23.12.11

Video Cinta Muda by Rhemia Studio, Penang

Helllooo u olls semua!!  Kalau semalam dan kelmarin akak menceritakan semua pasai kenduri kenduri kawen Asmaa Aishah,  hari ini ada satu lagi details perkahwinan depa iaitu video clip pre wedding Edros dan Aishah yang dibuat oleh Rhemia Studio,  Penang. 

Yes,  akak cakap dah kat atas.  PENANG!  Ampa ingat CST KL ja ada?  Kat Penang dah ada orang buleh buat video clip pre wedding cam ni.  Setelah Edros mengupload video ini kat Facebook dia,  Rosli Mohamed boss CST pun puji video ini. 

So jom layanz the video pastu ampa baca wawancara yang Edros tulih sendiri. 





Siapakah pembuat video ampa ini? 
Rhemia Studio.  Terima kasih Mohamad Erwan Abdullah,  boss Rhemia Studio.


Siapa bagi idea jalan cerita? 
Edros and Aishah main idea. Rhemia ada bg skit utk cantikkan lg


Siapa pengarah? 
Kabok @ Mohd Erwan Abdullah (kalau FB)


Apakah cabaran paling sukar masa nak buat video ni? 
Kami semua born actors. berlakon ni mengalir dlm darah daging kami. senang. hahahha


Berapa lama shot?  Kat mana? 
2 hari. lokasi penggambaran dkt venice, bahamas, rio dan juga yangon. rumah tok mi kat jalan burma skali.


Sila bagi ucapan terima kasih rasmi kepada pembuat video ampa dan sila promot sikit business depa  :
Sekalung terima kasih kepada Rhemia Studio, especially to kabok selaku ketua pengarah, bersama-sama hafiz dan juga faizal menjayakan video ini. alhamdulillah. kami juga tak sangka akan memenangi best video ini. shukur. kepada krew2 terlibat, dr kl dan juga penang. noni syaf asma alvi zool eli adam halim, thank u. and to all my fans out there... keep on rocking, this is for u guys. I love youuuu!


ps/  Inilah kawan akak,  Edros Wombose.  Actually dia teruja ni sebab first time nak buat journalism kat blog akak kan?  Akhir kata,  KALAU U OLLS NAK KAWEN DAN TERINGIN NAK BUAT VIDEO CLIP KAWEN KAWEN,  BUATLAH DENGAN RHEMIA STUDIO!

2 comments:

  1. sedikit kecewa sebb kak jumie takdo dalam V.Clip nih hhuhhuuhuh...

    ReplyDelete
  2. Kak Jumie dia tak boleh buat cameo cameo...dia kena buat video sendiri! Gituuu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...