21.12.11

Majlis Pernikahan Aishah Aljuned Dan Edros Zubir

"Hah???? Aishah kembak tu nak kawen dengan Edros PFS?" Haaaaaaaaaaaaaaaaa!  Semua budak Senjojes tak buleh percaya yang depa dorang ni akan mengawenkan diri.  Aishah kembak ialah kakak kepada Asmaa.  Masa zaman sekolah Aishah ni macam lain sikit.  Dia gemok dan suka buat benda merapu dan membuatkan orang kata dia mental.  Dalam gang,  kami memang selalu tertinggal dia dalam plan-plan blah sekolah.  Bila kami dah half way merentas padang untuk ponteng sekolah,  nenjiaa deni baru nanti mai terhegeh-hegeh dengan bek dia kot belakang.

Edros pulak hiphop besak daripada PFS.  Zaman dulu-dulu,  GIG kalau takdak dia kira tak sahla.  Dia mesti nanti mai la buat dahsyat dengan geng-geng Hip Hop dia yang lain,  Adam,  LV,  Pang.  Masa akak form 4,  akak pernah perform lagu What's Luv untuk konsert sekolah dia.  HAHAHAHAH.. Serrrnya kami time tu!!! 
Edros jugak seorang yang very ladies man (aku tak mau kata playboy nanti kena saman).  Dia suka macam baik dengan semua gang-gang perempuan.  Dia pantang tengok perempuan cantek.  Semua perempuan cantek ialah kawan baik dia.  Akak rasa style dia ni sampai masuk USM pun masih sama.

Okay........EDROS DAN AISHAH tak pernah bercakap atau berkawan rapat masa zaman sekolah.  Walaupun depa pernah satu tusyen.    Cuma akak dan Edros still keep in touch sampai habis sekolah dan sampai zaman kerja-kerja.

So ini akak baru nak bongkar kisah cinta depa dorang.  Satu hari,  akak dan Edros dan kawan-kawan semua keluar makan lunch.  Pastu akak cakap kat Edros.  "Aku happy gila.  Kawan baik aku,  yang kembak tu nak balik duduk kerja kat Penang,"

Edros dengan muka eksaitednya menjawap "Wehs.....sapa...yang kakak ka yang adik.  Aku nak kenai-kenai dengan depa buleh tak,"

"Blah buang!! Hang ingat apa?  Semua perempuan ang nak kenai.  Pompuan lain ang nak menggatai takpa.  Ni best friend aku ang jangan duk buat pasai,"  balaih akak dengan garangnya.

"Awat pulak tak buleh......kawan hang kawan aku jugak apa,"  jawab Edros.  Deni memang gatai merenyam punya.  Aku tak maulah kawan-kawan baik aku terperangkap dengan ayat-ayat cinta Edros Zubir ni semua.  Nanti aku yang merana.

Dalam punya duk tak mau bagi depa kenai-kenai,  satu hari akak dan Edros dan kawan-kawan keluar makan lagi.  Pastu masa tu Aishah called akak.  Akak tak pasan sebab duk sebuk bergossip dengan member lain.  Edros amik fon dan dia jawab fon!!!  Am..........................................sejak tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu tak payah nak cerita panjang la.  Dah nama pun Encik Mohd Edros Zubir.  Akak tak bagi no fon pun!!  Sejak daripada terjawab fon tu,  sejak itu dia dan Aishah mulai rapat.  Aishah pun duk join keluar makan-makan lunch dengan kami.

Pastu akak adalah warning kat Aishah,  "Hang jaga - jaga Edros ni.  Deni dah la gatai.  Pastu kaki pompuan,'  haaaa teruih terang punya aku bagitau.  Tapi Aishah macam senyum senyum gatai jugak.  Dia kata takdak apa.  Dia just friend dengan Edros macam aku dan orang-orang lain.  Akak ni ponen operate,  of coz akak tau feeling-feeling wanita ni.  Bolehkah nak tempis kata-kata manis si kaki perempuan Hip Hop PFS ni?  Akak doa dan tawakal sahaja. 

Akak tak cakap apa-apa warning dah kat Edros.  Sebab akak tak tau nak cakap macam mana.  Tapi akak seriau setiap kali tengok depa dorang makin lama makin rapat!

Pastu nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!  Satu hari nak jadikan cerita,  Aishah called akak nangeh-nangeh.  Dia pun bagitaulah dilema perhubungan dia dan Edros.  Dia kata dia tak tau Edros ni nak dia macam mana.  Edros kata Edros sayang dia.  Tapi Edros kata depa kawan.  Dia pun sama jugak,  dia pun anggap Edros macam kawan biasa.  Tapi bila tengok Edros dengan orang lain dia sendiri sakit hati sampai nangeh-nangeh.  Teruih la akak menempelak "Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku dah kat dah kat ang!!!!!"

Maka akak pun memaki lah Aishah dan Edros.  Siriesly,  akak sangat kecewa masa itu.  Kecewa sebab depa dua dua tidak mahu ambil tanggungjawab macam orang dewasa yang lain.  Kalau kata sayang,  kalau kata suka.  Pasaipa tak mau amik risiko?  Kalau takut dibadai ombak,  jangan berumah ditepi pantai.  GITUUUUUUUUU!!  Dah ampa dorang bermain api,  lani membakarlah hatinya yang sepi.  Air mata darah bercampur keringat.  Bumi dipijak milik orang (Ha......lagu UMNO teruih!)

Kemarahan akak kepada dua insan ini tidak dapat dibendung.  Akak terus tak mau jumpa depa dah.  Akak rimas nak dengar masalah depa.  Bagi akak masalah depa bukan masalah apa,  masalah dua orang yang tak mau amik risiko dalam perhubungan.  Gitu....Akak ingat lagi time tu Jinggo dan Zul mai rumah akak dan pujuk akak.  Depa pujuk akak suruh akak berlembut sikit dengan Aishah dan Edros.  Jangan marah-marah depa tu kawan kita.  Gituuuuu!  Jinggo hang mai nak makan nasik kat rumah aku kan?  Pastu ang duk buat buat nak pujuk aku.  HAHAH. TOYES!!

Jodoh,  ajal,  maut,  rezeki semuanya diketentuan Ilahi.  Selepas insiden tragedi cinta tak terlafaz itu.  Kami semua kawan-kawan dikejutkan dengan satu annoucement daripada Aishah dan Edros.  FAMILY EDROS NAK MAI MEMINANG AISHAH!!  Fuuiiiiyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.  Wow! Wow! Wow!  Ampa buleh baca kat sini  :  Kisah Risik De Squera.  Long story ini harus akak hentikan di sini sahaja!  Now depa pun dah nak bernikah.


Tahniah untuk Edros dan Aishah.  Oh...satu benda lagi nak bagitau.  Edros ni lah lelaki Africa yang mengurat akak dulu.  Ampa baca sini  :  Berkenalan dengan Abdoulaye Wombose.  Kalau ampa memang pengikut blog akak sejak tahun 2008 ampa tau Abdulaye Wombose ni Edros la!! 

Marilah kita tengok gambar-gambar bibit pernikahan Edros dan Aishah.  :)



Mini pelamin nikah adalah daripada adik akak Cakcing iaitu The House of Red Gincu.  Red Gincu ni suka buh nama nama kat pelamin depa.  Untuk pelamin ini,  Cakcing bagi nama 'Cinta'.

Sebagai persiapan ke majlis pernikahan ini,  Aishah dah pesan suruh pakai baju shocking pink.  Am..........macam susah jugak nak carik baju colour ni.  Tapi disebabkan akak takpernah pakai jubah-jubah meletops yang lani tengah trending,  so akak pun berhajat nak pakai jubah meletops.  Akak pun shopping online kat Addara by Melissa Ramlan.  Orang Penang u olls.   Ampa patutlah pi tengok-tengok baju apa meletops kat sini y olls. 

U ollls!!!!! Siapa kata pompuan agam tak elok pakai jubah? Pakai saja u olllls!!!! Tapi pakai dengan ATTITUDE ya :)


Ini gambak masa kami duk sibuk-sibuk teman dia nak menikah.  Erm...masa ni kami duk bagi Aishah takut "Ha....Aishah...depa panggil turun dah,"  HAHAHAHA.  Kalau sapa-sapa yang bernikah di rumah.  Nak bagitau kat ampa,  kita perempuan tak rasa sangat nervous ni.  Sebab kita duk dalam bilik dengan kawan-kawan.  Time bila sedara panggil kita dan kata "Mai turun lani,"  haaaaaaa time tu rasa macam jantung hang kena panah petirr!!

Dulu dia ni gemok dan pernah botakkan kepala dia masa kat sekolah.  Sebulan sekali dia suka kena rasuk.  Sampai Ustazah Wan Aminah punya bara kat dia.  Tapi tak sangka,  masa malam pernikahan dia tukak jadi rama-rama teruih cantek.   Baju nikah beliau adalah daripada Qudyn Kuala Lumpur

Yes,  make up by Jumie Samsudin.  Jangan lupa mai tengok blog profail make up saya  http://makeup-by-jumie.blogspot.com/


Ini gambar hantaran yang dibuat oleh Aishah sendiri serta adik beradik yang lain.  Simple and sweet.  Bunga-bunga jugak.  Untuk pengetahuan u olls,  I olls dan assistant I olls yang cucuk bunga-bunga itu.  Dalam masa 20 minit siap okay.  Meletops tak akak?

Beliau dan kembar beliau yang baru saja menikah hari itu. Time ni Asmak  mai muka dia suci gila .  Pastu dia tak bising macam tok-tok sangat.  Masa ni dia memang feeling-feeling isteri u olls. 

Aishah dan akak. 

Ini Aishah di ambang-ambang pernikahan.  Memang meletops sangat suasana ini.  Masa ni akak tengok dari jauh sahaja.  Sebab assistant akak duk buat perangai.  Orang sibuk nak tengok menikah,  dia kacau nak ajak pi makan laksa apa semua kat belakang. 

Lain pulak kes pernikahan Aishah dan Edros.  Kali ini bukan Pak Syed yang stutter.  Tapi Edros.  Maybe Pak Syed dah lebih confident kali ini.  Bagi menikah dua anak sekali dalam satu minggu.  Tapi actually,  Edros bukan tergagap.  Tapi dia tergamam teruih bila tengok muka pak mentua dia.  HAHAHAHAH.  Tulah hang duk perli lagi Pak Syed masa Kimi nikah.  Hang kena tulah la tu!!


Ini pose gatai masa lepas nikah.  Arhggg....akak tidak boleh tengok gambar ini lama-lama.  Sebab akak pun terasa gatai seketika. 

Okay,  esok akak cerita kisah-kisah sanding depa pulak!  BYE SEMUA!!

4 comments:

  1. Hidup DA VOZZZZZZ!

    Hhahaahha! #Larikkkkk

    Adoi tak boleh boleh bila teringat zaman hop hop tu. Adam tu kami tau dia. Tak kenal tapi tau gitu2 je la. Dia dah kahwin ka lani?

    Btw, tahniah Edros & wife. Cantik sangat wife dia. Jumie, hampa pun meletops in Addara.

    ReplyDelete
  2. Huwaaa... rugi2 arwah bapak aku paksa p mrsm... kalo tak mst slalu dok kaco ampa semua (eh, mcm la kan) haha...

    Wey hg punya story ni buat aku gelak sorg2 depan phone... dari ngantuk gile terus rasa semangat nak sambung keje... hehe...

    Suka tgk depa dorang cantek... sori sesangat k kalo kenduri sesape antara membe2 hg ada invite aku, tapi aku tak pi... sibuk lain mcm sikit... huhu...

    ReplyDelete
  3. HAHAHAH reenaaaa! Ampa ingat tak edross???? detu laaaaa!!! Thanks naa...Tha VOS lani dah berpecah. HAHAHA

    Aslinawati......its okay.......takpa....aku tau ang susah nak travel sendiri..

    ReplyDelete
  4. hai jumie..

    cantik la pelamin.. ada langsir2 cmtu..cantik sgt.. kwn jumie kembar dua tu cantik sgt..

    (dh lama jd silent reader, hari ni baru ada kekuatan nk mengkomen)~

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...