22.12.11

Majlis Persandingan Edros dan Aishah

Hello u olls semua.  Marilah kita ke artikel seterusnya iaitu review majlis persandingan Edros dan Aishah yang telah berlangsung seminggu lepas wedding Asmaa Aishah.  Majlis persandingan yang very the bertemakan tiffany blue and white ini diadakan di Setia Pearl Island,  Penang.  Majlis ini actually very simple dan dihadiri oleh rakan-rakan dan keluarga terdekat bagi pihak Edros sahaja.


Sessi make up diadakan di Equotarial Hotel.  I olls dan Abang Lan (Lan Cantik) telah ditugaskan untuk menyiapkan kedua-dua mempelai ini.  Cewah...mempelai.  Rasa macam NONA pulak.  Kalau hari itu,  Aishah dah lepas rambut ala-ala TongSang.  So hari ini,  we olls mencadangkan dia menbuat sanggul feeling-feeling Tuanku Zara Salim Davidson.  Kan???


Tapi nenjia...abang Lan meletops punya berkepok-kepok rambut Aishah dibuatnya.



Okay,  inilah hasil make up akak untuk Aishah sempena majlis sambut menantu.  Meletops tak u olls?  Okay,  kalau u olls berminat nak tempah akak untuk make up u olls di hari persandingan,  pernikahan atau pertunangan u olls,  jangan lupa hubungi akak layari weblog make up akak ye.   http://makeup-by-jumie.blogspot.com/




Dua dua seerrrriiii pengantinnnnn u ollllllsss!  :)



Hemsem tak Edros?  Tak sangka,  Wombose akak ni dah nak kawen.  Untuk pengetahuan u olls,  akak make up dia tau.  Sebab tu muka dia pun nampak macam floles!  Edros very the supporting,  dia tak kisah bila akak bubuh make up kat dia banyak-banyak (tapi tak nampak pun macam gomak kan?).  Selalunya pengantin lelaki lain,  akak duk tempek bedak lama sikit depa dah paranoid.  Depa ingat akak nak buat naya kes dah.



Inilah baju sanding Aishah hasil karya Qudyn Kuala Lumpur.  Akak teman Aishah pi amik baju ini kat Qudyn.  Beliau tu orang Kedah actually.  Tapi dah lama duduk KL of coz la very the cakap sleng kan?  So masa Aishah and Edros duk deal semua,  memang dia cakap KL.  Tapi bila akak mai butik dia,  NENJIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA cakap Penang teruihhhh!




Nampak tak kasut dia colour pink?  Haaaaaaa...meletops kan u olls?  Memang Aishah saja tempah kaler pink.  Very the fashion statement. 










Dekorasi pelamin tema off- white dan turqoise adalah daripada Jalinan Kasih,  Pulau Pinang.



Di sini juga akak dengan rasminya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aishah dan Edros sebab menempatkan nama akak dan En Khafi sebagai VIP Bride's Family.  Akak rasa sangat terharu dan very the flattering.  Dapat duduk dengan Ami Dollah yang suka amik gambar itu.  Tapi dia tak amik pun gambar aku dengan Khafi.  Tapi takpa.  Dengan harapan agar suatu hari nanti,  kita dah tua kita akan jadi cool macam Ami Dollah. 



Gambar akak dan En.  Khafi.  Actually En.  Khafi ni,  ish...akak dah seterika semua baju melayu warna pepel untuk dia.  Siap akak sewa sampin kat The House of Red Gincu,  (tapi tak bayak lagi kat Cakcing....hahaha).  So plannya,  akak pakai baju kurung meletops ni,  akak nak la En.  Khafi pakai baju melayu siap bersampin bagai.  Sebab Edros punya wedding very the formal tradisional.  Tapi disebabkan masa En.  Khafi bersiap,  akak takdak dengan dia (sebab akak duk make up pengantin),  so En.  Khafi dia tak reti nak pakai -pakai sampin semua sendiri.  So,  bila akak jumpa dia kat dewan.  Sekali dia pakai seluak jeans dengan baju melayu warna hitam.  Akak teruih macam nak baraa.  Tapi sebab dia still nampak hemsem akak tak bara.  Depa ni memanglah,  sebelum kawen semua depa tau buat sendiri.  Ni baru kawen,  seluak dalam pun depa tak tau ada mana semua. 




Pasangan pengantin di apit oleh ipar duai.  Asmaa yang pakai tudung tu adik kembar Aishah,  dia amik gambar akak masa duk mai dekat meja pengantin ni.  Dia kata "Sat aku nak tweet gambar hang aku kata ...makcik ni duk mai mintak lauk pengantin,"  Siiiyeeeeeeeeeeeeeee.  Nasib baik dia tak buat.


U olls semua. Baju yang I olls pakai ini ialah wedding present daripada Hassan Abu Bakar from Kerongsang Couture. Sepatutnya i olls pakai masa hari wedding i olls sendiri sebab baju potong-potong kek atau bukak-bukak hadiah. Tapi sebab i olls terlebih berat badan masa hari perkahwinan sendiri,  so baju ini i olls simpan for big okesyen macam ni - MY BEST FRIEND WEDDING.  For those yang berminat nak menempah baju exclusively by Bangsan, jemput ziarah beliau di butik beliau di Komtar, Penang.
 



At the end of the event,  akak sangat happy sebab dapat mengambik gambar dengan pengantin.  BUKAN SENANG NAK PUJUK EN KHAFI BERGAMBAR DI ATAS PELAMIN DENGAN PENGANTIN YA.  DIA MALUUUU GILA.  DIA KATA SEMUA ORANG DUK TENGOK DIA.  Stail perasan terok.

Okaylah semua.  Inilah saja cerita-cerita majlis perkahwinan bangsawan akak untuk kali ini.  Nanti ada lagi wedding wedding meletops kawan - kawan akak,  akak akan share dengan u olls.



12 comments:

  1. nak puji baju ampa segakkkk sagat...walaupun dah penah puji ritu...heheheheh

    ReplyDelete
  2. pasaipa baju sangkut kat kerusi? hhik.
    tapi xpa, yang penting konfident.
    anyway, nice dress:)

    ReplyDelete
  3. kak jumie..baju kak jumie sebijik cam baju kawan saya akad nikah aritu..amik kat bagsan gak...hihihi...

    ReplyDelete
  4. Rina...i leeff youuu!


    Azam azaris...rindu kat ampa...bila nak pi karaoke?

    Shu Shinju : memang pun!! Kami kenai kawan ampa duk. Dia duk komen kat FB kami :)

    ReplyDelete
  5. kak jumie kerlasss lawa la baju pengantin dengan kasut pink....sempoi..

    ReplyDelete
  6. selamat melangsungkan rumahtangga abg kendu n akak aishah...

    ReplyDelete
  7. Jumieee! Cantik baju hang. Letopsss ok.

    ReplyDelete
  8. Jumie baju sangat cantik... meletop you..

    ReplyDelete
  9. jumie,kat mana venue wedding nie?cantikla...
    anna

    ReplyDelete
  10. http://rhemiaphoto.com/edrosaishah-wedding/ just want to share Edros&Aishah photo. Tanx Jumie!!

    ReplyDelete
  11. Kahwin dah abdoulaye wombose ya..
    Tahniah buat beliau dan pasangan...
    :-)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...