27.12.11

Ulasan Filem Ombak Rindu

Hello u olls semua.  Rasanya masih tak terlambat untuk akak bercerita mengenai filem ini.  Tak taulah filem ini masih ditayangkan di pawagam atau tidak.  Tapi we olls dah pergi tengok.  Haruslah pergi girls only.  Laki semua tinggal di rumah ya. 

Filem ini menjadi hits sebab diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama .  Kalau u olls nak tau,   akak tak pernah baca novel itu.  Tetapi masa zaman POLISAS dulu,  akak akan memaksa budak aras akak untuk menceritakan kisah novel ini satu persatu.  HAHAHA.  Akak memang keji.  Nama tukang baca itu ialah Sumayyah Abdul Shukor,  budak Kelantan tapi kini belajar di Universiti Malaysia Sabah.  So akak memang tau jalan ceritanya tapi dah lupa sikit sikit.

So,  apabila akak pergi menonton filem ini memang akak sangat puas hati sebab adaptasi yang very simple.  Senang difahami.  Dan yang menguatkan filem ini,  tak melampau kalau akak cakap MAYA KARIN dan AARON AZIZ la yang memeletopskannya!

Ramai yang mintak akak buat ulasan mengenai filem ini.  Tapi one day,  one of my anak ayam iaitu Eiyzall Eizhann Azami telah menulis artikel ulasan beliau yang sangat meletops di Facebook Notes.  Penulisan beliau amatlah bernas tambahan pulak beliau ialah budak minor dalam bidang lakonan dan pengarahan.

I hope u olls enjois dengan penulisan beliau. 


Ulasan Filem ~ Ombak Rindu ~
by Eiyzall Eizhann Azami Saturday, 3 December 2011 at 14:46

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampuHidup tanpa dia di sisi ku

Bait-bait lagu ombak rindu nyanyian Hafiz dan Adira bergema hampir setiap masa sepanjang filem ‘Ombak Rindu” membuatkan ‘feel’ terbuai-buai. Hari ini 3/12/2011, memang sengaja saya memilih dan menunggu untuk membuat ulasan mengenai karya hebat di penghujung tahun 2011, ‘Ombak Rindu”.


Baiklah, sebelum bermula ulasan ini, sebagai sebuah karya yang diterjemah dari sebuah novel ke sebuah lakon layar yang menjelma di panggung, adalah lebih baik tiada perbandingan dibuat oleh para penonton. Sebagai penonton anda tidak akan merasai apa yang dirasai oleh pembaca. Malah, apa yang dirasakan oleh pembaca adalah berbeza-beza mengikut interpretasi secara individual. Hal ini menjadi isu saban kali setiap karya yang dihasilkan dalam bentuk penulisan dan dibawa ke dalam bentuk visual/lakonan, masyarakat menghukum filem di layar tidak menepati cita rasa dan gambaran yang muncul di layar imaginasi mereka. Hal ini mudah, andai anda menikmati sesebuah bahan bacaan, anda membayangkan situasi mengikut kehendak hati dan nafsu anda sendiri. Tapi apabila ia difilemkan dan dilakonkan kembali, ia lebih mengikut kehendak dan rasa yang diterjemah oleh pengarah dan penulis skrip. Saya berasa agak mual dengan penonton yang pernah membaca karya asal kemudian menzahirkan rasa tidak puas hati kerana ia tidak menepati cita rasa mereka. Nasihat saya mudah, buat produksi sendiri dan bikin filem sendiri. Cubalah jadi manusia berintelek yang mampu merasa kehebatan karya ini melalui kedua-dua medium sama ada novel mahupun filem. Perbandingan antara kedua adalah tidak adil kerana novel dan filem adalah dua elemen yang berbeza.




Pertama sekali, ikhlas saya akui, saya berusaha untuk menonton filem ini dan hanya berkesempatan menikmati ‘ karya agung’ ini pada hari kedua tayangan. Semenjak filem hebat ini diuar-uarkan di media, hati sudah diombak dan dibadai. Mendengar pada nama pengarah filem ‘Ombak Rindu’ ini sahaja sudah membuatkan saya tidak sabar untuk menikmati ‘santapan diraja’ hasil air tangan Osman Ali. Tambahan pula, filem ini diwarnai oleh bakat-bakat hebat tanahair, kehadiran pelakon ‘A-List” seperti Maya Karin membuatkan filem ini menjadi kewajipan untuk ditonton. Malah, kehadiran hero yang tengah panas, Aaron Aziz juga menambah rempah ratus di dalam filem ini. Begitu juga dengan kewujudan Lisa Surihani dan Bront Palare. Selain itu, ‘Ombak Rindu’ turut dibintangi Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Julia Ziegler dan lain-lain.

Secara ringkas, kisah ini adalah cinta antara Hariz dan Izzah, dua insan yang lahir dari dua dunia yang berbeza, kisah perjalanan izzah yang menjadi seorang ustazah yang mengajar anak-anak kampung mengaji Al-Quran, dilacurkan oleh pakciknya sendiri, dikerjakan oleh Hariz lalu dibeli untuk dijadikan perempuan simpanan, akhirnya bernikah dan timbullah bibit-bibit sayang. Kehadiran Mila dalam filem ini menambahkan konflik di mana dia dan Hariz dipaksa berkahwin. Kemudian kehadiran Mail pula menjadikan fitnah daripada ibu Hariz menjadi dan menambahkan konflik. Saya tidak mahu bercerita lebih panjang kerana bagi saya anda tidak akan mengalami ombak dan badai itu sekiranya anda tidak berada di dalam panggung dan menyaksikan sendiri garapan kemas Osman Ali. Sudah karya hebat, diterjemah pula oleh orang-orang hebat, dibawakan pula pelakon-pelakon hebat. Ia Ibarat seketul permata bernilai, diberikan pula pada pencanai yang sangat mahir, kemudian diperagakan oleh ‘supermodel’ hebat di dunia. Tentulah ia kelihatan hebat dan menarik perhatian.
Analogi yang senang untuk difahami. Jadi tidaklah perlu untuk diceritakan secara perincian sentuhan-sentuhan magis Osman Ali di dalam ’Ombak Rindu’. Secara keseluruhannya, ia sebuah filem yang kemas, meruntun dan ia bersifat realisme. Mungkin tak ramai yang menyedari kehadiran aliran realisme dalam garapan Osman Ali, di mana aliran realisme ini mendekatkan lagi karya itu di hati penonton. sebagai contoh kecil yang mungkin terlepas pandang, kemeja rona biru berkedut yang dipakai oleh Mail ketika menghantar Izzah di stesen kereta api. Kisah cinta pemuda kampung dengan gadis kampung diterjemah dengan baik tanpa mengetepikan unsur-unsur realistik situasi yang sebenar. Sebab inilah saya meminati karya-karya Osman Ali. Cita rasa dan ketelitian yang bernilai dalam industri perfileman negara. Lupakan kepanasan babak-babak di ranjang antara Hariz dan Izzah, dapatkan rasa bagaimana seseorang itu terpaksa berkongsi tubuh pada yang bukan hak. Tak perlulah diperbesar-besarkan isu panas yang remeh dan temeh sebegitu.



Tak perlu saya mengulas berkali-kali tentang kekuatan cerita ini, tidak kiralah dari bentuk penulisan mahupun terjemahan di layar panggung. Memang karya ini hebat. Oleh itu saya lebih berminat untuk mengulas tentang hasil lakonan pelakon-pelakon hebat di dalam filem ini. Jujur, saya mengalirkan air mata jantan ini beberapa kali ketika dibadai ‘Ombak Rindu’.

Kita bermula dengan watak Izzah yang dibawa dengan penuh jujur dan baik oleh Maya karin. Selayaknya Primadona ini dipilih bagi menggalas watak yang sangat mencabar. Inilah kehebatan Maya Karin, Puntianak dalam PHSM I & II, gadis Melayu dalam Hati Malaya, Ariana dalam Waris Jari Hantu , Bella dalam Pisau Cukur dan lain-lain watak, beliau tidak pernah mengecewakan saya. Pembawaan yang sungguh realistik dari Maya Karin ke dalam jiwa Izzah begitu menjadi. Jujurnya riak muka, gerak tubuh dan lafaz kata-kata membuatkan saya tidak mengingati nama Maya Karin, saya merasakan bahawa Izzah yang sedang membawa dirinya di dalam layar. Hebat bukan penangan pelakon kacukan ini? Kesabaran, kesedihan, kepahitan, kesengsaraan, kebahagiaan, kegembiraan dan lain-lain perasaan hidup dibawa oleh Maya Karin. 
Getar dan getap bibir Izzah ketika menahan perasaan yang terpendam membuatkan air mata saya bertakung. Maya Karin berjaya menghasilkan elemen ketenangan dalam diri Izzah. Bayangkan, bagaimana jiwa seorang ustazah yang mengajar Al-Quran diseret ke kancah pelacuran, dari kampung ditinggalkan di tengah kota, dari seorang anak dara dibeli untuk memuaskan nafsu seorang lelaki yang akhirnya dirayu menjadi suami demi mendapatkan redha Allah. Tenangnya Izzah bila berhadapan dengan Mila yang juga merupakan madunya. Tenangnya Izzah apabila dihalau oleh Ibu Hariz. Kesimpulannya ,lakonan Maya Karin sebagai Izzah di dalam ‘Ombak Rindu’ tak perlu dipertikaikan lagi dan harus diberi pujian.
Well done Maya!!



Watak Hariz yang dilakonkan oleh Aaron Aziz memang menjadi. Malah, akan menjadi sebutan sekalian wanita yang melihat. Wataknya tak terlalu mencuba, itulah magisnya. Hariz seorang usahawan muda yang kaki perempuan, akhirnya tumpas dengan seorang gadis dari kampung. Apa yang menarik, kerana kekuatan yang dibawa oleh Izzah, saya dapat merasakan runtuhnya ego lelaki yang bernama Hariz. Disebalik ketegasan Hariz, ada perasaaan sayang dan kasih. Ini yang memahalkan lakonan Aaron Aziz di dalam ‘Ombak Rindu’. Beberapa adegan yang menggegarkan hati wanita apabila Hariz menzahirkan rasa cinta dia pada Izzah. Lakonannya juga realiastik, pilihan yang tepat. Saya kira apabila saya gagal mencari pengganti Aaron Aziz untuk watak Hariz, bermakna beliau berjaya melahirkan Hariz di dalam dirinya. Hariz berjaya dibentuk dan diterjemahkan dengan baik, ditambah dengan kehadiran Mila dan Ibunya sendiri yang membuatkan watak Hariz menjadi. Apa yang menarik, saya teruja melihat Hariz menitiskan air mata yang turut memberikan kesan hebat dalam filem ini.


Mila pula dibawa dengan jayanya oleh Lisa Surihani. Saya percaya banyak yang dilakukan oleh Lisa untuk membawa watak Mila di dalam cerita ini. Cuma impak yang diberikan oleh Mila di dalam cerita ini tidak lah begitu memberi sesuatu. Sekadar penghias bagi saya. Menjadi seorang artis yang mempunyai peminat bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk Lisa, jadi mudah baginya membawa watak Mila, efek kedivaannya kurang asam dan garam, menyebabkan saya tidak dapat rasakan pengaruh kuatnya sebagai seorang yang ternama yang memaksa Hariz menikahinya. Bukanlah Lisa gagal, cuma mungkin tidak diserlahkan aura artis terkenal di dalam filem ini. Cuma saya tersentuh dengan pendirian yang wujud dalam diri Mila di saat-saat penghujung filem ini.


Watak mail walaupun muncul sekali skala, namun pujian harus diberikan pada Bront Palare, terbukti beliau memang pelakon yang hebat. Saya dapat merasai jiwa yang meronta-ronta cintakan Izzah. Pemuda kampung yang kacak ini pandai bermain dengan mimik muka disamping tone suara yang garau dan besar, membuatkan dia sedikit sebanyak memberi kesan di dalam filem ini.  Hebat lakonan Bront, saya simpulkan, dia memang berbakat besar.



Watak lain yang muncul Ibu Sufiyah, Pak Dollah dan Mak Jah dan lain-lain sekadar bahagian-bahagian 'jigsaw puzzle' yang melengkapkan ‘ Ombak Rindu’. Saya pernah berjumpa dengan Zaidi Omar yang melakonkan watak Pak Dollah, beliau adalah beliau,punyai kelas lakonan yang tersendiri. Penghayatan yang tersendiri.

Akhir kata sebelum ditutup baris kata dalam ulasan ini, ‘Ombak Rindu’ adalah naskhah pembacaan yang bagus dan hebat. Begitu juga selepas ia diterjemahkan dan diinterpretasikan ke dalam bentuk filem. Bukan mudah untuk menghasilkan naskhah sebegini hebat, tapi jangan lupa, bukan mudah juga untuk menjadikan naskhah itu ke dalam bentuk lakon layar dan skrip. Malah, bukan mudah untuk menterjemah lapisan-lapisan skrip ke dalam bentuk perasaaan untuk dilakonkan. Usah jadi seperti katak yang terkurung di dalam tempurung yang tersimpan di dalam kotak di dalam sebuah gaung. Lihat dan tonton berbeza dengan membaca dan membayangkan. Selamat ber‘ombak rindu’ di panggung!!


 


Begitu  penulisan daripada anak ayam saya yang sungguh berbakat itu.  Akak selalu menggalakkan beliau menulis. Tapi dia lebih suka memasak sedap-sedap dan tagged we olls semua kat FACEBOOK.  Akak sedikit tensyen dengan beliau.

Sebelum akak mengakhiri artikel ini,  akak just nak bagitau kat u olls semua yang akak amat menggalakkan u olls menyaksikan filem ini.  Sebab walaupun very the touching-touching (hakikat inilah genre yang paling senang dijamah oleh orang kita) tapi actually filem ini memang bagus sebab lakonan yang very the TIP TOP.

Beberapa benda yang akak nak komen tentang filem ini  :
  1. Selepas akak menonton filem ini,  akak rasa lebih semangat dan lebih bersyukur dengan hidup akak.  Sebab selama ni akak rasa macam akak la pompuan paling hidup susah di dunia ini (FEELING HINDUSTAN) tapi sebenarnya,  ada banyak insan di luar sana yang menghadapi cabaran yang sungguh hebat.  Kalau akak,  dah lama akak bunuh diri.
  2. Selepas menonton filem ini,  akak terus SMS kat En.  Khafi  "Izzah dah habis menonton wayang.  Abang nak makan apa-apa. Izzah boleh tolong belikan?"  Teruihhhhhh akak feeling feeling lemah lembu.  Pastu laki akak membalas mesej akak "HANG AWAT?"  Hahahahah sesungguhnya laki akak lebih selesa akak menjadi JUMIZAH bukan IZZAH.
  3. Akak sangat sentap dengan keindahan rumah yang Hariz gunakan untuk 'menyimpan' Izzah.  Rumah tu rumah tradisional.  Tapi dihias indah dengan gaya selesa orang moden.  Pastu kawasan bawah rumah yang orang kampung selalu biarkan kosong and buat meja kayu untuk lepak-lepak potong sayur,  depa buat bilik tidur konsep 'OPEN' siap dengan tirai tirai putih semua.  Memang meletopssssssssss!  Akak nak bilik tidur cam tu.  HAHAHAHAHAH
  4. Akak tak suka satu jer pasai filem ini.  Lisa Surihani SANGAT TAK SESUAI JADI
    PENTUNANG HARIZZ!  Muka dia stail nampak very the 16 tahun.  Masuk disco pun bouncer akan tahan dan mintak IC.  Walaupun beliau memberikan lakonan yang hebat,  tapi actually bagi akak,  baik bagi Julia Ziegler jadi PENTUNANG HARIZZ.  Sebab muka dia memang very the urban-urban and nampak setaraf kertu dengan Maya Karin dan Aaron Aziz.  
Sekian,  supportlah filem Melayu yang berkualiti macam ini.

6 comments:

  1. so so je masa tengok cerita ni sebab orang sebelah dok gelak tak hengat. yang tak lawak pun die bantai gelak.

    lisa tak sesuai bawa watak tu. lebih baik diberi pada fazura.

    ReplyDelete
  2. betoi kata izzah :P
    julia muleh pegang watak mila tu!

    ReplyDelete
  3. "Teruihhhhhh akak feeling feeling lemah lembu"? hg nak jadik lembu ka? Huhu..

    Yup, watak Mila tuh tak cukup kertu and diva, tapi dia tetap meletop berlakon watak jahat, Azizah Mahzan tetap juara watak jahat and gedik!

    Izzah berjaya di tangan Maya tapi perasan tak intonasi dia masih berbaur bandar, dengan tajwid dan mahraj dia baca Yassin berterabur.. Itu dia tak bagi penekanan...

    ReplyDelete
  4. Standard laa filem adaptasi dari novel... tak semua pembaca novel ada imaginasi yg sama dgn pengarah... yup, aku sokong tulisan anak ayam hg tu... pada aku sebenarnya susah nak "scrubbing" point2 penting dlm novel pastu wat dia flow cantik dlm filem...

    Btw citer ni aku tak tgk lg... tunggu raya. Takmau p tgk kat cinema takut org perasan aku dok sebek sorg2... haha... malu aa weh... :p

    ReplyDelete
  5. Suka bangat filem nih...Lakonan memang tip top but part lisa tu memang agree, she looks like teenager..One of the best so far, x merepek2 mcm filem yg ada di panggung skrg..

    ReplyDelete
  6. Thanks semua...........gambak ni memang best :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...