31.1.12

Dear Kak Jumie : What do you think of Azwan Ali?

Salam Kak Jumie,

Nak mintak Kak Jumie buat artikel untuk kes Azwan Ali la.  Bukan dari aspek politik tu,  tapi dari aspek meroyan kat social web (Twitter)  Nak bace sangat-sangat ulasan dari perspektif akak as a blogger yang "berbudi bahasa" hehe.  Means takderla hentam orang kaw-kaw sangatt.  Kennnn.  Bole ye Kak Jumie dah plan dari pagi-pagi bute lagi nak jugak request akak tulis artikel tentang AA. Thanks in advance.

NurYaya Othman

Hello u olls,

Meletops depa....pagi pagi dah carut akak sebagai "berbudi bahasa" kan??????????????????????????? Mesti hang berak pagi-pagi dah teringat akak masa mengelamun dalam jamban tu.  Aiiiyoooo!  Very the.  Patutlah akak rasa susuk akak macam nak terkeluar sikit sikit pagi tadi.  Maybe sebab masa tu hang duk seru akak dalam jamban.

Akak dari dulu teringin nak mengulas pasai Azwan Ali.  Tapi tak tau macam mana nak mulakan.  Tapi since ampa dah tanya ni,  menggelitis jari jemari akak nak mematuk key board ini untuk memberikan ulasan u olls.

Akak dulu pernah follow beliau di Twitter.  Memang mula-mula sangat seronok dan teruja bertwitter dengan artist u olls.  Dia punya sangat rajin untuk mention dan reply tweet kita.  So haruslah kita semua rakyat Melesia yang marhaen ini terasa macam mana punya Anugerah dari Ilahi apabila artist balaih twitter kita. 

Tapi lama kelamaan akak makin jelek bila bukak Twitter penuh dengan maki hamun si Azwan Ali ni. Twitter dia akan bermula seawal subuh u olls.  Dia akan twitter berdoa kehadrah Ilahi kerana dia bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada dia selama ini.  Pastu baru saja dia berdoa baik-baik semua,  pastu dia startla menghanjing di sana sini.  Dia akan hanjing rakan media lain. Dia akan kutuk artist lain. 

Kalau dalam kes-kes khas seperti dia ada masalah tentang isu semasa,  media kutuk dia,  masalah masa nak naik kapal terbang.  Dia mulalah akan mencaci dan memaki hamun orang itu sesuka hati beliau.  Pemakian itu akan disahut oleh peminat peminat beliau yang seakan-akan happy dengan pemakian beliau ini. 

Namun,   tidak selalunya memaki,  pada hari hari yang dimana Azwan Ali sangat happy dan berpuas hati dengan seseorang dalam hidup beliau.  Of coz,  beliau akan puji dan beliau akan mendoakan orang orang itu dalam Twitter beliau.  Tapi orang tak akan ingat itu semua!!! Orang akan ingat makian beliau sahaja.  So maki-makian Azwan Ali dah menjadi trade mark diri beliau.

Rama rama yang singgah di dahi Azwan Ali di hadapan Kaabah (Taken from his personal blog : http://silaserazwanali.blogspot.com/)


Akak juga seorang yang loud.  Akak pun suka memaki orang dan suka mencarut orang,  secara berdepan,  LIVE ataupun secara blog/twitter ataupun Facebook.  Dan apabila akak berbuat demikian,  makin ramai orang dibelakang sana yang memberi sokongan dan membuatkan semangat akak berkobar-kobar untuk terus memaki orang.  Adakah mereka yang memberi sokongan ini betui-betui setuju dengan kata makian akak?  Adakah mereka saja menghasut agar akak lebih berani memaki orang tak tentu pasal?  Ataupun mereka bukan sahaja sokong malah mereka rasa sangat happy kerana mereka tak mampu untuk memaki sebegini rupa,  jadi orang macam akak dan Azwan Ali ini menjadi medium kepada insan-insan yang tak mampu untuk bermaki sebegini rupa ini untuk melepaskan apa saja yang ada dalam hati mereka. 

Sekarang akak tidak mahu follow Twitter Azwan Ali lagi.  Kerana akak rasa bukan sebab beliau tidak bagus,  tetapi akak sendiri memilih untuk tidak mahu membaca Twitter beliau kerana kadang-kadang akak tak berapa setuju dengan beberapa Tweet yang beliau kobarkan itu. 

So apakah pendapat akak tentang Azwan Ali? 

Deep down inside me and akak rasa almost semua orang kat Melesia ni MELUAT DAN BENCI GILA DENGAN AZWAN ALI.  Dah la bising,  kuat maki orang tak pasai-pasai,  attention seeker,  riak tak bur dengan pergi umrah 16 kali dia tu ................................................kennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!  Tapi,  tiba-tiba akak terpikir balik.  Perlukah akak memaki dan menghasut u olls semua membenci AA dengan cara apa yang kita semua tak suka AA buat iaitu memaki orang!


Pendapat akak ialah orang sekarang dah salah anggap tentang dia.  I think deep inside dia seorang yang baik hati,  jujur,  dan ikhlas.  Tapi niat beliau itu terlalu JUJUR dan IKHLAS sehingga orang menyalah ertikan apa yang dia rasa. Pengajaran untuk diri akak sendiri,  its good to be LOUD and OUTSPOKEN.  Tapi biarlah kelebihan dan 'bakat' akak ini digunakan untuk jalan-jalan yang betui.  Tak mau over use it sampai membuatkan orang layan kita macam sampah. 

Akak mendoakan agar Azwan Ali menjumpai damai dihati.  Dan semua orang,  stop hating him.

2 comments:

  1. twitter @AzwanNur dah ditake over oleh hackers makhayam.. mula2 kami dok heran awak sengal ubi gila tweet2 si AA tu..atlast baru tau hackers dan handle..ahaahaahhaa

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaah bangga yg terlampau ni.thanks kak jumie!!at last.tp btul jgk kata sis.macam hat dlm inbox kami arituh kan?he is lonely.& maybe at the same time he need some attention.btw thanks again.bangga xsudah ni

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...