21.12.11

Majlis Pernikahan Shareefa Asmaa dan Kimi Raikonen

Hello u olls semua. Dah lama rasanya akak tidak membuat review perkahwinan golongan bangsawan gitu. Dulu akak rajin membuat review perkahwinan sepupu-sepupu, anak menakan, kawan sekolah yang rapat dengan I olls di mana i olls akan berkongsi kemeriahan tentang majlis perkahwinan mereka. Dah lama I olls tidak membuat artikel ini mungkin kerana dah lama takdak kawan atau sedara mara yang rapat dengan I olls yang kawen.

So now I olls nak start balik. WHY NOT KAN???

Hari ini dan hari-hari berikutnya I olls akan menceritakan tentang majlis-majlis pernikahan dan perkahwinan kawan baik i olls sejak zaman Senjojes iaitu si kembak Arab pendek yang amat pendek di sekolah bernama Asmaa dan Aishah. Aishah is the kakak. Asmaa ialah adik. Tapi dalam gang kami, Asmaa ialah tok. Sebab dia punya sembang banyak wisdom macam tok-tok.

Kami memang rapat sejak form 3. Sejak kami rapat masa form 3, maka sekolah Senjojes mengalami satu zaman cendraloka yang amat fana. Tak perlulah kami nak cerita semua benda-benda tak elok time kami sekolah dulu. Buat malu sahaja. Tapi sapa-sapa kat sini kenai budak sekolah Senjojes yang lebih kurang sama batch dengan kami, tanyalah budak-budak itu "Macam mana gang Kak Jumie kat sekolah dulu?" HAHAHAHAH anda tidak akan menyesal mendengar cerita mereka.

Lepas SPM, kami semua bergaduh. Akak telah banned si kembak dua orang ini. Biasalah pompuan-pompuan kan. Masa tu baru nak membesak. Akai kurang sikit. Akak over sensitive dan banned depa semua. Tapi lepas 3 ka 4 tahun macam tu, kami kapel balik ramai-ramai. HAHAHAH. Sampai lani. Yang lain-lain tu yang tak mau kawan dengan kami, wellls.........takpalah. Kami anggap depa tengah mencari ramai di hati lagi. ( Cerita geng geng budak perempuan ni pi kot mana pun sama ja kan?)

Hari ini akak nak cerita pasai Asmaa. Dia ni dulu bercinta dengan lelaki dari luar negara. Kami semua 'sokong' la tapi dalam hati kami lagi suka kalau dia kapel dengan seorang lelaki warga negara tempatan yang sangat kacak bernama Kimi. Kimi ni bukan saja hemsem, warak dan paling penting dia style relaks gila dan boleh sangat jaga Asmaa yang perangai macam tok-tok ni. Kami hari-hari berdoa yang Asmaa akan terima cinta Kimi dan meninggalkan lelaki luar negara itu. Bukan saja kami doa, family kami semua doa. Mak akak Kak Edeh pun doa sama.

Then, suatu hari yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Asmaa bermakan malam bersama bapaknya iaitu Pakcik Syed. Masa tengah dinner tu, apabila Pak Syed tengah ceduk kuah bagi kat anakandanya, masa itu Asmaa terpikir something "Ya Allah, aku baru nampak bapak aku ni dah tua. Takkan aku nak tinggal dia,' detik hati Asmaa.

Dan sejak itu, Asmaa terus nekad untuk memutuskan hubungannya dengan lelaki luar negara itu dengan cara yang baik dan menerima pinangan Kimi. Ampa tau takkkkkkkkkkkk masa tu kami semuaaaaaaaaaaaaa punya happy gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Semua orang happy dan sangat syukur gila-gila!!

Majlis pertunangan mereka diadakan dengan ringkasnya pada tahun lalu. One thing about this couple, depa ni memang very simple and relaks punya kaki. Relaks pun...sampai akak pening kepala jugak. Nak buat hantaran masa nikah, jarum peniti pun takdak. Aiii....Amsak! Amsak! Dia duk eksaited ajak akak dan kawan-kawan makan Sho Gun masa malam before dia nikah.



Kalau ampa nak tau, inilah gang Pukhet. Haritu akak pi Phuket dengan depa depa ni la.



Antara depa dorang ni sapa lawa lagi?  Kami tak mau declare.  Nanti depa bergaduh.




So, inilah gambar-gambar masa kami kat ShoGun. Malam tu balik semua dah tired gila. Akak pulak terkejut sebab makan tiram mentah dengan lemon kot, teruih jadi nak demam macam mana ka. Alaa...patutnya malam tulah nak buat hantaran semua untuk Asmaa. Tapi tak bulehla. Akak duk mai macam pening macam mana ka. Satgi esok make up jadi serr! So akak tidur awai. 5 am bangun pastu makan ubat. Badan macam panas lagi. 7am, baru akak, Aishah dan sepupu depa Jah bermula membuat hantaran.

Hantaran semua simple-simple saja. Sejadah dan tasbih, Al Quran, cokelat, agar-agar kering dan cincin. (KAN AKU KATA VERY THE SIMPLE!!)

Alhamdulillah, hantaran semua pun dah siap. At 9.30am kami start buat make up and by 11am macam tu baru kami bergerak ke surau untuk majlis akad nikah. Jom kita tengok rentetan gambar dan cerita sekitar majlis pernikahan kawan baik akak iaitu Shareefa Asmaa dan Kimi Raikonen.



Of cozlah make up by I olls.  Asmaa adalah seorang yang pandai make up.  Dia suka explore dan beli macam-macam make up dan suggest kat I olls.  Bukan satu perkara yang mudah untuk make up orang yang pandai make up.  Depa nanti pantau setiap benda yang kita buat.  Setiap brush yang kita pegang dia cerita sebijik-bijik macam mana nak buat.  Nasib baik.....menjadi  :)



Asmaa yang cantek. Busana jubah ala-ala dress beliau ini ditempah dengan Shanell Harun. Tapi Shanell ada buat alter silap sikit. Asmaa kena pi alter cepat-cepat sat satu tailor lain. Shanell Harun ni memang pandai buat baju, tapi bab-bab alter baju ni dia kena pi carik tailor yang meletops hanya untuk bantu dia alter baju saja!


Asmaa dan Blackberry dia tidak boleh dipisahkan. Dulu dia tak tau pakai Twitter (dia kan macam tok tok). Tapi lani dia dah pandai Twitter. Masa kat meja pengantin pun dia duk sibuk Twitter kata dia syiok makan udang banyak. Ai.....muka lawa. Tapi suka buat pelik-pelik.



Beliau dan kakak kembar beliau. Ada orang yang confuse mana satu Asmaa Aishah? Bagi akak yang dah hampir sepuluh tahun hidup merana dengan depa. Bau kentut pun akak dah tau, mana satu Asmaa mana satu Aishah.



Sesiapa yang add akak kat FB mesti dah tengok gambar ini.

Pernikahan ala-ala Makkah u olls. Pengantin perempuan (kawan I olls keturunan Arab) and pengantin lelaki berdarah Pakistan. Dimulakan dengan marhaban daripada kedua-dua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Masa selawat ke atas Rasulllah, pengantin lelaki diarak ke tengah oleh pakcik pengantin perempuan. Very the touching moments okay. Pengantin lelaki of coz yang berjubah kuning ala-ala imam Masjiddil-Haram. Memang sangat indah suasana ini. Tapi kepada u olls yang verangan nak buat macam ni, make sure the whole family pakai jubah putih macam ni. Baru nampak smart!! Kalau setakat pengantin sorang pakai ala-ala jubah and all the others pakai jeans and baju batik bagai....very the SANGKAK okay!



Alhamdulillah, masa ni depa dah sah menikah. Ada beberapa adegan funny masa time akad nikah. BUKAN PENGANTIN YANG NERVOUS, tapi bapak pengantin yang nervous. Dua kali dia duk sebut tak betui. Heheh...yang penting Kimi remain calm dan hemsem sepanjanga saat-saat pernikahan itu.



Antara kawan-kawan Senjojes yang mai.  Sorry tak panggil ramai-ramai sebab majlis ini kecik sahaja.  Ampa semua mai masa kenduri saja nanti. 


Akak adalah amat biadab pakai baju nampak lengan masuk surau.  Aiiiiii apalah Jumizah ni tak reti nak packing baju elok-elok sikit.  (MEMANG AKAK FAIL GILA BABI KALAU BAB PACKING BAJU BAJU NAK TRAVEL NI!)

Sekian dulu.  Satgi ampa baca cerita depa sanding dan lain-lain.  :)

10 comments:

  1. cantik mekap tu jumie. especially bab mata tu. ;) dua-dua pun gojes la kembar tu.

    ReplyDelete
  2. mane nak cari jubah arab yg lelaki 2 pakai kak jumie... tolong2...

    ReplyDelete
  3. akak, camne nak contact shanell selain FB? hope akak boleh share info. thanks in advance ya.. =)

    ReplyDelete
  4. santek sangatttt mekap tuuu...baju pun santekkk...bila kenduri nya?? hehe sebok nak taw..

    ReplyDelete
  5. Berry, rasanya Kimi beli kat Arab....

    Oshinz...hang duk pening apa. Tak pasan ka akak bubuh link kat nama Shanell tu?

    ReplyDelete
  6. Rina, kenduri ni dah lama habis. Last November :) U taula blog i olls ni style dah lama baru di auto publish.

    ReplyDelete
  7. hehehe. kita takde akaun FB la kak jumie.

    ReplyDelete
  8. O yakaaa!! sorry sorry.....

    Nah baca sini : http://direktorikahwinpenang.blogspot.com/2003/06/ch-by-chanel-harun.html#more

    ReplyDelete
  9. http://direktorikahwinpenang.blogspot.com/2003/06/ch-by-chanel-harun.html#more

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...