8.12.11

Wedding Dress Bella Swans Breaking Dawn Part I

Hari tu ada satu kakak ni nama dia Salzeliana,  dia kerja kat Jabatan Pembangunan USM.  Dia tanya kat I olls "Jumie hang tak buat review baju wedding Bella Swan dan Edward ka?" 

Sungguh semangat kakak itu.  I olls menjawab dengan kekwat dan berkata "Sorry Kak Na,  kami tak minatla cerita Twailaik ni semua,"  Boleh??  Biasalah akak kan feeling-feeling artist macam mana ka.  So alwayslah kena play-play kekwat. 

Tapi katanya minggu ini sudah pun keluar cerita final Twilight - Breaking Dawn Part I dan setelah mendengar cerita daripada Chanel Harun yang sangat semangat menceritakan baju wedding Bella Swans.  Akak pun gigih mencari gambar meletops dan nak share dengan u olls semua.

Welllllsss.............before akak cerita more pasai baju wedding dia.  Mai sini akak cerita sikit pasai cerita Breaking Dawn Part I ini.

Twilight pun tiru Harry Potter.  Sebab ini buku last,  so depa buat dalam dua movie.  Part I dan Part II.  Baguihlah,  depa boleh buat banyak untung dan penonton pun lebih happy.  Cerita kali ini,  Edward dan Bella akhirnya kawen.  So Bella pun kawen dengan canteknya (nanti akak cerita details baju kawen dia).  Masa depa kawen,  Jacob mai wedding depa.  Tapi dia tak mai masa I do I do,  dia mai masa malam reception.  Okayla tu u olls.  gentleman. 

Pastu Jacob pesan kat Bella jangan mengandung sebab anak vampire kot!  Lepas dah kawen semua,  Edward dan Bella pun romen.  Sampai patah katil semua.  HAHAHAHA part ni yang paling Awy Shalwiza suka.  Sampai pi tengok dengan U Meng sebanyak 7 kali di Gurney Plaza.  HAHAHAHA. 

Pastu Bella pun mengandung.  Tapi baby dia kandungkan itu sangat cepat membesar dan lapar sentiasa.  Dia kan anak half vampire macam mana ka.  So apa makanan 'orang' yang Bella makan,  nutrition tu tak sampai kat baby.  So bila baby lapak dia duk tendang perut Bella.  Pas tu,  nak buat macma mana ka,  Edward bagi Bella minum darah teruih! Barulah baby depa duduk sengap.

Pastu ampa pi la tengok sendiri!! Aku pun tak tengok lagi.  Aku cerita ni sebab Chanel cerita kat aku.  Aku malas nak pi tengok awal-awal.  Sure ramai orang gila babi punya. 

Okay marilah kita tengok dress wedding Bella Swan dan Edward Cullen.


Nenjiaaa...inilah dressnya. Dicipta oleh seorang designer baju pengantin yang tersohor iaitu Carolina Herrera. Dress ini diperbuat daripada kain satin mewah dengan 186 bijik butang pada keseluruhan baju itu. Harga baju ini ialah RM168 000.


Memang patutlah rasa nak menangeh bila tengok details dress ini.  Tengok tang belakang dia very the seksi macam mana ka.  Pastu akak suka Bella buat rambut macam malas-malas nak set up rambut pastu buh tiara kecik kat belakang.  Very the classic u olls.  Kalau Jumie Samsudin,  selagi mana besak boleh dapat lagi la dia mau kan???


Lama tak tengok dress buat tempat pegang macam ni.  Dulu-dulu memang semua baju pengantin yang panjang-panjang melerek,  nanti kat hujung dia ada tempat pegang macam ni.  I olls rasa,  mesti design ini akan buat 'come back'. 

Kasut pengantin pertatahkan berlian daripada Manolo Blahnik boleh dibeli dengan harga RM6216.  Menangeh sattt!



Depa kata dress ini macam Pippa Middleton punya dress.  Ermm....what do you think?  Depa ni over. Sama tang butang saja.  Baju Bella lagi meletops.
Gambar ehsan  : DailymailUK

2 comments:

  1. Heheh. Kami nak tergelak part sama tang butang. Kami ada baca kat mana ntah dan2 ada pompuan claim baju kahwin dia sama dengan baju Bella padahal "sama tang butang ja". Hehe..

    ReplyDelete
  2. menangeh sat..nak suh shanell wat hat mcm bella pakai tp pakai ken murah2 leh x??

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...