6.12.11

3 Bulan Lepas Bergelar Isteri Orang

Hello u olls semua,

Hari ini akak nak tulis secara santai (seperti yang dianjurkan oleh Cik Leha).  Tajuk hari ialah "3 Bulan Lepas Bergelar Isteri Orang" bersempena dengan tarikh hari ini 3 Disember 2011 (tarikh akak tulis artikel ini originally) merupakan genap 3 bulan dah kawen.  Betui kan akak kira?  Akak kawen September 2011,  so Oktober,  November and Disember so jadilah 3 bulan.

Sudah Mengandungkah?
Akak tak mengandung lagi.  U olls dah mengandung kah?  Haaa kelas...akak tanya u olls teruih.  So far takdak apa-apa yang dimengandungkan lagi dalam perut akak ini.  Akak tak planning apa-apa.  Gila nak planning nyah!  Umok dah kertu.  Kalau nak feeling planning,  sekali Allah tak bagi teruih anak sampai bila-bila macam mana?  Walaupun dalam hati kecik akak berkata "Ya Allah,  jangan la bagi i olls mengandung cepat sangat.  Takut i olls akan kalcer shock!  Bagilah I olls sedikit masa bermanja dengan En.  Khafi lagi"  Nampaknya Allah lebih maha mengetahui dari kita semua.  We olls akan teruskan 'usaha'.  BOLEH?  Tapi yang penting,  bila akak mengandung nanti,  akak akan buat persembahan baling microphone kat u olls semua ala-ala Beyonce masa VMA dulu! KENNNNNNNNNNNNNNNN!


Sudah Honeymoonkah?
Siriesly kami dorang sangat menyesaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sebab dulu masa duk buat bajet-bajet kawen kami tak booking apa-apa pakej percutian bulan madu.  Kisahnya dua-dua takut macam duit tak cukup nak kena bayar apa-apa benda last minit.  Last sekaliiiiiiiiiiiiiii...............nenjiaaaaaaaaaaaa tak pi mana-mana pun.  Mai pulak lani musim 'mengawan mola' telah bermula di Melesia,  maka akak telah menerima banyak tempahan make up.  So every weekend duk pi merata sampai Shah Alam,  Kulim,  Penang semua untuk mekap pengantin.  Insya Allah ada rezeki,  kami pi la mana-mana,  South Africa ka,  Dubai ka,  Monaco ka,  Estonia ka.....(TETAP NAK NEGARA KELAS-KELAS KAN?)

Tapi hari tu office akak buat kursus apa ka,  so akak entitled la satu bilik kat hotel kami menginap tu.  Siap dapat Grand Deluxe Seaview Room lagi!! Tapi akak tak consider itu 'honeymoon'.  Walaupun En.  Khafi ikut akak,  tapi ini urusan rasmi.  So tak mau ngaku ini 'honeymoon'.  Cam buat malu saja. 

Best Tak Kawen?
Tak tau macam mana nak jawab soalan ini.  Sebab kalau jawab best,  ada ja benda benda yang tak best pasai perkahwinan ini.  Tapi yang penting,  perasaan yang paling tepat ialah LEGA.  Semua hang buat its about u and your husbands and creating your own life the way u want it.  Actually perjalanan kami masih jauh.  Banyak sangat masalah yang kami lalui sekarang.  Semua objektif perkahwinan kami dorang masih tidak terlaksana lagi.  Not even 20%.  Tapi takpa,  pelan-pelan kayuh u olls.  Kami akan usaha walaupun sampai patah kaki tangan. 


Apa Yang Tak Best Kawen?
Tak mau cakap.  Nanti ampa kata aku ni saja nak takutkan ampa semua yang nak kawen! Sendiri mau kawen sendiri mau rasa!!

Walaupun akak dah kawen,  tapi akak tetap dapat pi mana-mana yang akak mau dengan restu suami.  Gambar ini bersama-sama dua orang anak ayam akak masa Miss 2Faces International 2011 di South Africa. 

Apa Rasa Kawen Ni?
JANGAN DUK INGAT SEKS SAJA!  Kita kawen bukan sebab seks.  Celaka ampa otak kaler kuning teik.  For me,  kawen ni about creating a new life with your other half.  Luckily,  laki akak very the supporting and membiarkan akak menjadi diri akak seperti mana akak sebelum kawen dulu.  Akak tetap direstui untuk travel sana-sini even after akak kawen,  so akak tak rasa sangatlah pasai kawen ka tak ni.  Akak rasa macam sama saja.  Cuma akak akan rasa akak dah kawen hanya bila,  akak pi mana-mana,  meet new friends,  new people and depa macam tanya dengan nada tak percaya "Nyah....hang dah kawen ke nyah?"  "Aiiiyooo...mak tak caya hang dah kawen ke?  Mak ingat hang cam sundal-sundal lagi,"  Boleh cam tu?  Akak rasa the moment orang tanya "Are u married," sedikit dalam hati akak ni berkata dengan bangga "Yes,  Im married."

Nasihat kepada u olls yang nak kawen?
Tak mau cakap lebih.  Semua orang ada jalan cerita sendiri.  AMPA SENDIRI LA KAWEN,  BARU AMPA TAU MACAM MANA!!!!


Okay,  thanks bye!

9 comments:

  1. Macam poyo saja buat artikel ini. Tapi terpaksa buat sebab semua orang duk tanya. So jawab ni semua orang boleh baca.

    ReplyDelete
  2. huh..dari bace artikel nie...seronok jer kawen.ehhehehhe..


    cam nie kne cepat laa kawen..bru tahu nikmat nyer..

    ReplyDelete
  3. ahahhahh siot je nok tertawa mak bc post ang nie...pe pun da kawen sgt2 la kene syukur kan sbb ade gak insan yg sggup amik kt jd surirumah tangga mereka kennnnnnnnn!!!!!

    soklan2 cmtu mak pun penah terkona gak...tp mak jawab je dgn high konfiden....

    pe2pun kawen mmg best sbb kt berkongsi segala2nya dgn husband kt kan...~

    ReplyDelete
  4. rindu bangat nak baca penulisan akak yg ala2 santai gitu.. hehe. nway, smoga akak & en.khafi bahagia slamanya hngga pintu syurga. amin.. -CIK LEHA

    ReplyDelete
  5. kawen tentulah best! haha:)) anyway, semoga kekal bahagia ok..honeymoon kat mna nnt?

    ReplyDelete
  6. WOW semua orang! Thanks ya sebab bagi support pada entry ini. Hope u olls semua berpuas hati dengan jawapan yang akak berikan.

    Kepada Zoey : kene syukur kan sbb ade gak insan yg sggup amik kt jd surirumah tangga mereka kennnnnnnnn!!!!! -- celakaaa! hahaha aku nak gelak.

    To fifi from jakarta! WOWWW memang betui hang from jakarta kee??? Planning nak pi honeymoon dalam Melesia saja. yang dekat-dekat...seperti Pangkor or Cameron Highland. Tunggu....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...