26.12.11

Prince William and Kate Middleton akan mai Melesia?

Hello u olls semua.  Perkhabaran menarik daripada Istana British ya,  akak dimaklumkan bahawa Duke and Duchess of Cambridge, Prince William (Putera William) & Kate Middleton  akan datang ke negara kita iaitu Melesia sempena Tarikh Ulangtahun Jubilee Intan Ratu Elizabeth, mengenang 60 tahun baginda di takhta pada tahun depan, 2012.  Merletopsss!


Walaupun tarikh tidak begitu tetap lagi,  tetapi kalau they olls mai Melesia,  mesti ada macam-macam perancangan kunjungan yang they olls nak buat kan?  Akak harap kerajaan Melesia meletakkan satu event khas untuk Duchess of Cambridge iaitu Kate Middleton untuk bertemu dengan para designer fashion muda di Melesia yang hakikatnya sangat-sangat berbakat.  Buat fashion show macam mana ka,  khas untuk tontonan beliau yang dibarisi oleh para designer seperti Hatta Dolmat,  Hazwani Othman,  Rizman Ruzaimi,  WanPa,  Salikin Siddek,  Rizalman dan ramai lagi  yang hebat-hebat.  Bukan semata-mata tunjuk karya batik.  Hopefully dia terpikat dengan karya anak Melesia yang tidak kurang hebatnya dan meletakkan satu tanda aras dalam industri fesyen negara kita di mata dunia.

Mana nak pi tau,  bila ada pendedahan macam ni ada pelabur Eropah yang berminat nak amik bakat-bakat besar dari negara kita untuk masuk main stream fesyen industry di London,  Paris and Milan.  KERLASSSSSSSSSSSSSSSSS! 

Sekian sahaja,  harapan akak.

Jumie Samsudin. 

1 comment:

  1. wooaaahh.. harap ahkak pergi laaaa..hehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...