #52 tak kenal
    #55 nashrin - runner up my star LG
    #56 nabil mentor (anak menakan nora)
    #60 tak kenal

    motip jumie samsudin tak kenai ramai retis meleisia berbanding iols? tak buat homework ke? ekeke... amponnn kak jumie, jgn lahar :p

    ReplyDelete
  6. Reena : SANGAT SETUJU DENGAN STATEMENT ITUUUU!!!!!

    haris Zuhaina : thanks for the link! Insya allah will do the review :)

    Thanks semua sebab bagi info nama-nama retis :)

    CC : Celaka carut aku di blog aku ni. HAHAHAHA...Ekceli aku tak tau nak buat study kat mana. Aku tak beli majalah Hai dan Mangga. Tapi kalau bukak blog-blog Beautifulnara pun tak banyak cerita pasai artist baru. Entahlah maybe cerita...tapi muka depa semua macam samaaa ja aku tengok. Takdak yang unik and menyerlah....tapi tengok macam NEELOFA awat aku boleh tau???

    ReplyDelete
  7. Jumie.. iols memang tunggu uolls punya ulasan.. Pasni buat FFM red carpet pulak ya.
    Baju retis banyak nampak murah.

    I love baju yuna without the turban.. Tak paham kenapa dia ni tak boleh pakai tudung mcm biasa.

    Gambar : Perempuan berkaki panjang yang chantek adelah Andrea Forseka. Miss Malaysia 2004

    yg ni : Sapa depa ni? Style macam American Rock Star.
    Adalah Band projek pistol
    Yang nyanyi lagu wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu huuu... **tajuk apa ntah.

    ReplyDelete
  8. Thanks u olls......next time sebelum publish article akak akan lantik seorang anak ayam akak untuk check artikel dan nama-nama artist! hahahaha okayyy thanks semuaaa

    ReplyDelete
  9. Yg paling cun Diana Danielle...Elaborate bling tp very neat gituh...Paling xsuka ialah Salma, mcm xcaya je Rizman Ruzaini yg design bj tu coz it look so damn cheapo..

    Awat fesyen designer Malaysia most of them asyik design byk renda2, it is so the 80', nak buat tu bleh biar turn into modern design..then byk gak suka copy paste Western fashion but please have some Malasyian influence skit or turn it to be more fresh in term of design and colors..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salma's dress bukan dari RR

      harap maklum hehe

      Delete
  10. terseboq susu nesvita kami baca komen ampa pasai grup 24:7 tu.wakakaakkakakaka...terbaekk la..ampa cuba google dress najwa mahiadin tu masa dia p amik award.dress dia kaler itam.cantik and sesuai la utk wanita2 agam

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...