27.12.11

Tahukah Anda Bahawa Jasad Sir Francis Light Terkubur di Pulau Pinang?

Hello u olls semua.  Tahukah anda bahawa jasad Sir Francis Light terkubur di Pulau Pinang?  Tahukah anda siapa itu Francis Light?  HAHAHAHAH.  Kerlas soalan kedua akak.  Mana la nak pi tau,  budak budak zaman la ni.  Nubhan AF depa kenai.  Francis Light depa tak tau sapa.


Francis Light ialah kapten British yang telah menipu daya Sultan Kedah dan adik beradiknya yang berebut takhta sampailah Pulau Pinang jatuh ke tangan British.  Lepas itu depa istiharlah kata Pulau Pinang dibuka oleh depa.  Ampa nak tau lebih banyak tentang Pulau Pinang,  baca sini  :  Penang Wikipedia

Okay,  maybe ramai yang tidak tahu bahawa Francis Light mati dan jasadnya ditanam di Pulau Pinang juga.  SIRIESLY!  Hari ini akak akan menunjukkan u olls lokasi kubur Francis Light yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah ( Area Upper Penang Road).  Ampa cari show room kereta BMW,  opposite tu ada kawasan suram berpagar batu.  Dia tulis "Protestant Cemetary 1789-1892" HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!  Maknya kubur ini dah almost 222 tahun!
Ini gambar lama.  Masa ni akak tak kawen lagi. 

Kepada u olls yang minat dengan sejarah,  seni bina lama dan minat nak amik-amik gambar,  tempat ini adalah sangat best untuk u olls kunjungi.  Kawasan perkuburan ini memang very the gothic,  very the creepy at the same time sangat cantek dan 'tenang'.  Walaupun terletak di tengah-tengah kota Penang yang sangat busy,  tapi kat dalam kubur ini rasa sejuk dan very the calm. 


Ada banyak kubur lama yang terletak di Penang,  kubur bangsawan Cina lama-lama memang berlambak.  Kubur Jepun kat belakang Rumah P.  Ramlee.  Kubur orang Yahudi terletak di Jalan Zainal Abidin (Menara Umno).  Tapi kubur Francis Light ni paling cantek sekali sebab banyak pokok-pokok.

Ramai photographer yang suka datang ini untuk ambil gambar yang feeling-feeling gothic dan English purba gitu.  Hari ini akak nak share dengan u olls beberapa gambar dalam koleksi album akak dimana akak membawa kawan-kawan akak untuk menziarah kawasan perkuburan ini.

Ini kawan En.  Khafi from KL.  Meletops tak akak shot ni?  Kalau u olls berminat,  boleh add dia kat Facebook.  Faiq Abdullah
Pesan akak kat kawan-kawan akak "Ampa masuk kawasan kubur ni,  jangan sapa-sapa buat pandai pi baca Al Fatihah pulak!"

Inilah gambar we olls berposing ala-ala sopan di kubur Francis Light.  *SOPAN KEWWW!


Dalam gambar ini,  AKAK BELUM KAWEN LAGI. 

Dalam gambar ini  :  AKAK SUDAH KAWEN!

Beliau meninggal sama birthday dengan Asmaa Aishah  :)

Akak suka baca tulisan-tulisan atas batu nisan depa.  Ayat English lama-lama punya.  Nama depa semua pun style nama orang dulu-dulu.  And satu akak perasan ialah,  depa banyak yang mati di usia yang sangat muda.  26-30-39....depa dah menemui ajal dah.  Menemui keinsafan di kubur Kristian. 

Ada juga beberapa kubur yang telah di 'erected by' their family members.  Erected di sini bukan bermakna kote menjadi keras ya.  Erected di sini bermaksud,  kubur yang telah rosak dan usang telah dibina semula oleh kaum keluarga mereka yang datang ke Pulau Pinang ini. 

Sometimes,  u olls juga boleh jumpa jambangan bunga layu yang diletak oleh mereka yang menziarah ke sini.  Mungkin saudara mara mereka. 



Selain peminat sejarah,  saudara mara dan juga pencinta seni yang berkunjung kat sini.  Pencinta 'SAHAM MARA" juga suka mai sini ya.  "Saham MARA" yang akak maksudkan ialah nombor ekor ya puan-puan.  U olls boleh lihat dibawah ada beberapa artifak yang ditinggalkan untuk aktiviti penyembahan dan pemujaan yang dibuat oleh kaki ekor. 


Dalam banyak-banyak monument kat sini,  monument kubur ini yang paling akak suka.  Siap ada kubah dan roman-roman pillars gitu.  Inikah inspirasi wedding planner kat Penang buat pelamin?  CAROT!

Tapi kawan akak ada complaint,  dia kata "Kubur ini macam tak terjaga.  Semua dah reput-reput,"  gitu...biasalah mulut pondan.  Kira nak compain saja.

Pastu kawan akak seorang adik-adik bernas menjawab  "I rasa lebih baik dikekalkan macam ini.  Barulah ia cantek.  Kalau dijaga sangat nanti hilang keunikannya,"  Kerlaslah u olls.



Tempat yang kawan akak duduk tu,  situlah kuburnya ya.  Tapi kubur ini terlalu lama dan dah tak nampak tulisannya.  Akak tak tau kubur ini milik lelaki atau perempuan. 

SALAH TEMPAT TUNGGU BAS LA WOI!!

Tempat ini juga sangatlah sejuk dan damai,  dan tak ramai pelancong yang mai,  so pakcik-pakcik bawak lanca / beca,  depa mai tidok kat dalam ni la.  PORT TIDOK u olls!

Siyal tak akak dan En.  Khafi?  Kesian pakcik tu dok tidur.


Sekian saja.  OKAY BYE SEMUA!

4 comments:

  1. cantiknya pemandangan. rase nk pg lak, hihi

    ReplyDelete
  2. Huihh... banyak scene yg cantek yg tak nampak mcm kwsn perkuburan... nmpk mcm kwsn2 hutan gothic mcm dlm citer lord of the ring... haha... suka tengok weh...

    Aku betui2 xsangka kubur pon ley jd tempat menarik... hg mmg rakyat penang sejati lahh... apape aku nk tau lebey2 pasai penang, takyah gugel jejauh... bukak blog hg pon jadi...

    ReplyDelete
  3. mmg cantek tpmat ni. patut dkekalkan camni.sy tinggal Penang dah 2 hmpir 2 thun, bru tau semalam ada bnda best ni kt Penang.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...