27.1.12

Majlis Pernikahan dan Persandingan Azura & Salim, Oktober 2011, Kuala Lumpur

Helllo u olls semua, hari tu akak ada mengwar-warkan kepada u olls semua Marilah Share Wedding U olls Di JumieSamsudin.Com dan alhamdulillah ramai jugak yang duk risik macam macam Fb mesej dan twitter.  Thanks u olls semua.  Sesungguhnya kesemangatan u olls nak share dengan akak membuatkan akak rasa sangat hiba dan merasakan diri akak sangat hot seketika.  Thanks u olls.

So,  antara ramai-ramai yang emel kat akak,  ada sorang Pengantin ni yang paling akak salute tip top kat dia.  Akak tak emel dia apa apa soalan lagi,  dia dah emel semua siap siap.  Sekali dengan gambar semua!! Akak rasa macam terharu sangat sangat.  Okay,  tampa membuang masa marilah membaca dan melihat gambar-gambar dan cerita majlis perkahwinan Azura dan pasangannya......

Nama bride : Azura Zainal Abidin
Nama groom : Mohd Salim Ashedoff
Macam mana boleh bertemu jodoh : Client basis and Facebook is the medium to communicate before started to date for real.
How long u been together as couple before nikah : 1 & ½ years couple
Majlis Pernikahan,  21 October 2011, Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya

Kain untuk busana majlis pernikahan Azura dibeli di Jakel dengan hargaRM400+.  Kemudian,  untuk tailoring beliau hantar kepada Ms.  Jaz yang beralamat di USJ 21.  Actually Ms.  Jaz ialah wife Allahyarham penyanyi kumpulan Rock dulu dulu iaitu Fotograf.  Upah yang dikenakan ialah RM200.  So kalau u olls berminat untuk membuat tempahan tailoring boleh hubungi Ms.  Jaz di talian 017-3888089.   Manakalah untuk tempahan manik maknika (beads),  dia antak kat Ms.  Zaza Zahari dengan upah RM250.  U olls boleh bukak website  :  http://beadmeplease.my/

Baju nikah beliau diindahkan lagi dengan veil nikah yang disewa di Echa Wedding planner, Shah Alam.  Upah sewa hanya RM40.  For more info boleh tengok kat sini  :  http://chahayachinta.blogspot.com/

Untuk Baju Melayu for pengantin lelaki,  they olls beli kat Bak Tailor, Kota Damansara dengan harga RM 120.

Henna Azura done by Ms Rajesh,  Sunway dengan harga RM100 (dua belah tangan) termasuk include transport.  Kalau u olls berminat,  boleh contact Ms.  Rajesh di talian 016-780 1214.

Sorry nahhh sebab gambar ni tunggang tebalik.  Akak duk rotate banyak kali pun.  Dah upload dia jadi lagu ni jugak.
Makeup untuk majlis pernikahan dan persandingan disempurkan oleh make up artist,  Wanie.  U can visit her work kat sini  :   http://waniemakeupartist.blogspot.com/

Make up yang simple for majlis pernikahan.  I like.

Salah satu hantaran yang dihias indah adalah sedulang minicakes daripada Haqyani http://kitchenguardian.blogspot.com/ Harga minicakes ini RM20 / piece.

Azura dan pasangan menggunakan khidmat photographer Faizul Zainal, http://flickr.com/zfaizul, 012-3576532, faez.zain@gmail.com untuk kedua dua majlis mereka. 


Majlis Resepsi,  22 Oktober 2011,  Taman Tun Dr Ismail,  KL Community Centre


Tuxedo & dress kedua mempelai adalah dari Grace Knot, USJ Subang Jaya.  Cost untuk sewaan adalah berharga RM1000 (include handbouquet & accessories).

Inner tudung untuk majlis resepsi ni Azura beli kat Butik Muslimah dengan harga RM100 (2 pieces) (RM100).  Alamat Butik Muslimah adalah seperti berikut  :  A-1-6, Blok A, PJU 8/1, Neo Damansara, Damansara Perdana.

Veil for sanding Azura sewa daripada Echa Wedding planner.


Makeup untuk majlis pernikahan dan persandingan disempurkan oleh make up artist,  Wanie.  U can visit her work kat sini  :   http://waniemakeupartist.blogspot.com/

Kasut pengantin pompuan,  Azura beli kat ‘NINE’ in Ampang Point, bought for RM150.  Kalau sapa-sapa nak beli boleh contact Azura,  dia nak jual dengan harga RM100.  Berapa size akak tak tau,  Azura tak cakap pun.  Kalau berminat boleh emel Azura :    azura@teledynamics.com.my



Dekorasi pelamin dan walkway berinspirasi payung ini adalah daripada  Echa Wedding Planner.  Siriesly akak sangat suka.  First time tengok orang buat payung payung ni.  Very the Marry Poppins.  Upah untuk dekorasi bunga segar penuh ini hanya RM 2800,  - http://chahayachinta.blogspot.com/

Sajian makanan pada majlis persandingan Azura disediakan oleh Shahmie Catering,  Kota Damansara.  Harga untuk kos makan satu kepala depa caj RM13/head – food thumbs up!! Semua orang puji especially daging very de sedap. http://www.shahmie.com.my/


Ada tambahan photographer pada hari persandingan iaitu Mukhriz DMZ Design  http://wedding.dmzdesign.net/


 Baju flower girl dibeli kat kiosk opposite Coffee Bean Subang Parade dengan harga RM 90-100.


Cake kawen di sediakan oleh caterer they olls :) 

Centrepiece untuk meja-meja tetamu Azura yang buat sendiri.  Beliau kata,  sekarang ni dia pun dah ada ambil tempahan untuk gubahan centrepiece untuk apa-apa majlis pun.  Kalau berminat boleh emel Azura :    azura@teledynamics.com.my


En.  Ari jadi MC pada majlis resepsi ini.  Actually MC dan PA system dikendalikan oleh caterer kami.  So kalau berminat,  kena contact dengan caterer tu jugak la .  Azura cakap dia sangat satisfied dengan MC sebab very the profesional.  Ke - profesyenelan MC adalah amat penting ya,  sebab master of ceremony kalau buat sangkak sikit...terus majlis grand jadi tak grandis u olls.  Caj MC untuk En.  Ari adalah sebanyak RM600.


Apa perasaan dah menikah sekarang :  Seronok ada org jaga, tapi masa yg sama rasa penat sbb kena adjust with the new life

Pesanan untuk semua B2B di luar sana :  Make sure financial for after wedding tu yg penting, jgn all out sgt utk preparation wedding smpai abis $$. Yg penting duit lepas kawin tu kena betol2 jaga. Another thing, dedicate wedding tasks to other family members as well, jangan nk handle sorang2 nnt u jadik stress! That’s all! - Azura

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...