22.12.11

Majlis Persandingan Asmaa Aisha, Pengantin Kembar I Olls Yang Pertama

U olls semua,  hari ini i olls ingin berkongsi pulak dengan u olls semua detik-detik keindahan majlis persandingan Aishah dan Asmaa yang berlangsung di Dewan Utama,  Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang pada November yang lalu.

Untuk pengetahuan u olls semua,  zaman sekarang u olls nak kawen boleh buat macam-macam tema.  Ada yang merapu gila macam akak tunjuk hari tu perkahwinan tema STAR WARS!  Gila babs.  Macam Aishah dan Asmaa,  depa memilih tema 'party dalam taman'.  Dalam FB invitation yang dihantar oleh Aishah dan Asmaa kepada semua rakan-rakan,  they olls mengingatkan kami dengan tema they olls yang ala-ala party-party dalam taman gitu.  Tapi concept dia tak betui-betui dalam taman yang selalu orang buat,  kena banyak bunga,  kena banyak pokok-pokok,  pastu wajib ada rama-rama.  NO NO NO.  They olls buat,  betui-betui macam kat taman.  Nanti ampa tengok sendiri macam mana. 


Depa pesan kat kami,  dari segi pemakaian,  tak wajib pakai baju kurung atau baju melayu.  We olls boleh pakai apa pun janji nampak casual tapi tetap smart.  Masa tu akak feeling la nak pkai dress bagai......tapi sebab akak busy macam mana ka.  Last sekali tak sempat shopping akak mai pakai baju tunang akak ja.  GITU!

Sesi make up diadakan di Hotel Vistana.  First time dalam hidup akak,  inilah pengantin kembar pertama yang akak make upkan sekali gus.  Untuk wedding siang yang akan mengambil masa yang agak panjang ini,  they olls pesan agar akak jangan buat make up tebai-tebai.  Akak menurut perintah u olls.


Okay inilah Aishah yang memang simple gila akak make up beliau.  And then kat belakang tu Yong,  kakak ipar Aishah ya puan-puan semua.  Yong pakai baju kurung modern warna grey.  Pastu dia mintak I olls pakaikan red gincu itu.  Mula-mula dia macma tak confident,  tapi bila dah siap sapu.....ammmmm....nenjiaaa...meletops u olls.  Nanti I olls akan buat simple tutorials macam mana nak pakai red lipstick yang paling simple punya!!  :)


Ini make up untuk Asmaa.  Sama macam Aishah punya make up teknik.  Simple sahaja.  Cuma kalau ampa nak tau.  Dalam perjalanan dia nak pi dewan kenduri,  Asmaa eksidently tercalit bibiak (bibir) dia,  so lipstick dia hilang setengah.  Orang mulut kecik.  So nak tunggu aku nak pi tacap lips dia tak sempat.  Dia pun pi la bersanding takdak lipstick.  Aku pun sampai sudah tak pi tacap apa-apa.  Takpa....orang elok. 

Inilah shot depan bilik hotel yang sempat I olls amik.  Aishah (yang kiri),  dia la jadi mangsa designer onar bernama Nik Erwan Roseli yang tak bagi siap baju dress kahwin.  Ampa baca artikel tu kat sini  :  Designer Tempatan Yang Katanya Bertaraf 5 Bintang Telah Membuat Onar Kepada Ramai Pengantin.  Tapi alhamdulillah,  atas bantuan kakak dan adik iparnya yang gigih merangkau sampai ke KL untuk pi carik ready made dress yang sesuai membuahkan hasil yang meletops.  Kain dan tops yang dipakai itu beli ready made sahaja.  Cuma Aishah ada buat alteration dengan menambah patching manik-manik daripada dress yang dirosakkan oleh Nik Erwan Roseli ke dress baru ini. 




Masa mula-mula Aishah BBM gambar dress ni kat akak,  akak memang setuju dan akak suka sangat.  Memang sesuai dengan tema party dalam taman depa dan suit yang Edros dah beli.  Memang akan nampak macam English-English macam mana ka.  Tapi Asmaa punyalah maki dan marah akak.  Dia kata akak bagi komen baik yang saja nak bagi Aishah sedap hati.  Dia kata "Mat salleh pun tak akan pakai macam ni masa kawen!"  Aiiiii...susahlah nak gadoh dengan tok-tok.  Akak layan sajiaaaaa.  Nenjia lepaih dah alter semua,  meletopsss teruih!! Katanya siap ada yang PM Aishah kat FB dan tanya pasai dress dia ni.  HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...tengoklah sikit hari jadi trend teruihhh!


Asmaa pulak dia pakai dress yang ditempah khas menggunakan kain saree yang beliau beli masa beliau ke India tak lama dulu bersama tunang ( masa tu tunanglah) dan bakal ibu mertua (masa itu bakal la...lani dah betui betui mak mentua).  Depa  pi shopping beli kain kat sana.  Asmaa kata,  kalau ampa semua memang gila suka nak beli kain cantek-cantek dan murah pergilah India.  India punya kain semua sangat cantek-cantek (nak beadings...takdak beadings) pastu memang murah gila.  Asmaa memilih sari warna teal dengan beading sarat warna emas.  Very simple and amatlah lestari sebab lepas ni Asmaa buleh pakai dress ni pi kenduri kawen kawan-kawan lain. 

Okay now,  let's talk about the theme and the pelamin.  I dont think depa buat pelamin pun.  Depa buat decoration untuk tempat amik gambar  :) Sebab pelamin depa tak nampak macam pelamin langsung.  Nampak macam tempat lepak-lepak kat taman.   Very the sempoi.  Mai sini aku tunjuk satu gambar pelamin depa.


Meletops tak u olls.  Pelamin ini didatangkan khas oleh PartyPopperz from Kuala Lumpur okay.  PartyPopperz ni bukan pembuat pelamin sahaja,  they are more than that.  Tak kisah apa jenis party pun,  dinner,  birthday,  kenduri cukur jambul,  apa apa saja party yang POP,  depa boleh mai buat decorations kat ang.  Aishah yang came up with the idea dekorasi ini.  Dia kata dia nak pelamin berinspirasikan scene dalam green house melalui film Beastly.  Ampa tengok one of the scene kat sini.  Memang jenis kerusi background ada bingkai tingkap lama,  daun-daun melingkar dan juga bunga sikit sikit macam nak tumbuh tak mau tumbuh....memang betui betui macam dalam filem itu.  Tahniah Firdaus Syed from Party Popperz.   Tengok behind the scene pembikinan pelamin itu di sini Inspired by the movie Beastly... The green house scene


So itu sahaja yang akak buleh cerita pasai kenduri Aishah dan Asmaa.  Kat sini akak share beberapa keping gambar untuk tatapan kalian semua.  Especially kawan-kawan Senjojes kami yang tak dapat mengemai.  Kami layurkan gambar-gambar ini kat ampa. 


Ammar and Maria,  anak Khalid (abang Aishah Asmaa).  Sangat comels depa dorang ni. 

Apalah depa ni duk gelak time ni!!


Pose istimewa daripada Aishah khas untuk u olls semua.  Ampa tau apa inspirasi dia buat pose ni?  Ermm...baca ni  :  Jumies-favorite-pose


Asmaa yang cantek dan sangat behave hari itu.  Ya la,  family Kimi ramai.  HEHEHEH :)

 
Bersama semua gang Senjojes yang hadir dengan penambahan seorang senior iaitu Adura dan junior Alisa Zubir.  Kakak dan adik Edros.  Sapa sangka lani jadi ipar duai Asmaa Aishah. 

Ini Tengku Alia.  Nurul Ain Ismail tengok gambar ni dia kata "Jumie awat muka hang bengkak?"  SIYEEE PUNYA AIN!!

Bestnya pelamin ala-ala taman ini ialah ianya secara semula jadi membawa satu elemen santai dalam hati kami semua.  Macam membuang segala protokol dan tertib kita sebagai pengantin - but in a good way.  Ampa tengok pengantin semua macam relaks saja nak berdiri,  duduk,  tersandar.  :)

Zulia mai bawak anak.  Anak dia suka menangeh.  Tapi kami dukung jugak buat best!!



Pose ayu ayu dari kami semua.  Nadiah Halim Khoo duduk paling kiri.  Nasib baik dia buk turun tangan,  kalau tak dia nak pose sambil pegang subang bunga akak yang meletops itu.  Deni dia gila sikit,  dulu dia suka GT BOYZ.

Cewahh........Asmaa duk buat ayu-ayu. 


Pengantinz with Kimi's sedara mara.  Semua very the hindustan  :)

Okay itu sahaja cerita majlis persandingan Asmaa Aishah.  Ada satu lagi cerita lepas ini.  Check it out.

12 comments:

  1. Canntikkk! Love the pelamin! Kalau kat KL memang ramai buat pelamin yang lebih kepada set/deko camni. Kami tak tau la pasaipa kat Penang tak dak vendor nak buat pelamin camni.

    Congrats again!

    ReplyDelete
  2. pengantin cntik sgt2!! pelamin glr kentang..cun sungguh aihh...

    ReplyDelete
  3. comel je sedara pengantin lelaki (kimi) buat selendang purple macam tu... ;)

    ReplyDelete
  4. ya Allah cantiknyaaa..betoi kata reena kat penang jgn hrp la nak ada pelamin camni..

    tp kalau satu ari nanti ada kat penang mau haga mencecah puluh ribu gak pelamin camni kannnn kannn...

    apapun congrats dua2 mempelai sgt cantik dirias jumie samsudin...n pakaian pun sanagat malatoppp!

    p/s: org penang ni hat mak mami mami semua payah kot nak suka bnda2 camni...betoi x u?? i rasa2 laa sbb mak i sndiri mcm tu..hahaha

    ReplyDelete
  5. Smartlah Jumie..
    Simple je..
    Very nice..
    Kalau dia buat kat taman sure lagi best..
    Baju dia pun simple cantik gak, dari membazir beribu2 buat kat designer berangan tuh!

    ReplyDelete
  6. Idea idea macam ini harus sentiasa diketengahkan. Insya Allah from now on i olls akan buat lebih banyak artikel pasai wedding pas ni, untuk menjadi inpirasi u olls semua.

    ReplyDelete
  7. chantek...seyes suka ngn pelamin dowg...simple but gojes

    ReplyDelete
  8. yeay.. cantik okeh baju pengantin yang Aishah tu. pelamin gorgeous gila. macam nak pengsan tengok!

    ReplyDelete
  9. pelamin sempoi...adoi kat penang outdated la yek jarang betui nak jumpa pelamin relak cmni....

    ReplyDelete
  10. pelamin simple tapi superb!! baju kembar yg pakai tudung tu sangaaattt gojes.

    nway, jumie.. muka u iras2 imelda masterchef msia la.. tp u cunnnn lg

    ReplyDelete
  11. OMG i suka sangat baju Aishah. Laid back with a hint of glamour. BIG LOVE!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...