25.1.12

Muka Artist Hollywood Dulu Dulu Tak Elok dan Lani Jadi Cantek Teruih

Hello u olls.  Cantek itu subjektif.  Ada yang kata mata sepet tu tak cantek.  Ada yang kata mata sepet itu ekzotik dan sangat cantek.  Ada yang kata kurus baru cantek.  Ada yang kata,  gemok baru cantek.  Ada yang sedar diri dia cantek,  ada yang tak sedar diri dia cantek,  ada yang perasan cantek.  Tapi macam akak,  bukanlah nak kata kan.  Memang cantekkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!  Akak adalah yang tercantek dalam semua baka anak-anak Samsudin a.k.a Pak Cik Manap Melo.  Confident tak akak?

So hari ini akak nak share dengan u olls semua gambar-gambar artist Hollywood yang dulu depa masa muda-muda and kecik-kecik style pelik dan tak berapa cantek.  Tiba-tiba dah besar depa jadi lawa macam anjels! 

Demi Moore guna gambar ini untuk Twitter avatar dia.  Tak jelas.  Tapi memang kalau aku duduk sebelah rumah dia kecik kecik ni,  mesti aku selalu perli budak ni dan panggil dia "CIRIT". 
Demi Moore sekarang. 

Julia Robet kecik-kecik.  Tak baik depa kata dia ugly.  Dia comel.  Cuma gigi dia besak. 
Gigi dia kekal besar tu jugak.  So bila dia semakin dewasa.  Komposisi gigi tu sesuai dengan saiz wajahnya.  Akak rasa giginya yang sedikit jongang dan bibirnya yang panjang dan besar itu membuatkan senyumannya menjadi pemanis semua filem lakonannya yang berjuta-juta.

Nenjiaaaaaa!  Semut kalau masuk dalam rambut dia nanti sesat!!  Labah-labah kalau jumpa rambut deni labah -labah akan kata "WOWWW SARANG AKU SAPA DAH TOLONG BUAT NI?"
Nicole Kidman sekarang.

Gigi jongang.  Dagu style kedepan.  Mata sepet.  Nerd gila.  Mesti orang ingat dulu deni dah besak mesti kerja pustakawan. 
Jennifer Garner sekarang.

Rosie Huntington-Whiteley dulu dulu.  Takdak gigi kat tepi.  Macam Nurul Ain Ismail.  HAHAHAHAHA

Rosie Huntington-Whiteley sekarang!!!

Keira Knightley dulu dulu.  Muka dia macam ikan sikit.  Dahi style kedepan sikit. 
Keira Knightley sekarang.
Ini bukan IKAN PARI ya u olls.  Ini ialah Kate Moss. 

Kate Moss senyum mulut kekwat kat ampa.  Dia kata "Gelak kat aku macam Ikan Pari?  Sekarang aku hotness.  HANG?"

Anak Bill Clinton iaitu Chealsea.  Ohhh yess!  Aku ingat dulu dia rambut kerinting selekeh macam ni.  Jerawat banyak and pakai breses semua.

Chelsea Clinton now :)
Jeniffer Aniston very the muka cubi cubi dulu. Tapi dia tetap cantek dulu.  Muka dia tak beza pun.  Cuma dulu muka chubby. 
Jennifer Aniston sekarang.


YES!!  Sesetengah orang memang dilahirkan dengan kecantikan asli macam akak.  Tapi sesetengah orang kena usaha sedikit untuk menyerlahkan kecantikan dirinya.  Janganlah macam melekut di tepi gantang,  hari hari mengomel kata diri tak cantek,  muka jirawat dan jeragat,  pastu dressing macam pohon krismes,  sedangkan hakikat dia sendiri tidak berusaha untuk mengubah dirinya. 


Tapi,  akhir kata dari akak,  apa yang paling penting u olls ialah kecantikan bermula dari hati kita sendiri.   Kalau muka cantek,  hati busuk buat apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Gambar ehsan  :  Daily Mail UK

3 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...