26.1.12

Masalah Kulit Akak Di Awal Tahun Yang Fana

Hello u oll semua,

Hari tu ampa semua baca kan status FB and Twitter akak,  akak mintak tolong u olls semua share maklumat pasai skin specialist yang baguihs sebab akak mengalami masalah kulit yang mengerikan. 

Okay sila tengok muka akak.  Walaupun make up nipis,  actually kulit akak just masalah berminyak dan jerawat sekali sekala.  Yang lain lain tu ialah bekas jerawat dulu kala. 

Alkisahnya,  pada minggu lalu.  Akak punya scrub muka habis.  Akak pun YANG BODO PIANG TAK TAU OTAK LETAK KAT SESENDI MANA DALAM BADAN INI pi amik scrub badan dan pi gosok tang muka. Memanglah bodooo kan?  Siries bodos!! Tapi dalam keadaan terdesak macam ni,  of cozz kita pernah buat kan?  And effect dia takdak la apa sangat kalau just pakai sekali jer kan.  Bukan hari hari kita gosok muka kita pakai scrub badan kan!

Lepas beberapa hari....nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jerawat naik macam cacar air u olls.  Selang beberapa hari menjadi lebih teruk.  Siap naik naik nanah semua.  Tapi dia naik kat area kulit yang ada sekben (side beard)!! 

Pastu akak panic.  Akak lupa atas kesilapan bodo akak iaitu menggunakan body scrub kat muka.  (To adik Beeha.  Dont worry its not the scrub u bagi akak.  Ini scrub apakah jenama Guardian.  Memang bijik bijik dia tebai macam bijik sawi buat masak kari punya).

Effect pertama.   Dia duk mai kecik-kecik.

Makin lama dia macam merayap u ollls! 

Pastu akak post kat Facebook akak berbunyi  :

"Masalah kulit muka yang semakin merungsingkan. Kat Penang ni, kat mana doktor kulit yang bagus? Klinik kerajaan boleh ka? Please share."

Pastu ramaiiiiiiiiii yang mengomen!!  Ada lebih kurang 38 komen.  Tapi most of them suruh akak pi try Lim Skin Specialist kat Abu Siti Lane,  Penang.  Pastu ada jugak yang mai nak rekemen product kecantikan semua.  Muka dah tak cantek,  kena ubat dulu.  Tak boleh bagi cantek lagi.

Selain itu,  akak juga mendapat beberapa emel dan FB mesej daripada rakan-rakan yang sharekan pengalaman they olls semua. 

THANKS  U OLLS SEMUA!!!!

So,  esoknya selepas memake up Rowaidah Azura untuk majlis pernikahan beliau.  Dia pun pelik dan tanya akak "Awat muka ang teruk cam ni?"  Akak sentappppppp! 

Pas make up beliau,  akak pun terus bergegas ke Abu Siti Lane.  Tapi setibanya di Lim Skin Specialist nenjiaaaa punya ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiii!  Dalam 30 orang duk duduk dengan muka 3 kupang.  Pastu yang duk beratur amik no duk ada dalam 6 orang lagi.

Akak pun mengeluarkan diri akak dari klinik itu,  dan ajak En.  Khafi pi makan Nasik Padang Transfer Road.  MOTIP????

Pastu we olls pun balik dan dia berenti kat kedai India - India ni dan belikan kunyit untuk akak.  Actually kunyit tu bukan jenama kebanyakan seperti Alagappa's ataupun Lingam.  Tapi style takdak jenama,  dia tulis "SERBUK KUNYIT.  Menggunakan kunyit yang diproses."  Pastu alamat dan no telefon semua Penang punya.  Kira ni macam IKS la u olls.

So we olls balik rumah,  dan akak pun gigihlah sapu kunyit kat muka akak macam bedak sejuk.  So setiap dua jam lagu tu,  akak salin kunyit tu.  Sampai En.  Khafi yang dah bosan tengok muka akak yang menguning dia pun kata "Muka ang ni dah bubuh kunyit...bila nak goreng,"  MURSIBAAATTTTTT!

Amalan memakai kunyi kat muka ni ialah budaya orang India.  Especially orang Tamil.  Bila anak dara saja,  mesti akan pakai kunyit kat muka.  Anak menantu kalau tak pakai kunyit kat muka kira macam dikira 'biadob' u olls!  Mak akak selalu kata "Sebab tu jarang tengok anak dara orang India ada jerawat penuh macam ampa semua!"  Tapi nowadays jarangggggggggggg tengok wanita wanita India pakai kunyit kat muka u olls. 

Esoknya,  akak pi rumah abang akak.  Dia pun ceritalah pengalaman dia bawak isteri dia pi skin specialist kat Abu Siti Lane tu.  Dia kata,  "Muka Kak Qinah dulu teruk.  Masa tu dia mengandung Daniel (kira pembawakkan budak u olls!)  First rawatan kena sampai 300 lebih," 

Akak dan En.  Khafi macam tersentap dan membuatkan we olls berfikir panjang malam itu.  Duit tu ada u olls,  tapi sayanggggggggggggggg sangat nak pi membaziak kat Dato' Dr.  Lim,  lagipun selepas menggunakan petua kunyit itu,  muka akak menjadi lebih cerah dan jerawat itu semakin susut.  So,  keesokkan harinya kami bercadang untuk pergi klinik kerajaan saja.  Malam itu,  sebelum tidur akak bubuh kunyit lagi kat muka akak.

Esok paginya,  akak pun pergilah Klinik Kerajaan Jalan Perak.  Sampai klinik 8.40am.  Tapi nak amik no,  nak masuk jumpa Dr,  nak amik  ubat...nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 12.40pm baru setel. 

Doktor tu kata "Ini bukan cacar atau apa-apa.  Just jerawat.  Saya tengok pun dah makin okay.  So no need antibiotics.  Saya bagi u acne losyen,"  Pastu u olls.  Nak dijadikan cerita,  masa amik ubat.  Acne losyen tu dia bagi botoi kecik tu ja.  Satu botoi jaaa!! Cam tak berbaloi tunggu almost 4 jam.  Tapi takpalah u olllsss!  Bayar RM1 ja.  Nak gadoh apa.

So akak balik,  akak pun gigih memakai acne losyen itu.  Dia warna cokelat (feeling BB Cream) ya.  Pastu bau dia macam kapur kapur sikit.  Time ni En.  Khafi kata "Bau ang macam kapur ......."  pastu dia diam.  Akak tau dia tak berani nak sambung.  Sebab kalau dia sebut kapur barusss maknya 7 hari 7 malam dia kena teman akak pi kencing dan duduk kat dapur masa nak bancuh ayak kat dia.

Akak pun gigih memakai acne losyen itu.

So far akak akan teruskan memakai ubat doktor tu bagi kat akak dan akak akan teruskan mengamalkan rejimen penjagaan muka seperti yang disarankan oleh kawan baik akak dalam artikel "Tips Rawatan Jerawat by Asmaa Aljuned".

Sekian saya cerita ringan akak.  Semoga u olls semua tidak menjadi BODO PIANG TAK TAU OTAK LETAK KAT SESENDI MANA DALAM BADAN INI dengan menggunakan scrub badan sebagai scrub muka. 

Intermediate - After 2 weeks!

Okay u olls!  Selepas dua minggu akak memakai acne lotion yang diberikan oleh doktor kat klinik kerajaan itu.  Dan selepas dikutuk sebagai mempunyai bau kapur kapur barus.  U olls lihatlah sendiri hasilnya.  Ubat itu sungguh berkesan.  Ini muka akak real punya amik pakai camera fon akak ini.  Dan tak edit edit apa u olls.   Sangat okay kan????? Now akak kena usaha untuk bagi cantek kulit saja.  No more risau pasai jerawat dah. 



Nasib baik tak pi Klinik Lim hari itu.  Kalu tidak terbanggggggggggggg RM300 macam itu sajiaaa. Akhir kata terimalah satu gambar dari anak menakan akak yang bernama Umar Al Gojoh!


Akak mengtrain anak menakan akak untuk tunjuk kat mak dia kata ini gambar akak.  And Umar telah berjaya!  Dia pi kat mak dia dan kata"Mommy...mommy...ini Mok,"  meletopssss Umar.  Tak sia sia akak train kau. 

7 comments:

  1. wakakaka..nice..dlu pernah pakai krim kunyit tia amelia..elokk, muka pn cerah sikit..tp kalau stop then pakai balik, dia xjadi dah..huhu

    ReplyDelete
  2. pakai bedak sejuk yg bau pandan tu campur dengan garam sikit..jerawat tu cepat kecut..sesuai untuk ruam juga..pedih sikit la tapi cepat baik..

    untuk saya menjadik..tapi org lain taktau la..tahap sensitip kulit masing2 tak sama kan..

    ReplyDelete
  3. Salam kak
    Dulu pun pernah kena jerawat timbul banyak2 kat muka.
    Runsing jugak memula.
    pastu try pakai proactiv solution.
    terus jadi elok :)
    saya ada buat entry dekat blog.
    sangat2 recommended *2 thumbs up*

    ReplyDelete
  4. Jumie,

    Muka aku pun acne oily jugak and lepas baca entry yg Asma Al juneed (eh ye ke nama?) tulis tu, aku follow step by step muka elok beb! jerawat tak tumbuh and getting better ..

    Thanks to both of you. Ko ikutla sebijik2 Asma buat.. pakai cetaphil je.

    ReplyDelete
  5. untuk hilang sakit lutut dan sendi, parut, luka, kebas dan lenguh dengan berkesan sapu minyak DABUS Aromaterapi 3-5 kali sehari. sakit anda beransur hilang dalam masa 2-5 hari.

    ReplyDelete
  6. kak jumie....ika guna kacang hijau untuk muka ^_^ hancurkan kacang hijau 2 pas2 bancuh ngan air suam wat mcm masker then sapu kat muka :)Alhamdulillah muka kurang myk & jerawat boleh ilang ^_^

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...