17.1.12

Menyepakan Diri di Anggerik Spa, Penang

Hellllo u olls semua,  hari ini akak nak menceritakan pengalaman akak menyepakan diri akak.  Wellls,  apa itu menyepakan diri?  Menyepakan diri ialah pergi buat rawatan kat spa.  Boleh?

Disebabkan minggu mengawan mula yang melanda kaum Melesia terutamanya iaitu bulan November dan Disember,  akak tak lepas tangan menerima tempahan make up di sana sini.  Haruslah tak rehat u olls.  Hari Isnin sampai Jumaat,  kerja opis.  Sabtu Ahad pulak kerja make up orang.  Malam pulak kerja lain....NUSYUZZZ NUSYUZ.  Tak boleh cerita u olls.  Apa itu musim mengawan mula?  Musim mengawan mula tu musim kawen la u olls!  Ish tak paham paham lagi.

So,  bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal di akhir akhir minggu mengawan mula itu,  Liza Ibrahim  pemilik Anggerik Spa,  Bayan Lepas Penang telah share kat wall akak baucar rawatan spa di spa milik beliau. 

83% off - RM39.90 for Anggerik Spa's 120 minutes Heavenly Body Pampering Package including: Rose Petal Foot Spa + Scalp Massage + Body Scrub + Balinese Full Body Massage + Discount Privileges (originally RM240)

Haruslah akak beli u olllss!!! Murah okay!!!  Lagipun,  akak pun berangan nak pi spa spa u olls.  Yelah akak lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak mendamaikan badan akak ini.  Asyik disental oleh suami saja kan.  So selepas membeli baucar itu,  akak pun membuat appointment dengan spa milik Kak Liza itu pada satu hari ahad yang free.  So,  apabila akak sampai je kat depan Anggerik Spa pada jam 2pm,  Kak Liza menyambut akak dengan senyuman yang lebar sambil berkata "JUMIEEEE.....baguihnya mai tepat tepat 2pm,"  akak terasa malu malu alah gitu.  Rasa macam askar askar pulak boleh tepati masa.  Dalam ati...kebetulan jaaa u olls!

U olls naik je tingkat 1 Giant,  u olls akan nampak dah Anggerik Spa ni.  Very the meriah :)




So,  Kak Liza pun introduce diri dia semua kat akak dan dia ada buat statement "Jumie dalam Facebook semua lain laaa,"  aiiiiiyoooooooooooooooo kakak!! Haruslah....dalam facebook tu semua gambar I olls bersusuk.  Ini nak pergi spa haruslah buang semua susuk itu.  Nanti tawar susuk hakak ini.  

Tapi Kak Liza ni memang very the nice u olls.  Simple person dan very the humble.  Dia takder pun nak menunjuk-nunjuk dengan kita yang business dia meletops gila ke apa,  dia cerita biasa biasa saja.  Tapi bagi akak,  kalau dah bukak spa kecik kecik macam ni kat dalam Giant Hupermarket dan dah boleh maintain dua tahun tak tutup kedai kira meletops la u olllsss!  Tabik spring untuk usahawan wanita macam Kak Liza ni.  Akak juga merasa sangat terharu sebab Kak Liza biasanya tak ada di kedai pada hari Ahad,  tapi bila staf beliau kata "Kak Jumie Samsudin" tu nak mai.....terus Kak Liza mai stembai kat spa beliau!  Terasa OPRAH seketika.


Sembang punya sembang.  Rupa-rupanya staf Kak Liza ni sorang adalah kawan lama akak jugak.  Seronotlah rasa macam buat spa kat rumah gitu. 

Sebelum memulakan sesi berspa,  Kak Liza pun bagitau lah apa rawatan yang termasuk dalam pakej yang akak beli tu.  Rawatan yang beliau sediakan ialah Rose Petal Foot Spa,  Scalp Massage,  Body Scrub dan Balinese Full Body Massage.  So Kak Liza kata "Actually,  untuk customer lain yang amik promotion ini akak bagi ginger scrub kat depa,  tapi untuk Jumie,  Jumie pilihlahhhhh apa pun scrub,  akak bagi special kat Jumie,"  gituuuuuuuuuuuu!! Sekali lagi akak terasa Oprah.  Selepas mendapat beberapa cadangan daripada Kak Liza,  akak pun memilih untuk membuat scrub coffee yang baik untuk selulit dan juga detox.

Pastu Kak Liza juga menawarkan special price untuk akak kalau akak nak buat rawatan facial dengan hanya menambah lagi RM20 sahaja.  WAIII NOTTTTTTTTTTTTTTT!  Akak pun proceed la u olls.  Akak tak tau la customer lain pun dia boleh bagi special price tu ke tak.  U olls kena mai sini dulu baru sembang dengan tauke. 

Bilik rawatan yang lengkap ada bath tub semua u olls.  Siap pasang lagu bunyi bunyi Indonesia semua.  So u olls tak rasa macam duduk dalam Giant pun.  :)


So,  sesi menyepa pun bermula dengan rendaman kaki berisi kelopak bunga ros sambil kepala u olls dilumur dengan cream khas untuk urutan kulit kepala.  Seronok u ollls!!! Lamanya tak rasa macam puteri puteri u olls.  And then,  sesi mengsrubkan badan.  Depa pun tonyoh tonyoh tonyoh la akak sungguh sungguh dengan scrub coffee itu.  Sangat wangi.  Tapi mesti Kak Liza macam rugi sikit sebab kena pakai  banyak sikit scrub coffee untuk cover badan akak yang agam ini. 

Bila rawatan nak setat,  depa akan bagi tutup lampu sikit bagi redup redup romantik sikit.  Meletops u olls. 



Setel scrub badan,  akak diminta untuk mandi dan basuh rambut.  Tapi tak perlu cuci dengan sabun semua,  sebab lepas itu akak akan diurut pulak.   HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...yang amat ditunggu tunggu.  Memang akak mahu kannn uruttan ini. 

Neks taim mai rawatan kat sini,  akak nak mandi mandi dalam ni pulak!  Feeling!

Selepas diurut oleh staf spa yang sangat mesra itu,  tibalah masanya untuk scrub muka.  Depa membuat rawatan facial timun untuk akak sebab depa kata muka akak nampak lebih.  (Haruslah u olls...dah keluarkan susuk kan????!)  So masa depa urut muka akak baguih punya,  depa bubuh masker mentimun pulak.........apa lagi..............................teruihhh akak lenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam ikan paus baru lepas beranak u olls.

Ruangan kedua ini khas untuk those yang nak buat facial dan mendapatkan khidmat urutan. 

So,  itulah pengalaman akak menyepakan diri di Anggerik Spa,  Penang.  Akak amat menganjurkan u olls untuk pergi try buat rawatan kat sini.  Not only tempat yang convinience,  senang nak pi ,  nak parking tapi rawatan yang diberikan amatlah berbaloi dengan harga yang kita bayar.  Kalau bukan sebab tiket diskaun ni pun,  akak rasa senarai harga service yang beliau bagi memang sangat sangat murah u olls.  Affordable sangat.  So here are the price,  u olls boleh tengok kat sini.



Sebelum akak mengakhiri artikel ini,  akak nak bagitau kat u olls beberapa promotion yang sedang ditawarkan dan akan ditawarkan di Anggerik Spa tak lama lagi. 

Tawaran Rawatan Kaki


Break away from your hectic life and indulge in this 70 minutes of Balinese Full Body Massage + Herbal Foot Spa + Free Anggerik Membership Card at RM28 @ Anggerik Spa & Beauty
.  Buy the discount voucher kat sini  :  http://www.everyday.com.my/coupons/pg/AnggerikSpa_Beauty.htm


Tawaran Pakej Spa Coffee dan Coco


Jom spa with coffee n coco packages
detox with coffee scrubbing
reduce cellulite
refreshing
blood circulation
destress massage with detox oil
blood circulation
completed with cocoa lotion
free footbath for imbalance the body
also ginger drink with honey

special price RM 100 only


Rawatan Rawatan Seri Pengantin
Foot spa
Cream bath Ulik Mayang
Lulur Seri Wangi
Mandi bunga / Mandi Aura
Urutan badan /  Destress Massage
Seri Wajah
Manicure
Padicure

Special price only RM350




So,  cepat cepat buat sesi temujanji anda dengan Kak Liza dan kawan-kawan I olls di Anggerik Spa,  Bayan Lepas Penang.

Untuk menempah hotel-hotel best dengan harga yang meletops di Penang,  silalah tempah di sini.  Hotel murah di Penang. 

Lokasi : 
Anggerik Spa & Beauty
78 1st Floor, F09, Giant Hypermarket,
Jalan Tengah, , Bayan Baru, 11950,
Penang

Telefon  :
04-6440355

Masa perkhidmatan  :
Isnin-Ahad (cuti only pada hari raya)
10am - 10pm

Facebook :
Liza Anggerik Spa

ps/  SORRY AKAK TAK BUBUH GAMBAR AKAK MASA MAI SPA NI SEBAB AKAK TAK PAKAI SUSUK TIME NI.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...