Haizi Khalid

Tunetalk

Glowbro Marine Collagen

UK Clark Sales

23.12.11

Perkahwinan Melayu Gay Bertanjak : BERANI ATAU BODO?

Hello u olls semua.  Dulu kes Fathin akak pondan kawen mat saleh kat UK,  akak sengap.  Pastu kes mak nyah Terengganu minta tukar jantina,  akak sengap.  Pastu heboh kes,  Seksualiti Merdeka.  Akak sengap jugak tidak membuat apa-apa ulasan. 

Kali ini kes Ariff Alfian yang tengah heboh sebab dia kawen di Ireland dengan partner gay beliau.  U olls boleh baca cerita penuh mengenai Aliff Alfian dalam blog ini  :  Ariff Alfian Rosli, the reigning queer of Malaysian infamy in the UK (& British Isles). Blog tadi yang u olls baca ialah penulisan En.  Izaham Musa daripada Pusat Pengajian Komunikasi. 




Apabila akak meletakkan status di Facebook  : 

Hello u olls semua, I olls nak tanya pendapat u olls tentang lelaki Melayu yang kawen dengan pasangan gay nya dengan berbaju melayu dan bertanjak di Ireland. Pada pendapat u olls, tindakan beliau itu BERANI or BODOH? Let's discuss.

Ramai yang marah.  Ramai yang kata dia bodoh.  Ramai yang menggunakan agama dan bangsa untuk menghemtam tindakan Ariff Alfian.  Tapi ada juga yang kata dia bijak sebab dia kawen dengan mamat ni,  teruih senang-senang dapat PR (Permanent Resident). Ada juga yang kata,  baik tak payah masuk campok.  Tapi rata-rata yang marah dan tak suka dengan tindakan mamat ini. 

Dahla hang mengaku gay,  berani kawen dengan mat saleh pakai baju Melayu pastu mengaku pulak hang akan kekal Mulim sampai akhirat.  Semua benda yang dia buat ni memang saja saja nak bagi satu Melesia geram gila babi kat dia.

Ampa pun semua tau kan?  Akak punya pendirian macam mana.  Akak memang sejak dulu lagi menghormati golongan LGBT.  Suka atau tidak ini pilihan dan cara akak.  Sama juga u olls semua.  Sama juga dengan Ariff Alfian.  Kita semua ada hak untuk menyuarakan pendapat dan bertindak mengikut keputusan yang kita pilih.  Salah atau betui keputusan itu,  kita sendiri yang perlu bertanggungjawab.

Setiap hari memang kita kena buat macam-macam keputusan.  Ada kalanya keputusan itu amatlah salah di mata orang lain.  Ada kalanya keputusan ini amat disukai orang lain.  Tapi pokok pangkalnya,  itulah pilihan yang kita pilih.  Dan kita sebagai seorang insan,  perlu ada sebab yang kukuh mengapa kita memilih keputusan itu.  Salah atau benar di mata orang tidak penting,  pokok pangkalnya alasan mengapa kita memilih keputusan itu biarlah membuatkan orang rasa diri kita bijak dan akhir sekali menghormati keputusan yang kita buat.  Cara ini sebenarnya sangat simple,  tapi ramai orang yang lupa. 

  1. Beza live in dengan kahwin legally
    Ada banyak beza kawen dengan live in.  Kawen adalah ikatan.  Dalam ikatan tu pula ada dua jenis ikatan.  Ikatan di sisi agama dan ikatan di sisi undang-undang.  Contohnya  :  Nikah kat Siam tu betui.  Sah dah.  Tapi ikut undang-undang Malaysia,  tak boleh.  Sebab kerajaan kita takut,  kaum wanita dianiayai oleh lelaki yang suka suka hati nak kawen ramai tapi tak bertanggungjawab dll.

    Live in tu bermaksud,  pasangan yang tak berkahwin tapi duduk sama-sama.  Culture ini banyak dalam kalangan masyarakat kita.  Cina,  India...MELAYU PUN RAMAI!  Bukan saja pasangan lelaki perempuan.  Pasangan perempuan-perempuan dan pasangan lelaki-lelaki pun ada.  Apa dia?  U olls tak pernah tau! Haaaaaaaaaaa tu laaa....tengok Astro Ria banyak sangat.  Live in ni,  adalah satu budaya dari barat actually.  Orang barat depa takut nak commit,  sebab bila depa kawen and bila nak bercerai ada macam-macam kesusahan yang akan dihadapi.  Depa takdak mahkamah syariah macam kita,  depa punya law lain.  Kadang-kadang penceraian itu amat merugikan satu pihak.  Ada juga yang sampai merugikan kedua-dua belah pihak.  Kira kata,  selalunya kalau depa bercerai memang akan rugi banyak benda. 

    So,  pasangan muda muda macam ni,  depa lebih suka live-in sebab kalau kata perhubungan itu tidak menjadi,  depa boleh belah suka hati depa.  Ada yang dah ada anak pun,  bila sampai time depa rasa depa tak boleh go on dengan pasangan depa,  depa tinggai la macam tu ja.  Itulah kebebasan yang bagi akak amatlah tidak sustainable.  Sebab kalau dia jenis ada otak dan terpikir nak bertanggungjawab kepada anak luar nikah depa,  takpa.  Kalu yang jenis tak dak otak macma mana?  Akhirnya,  mak anak bapak semua saling tak mengenali.  Silap haribulan lagi 10-20 tahun,  berlaku pulak sumbang mahram sebab dia tak tau yang dia lani duk bercinta dengan anak bapak kandung dia sendiri.  KAN??????????

    So apa beza live in and berkahwin?

    Ruginya kalau hang just live in dengan cinta hati hang,  esok lusa kalau dia tinggal hang.  Hang pun bodo tak ada apa apa simpanan duit sendiri,  maka hang lah yang merana.  Sekeping takdak apa.  Hang nak tuntut nafkah pencarian mana boleh?  Takdak surat mahkamah apa pun.

    Untungnya berkahwin,  bila penceraian atau perpisahan berlaku,  maka kita ada hak untuk menuntut apa-apa sahaja daripada pasangan kita.  Di samping itu,  dalam institusi perkahwinan dia tu,  dia dah dapat macam-macma keuntungan.  Contohnya,  Ariff Alfian ni dapat la PR duduk Ireland u olls!  Ingat senang ke?

    Memanglah di mata kita Orang Melayu dan Orang Islam,  sangat jelek melihat si mamat Melayu ini kawen kat City Hall (BUKAN GEREJA SEPERTI YANG DIPERKATAKAN) berpakaian baju Melayu dan bertanjak lagi.  Rasa macam satu penghinaan kepada bangsa dan agama.

    Tapi dari sudut lain,  perkahwinan ini membawa kepentingan dan keuntungan lain kepada Ariff sendiri.  Dia sekarang dah pasangan sah kepada Jonathan dari segi undang-undang.  So apa-apa pun,  dia boleh tuntut dan dapat hak daripada pasangannya mengikut undang-undang perkahwinan negara itu.

    Sebenarnya u olls semua,  akak di sini tidak mau mengutuk atau menghina keputusan Ariff untuk berkahwin dengan Jonathan.  Akak nak share dengan u olls semua hakikat sebenar bahawa actually bukan saja Ariff Alfian,  berlambak lagi Melayu-Melayu kita yang beragama Islam yang pi luar Malaysia dan kawen secara contract ini.  Bukan sahaja pasangan gay,  pasangan perempuan lelaki pun berlambak lah!! Takpayah lah akak nak buktikan apa-apa, sebab depa pun kawan akak sendiri.

    Depa perempuan Melayu,  kawen dengan mat saleh kat negara mat saleh.  Bila kami kawan-kawan tanya "Hang menikah ka?"  Dia kata dia menikah.  Tapi takdak pun gambar menikah dalam Facebook.  Yang ada pun,  gambar dia dan laki dia pi mahkamah and sign dokumen-dokumen macam tu.  Memanglah akak mula-mula dulu pun macam terkejut, tapi kawan baik akak iaitu Asmaa Aljuned telah membuka mata akak,  dia kata "Aku lebih suka dia kawen macam tu sebab bila dia kawen legally,  laki tu tak boleh buat apa apa kat dia.  Dia ada hak untuk tuntut hak dia sebagai isteri yang sah di sisi undang-undang,"
  2. Baju Melayu dan Tanjak
    Dalam hal ini,  actually akak pun tak sukala dia pakai tanjak dan baju Melayu.  Bak kata Rusdi Redza,  "Nampak sangat macam dia terpengaruh dengan rancangan Queer As Folks,"  Akak setuju dengan pendapat ini. 

    So akak ulang balik apa yang akak quote di atas,  apa pun keputusan hang,  itu hak hang.  Tapi kalau boleh,  janganlah berbaju Melayu dan tanjak.  Memang semata-mata hang nak carik pasai dengan sentimen orang Melayu kat Melesia. 

    Kadang-kadang kita kena sedar bahawa BUKAN KITA SORANG SAJA YANG HIDUP KAT DUNIA INI. 
  3. Mak bapak yang sedih

    Akak pun actually teramat kesian dengan nasib mak bapak Ariff Alfian.  Tapi sepertimana perbincangan akak dengan Syed Amir AlGajjah,  kami berpendapat bahawa,  maybe budak ini dah confess kat mak bapak dia bahawa dia gay.  Oleh itu depa semua sudah tak suka dan depa halau Ariff Alfian,  maka sebab itu Ariff Alfian membawa hati yang lara dan pergi begitu saja. 

    Kalau family dia sendiri dah tak boleh terima dia (SEMUA FAMILY TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT ANAK DEPA GAY.  EVEN SESEORANG INDIVIDU YANG MEMPERJUANGKAN HAK GAY DAN LESBIANS,  AKAN JADI KAGET BILA TAU ANAK DEPA TU GAY),  so sebab itu dia kawen dengan Jonathan sebab Jonathan punya family boleh terima dia.

    Pantun Melayu ada berkata :

    Nasi lemak buah bidara
    Sayang selasih hamba lurutkan
    Buang emak buang saudara
    Kerana kekasih hamba turutkan

    Siapalah kita nak perdebatkan tentang pergaduhan antara bapak dan anak ini. Memanglah,  kesian kat bapak dia sebab jadi penjamin utama untuk pinjaman pelajaran dengan Petronas yang sebanyak RM890 000 itu.  Tapi,  ini bukan drama Hindustan u olls.  Takkanlah Petronas nak pi tangkap dan penjara bapak dia untuk bayar hutang.  Petronas akan pi carik pungkur Ariff Alfianlah,  so yang biar dia dan Petronas yang setelkan.



    Ada satu lagi pepatah yang akak nak bagitau kat sini.  Benda ini selalu En.  Khafi pesankan kepada akak  "Air sama air,  sampah ke tepi jua,"  Maksudnya,  pergaduhan adik beradik dan anak beranak,  takpayah lah kita nak masuk campur.  Sebab air dicincang tak akan putus.  Nanti kita yang duk pandai menyibuk juga la yang menjadi sampah.  Dalam hidup akak,  ada ramai sampah juga.  Depa tau la depa tu sapa.  HAHAHA.  Dulu depa selalu duk mengomen kat FACEBOOK akak,  lani sengap teruih.  Wedding akak pun tak berani nak mai.  Tulah suka duk sibuk nak amik tau akak bergaduh gadah dengan family akak.  Diri sendiri pun bercerai berai,  nak pebetui family orang. Sendiri mau ingat ya.  Kita jangan jadi orang lagu ni.

  4. Ariff Alfian Megah Dengan Perkahwinannya
    Betui ke Ariff Alfian sengaja nak memperbesarkan perkahwinan dia ini?  Betui ke dia memang sengaja nak pi bagitau satu Melesia dengan keputusan dia?  Ataupun ini semua hanya agenda media Melesia yang ingin mengaut keuntungan berdasarkan isu-isu panas yang sedang hot kat Melesia sekarang ini iaitu pergerakan Seksualiti Merdeka. 

    Media Melesia ni bermusim,  kalau satu cerita buang bayi keluar......teruih semua paper keluar cerita buang bayi.  Sampai berita kat cerok tok kun mana mana pun depa boleh korek bagitau semua. 

    Tapi kita kena ingat,  media Melesia dipantau sepenuhnya oleh kerajaan Melesia.  Kita kena buat macam tu sebab negara kita kecik.  Bila kita kawal media,  so senanglah kerajaan nak pantau mentaliti orang kita semua.  Jadi kita sebagai orang Melesia kenalah pandai,  jangan baca Metro dan Utusan teruih baca bulat-bulat.  Kena ada analitikal thinking sikit.  Pikiak dari sudut pandangan lain.  Pikiak luar daripada kotak.  Pastu buat analisa sendiri.  Jangan cepat berlatah.

    So betui ke Ariff Alfian sengaja nak umumkan perkahwinan beliau ini?  Ataupun satu provokasi media?

  5. Ariff Alfian vs Pilihanraya Umum

    Akak tak pandai bab politik.  Tapi ini pendapat akak,  betul tak betul itu ampa boleh komen lepas ini.  Baju Melayu dan tanjak amat sesuai untuk mewujudkan sentimen marah dalam kalangan orang Melayu.

    Sebab itu media massa dan media cetak semua menggembar gemburkan isu ini.  Lelaki Melayu gay berpakaian baju Melayu dan tanjak amat sesuai untuk mewujudkan kemarahan kaum Melayu dan orang Islam?

    Bukankah kerajaan bertanggungjawab dan mempunyai hak untuk kawal semua berita yang keluar dalam media massa dan media cetak?  Kalau kerajaan dah tau,  gambar dan issue macam ini akan menyebabkan kemarahan orang Melesia,  kenapa depa bagi media publish jugak?  Kerajaan bukankah BERHAK untuk settle-kan kes ini secara tertutup.  Pi jumpa Ariff secara belakang tabir dan pujuk apa ka nama bagi elok.  Perlukah nak pi tayang semua certa kat public?  Barulah rakyat tak marah kat dia.  Lani bayangkan,  Ariff Alfian sendiri dah takut nak balik Melesia.  Nanti gang Umno Petaling Jaya yang mengamok nak ludah orang dalam Youtube tu mai....mampoih dia kena kaleh dengan depa semua.  HAHAHA.

    So pasaipa kerajaan publishkan juga cerita ini?

    Ini adalah kerana kerajaan nak orang Melayu dan orang Islam Melesia marah dan benci dangan golongan gay.  Sekaligus orang Melayu akan benci dan memandang jijik kepada gerakan Seksualiti Merdeka yang kini mendapat support dari orang-orang seperti Datuk Ambiga Sreenevasan yang mendapat support daripada barisan parti pembangkang. 

    Sekaligus membuatkan orang Melayu terpikir bahawa kalau inilah 'kebebasan' yang pembangkang bawakan,  maka inilah betapa senangnya pembangkang nak 'menjual' dan 'memperagakan' maruah orang Melayu.  GILA BIG GUN PUNYA KERAJAAN KITA GUNA!

    Ampa tak pasan ka....Pilihanraya umum kan dah nak dekat.  Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn?

So kesimpulannya,  kes ini berjaya membangkitkan kemarahan semua orang Melayu dan orang Islam di negara kita.  Bukan saja gang-gang heterosexual,  malah gang-gang LGBT yang akak kenal pun jadi marah dan benci gila dengan pembuatan Ariff Alfian.  Depa rasa macam marah sebab "PERLUKAH DIA NAK PAKAI BAJU MELAYU BAGAI?  DIA NAK PI BUKTI KAT SAPA?"  Begitu juga akak,  akak sendiri pun tengok gambar dia akak jadi marah dan rasa macam nak penendang muka dia.  Orang Melayu lani kawen pun tak ver-ver nak pakai baju Melayu,  semua verver nak pakai suit and baju jubah arab kan????? Hang gatai nak verver pakai baju Melayu buat apa?  TAHNIAH KERAJAAN MELESIA.  PELURU PROVOKASI U OLLS TERKENA WE OLLS SEMUA.

Akhir kata,  memetik kata - kata Blake Yee Xuan  :

I dun think we are in the position to question about their own personal life after all, do we? Its bad enough that we, as the outsider keep probing their personal life, let alone to probe into their own function of family instituition?

Blake, 
ini bukan soal kita suka-suka hati nak masuk campur hal hidup dia.  Tapi dah kalau semua orang duk bercerita dalam akhbar,  kita sebagai rakyat Melesia kena lah ambil tahu.  Tahniah kepada media-media cetak dan massa di Malaysia kerana berjaya membawa issue yang amat membawa kebaikan kepada rakyat Melesia iaitu :

"ANAK LELAKI MELAYU GAY MEMANG WUJUD DAN MEREKA BERANI BERTINDAK MENGIKUT KATA HATI MEREKA.  NO MORE SEMBUNYI-SEMBUNYI.  AMPA SENDIRI YANG NAK KAMI EXPOSE KAN? DULU KAMI SEMUA TAKUT-TAKUT DAN SEMBUNYI U OLLS!  SO NOW AMPA SENDIRI YANG HEBAHKAN KAMI KAN!  THANKS U OLLS.

KEBAIKANNYA,  LAMA KELAMAAN RAKYAT KITA TIDAK AKAN MENJADI TERKEJUT BERUK LAGI DENGAN FENOMENA INI KERANA KAMI ADA!  SO U OLLS SEMUA BERSEDIA ATAU TIDAK,  KAMI MEMANG ADA!"



Sekian,  dunia ini berjalan dengan begitu pantas.  Are we ready enough?

Jumie Samsudin

34 comments:

  1. clap! clap! clap!
    minggu ni byk sgt aku standing o baca artikel hang...penat la weh!

    ReplyDelete
  2. Jumie..... STANDING OVATION for you dear.
    Ulasan yang mantap dan padat! Hang pukui rata semua, cungkil dari segi positif dan negatif.
    Orang yang berfikiran macam kamu nih lah yang layak dipanggil blogger/ media!
    I agree with you, semua point kamu mak sense.
    Nothing else to elaborate!

    Congrats Jumie!

    ReplyDelete
  3. Ampa dorang dah makan....macam nak belanjaaa :)

    ReplyDelete
  4. OMG! Jumie, i'm your silent reader, seriously i really love your writing this time! Very the critical gitu. Memang that is the exact purpose media Malaysia keluarkan cerita macam tu, 1st untuk menutuo cerita2 corrupt from our ruling government right now, and buat orang melayu lupa, selain juga nak bakar sentimen supaya orang
    melayu jangan sesekali sokonh pembangkang, kalau tidak akan terjadilah perkara begini. Even dalam undang2 ppun mengatakan, orang melayu meati beragama Islam dan mengamalkan budaya hidup melayu yang memang bound dengan agama Islam, memang tak boleh wujud melayu beragama lain di Malaysia ni, jadi bila wujud Melayu yang tidak mengamalkan kehidupan berlunaskan Islam, depa ni semua jadi takut, sebab bagi depa, undang2 tu termaktub dan tak boleh diubah.
    Well, for Arif Alfian, i think i know why he still insist to wear baju Melayu even dia jauh kat Ireland, kita kat sini sebok nak pakai kot apa semua, this is because, when you are the only Asian di kalangan orang putih, u will proud of who you are sebab you automatically akan jadi exotic, they will refer & ask you, how do you live semua, so this is the way yg dia nak bagitau all of his Irish family(dia memang tak rapat dgn budak2 melayu pon time dia belajar dulu), this is me, I am Malay & I'm proud of it, as we all know, now ramai ja orang putih yang nk adopt asian way of life kan, sebab depa berkenan tengok kita ni very spiritual n sopan gtu.
    Pada pendapat i, biarlah dia dengan hidup dia, even kalau hukum Tuhan nak campak dia ke neraka eternally, that is between him & God, bukan posisi kita nak cerca & hina dia. Kalaulah dia dapat merasa sedikit kebahagian di dunia ni at least dia bahagia juga. And i agree with you that he should get married, kalau dia curahkan segala hati jiwa raga dia kat pasangan dia tanpa berkahwin, kalau kena tinggal sesia ja, at least kalau dah nak meroyan sebeb berpisah ke apa, biarlah meroyan kat dalam rumah, dari meroyan kat tepi jalan lepastu kena deport balik malaysia.

    ReplyDelete
  5. Btw, I'm yoyo, kita pernah jumpa banyak kali, time birthday andy, kahwin Edros & sebagainya. kat fb pakai nama Aswalia.Ayub(perlu eh nak bagitau). Hehe

    ReplyDelete
  6. Semua nak mempertahankan hak masing2. Hak gay, hak pondan, hak straight, hak itu, hak ini. Jangan lupa HAK ALLAH sudah la ye.

    ReplyDelete
  7. love this post.
    banyak lagi kat sini yang macam tu.setiap issue slalu sangat orang nak lantang cakap sana sini.

    good job jumie :)

    ReplyDelete
  8. hebat beb ulasan hang; aku salute (mona BPI)

    ReplyDelete
  9. hmmmmm... we cannot talk much..it is individual decision..and this dcision affected few others.. BERANI, BODOH, BIJAK semuanya terletak pada niat dan tujuan sebenarnya Arif alfian ni.. of course la, die pny baju melayu siap bertanjak bagai menunjukkan bangsa melayu.itu memang sengaja menjolok sarang tebuan. i dun mind kalau die kawen dgn mat saleh ke korean ke,african ke..but then why he chooses to wear baju melayu complete with the sampin n tanjak..i eblieve he wants to challenge other party or person. kita kene ingat die genius.. dh la keluar this kind of pic,then he add up with few dumb comments ala2 azwan ali.. he messes the problem and the issue getting bigger.. and of course la.. bila ade isu mcm ni, akan digunapakai oleh other party as batu loncatan untuk kepentingan peribadi.media gets their new fresh issue to sell to the public, the politician will use it as weapon to subjugate people,making the opposition badder.. other than that,betul la.. kat melesia ni x ramai yg bukak mata pasal isu ni,sedangkan arif alfian ni not the 1st malay kapel yg kawen sejenis.. this story jadi hot coz it arises at the perfect timing.. luv u my akak..nanti sy kawen sy jemput akak tau..

    ReplyDelete
  10. niat dan matlamat x menghalalkan cara.yang haram ttp haram..layakkah dia glrkan diri nya muslim?

    ReplyDelete
  11. Kenapa mesti dia kawen pakai baju melayu camtu... aku nak tegur opismate aku nampak kacak sbb berbaju melayu pon teragak2 skang... satgi depa ckp aku perli plak... dah la aku mmg ske sgt tgk lelaki berbaju melayu hitam... pade aku adalah kacak dan seksi... deni spoil minat aku lahh...

    ReplyDelete
  12. Siyes nila tulisan blog kak jumie yang paling BEST! Korek luar dan dalam isu nih. STYLE! Teruskan lagi kak Jumie

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Dari sudut lain, perkahwinan ini membawa kepentingan dan keuntungan lain kepada Ariff sendiri. Dia sekarang dah pasangan sah kepada Jonathan dari segi undang-undang. Dia boleh tuntut dan dapat hak daripada pasangannya mengikut undang-undang perkahwinan negara itu.
    Namun dari sudut AKIDAH,memang sudah jauh terpesong.Bila sudah terpesong maknanya mengingkari perintah Allah s.w.t dan Al-Quran serta rasulnya.Natijahnya sudah menyerupai populasi zaman nabi Luth dan boleh jadi m***** .Itulah yang digeruni oleh ibubapa beliau..Satu lagi tulisan hang ni mirip kepada "free thinker" dan liberalisasi,banyak mendorong dan menyokong ke arah gay.Seperkara lagi harap-harap Jumie tak ada anak,kalau anda ada anak dan terbaca artikel yang anda buat,mereka boleh terpengaruh dengan pendekatan anda.Akibatnya boleh tergelincir dari gerabak kalau tiada "nur" di hatinya.Orang zaman sekarang terlebih educated,perlakuannya lebih rendah dari haiwan.Semuanya nak keadilan tetapi akidah diperlekehkan..Aku bukan ustaz tapi boleh MEMBEZA kerana aku diberi AKAL olehNYA...

    ReplyDelete
  15. Well Jumie great article..Actually i think Ariff ni he did not want to expose his marriage to the world, it is just an issue that was brought by the media to provoke us.

    To Anonymous yg last skali tu, xsemestinya org tu gay dia xikut ajaran Allah..Ramai jugak yg alim, sembahyang xtinggal, berpuasa, etc, ini hanya sexuality yg dtg dr dlm diri, yg akan nilai dosa pahala kita hanya Allah sahaja...Lg pun ramai jugak straight people as Jumie said live in and agama islam, why u x stress kan benda tu instead of the gay issues..Mana u tau Ariff tu sembahyang or not, every human i believe has their own flaw. Sekian

    ReplyDelete
  16. Tak rasa pon penulisan ni menyokong kita agar menjadi gay atau apa-apa shj. siapa kita nak ukur akidah orang lain, dan siapa kita nak judge dia layak digelar Islam atau tidak, yang penting doakan dia kembali ke pangkal jalan dan kita sendiri berhenti berlagak menjadi Tuhan.

    ReplyDelete
  17. hi kak, baca article akak baru buat saya terpk tentang apa yang akak tulis.

    kalau baca kat blog lain, semua pakat dok maki si arif alfian ni. u make me think, sukaaaa

    ReplyDelete
  18. Emi Kaz ,anda menyokong (menghalalkan )perkahwinan lelaki sama lelaki???Kalau awak bukan Islam ,tak apa.Tapi kalau awak orang Islam ,satu tamparan hebat bagi muallaf seperti saya kerana dari penulisan awak memang pro.Saya bukan kontra kepada golongan ini , memang ada yang warak tapi bukan berkahwin sesama lelaki .Kalau dah berkahwin sesama lelaki ,Allah tak terima amalannya kerana dah jelas terang lagi bersuluh salah satu dosa besar yang hanya boleh diampuni dengan taubat NASUHA.Membenci yang mungkar adalah selemah-lemah iman.Saya cukup gerun dengan gejala in.iPatutlah ramai muallaf kembali kepada agama asal kerana sikap orang Islam sendiri yang terlalu liberal.Nauzubillah min alik.Aku doakan agar Ariff kembali ke pangkal jalan…dan meninggalkan perkahwinan yang MUNGKAR dan kembali kepada ALLAH s.w.t.. Amin..Ingatlah Ariff syurga di bawah telapak kaki ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong...membenci yang mungkar adalah selemah-lemah iman. Kalau semua benda kita dah rationalize apa lagi yang tinggal?

      Delete
  19. Emi Kaz ,anda menyokong (menghalalkan )perkahwinan lelaki sama lelaki???Kalau awak bukan Islam ,tak apa.Tapi kalau awak orang Islam ,satu tamparan hebat bagi muallaf seperti saya kerana dari penulisan awak memang pro.Saya bukan kontra kepada golongan ini , memang ada yang warak tapi bukan berkahwin sesama lelaki .Kalau dah berkahwin sesama lelaki ,Allah tak terima amalannya kerana dah jelas terang lagi bersuluh salah satu dosa besar yang hanya boleh diampuni dengan taubat NASUHA.Membenci yang mungkar adalah selemah-lemah iman.Saya cukup gerun dengan gejala in.iPatutlah ramai muallaf kembali kepada agama asal kerana sikap orang Islam sendiri yang terlalu liberal.Nauzubillah min alik.Aku doakan agar Ariff kembali ke pangkal jalan…dan meninggalkan perkahwinan yang MUNGKAR dan kembali kepada ALLAH s.w.t.. Amin..Ingatlah Ariff syurga di bawah telapak kaki ibu..

    ReplyDelete
  20. kak jumie. even kami nok2 yang blaja overseas pun takut skrg. takot sponsor nak bagi warning ape even kami x buat.

    all in all i suka ur writing kali ni. and komen u pasal kerajaan tu memg bukak mata kami. even government yg kawal media. xkan lah xleh tutup kisah ni. sengajaaaaa nak kasi modal nak modal PRU nnti. puihhhhh

    ReplyDelete
  21. Setiap Muslim hendaklah sama-sama mencegah budaya SONGSANG dan MURTAD ini.Sedih mengenangkan nasib saudara seagama begitu mudah DIMURTADKAN melalui PERKAHWINAN SONGSANG.Ramai sudah Melayu Islam diMURTADKAN kerana MELAYU MUDAH LUPA..Ya Allah selamatkanlah umatMu dan bangsaku dari LAKNAT MU..

    ReplyDelete
  22. Cik Akak,

    Saya telah terbaca article akak dan terpanggil untuk bertanya pendapat akak.

    Memang tiada salahnya dari segi hukum hutan,tapi bagaimana dari segi hukum agama?

    Bagaimanakah pasangan LG dapat membezakan tanggungjawabnya sama ada ia si isteri atau ianya si suami.atau adakah ia boleh menukar tanggungjawab nya sesuka hati nya?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  23. I will on answers to all questions asked by the pussies kerana mereka bertanya tapi tak bagitau diri depa sapa.

    Saya tidak akan menjawab soalan daripada pondan-pondan yang menyamar sebagai anonymous.

    Thanks lain lain sebab sudi bagi komen membangun.

    ReplyDelete
  24. Tera lah hampa... macam logiklah... kami pun terpikiaq gutu gak, tp mana tera nak up N3 cam hampa.. tgk gambaq depa cemolot pun cam muhhung2 ja pun... tak real lah cara depa cemolot.. :)

    ReplyDelete
  25. i dunno yg reply under my comment is relating to my comment ke tak,dia ckp matlamat x menghalalkan cara.. but if he/she replied based on my thought, i do read again my comment, i x cakap pun sebab matlamat cinta agung AA ni menghalalkan cara... hmmmmm.. btw, menunggu kak jumie answer all the Qs.. sebab byk gegurl yg berminat dgn isu AA kawin dgn jonathan ni..

    ReplyDelete
  26. Selak dan fahami Quran..hukum haram tetap haram..dosa tetap dosa.. tiada tapi kerana...ada sebab kenapa kaum itu dilaknat dibinasa..
    nak memahami tak salah..jangan sampai tergelincir dan tersasar dari matlamat kita semua..zaman fitnah.

    ReplyDelete
  27. "Gay people are born into and belong to every society in the world. They are all ages, all races, all faiths. They are doctors and teachers, farmers and bankers, soldiers and athletes. And whether we know it, or whether we acknowledge it, they are our family, our friends, and our neighbors. Being gay is not a western invention. It is a human reality."

    Dan dunia ni bukan untuk orang baik-baik sahaja. Peace.

    ReplyDelete
  28. Kak Melanie, terima kasih. Saya jaga diri sendiri saja. Sebab diri sendiri pun masih berusaha untuk menngisi kekosongan di sisi Allah.

    Sebab itu saya sedar bahawa diri saya sendiri tiada kuasa nak judge dan hukum orang lain. Doa yang terbaik saja la untuk depa.

    Sarfa meletops!!! Dunia ni bukan untuk orang baik saja.

    ReplyDelete
  29. Mana milik kita?
    Tidak ada milik kita
    Semua yang ada
    Allah yang punya
    Tidak ada kita punya
    Kita hanya mengusahakan saja
    Apa yang kita dapat
    Allah sudah sediakannya
    Kita Allah punya
    Dunia ini ciptaan-Nya
    Miliklah apa saja
    Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
    Mana kita punya
    Tidak ada kepunyaan kita
    Kita hanya mengusahakan
    Apa yang telah ada
    Mengapa kita sombong
    Memiliki Allah punya
    Mengapa tidak malu
    Kepada Allah yang empunya
    Patut bersyukur kepada Allah
    Yang memberi segalanya
    Malulah kepada Allah
    Kerana milik Ia punya
    Janganlah berbangga
    Apa yang ada pada kita
    Kalau Allah tidak beri
    Kita tidak punya apa-apa
    Janganlah mengungkit
    Mengungkit jasa kita
    Jasa kita di sisi-Nya
    Yang sebenarnya Allah punya
    Marilah kita bersyukur
    Bukan berbangga
    Bersyukur kepada Allah
    Bukan mengungkit jasa
    Gunakanlah nikmat Allah itu
    Untuk khidmat kepada-Nya
    Selepas itu lupakan saja
    Agar tidak mengungkit-ungkitnya

    ReplyDelete
  30. jika tuhanku bertanya kepadaku ...

    tidak malukah kau bermaksiat padaku ?

    kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku ..

    dan datang pada ku dengan penuh dosa ..

    bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang ?

    dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku ?

    aku terus menyogok jiwa ku dengan impian

    dan harapan dari semasa ke semasa

    dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati ..

    dan apa yang akan berlaku selepas aku di kafankan ..

    seolah olah aku ini telah di jamin untuk hidup selamanya ..

    seakan mati tidak akan menemui ku ...

    dan telah datang padaku sakaratul maut yang begitu ngeri ..

    siapakah sekarang ini yang mampu melindungi ku ?

    aku melihat pada wajah wajah ..

    apakah ada daripada mereka yang akan menebus ku ?

    akan aku disoal apa yang telah ku lakukan didunia

    untuk menyelamatkan diri ini ?

    maka harus bagaimana kah akan ku jawab

    setelah aku mengabaikan urusan agama ku ?

    celakanya aku !! ..apakah aku tidak mendengar

    ayat ayat allah yang menyeru ku ?

    apakah aku tidak mendengar apa yang telah diceritakan

    dalam surah QAAF dan YAASIN ?

    apakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpul kannya manusia

    iaitu hari perhimpunan , hari pembalasan dan hari ad deen ?

    apakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut

    yang sentiasa menyeru dan menjemput ku ?

    ya rabb ...ya rabb seorang hamba datang bertaubat

    siapakah yang dapat melindungi nya ?

    melainkan tuhan yang maha luas pembentangan pengampunannya

    yang membimbing aku pada kebenaran

    aku telah datang kepadamu ya rabb

    maka kasihanilah aku

    dan beratkanlah timbangan amal kebaikan ku

    dan ringankan lah perhitungan hisab ku kerana

    engkaulah tuhan yang terbaik dalam perhitungan penghisaban

    amin !!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  31. Kenapa melayu skrg perangai mcm bangsat?? Kluar negara kahwin matsalleh ikut trus agama diorang.. Makan babi..Diorang ni semua tak takut mati ka? Orang luar ramai masuk islam.......melayu bangast sebok nak murtad! Cehhhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul....Tak pikiaq ka besok tua nak mampus... Nak tanam kubuq mana??? Sapa nak mandikan jenazah tu..??? Ya'allah berikanlah pertunjuk kepada orang2 ini. WAHAI ORANG2 YG DULU NYA ISLAM SEKARANG DAH MURTAD BALIKLAH KE PANGKAL JALAN

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com