10.1.12

Akon Nyanyi Lagu Hindustan

Sapa ada beli cerita Ra One kat Astro First?  Ra One adalah satu cerita robot-robot lakonan Shah Rukh Khan.  Actually,  ada cerita di sebalik pembikinan filem ini.  Ingat tak dulu akak pernah buat review satu cerita Tamil bertajuk "Intheren" lakonan hero kesukaan akak iaitu Mr.  Rajnikant.  U olls boleh baca review yang akak tulis mengenai filem itu kat sini  Enthiran.

Kalau u olls nak tau,  Rajnikant ialah seorang hero Tamil yang amat dicintai oleh semua orang India.  Shah Rukh Khan ialah hero Hindustani.  Actually,  masa awal-awal pembikinan filem Enthiran,  producer tu memang nak tulis filem ini untuk Kamal Hassan (Hero filem Tamil and Hindustan juga).  Tapi Kamal Hassan tarik diri,  so depa nak offer kat Shah Rukh Khan,  tapi SRK tolak.  Dia kata filem ini terlalu mudah untuk dia,  skrip dan jalan cerita terlalu mudah untuk dia.  Yelah u olls,  SRK masa tu rating tengah naik.  Baru setel filem meletops I Am Khan kat US.  So apa sangat la cerita bodo robot-robot ni.

So later on,  nak dijadikan cerita depa offer cerita ini kepada Mr.  Rajnikant yang kertu itu.  Dan of coz filem ini menjadi HIT!!!  Bukan saja di Melesia,  malah jadi fenomena di satu dunia peminat filem Tamil.

Oleh itu,  Shah Rukh Khan sudah panas pungkur.  So,  dia demand untuk para producer semua untk buat satu filem ROBOT ROBOT untuk dia pulak.  Dengan bajet yang lebih gempak dan effect dan jalan cerita yang lebih gempak dari Enthiran.  HAHAHA...supid punya SRK.   Lani baru nak fight dengan Mr.  Rajnikant..

Akak tak tengok lagi cerita Ra One,  nantilah akak beli.  Macam tak minat nak tengok sangat.  Sebab dah tau cerita mesti lebih kurang sama. 

Tapi apa yang menarik perhatian akak ialah,  salah satu lagu dalam filem ini dinyanyikan oleh AKON.  Yes,  Akon!  Pak Itam yang duk menyanyi rap meletops from Amerika tu. Akon telah dijemput khas oleh para producer music untuk filem Ra One untuk menyanyikan lagu Chammak Challo yang bermaksud "Gadis gedik dari kampung," - maksud tu akak yang reka sendiri.

Okay u olls,  selamat menengok klip klip video ini.  Akak sangat suka lagu ni!!! Cam best!!



asdkfajdkla




PS/  Nama betui Akon dalam surat beranak ialah Aliaune Damala Badara Thiam.  Macam sekolah akak punya moto "Aut Viam Inveniam Aut Faciam".  HAHAHAHAHA

2 comments:

  1. kak jumie..kite dah tgk citer n..besh la juga...hehehe

    ReplyDelete
  2. Haha... aku suka gila lagu chamak challo nih... haritu cari kat youtube mmg aku tkejut la kan sebab akon nyanyi... tak sangke wehhh...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...