5.12.11

Baju Wedding yang Sesuai untuk Pengantin Agam dan Berdada Bidang

Salam jumie,

Nak minta pendapat u la.  Saya nak kawen next year.  Nak minta pendapat pasal baju la.  Saya ni ada masalah mempunyai breast yang agak besar la.  Kadang-kadang malu gak.  Tak tau nak wat camna.  Badan pun sedap-sedap jugak.  Tapi untuk wedding dress i  tak nak pakai baju kaler gelap-gelap.  Sebab i teringin pakai putih or pastel kaler saja.  Saya pun sorang yang bertudung.  Kalo leh wedding dress pun saya  tak nak sarat beading.  Cuma saya harap Jumie dapat bantu saya bagi idea untuk dapatkan baju yang boleh buat breast saya tak nampak menonjol and besar.  Thanks and have a nice day :)

Yang benar,
Rina Hamid

Hello Rina,

Wah wah wah wah.  Rasanya dah 78 bulan u olls emel ni kat I olls.  Tapi lani baru nak membalasnya.  Kami harap sedikit sebanyak point yang diberikan seperti berikut dapat membantu u olls dalam mendapatkan idea yang u olls inginkan.
  1. Jangan malu sebab berdada besar ya.  Sebab itu adalah aset nanti suami sayang! (BOLEH????)
  2. Memanglah secara umumnya warna gelap adalah amat sesuai untuk mengtipu badan-badan kita yang agam ini agar nampak lebih kecik.  Tapi actually,  dari segi gaya menyeluruh bukan saja warna baju yang menentukan kita akan nampak lebih kecik atau tidak tetapi potongan baju itu jugak.  Sebagai bakal raja sehari,  i olls rasa lebih baik uolls pilih warna yang sesuai dengan warna kulit u olls dan suami dan juga tema.  Selepas itu,  barulah u olls focus kepada potongan dress yang sesuai for your badan.

    Its okay kalau nak pakai colour pastel.  I olls pun suka juga pakai warna pastel especially yang nude.  Very the nampak class.  Tapi yang penting u olls kena sesuaikan dengan potongan baju yang TIDAK MENYEKSA TUBUH.
  3. Potongan dress yang WAJIB :  Princess Cut!  Akak memang pentingkan princess cut ini.  Tak kisahlah dress ataupun baju kurung modern  atau kebaya akak akan pastikan ada potongan princess cut kat dada tu supaya baju kita akan terletak elok atas tetek kita dan kita tidak akan end up nampak macam kotak. 

    Nampak tak kat tetek dia ada satu line potongan dari tepi ketiak sampai ke bawah tetek.  Itulah dipanggil princess cut.  Dan kat bawah tetek tu (bust line) ada satu lagi potongan,  itu dipanggil empire cut. 
  4. Not much yang saya boleh sampaikan dari segi potongan dress yang sesuai agar dada u olls yang bidang itu tidak begitu menonjol kerana kot mana sekali pun,  u olls bertudung dan u olls akan memastikan agar bahagaian dada tertutup.  Tak boleh nak feeling potongan v neck apa semua.  Tetapi yang penting sekali,  try untuk alihkan perhatian kepada bahagian dress yang lain dan bukan di dada.
  5. Elakkan design labuci yang sarat di bahagian dada.  Kalau nak bubuh pun biarlah sikit dan kecil-kecil.  Jangan duk bubuh labuci gondu-gondu pastu buat macam bentuk bulatan macam baju dalam Madonna atau pun Lady Gaga.  Lagila orang nanti nak tengok kat situ.  Try alihkan detailing seperti labuci dan lain-lain di area pinggang atau bahu. 

    Macam kita orang Melesia selalu akan pilih jenis kain lace untuk baju kawen kita.  Actually lace ada macam-macam kan?  Pilihlah jenis lace yang tidak mempunyai butiran manik dan sulaman yang timbul bagi mengelakkan u olls nampak lebih agam.  Pilihlah kain yang tidak shining dan polos. 
  6. Elakkan pakai rantai yang besar dan membuatkan orang draw attention kat situ.  Macam i olls tak pakai rantai pun :)  I olls pakai subang yang meletops saja.  Maybe u olls bertudung,  pakailah mahkota atau head gear yang letops dan sesuai agar orang akan focus kat tempat lain.
  7. Elakkan design drapping (kain lapis-lapis) di bahagian dada.  Tengok contoh dress ini.  Kalau u olls tetek kecik atau takdak tek langsung takpa.

    Nampak tak details kat dada dress ini.  Kain tu dia buat lapih-lapih macam mana ka?  Inilah dipanggil teknik drapping.  Elakkan design ini akan membuatkan dada u olls nampak lebih naalaaaa!
  8. Pakailah korset ataupun baju dalam yang betul-betul ikut size u olls!  Ini adalah amat penting sekali.  Make sure setiap kali u olls pi fitting u olls pakai baju dalam  /  korset yang sama.  Jangan nanti fitting punya session u olls pakai baju dalam lain.  Pastu masa kawen u olls pakai baju dalam lain.  Pastu masa fitting make sure u olls take time untuk berjalan,  duduk dan lompat dengan dress itu.  Kalau u olls boleh lompat maknanya u olls selesa l.
I think itu sahaja tips ringkas yang i olls boleh share dengan u olls.  Cariklah designer yang betui-betui u olls percayai dan mempunyai hasil kerja yang bermutu.  Tanya rakan-rakan and always Google background designer itu.  Insya Allah semuanya akan okay.  Tapi jangan duk pulun carik desinger sana sini sampai lagi 3 bulan nak kawen tak dapat decide lagi nak pilih designer mana kan???  Itu memang u olls sendiri yang kekwat dan verangan lebih.

Sekian sahaja.

Your body should fit your baju,  not the other way round.

Jumie Samsudin

5 comments:

  1. yes...entry ni sgt membantu...thanks kak jumie..:)

    ReplyDelete
  2. tq sis!! sgt thearu...mintak share ya :)

    ReplyDelete
  3. yesss makhayam..tips yg sgt2 membantu.thanx sgt2 coz explain details pasai princess and empire cut tu.now baru kami paham camna nak sorok aset ni skit.wahahahahaa

    ReplyDelete
  4. Me like!~ :)
    dah ade idea utk baju penganting my wedding nnt ;)
    thanks sis!

    ReplyDelete
  5. http://www.facebook.com/LancangKuningPlanner
    LIKE/SHARE DAN LAWATI PAGE KAMI

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...