18.1.12

Ramalan AJL 26 by Jumie Samsudin dan Rusdi Redza

Jumie Samsudin  :  Hello u olls semua.  Yaaaa!!!! AJL 26 adalah semakin dekat.  Seperti u olls tahu,  akak amatlah meminati Anugerah Juara Lagu.  Boleh kata inilah satu satunya anugerah music dalam Melesia yang akak akan ternanti-nanti untuk tengok.  Insya allah tahun ini,  akak akan membeli TV baru untuk memastikan tontonan yang lebih meletops memandangkan akak tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur untuk tengok live (itulah impian actually) sebab akak ada make up job di Penang.

So,  pertama kali akak nak buat ramalan AJL26 dalam blog akak.  Selalunya akak buat ulasan saja kan.  Dan kali ini,  akak nak gabungkan ramalan yang telah akak buat dan juga brother akak buat iaitu Rusdi Redza,  bekas student USM,  pasangan wajib karaoke lagu Cheritera Cinta,  best friend,  brother dan pengapit last minute untuk En.  Khafi di majlis persandingan kami di Kuala Lumpur.  Kerlaasss!

Okay jom baca review kami dua dua orang. 




Rusdi Redza  :  Salam semua.  Masing-masing dah tahu kan senarai akhir AJL 26.  Amacam? Anda berpuas hati? Takper..jangan tarik2 rambut..susah kalau nak cakap pasal lagu yang baik.  Benda-benda macam ni subjektif untuk dibincangkan.  Tetapi lagu terbaik yang dicari dalam AJL selalunya dijadikan kayu pengukur untuk lagu pada tahun itu.  Maknanya,  kalau kita ckp pada tahun 1986,  sememangnya lagu Sekadar Di Pinnggiran adalah lagu terbaik pada era itu.
Tapi tu semua pengiktirafan daripada mereka yang pakar.  Kita ni hanya pendengar yang xdelah ilmu mana pun.  So,adakalanya tak perlula kita nak bising sangat sebab siapa kita nak tentukan juara milik siapa.  Paperhal pun selaku penyokong kuat muzik tanahair,  aku tetap ok walaupun adakalanya lagu yg dipilih itu adalah lagu yang bukan dalam kelompok faveret song aku pun.
Ok,  untuk tahun ni,aku nak buat ulasan dan pandangan sebelum AJL bermula.  Selama ni pun aku ulas selepas event,  so,xnampakla ramalan aku sgt..jom,kita tengok finalis satu persatu.

Jumie Samsudin  :  Kerlas pengenalan yang diberikan oleh Rusdi.  Untuk pengetahuan u olls semua.  Sisipan kata-kata daripada Rusdi ni,  akak cilok dengan kebenaran daripada blog dia.  Akak buat dialog macam ni supaya u olls senang membacanya.  Tapi cilaka deni tulih blog guna short form secara membabi buta.  Akak tak larat nak kena edit satu-satu.  Kalau ada editing yang tertinggal tu,  mintak mahap ya. 

So,  berikut ialah senarai lagu yang akan masuk final AJL 26 dan akan bertanding dalam malam anugerah yang bakal menjadi satu aktiviti gilang gemilang pada 29 Januari 2012 nanti. 

Top 12 : Senarai Lagu Final Anugerah Juara Lagu 26 / AJL26

  1. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
  8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

         Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan :  Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)


Rusdi Redza  :  Personally,  lagu ni sangat mudah dari segi komposisi muzik dia.  Dari segi lirik cukup ringkas dan padat dengan unsur-unsur nasihat.  Tetapi,  kelemahan lagu ini dari pandangan mata saya ialah,  lagu seperti ini sudah lama ada di dalam industri muzik kita.  Seingat saya,  ada sebuah lagu lama seakan-akan lagu ini pernah wujud ketika zaman P.Ramlee lagi.  Dan,  jika mahu dilihat dari segi komposisi lagu ini,  ianya seolah-olah sebuah lagu yang setaraf dengan lagu Sandarkan pada Kenangan.  Mungkin pemilihan lagu ini ke final juga disebabkan suntikan baru yang dibawa oleh Altimet yg mana bahagian rapping nya seolah2 dekat dgn budaya semasa.

Jumie Samsudin  :  Ammmm.....am......tak suka lagu ni sebab ada Ana Rafali.  HAHAHAHAHA.  Taklah!  Choiiiii.  Akak bukan pendendam ya.  Cuma bagi akak,  lagu ni macam gatai gatai ni.  Jangan pegang pegang......boleh pandang pandang.....Pastu padanan suara kertu Shohaimi Mior Hassan dan Ana Raffali kiranya macam nak padankan Dato Siti Nurhaliza dan Dato SM Salim.  Am.....cam tak suka la.  Cam gatai gatai.

  
Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

Rusdi Redza  : Faizal Tahir untuk tahun ni membawa perubahan baru dari segi lagunya.  Untuk susunan lagu kali ini unpredictable,  tidak seperti lagu beliau pada tahun-tahun yang lalu.  Pemilihan tajuk Karma dan liriknya sangat sesuai dengan muzik yg diketengahkan.  Kekhuatiran saya ialah,  apabila lagu ini tidak seimpak lagu-lagu lama beliau.  Mudah sekali,  kalau lagu tidak meniti di bibir pendengar bermakna lagu itu masih belum lawas didalam industri muzik.  Good Job FT,  kalau tahun ni tak sangkut pun,  at least ko dah bagi pendedahan awal kepada pendengar tentang muzik ni.

Jumie Samsudin  :  Helllooo!!! Kat mana nya kelainan.  Bagi akak lagu ni sama ja.  Sangat trademark Faizal Tahir.  Nada tinggi,  rock fast beat sikit sikit,  suara yang mantap.  Memang dia sorang ja boleh bawak lagu lagu macam ni.  Akak harap Faizal Tahir tak menang apa-apa.  Please!  (DOA JAHAT SEBAB AKAK NAK FEVERET AKAK MENANG)

Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Rusdi Redza  :  Ini lagu kontroversi 2011.  Lagu ini menjadi mangsa mainan politik.  Kita berbincang dari segi karyanya dahulu.  Ikhlasnya lagu Penakut ini memberi impak yang mendalam bagi pendengar.  Cumanya,  ianya tidak diletakkan dalam pasaran mainstream.  Liriknya semudah nama lagunya.  Muziknya mempunyai komposisi drama yang baik.  Cuma ianya seolah2 kedekut,  dalam erti kata lain lagu ini tidak puas didengari.  Dari aspek kepuasan,  sememangnya di dalam menghasilkan karya,  karya yang kedekut adalah satu karya yang bersifat bijak kerana ia mendorong pendengar untuk mendengar dan memahami lagu tersebut dengan lebih mendalam.  Dari segi mainan politik industri muzik,  semua orang tahu insiden AIM yang dialami oleh Yuna.  Dikhuatiri lagi apabila AJL tahun ini dijadikan alasan untuk Yuna membalas dendam.  Bukan untuk apa,  sebaik-baiknya apabila sesuatu keputusan itu dibuat,  perlu ada penjelasan yang kukuh.


Jumie Samsudin  : Betui kata Rusdi.  Lagu ini ada impak dia sendiri.  Susunan muzik yang simple,  suara yang relaks dan paling penting lirik lagu yang sangat catchy.  Ini tidak adil...tidak adill...tidak adil!  Akak suka sangat.  Bila dengar lagu ni kat office,  tiba-tiba akak terus terasa macam tengah naik train kat New York.  Pastu duk angan-angan tengok langit.  Macam hanyut semacam.  Lagu ini memang layak masuk final. 

Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

Rusdi Redza  :  Bravo to KRU sebab menghasilkan sebuah karya yang tidak ada langsung pengaruh KRU.  Lagu ini menjadi siulan ramai disebabkan Anuar Zain dan Merong Mahawangsa.  So,  lagu ini sedikit demi sedikit meniti di bibir peminat.  Dalam kata erti lain,  ini adalah kelainan yang dibuat oleh Edry.  Cuma sedikit kerisauan ialah apabila lagu dendangan Anuar Zain kebanyakkan berbau melankolik,  yang mana ianya terlalu klise untuk didengari.  Dalam kata lain,  muzik lagu ini lebih tinggi markahnya dari penulisan liriknya.

Jumie Samsudin  :  Yes!!  Lagu ini sangat Anuar Zain walaupun ditulis oleh KRU yang tak pernah menulis untuk Anuar Zain.  Tapi lagu ini sangat Anuar Zain.  NEXT!!


Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

Rusdi Redza  : 
Lagu ni se-chicky tuan empunya badan.  Honestly,  saya tak berapa minat dengan lagu ini kerana ianya terlalu feminisme.  Dalam erti kata lain,  dari segi muziknya sahaja sudah menunjukkan kekuatan maksud ini.  Ianya adalah bonus untuk Yuna mentafsirkan karya dan cerita beliau didalam lagu tersebut.  Jika diamati betul2,  lagu ini berpotensi menjadi lagu malar segar kerana keunikan muziknya.Saya akui lagu ini hebat walaupun saya tidak gemarkannya. 

Jumie Samsudin  : Babilah penulisan Rusdi ni sangat akademik.  Akak rasa sangat sampah nak menulis di belakang ulasan beliau.  Tapi akak setuju dengan semua yang Rusdi rasa.  Lagu ini sangat chic!  Tapi at the same sangat sofistikated,  tak over.  Akak adalah sangat penggemar music ala-ala Beyonce,  agresif dan soulful.  Tapi,  bila dengar lagu cam ni,  akak sangat boleh JOIN the santai-ness! 


Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

Rusdi Redza  :  Lagu terbaik APM 2011.  Aku jerit time lagu ni menang sebab lagu ni memang best.  Lirik dia yang mendalam,  muziknya yang sayu buat aku berangan-angan nak nyanyi lagu ni time kahwin nanti.  hehe.  Ok,back to basic,  lagu superb,  lirik amazing cuma aku risau durasi lagu ni yang sedikit panjang,  dalam erti kata lain lambat panas.  Kita tengok mlm finale nanti,  bagaimana Ramli MS arrange muzik lagu ni..x sabar rasanya.


Jumie Samsudin  :  Rusdi,  this is my favorite song amongst all the finalist.  Memang akak rasa lagu ini boleh menang.  Sebab suara Hafiz yang mantap dan sebab lagu ini dibuat oleh M Nasir.  Akak harap pada persembahan final nanti.  Dia keep it simple dan jangan duk buat apa apa lakonan bodo yang boleh mencacatkan persembahan dan penghayatan kita sebagai pendengar.  U olls kalau nak tau apa itu maksud AWAN NANO?  Please tengok baca sini.  Apa Itu Awan Nano? by Oranglipis.



Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)


Rusdi Redza  :  Lagu baru,  genre baru,  nafas baru,  penulisan lirik gaya baru,  komposer baru dan penyanyi baru.  Bersediakah anda sekiranya tahun ini lagu beliau dinobatkan sebagai juara?  Kalau korang bersedia,  fikirkan kembali apa yang berlaku pada Ana Raffali tahun lepas.  Jika dibandingkan,  lagu Ana lagi serius dari lagu budak ni,  tetapi masih kena kondem.  Tetapi kalau anda mahukan sesuatu yang baru,  mengapa tidak Cinta Muka Buku diangkat sebagai juara?

Ini adalah lagu generasi baru.Kalau thn lepas korang kondem Ana Raffali pastu korang tahun ni sokong Cinta Muka Buku,korang memang keji..hahaha


Jumie Samsudin  :  Hey u olls!  Jangan duk carut-carut akak.  Akak pertama kali duk dengar lagu ini sebab anak menakan akak Hana Mashita,  yang berumur 8 tahun itu,  kalau dia datang rumah akak,  inilah lagu yang dia akan pasang kuat kuat di Youtube.  Bila akak tanya dia dengan garang  "Hang duk dengar lagu apa ni?"  Dia akan tutup browser Youtube tu.  Tak mau bagi akak tau.  Last sekali lani baru akak tau lagi ni ialah lagu Muka Buku kat Facebook tu. 


Menjawab carutan Rusdi Redza tentang akak yang pernah mengutuk lagu Ana Rafali yang menang AJL 25,  okay!  Akak akui,  memang masa tu akak sentap sebab dia menang.  Akak tak boleh terima genre baru lagu itu.  Tapi perlahan-lahan bila akak dengar lagu Ana Raffali tu



Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

Rusdi Redza  :  Lagu ini mahakarya hebat.3 vokalis terbaik Malaysia bergabung tenaga untuk lagu yang sungguh tragis.

Pada mulanya,aku adalah peminat tegar lagu ini,tetapi lama kelamaan aku merasakan yang ada yg x kena dgn lagu ni kerana aku dah rasa bosan sedikit.Jujurnya,lagu ini hanya memberi kesan smp 5 minit je,pastu xde pape dah.Dalam erti kata yang lain,lagu ini umpama lagu saduran Cinta nyanyian Ibu Kris dan Ibu Melly.Jadi,ianya hebat tetapi liganya sudah ketinggalan.Jangan salah sangka,lagu ini tetap hebat cuma ianya setaraf lagu Cinta,ciptaan seberang.


Jumie Samsudin  : Lagu ini akak nobatkan sebagai lagu rasmi karaoke untuk gang-gang pondan dan adik-adik dan yang sewaktu dengan we olls!  Sirieslyyyyy!  Lagu ini memang sesuai dengan jiwa jiwa kami.  Play-play victim.  Mangsa percintaan.  Pengorbanan yang sia sia.  Gitu.  So pada insan-insan macam Rusdi yang mungkin tak boleh nak terima lagu ini lama-lama,  is okay.  Kami paham.  Jiwa pondan sahaja yang buleh paham dan selami lagu ini tampa jemu.  Tapi akak sedar,  peluang lagu ini untuk menang lagu terbaik AJL26 mungkin agak tipis kerana saingan yang terlalu tinggi dari lagu lagu lain yang membawa genre lagu yang baru dan meletops!  Tapi apa pun akak doakan,  Shila,  Jekelin and Ning akan merangkul anugerah persembahan terbaik untuk tahun ini.


Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)



Rusdi Redza  :  I have friends just told me that this song's too cheesy.  Ok,itu pandangan beliau sebb mungkin lagu ini terlalu ringan untuk didengar.Honestly,ini antara lagu terbaik yang bertanding pada AJL nanti.First,lagu ni ada cerita yang lengkap,muziknya sgt cheesy(seperti yang dikatakan) dan dlm erti kata lain muzik dan penulisan liriknya mempunyai markah yang seimbang.Cuma,point yg perlu dilihat adalah didalam penulisan lagu ini terdapat penulisan campur or rojak seperti 'overtime' & 'support bini'Tetapi,this is AJL bukannya test JULAI Bahasa Melayu.yang penting kualiti lagu berkenaan.Sekiranya lagu ini diangkat juara,bermakna penulisan lirik di Malaysia juga sedang berkembang.

Dari segi susunan vokal Monoloque & Atilia sendiri sudah memperihatkan keunikan lagu ini.Harmonizing louqe sejujurnya saya katakan ia diluar norma.

Jumie Samsudin  :  A friend yang dimaksudkan oleh Rusdi dalam blog dia ialah akak la u olls.  U tau apa maksud cheesy?  Dalam masakan orang putih,  tak kisah pun apa ang masak,  kalau ang bubuh cheese mesti akan jadi sedap.  Dalam salad,  dalam kek,  dalam apa pun.  Tapi kalau ang bubuh cheese terlebih what happen?  MUAK AND TAK SEDAP.  So this is what happen.  Loque adalah pendewa setia seni seni muzik Tan Sri P Ramlee.  Oleh itu,  akak rasa lagu ini ala-ala nak tiru lagu duet-duet yang P Ramlee duk buat dengan Saloma la.  Cuba dengan gaya dia sendiri!!  Tapi,  akak tetap tak suka lagu ini.  Sebab macam gatai-gatai.  Tapi nak buat macam mana,  orang lain suka.  Akak pernah carut lagu ni kat Twitter,  tak sangka Atilia replied ya.  Kerlas sangat,  artist stalk tweet orang!  :)  Anyway,  kalau lagu 

Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

Rusdi Redza  :  Lagu ini bergenre baru tetapi ianya sedikit mendatar.Apa yang membuatkan lagu ini sedikit hebat adalah disebabkan suara Boy yang energetic.Kiranya,kekuatan lagu ini adalah ianya terlalu signature dan tidak boleh dinyanyikan oleh orang lain.  Masalah yg berikutnya adalah,  ianya tidak multi form,bermakna ianya seolah2 mengulangi rangkap muzik yang sama.  Jadi,mampukah ia memberi impak kepada pendengar?

Jumie Samsudin  :  Erm.....lagu ni ala-ala Indonesian Rock band gitu.  Akak mula mula ingatkan Dewa 19 ke apa ke.  Sekali band Melesia.  Suara dia meletops juga.  Tapi tak berapa rasa lagu ini mampu bersaing dengan lagu lagu lain yang sangat hebat.  But it is a great song kalau nyanyi kat kongset-kongset :)


Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)


Rusdi Redza  :  Aizat,lu memang Aizat...Muzik sgt superb.First time dengar terus ingat orang lama skali lagu kau Jat.hurmmm.ANyway lagu ni mmg masterpiece ko kot..Siap pakai angklung lagi ni..Tapi...ada tapinya,baru-baru ni adalah try lagu ni kat karok REDBOX SoGo,lirik lagu ni terlalu cloudy la Jat..Terlalu floating,x mendalam sgt Jat..bg akula,,,Mungkin sebb muzik ko sendiri dah mampu sampaikan story kau ni. Markah Lagu memang power..lirik mcm x berapa sgt...sorry bro,lagu ni tetap jadi lagu poojaan aku..

Jumie Samsudin  :  I loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee this song.  Simple.  Relaks.  U olls,  lagu ballada macam ni baru sahaja diperkenalkan dalam seni music kat Melesia ni.  Kat Amerika lagu cam ni persepah dah. Kedamaian lagu ini diulit dengan suara Aizat sangat kena.  Pastu akak paling suka,  ada bunyi alat muzik angklung kat belakang.  Very the zaman koir koir RTM gitu.  Tapi akak suka.  Siriesly,  AJL selalu mengangkat lagu-lagu dengan genre muzik baru dalam industri muzik kita sebagai lagu terbaikSo lagu terbaik itu akan menjadi peneraju dan penanda aras dalam industri muzik kita.  Bila jenis lagu baru macam ni dinobatkan sebagai juara,  so composer lagu semua akan rasa "INILAH YANG MARKET MELESIA NAK SEKARANG!"  



 
Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Rusdi Redza  :  Yang ni terbalik kisahnya dengan Beribu Sesalan,Mula2 aku x gemar sgt lagu ni sbb Alyah(dia nyanyi x control kalau live).Tapi lama kelamaan makin superb plak ..SuSUnan lagu ni lain sgt2..Dalam erti kata lain,muzik lagu ni sgt bagus..energetic but penulisan lirik dia meragukan..bukanke supposedly lagu ni lagu sedih,awat muzik dia mcm memberontak.Tapi,lagu ni jgn pandang sebelah mata la...superb ni..

Jumie Samsudin  :  LAGU KARAOKE WAJIB JUMIE SAMSUDIN UNTUK 2012.  U ollssssssssssss!  Akak first dengar lagu ni sipi sipi ja sebab taksalah akak,  lagu ni jadi lagu tema untuk drama tv kan.  So satu hari akak berpeluang tengok Alyah nyanyi lagu ni live depan akak masa event Miss 2Faces International kat South Africa dulu. Meremang bulu roma akak dengar Alyah nyanyi live.  Nahariamm betui.  Akak kata,  celaka akak pun boleh nyanyi lagu ni. 

So sejak itu akak buat research dan mendalami lagu ini.  Sejak itu akak suka lagu ini. Lagu ni memang membuatkan hati hati yang mendengarnya mencari lara.  Seni kata dan susunan muzik yang padat dengan UPS dan DOWNS.  Tapi tak berapa yakin untuk menang AJL26,  sebab now,  akak rasa AJL akan naikkan lagu yang membawa genre lagu yang orang tak berapa tau lagi. 

INILAH AKAK DAN RUSDI REDZA MASA HARI KONVOKASI RUSDI :)


Rusdi Redza  :  Anyway,jgnlah emosi baca artikel ni.  It just for fun n share my knowledge about music with u guys..Kalau ada yang terkurang,sy mintak maaf..kalau ada yang setuju..just senyum je..lagipun nak gadoh2 kat sini wat per pun,Juri nanti akan berkampung,time tu diorang akan tarik2 rambut nak cari pemenang.Bukannya diorang baca pun artikel ni,kalau diorang baca pun,  apalah sgt ilmu yang aku ada ni dgn pengalaman diorang.X effect pun.Nak ramal lagi?jom tgk siapa yang aku ramal.  again aku ingatkan,ini ramalan n pendapat peribadi aku sahaja..bagi penyanyi2 yg kot2 terbaca artikel ni.take it as kritikan membina..ok...enjoy2..happy


Jumie Samsudin  :  Yelah noks.  Thank you so much for sharing ur thought with us.  Kerlas sangat ulasan hang very the akademik akademik. Setuju dengan pendapat Rusdi,  janganlah emosi baca pandangan dari otak kami yang tak ada sijil apa apa pun dalam bidang muzik.  Setakat piala menang petandingan karaoke saja. 


RAMALAN PEMENANG AJL 26


Ramalan  Rusdi Redza  :  Tahun ni sengit giler bagi aku.dah 4 tahun aku ramal,alhamdulillah hampir semuanya menjadi.  Kita tgk ramalan aku tahun ni..


Senarai lagu yang dijangka mendapat perhatian:
  • Awan Nano
  • Sedetik Lebih
  • Kisah Hati
  • Kekanda Adinda
  • Beribu Sesalan
  • Sg Lui
  • Penakut

Persembahan Terbaik:  
Takleh ramal,  sebab kena tggu malam kejadian la.  Tapi saya pilih 3 Suara atau Hafiz untuk Vokal terbaik.

Ketiga
Penakut

Kedua
Awan Nano

Juara Lagu
Kekanda Adinda



Ramalan Jumie Samsudin  : 

Senarai lagu yang dijangka mendapat perhatian:
  • Awan Nano
  • Penakut
  • Sungai Lui
  • Beribu Sesalan


 
Persembahan Terbaik:  3 Suara!! 

Ketiga
Penakut


KeduaSungai Lui


Juara Lagu
Awan Nano

6 comments:

  1. Jumieeee, walaupun kakput peminat tegar FT tapi nak cakap mmg kakput rasa dia tak akan menang :P tapi kakput ramalkan penakut jadi juara lagu. :-)

    ReplyDelete
  2. wah keles jumie hang & fren hang buat ramalan..nk jugak la buat ramalan..aku teka Awan nano!! yeay! sbb anak aku suka sangatttttttt lagu nie..;)

    ReplyDelete
  3. 3 Suara: lagu rasmi karaoke untuk gang-gang pondan dan adik-adik dan yang sewaktu dengan we olls!

    Hahah taley blah la hang Jumie!
    I suka gak lagu tuh sama dengan Kisah Hati, tapi percaya sangat lagu tuh takkan menang sebab banyak sangat lagu yang lebih fresh.
    Lagu2 melankolik, feeling2, frust2, balada diva segala nih payah dah.
    Risau kalau Cinta Muka Buku menang, aku teruih banned AJL sampailah Jumie Samsudin tercalon sebagai finalist, haha boleyhh??!

    Walaupun i tak layan sangat Awan Nano, tapi dengan history M Nasir dan kehebatan vokal Hafiz yang tak tumpah cam suara dalam kaset ketika menyanyi live, I vote this song to be the winner!

    ReplyDelete
  4. jumie..
    font ni buat mata berpinar la bila membaca.. tak seperti font sblm ni sgt jelas n kelassss...


    pendapat dr silence reader yg obses ngn blog jumie :)

    ReplyDelete
  5. Cam gatai gatai->>hahahahaaa...
    i suke post ini..LIKE! :D i vote for 3suara... :D

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...