28.12.11

Tropical Spice Garden Penang Yang Sangat Best

Hari ini I olls nak cerita pasai tempat jalan-jalan kat Penang lagi.  Sajalah nak cerita santai-santaikan.  Actually tempat kat Penang ni ada banyak tempat yang best yang satu dunia nak mai tengok.  Tapi kita saja yang tak reti nak pi mencariknya.

Hari ini I olls nak cerita pasai Tropical Spice Garden,  Batu Feringghi.  Dah lama tempat ini dibukak,  tapi hari ini baru berkesempatan nak pi dengan kawan-kawan. 


Tropical Spice Garden ni bukan semata-mata taman,  actually kat sini kalau u olls mai dan amik tour guide dia memang seronok depa akan cerita macam-macam pasai segala tumbuh-tumbuhan yang terdapat kat taman ini.  Kadar masuk ke taman ini ialah RM14 untuk dewasa.  RM12 untuk kanak-kanak.  Dan RM10 untuk students.  Agak mahal kan?  Tapi,  for me dengan bayaran yang kita buat memang berbaloi sebab tempat ini sangat cantek dan dijaga dengan sangat baik.

Ini adalah pintu masuk ke Tropical Spice Garden.  Pokok ni tak tau la pokok apa,  tapi macam pokok kacang.  Bunga dia penuh dengan semut kecik-kecik warna hitam.  Akak baru berangan nak pose-pose kat depan tu pegang bunga,  tapi penuh dengan semut teruih tak jadi. Akak ni dah la manis kan?



Taman ini agak luas dan berbukit bukau u olls.  So of coz u olls kena hiking ya.  No feeling-feeling high heels.  Just pakai kasut traveling.  Here are some of the pictures masa kami berjalan-jalan di taman ini.


Ayak sedikit keruh.  Tak tau pasaipa.  Maybe hujan kot. 


Selain berjalan-jalan dan tengok kecantikan taman,  ada beberapa aktiviti lain yang boleh u olls buat kat sini.  Antaranya

  1. Corporate / Private Party and events  :  Kalau u olls nak buat event seperti team building u olls boleh buat kat sini.  Harga RM175 untuk setengah hari.  Minima 30 orang satu kumpulan. 

    Atau u olls punya company nak bawak potential client enjois-enjois sambil impress depa,  boleh juga mai sini,  Tropical Spice Gardent boleh plans activities dan juga jamuan makan semua untuk client u olls.
  2. Wedding!  :  YES! U olls boleh kawen kat sini.  Tapi ramai yang kawen kat sini ialah Chinese and Mat Salleh la.  Sebab kita orang Melayu dan orang India,  kalau nak kawen kena kawen di masjid atau kuil kan?  Tapi kalau u olls nak buat hi-tea or dinner party untuk kaum keluarga for your wedding.  Depa boleh arrangekan.  Inilah impian akak dulu.  Tapi tak terlaksana!
  3. Wedding photography  :  Kalau u olls tak mampu buat wedding kat sini,  u olls buleh buat photoshoot kat dalam ni.  Untuk pengantin dan team photographer (4 pax - pengantin dan dua photog) depa caj RM50 sahaja.  I olls kalau mengandung,  nak buat la photoshoot mengandung dalam ni.  TAPI .........tak mau pakai baju apa-apa boleh?  Just tutup tutup tetek dengan daun kering.  HAHAHAHAH...kerlassssssssss!
  4. Cooking Class :  U olls boleh belajar masakan orang Melesia menggunakan rempah ratus di sini.  Memang very the sofistikated siap ada bilik khas macam kelas Kemahiran Hidup dulu.  But im not interested. 
  5. Kedai Cenderamata :  Kat kedai ini ada macam-macam cenderamata yang u olls boleh beli sebagai kenangan.  Selain menjual rempah ratus (YANG TU AMPA BOLEH BELI KAT KEDAI MAMAK SAJA!!! JANGAN DUK OVER!),   ada banyak benda-benda lain yang dijual seperti buku-buku,  barang spa seperti losyen,  minyak dan lain-lain yang sangat murah harganya dan juga hasil hutan lain seperti madu dan kacip fatimah. 
  6. Makan-makan :  U olls boleh mai makan-makan kat restaurant dia.  Nanti i olls akan cerita dengan lebih lanjut di bawah. 

Inilah restaurant Tropical Spice Garden yang sangat cantek.  Dia macam terrace,  overlooking permandangan laut yang mengasyikkan.  Tapi tidak panas dengan baha laut sebab kita di lindungi oleh pokok-pokok besar yang sangat cantek. 


Sorrylah fon akak ni fon kongkiak saja.  Oleh itu,  gambar ni tak berapa nak meletops.  U olls kena mai dan tengok sendiri.


Pose macam ni boleh membuatkan akak hilang at least 10kg dalam gambar ya.


Insya Allah akak nak mai sini lagi,  tapi this time nak feeling candle light dinner dengan En.  Khafi.  Cantek sangat kat sini.  Tai posing akak ini bagi akak nampak sangat terkendon. 

 Bahasa French.  Maksudnya  : TEMPAT CIUMAN.

Kerlas kan tempat ini?  Sekali sekala boleh la pergi u olls.  Tapi untuk u olls yang anak ramai....kena pikiak dua tiga empat kali ya.  Sebab mahal sangat for me. 

Jangan lupa,  layari  :  http://www.tropicalspicegarden.com/index.php

5 comments:

  1. jumie, tmpt ciuman tu utk nak p bercium ka apa??

    menarik la idea utk photoshoot mengandong. i olls mengandung anak sulung skrg,best juga amik gambaq perut boyot2 nanti leh tunjuk kat anak

    ReplyDelete
  2. entry ni sgt bagus la.
    sebab ada gak teringin nak masuk dalam tuh.
    so pas baca blog kak jumie dah tau ape yg ada.
    interesting nak masuk.

    ;-)

    ReplyDelete
  3. Jumie....aku pernah keje situ.. :) environment as worker sana ok ok la...dlm office tu aku ja melayu....yg kureng...bila dok buat keje...ada sekor anjing tetiba ja nak mai jilat2 n sondoi2... :)

    yg best keje sana boleh slim...sbb nya kena byk jalan dlm taman tue haish... :)

    ReplyDelete
  4. hampa..kami penah p round dlm ni..mmg best..ada satu buaian kat situ dulu..x tau la ni ada lagi ka dak..masa kami p ada 1 couple chinese tgh buat photoshoot kawen depa kt situ..cantik gilos..

    ReplyDelete
  5. akak..hehehhee.. tempat ni best!! dh penah g.. berjimba2 dgn laki merk.. nice sgt..even bau myk wangi Ralph lauren tenggelam dek bau minyak serai wangi..tp best gila tmpt ni....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...