3.1.12

Melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Sungai Petani Kedah

Ingat tak dulu masa kita sekolah rendah and sekolah menengah,  bila mai subjek sejarah mesti depa nanti mention pasai kesan peninggalan sejarah piliti agama Hindu-Buddha yang terletak di Lembah Bujang,  Kedah Darul Aman. 

Last week,  me and En.  Khafi ada jemputan kenduri di area Sungai Petani.  So kebetulan dah sampai area situ.  I olls terus mengajak beliau berjalan-jalan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok Kedah.  Walaupun sedikit tersesat di sana sini,  Akhirnya we olls sampai juga. 

Jom check out the pictures!


Daripada Balai Polis Lembah Bujang,  ampa nanti nampak signboard ni.  Masuk lorong disebelah Balai Polis ni. 


Pekan ni memang kecik dan tak ramai orang.  Dulu akak pernah mai area sini untuk make up pengantin.  Sebab tu akak duk teringin nak pi.  Tak sangka,  baru lani dapat mai.

Nak sampai lokasi ni memang horror.  Dia tulih ja 2km.  Tapi akak rasa macam 20km.  Ampa akan lalu kampung,  ladang getah,  kem PLKN,  memang stail jauh gila.  Akak ingat akak dah sesat dah. 


Akhirnya akak sampai jugak.  U olls boleh masuk dengan kereta dan parking di dalam.  Masuk adalah percuma.  Ampa boleh baca sendiri waktu melawat kat sebelah batu yang akak posing tu.  Ya,  dulu akak selalu carut orang-orang Melayu yang pi berjalan-jalan pakai baju kurung dengan tudung semua.  Rimaih akak tengok.  HAHAHAH.  Tapi kali ni akak pun buat cam tu.  HAHAHAH.  So,  lani kalau akak jumpa orang Melayu duk jalan - jalan kat taman dengan baju kurung akak tau la "Depa baru balik makan kenduri"  HAHAHAHA.



Tulisan purba,  Sanskrit Palawa yang dilukis di dinding galeri muzium.


Arca yang diletak di depan muzium.  Akak tak tau apa simbolnya.  Macam kepala "Green Goblin" dalam filem Spiderman.


Sampan orang dulu kala yang dijumpai kat sini.  Depa letak depan muzium.  Sampan ini ditebuk dan diukir dari kayu balak. 


Kat tengah-tengah Muzium ni,  depa ada buat peta kawasan Lembah Bujang iaitu antara Sungai Muda dan juga Gunung Jerai.  Akak pernah pi make up kat area Pulau Sayak tu.  CANTEK GILA!!




Antara bahan-bahan hasil perkorekan yang diletak di dalam galeri.  For those yang sangat-sangat minat tentang sejarah,  u olls haruslah mai sini.  Banyak benda depa tulis details kat setiap benda yang dipamirkan.  U olls siap boleh ambil gambar lagi.  Memang best. 



Lepas habis tengok Galeri,  its time to see all the temple-temple yang terletak kat atas bukit di belakang galeri.  Siriesly!! Memang tinggi gila.  Tapi akak tetap naik.

SIRIESLY!  Memang amatlah penat.  Tapi we olls tetap gagahkan juga.  Candi-candi ini semua asalnya bukan kat bukit bukit ini macam tersusun kan?  Actually dia dikorek kat tempat lain (kawasan area sini) tapi ditempatkan semula di belakang galeri ni.  Memang cantek dan bersih.  Akak suka. 

The first candi yang akak pergi ialah Candi Pendiat.  Kecik and depa letak bumbung.  Batu dia merah dan berlubang-lubang. 

Berehat sebentar.  Meletops tak kasut akak? Bayangkan tok sami dulu kala duduk kat tempat sama macam akak.  Cuma depa takdak camera nak pose macam akak.



Akibat tamak haloba kami naik lagi.  Candi Pendiat tu dikira kecik sangat.  So akak nak naik tengok Candi Bukit Batu Pahat yang lebih besar dan selalu ada dalam buku teks sekolah kita dulu dulu. 


Nenjia dah sampai u ollls.  Baciaaa!  Baciaaa!



Akhirnya akak pun sampai kat atas ni.  Tetapi malangnya,  apabil akak sampai saja kat sini perut akak terus perit hendak memerakkan dirinya.  So akak sempat buat satu pose saja.  Lepas itu akak dah macam kena santau kentut tak tertahan-tahan lagi.  So,  akak dan En.  Khafi terpaksa bergegas turun ke bawah untuk mencarik tandas.  SHIT betui la.  Tak sempat nak mai jalan-jalan lagi lama.  Dah nak terberakkan diri!

Tapi akak nak share dengan u olls,  masa akak mai sini ada a few budak Indian yang mai melawat candi ni.  Candi ialah tempat orang Budha-Hindu sembahyang la u olls.  Zaman dulu kala.  So u know,  budak budak Indian ni,  depa naik atas candi tu depa bukak kasut okay.  Sebagai tanda hormat melangkah ke tempat suci. 

So akhirnya,  we olls pun turun bawah dan akak pun selamat lah pergi berak bagai.  CHOI betui.  Inilah pemandangan akak sempat amik kat air terjun yang terletak di tepi galeri (dalam kawasan muzium) meletops sangat muzium depa ada air terjun okay. 

So we olls tak naik atas dah.  PENAT okay.  So itu sajalah aktiviti lasak akak dan suami untuk minggu ini.  Nanti ada aktiviti lasak lain,  akak akan share dengan u olls semua.

PS/  LASAKKK LA SANGAT!

3 comments:

  1. Akak. Saya sempat lalu je kat Lembah bujang ni. Dapat tengok dekat tempat depa duk gali ja. Tak sempat singgah hari tu. Lain kali akan ku jejakkan kaki ke Lembah Bujang.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...