BB Cream by Seqy Beauty



Hello and Assalamualaikum to all,

Hari ini I olls nak memperkenalkan satu produk kosmetik yang direka, dicipta dan diedarkan oleh anak Bumiputera, seorang blogger yang meleps juga iaitu Sepet a.k.a Zuhana.

Thank you kepada beliau and team kerana sudi memperkenalkan produk ini kepada I olls. Bukan sebab I olls dapat PERCUMA and I olls feeling nak buat review ini, I olls buat review ni sebab I olls sendiri amat suka dengan produk ni and I olls sangat-sangat suka nak share dengan orang ramai.
Kalau ampa nak tau, I olls memang dapat banyak produk untuk di-review, tapi I olls bagitau dah siap-siap kepada pengsponsor barang, I olls akan bagi review seikhlasnya.



BB Cream by Seqy Beauty

Ampa semua mesti tau apa benda BB Cream kan? Dulu I olls memang suka pakai BB Cream, dulu-dulu aku promote kat dalam blog aku Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +), pastu memang berlambak orang duk tanya pasai produk tu kat aku. Mesti ramai orang suka nak pi beli jugak kan? Tapi lepas tu, aku rasakan Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +) makin lama makin tak best. So aku stop pakai BB Cream and aku cuba beberapa jenis BB Cream lain seperti yang dipromote oleh kawan-kawan tapi takdak pun yang berkenan di hati. Tapi nenjia, bila dapat this produk I olls falls in love!

Ini gambar i olls masa first time pakai BB Cream by Seqy Beauty. Gambar amik gambar handphone I olls Lenovo S860. NO EDITING. Natural light. Meletops kan?


Why I Olls Suka BB Cream by Seqy Beauty?

(ini bukan copy paste, mak tulis sendiri berdasarkan pengalaman)



Ampa tengok sendiri perbezaan I olls pakai. Yes, warna ini nampak sedikit kelabu sebab muka I olls yang colour tanned. Tapi lama-lama dia akan blend in and cantek. And lepas pakai full make up, warna BB Cream ini akan nampak cantek lagi. Tak sabak nak pakai BB Cream by Seqy Beauty yang lebih sesuai untuk warna kulit tanned macam I olls.


Senang nak pakai!

Untuk orang yang always busy and mengejar masa, BB Cream by Seqy Beauty adalah jawapannya. Selepas basuh muka, pakai toner and bubuh ubat jerawat sikit. I olls teruih sapu BB Cream by Seqy Beauty kat muka. Pastu make up macam biasa. And of course, lepas make up muka I olls terus berubah jadi Selena Gomez gitu. Produk meletops ini bertindak sebagai pelindung (sebab ada SPF), melembab (takpakai pakai moisturiser) and bedak asas (because of the colour yang ada dalam produk ni).

Ringan, nipis and NOT CAKEY

Tak payah pakai banyak-banyak. Semprot sekali ja kat tangan, and that is the only ammount that u need to cover your whole face. Sapukan BB Cream by Seqy Beauty

Ke seluruh wajah dengan menggunakan jari. Pastu picit lagi satu, untuk bubuh kat tengkuk. Kalau pakai tudung pun, bubuh ja kat tengkok, sebab i believe BB Cream by Seqy Beauty merawat wajah and ia merawat dan melindungi semua bahagian kulit yang menggunakan produk ni. So ampa nanti kalau bukak tudung depan suami, takdak la nampak ketara, muka putih lehaq hitam.

And ampa akan rasa sangat best sebab produk ini cover cela-cela di wajah (dark spots, warna tak sama, merah2 akibat jerawat, parut) and at same time ampa rasa sangat ringan tak macam effect pakai bedak.

Ini pun gambar I olls amik pagi-pagi buta masa duk bersiap kat bilik. Lepas dah make up semua. No editing pada gambar ya. I olls just crop sahaja.



Melindungi dengan SPF 30

Sebagai wanita outdoor macam I olls, I olls sangat suka sebab BB Cream by Seqy Beauty mempunyai pelindungai UV SPF 30. Pelindungai UV ke wajah bukan sahaja bagus untuk halang kita jadi lebih tanned, malah pelindungan SPF ini dari kesan UV juga boleh menghalang kepada effek lain seperti jeragat dan juga penuaan. Yes, ampa tak tau ka? Lagi banyak UV light kita kena, kulit lagi cepat tua.

Tidak Berminyak

Kulit I olls adalah berminyak. And yes, I olls pakai ni tapi muka I olls tak berminyak. Cuma there was one time, masa experimentasi, before apply BB Cream by Seqy Beauty I olls pi pakai sejenis pelembab, nenjia lepas tu jadi berminyak. So lepaih tu tak pakai dah apa-apa before pakai BB Cream by Seqy Beauty.

Natural oil pada wajah adalah bagus untuk melembabkan wajah and muka kita tak kering. Kulit wajah yang terlalu kering nanti cepat dapat rinkles. I olls suka BB Cream by Seqy Beauty sebab ia masih mengekalkan kelembapan kulit wajah sambil mengawal minyak.

Colour Blend In

I olls mempunyai warna kulit wanita Africa + Latin, so its not easy to find bedak asas yang sesuai dengan keunikan warna kulit I olls. So, masa Ms. Syeka bok mai BB Cream by Seqy Beauty kat I olls, the first thing I olls tanya adalah “Warna dia macam mana?”

Syeka kata, depa ada dua colour buat masa ni, nombor 1 is for cerah, and 2 is more natural. So depa bagi yang natural untuk I olls. After aplikasi, alhamdulillah, kulit I olls memang mula-mula nampak macam putih sikit, tapi lama-lama, dia macam makin cantek and blend with my natural skin colour. I olls suka.

BB Cream by Seqy Beauty dalam proses nak buat colour yang sesuai untuk wanita berkulit tanned. CAYALAH!! Cepat-cepat i mau.

Specially Designed by Seqy Beauty

Produk ni bukan dibuat di Korea / China / Bangkok pastu buat packaging lain ja. Produk ni memang di-design khas oleh Ms. Sepeti a.k.a Zuhana because beliau sendiri seorang pencinta kecantikan dan beliau sendiri seorang ahli farmasi. So dia tau la apa yang baguih and apa yang tak baguih. Produk ini insya Allah halal. Tapi yang penting, produk ini adalah buatan MALAYSIA.

Beg make up I olls memang kecik. Tapi botol BB Cream by Seqy Beauty boleh masuk dengan mejiknya.



Botol Praktikal dan Cantek

Sangat impressed dengan rekaan botol yang minimalist. Kuruih and panjang macam tubuh badan I olls. So senang nak selit kat mana-mana :)

Merawat kulit

Kulit I olls adalah sangat sensitip. Tak boleh pakai apa benda semarang. Orang tua-tua kata, kulit orang kaya. Gicu. Lepas pakai produk ni for almost 2 weeks already, I olls rasa sangat puas hati and boleh nampak perbezaan pada permukaan kulit I olls. Bukanlah nak kata lepas pakai produk ni kulit aku terus lembut lincin macam kulit teloq, tapi bila aku pakai ni, memang dah takdak masalah, takdak bintik-bintik, takdak jerewat over-over...so baguih la kan! Sapa yang kulit sensitip macam saya haruslah cuba.


Fungsi dan Kelebihan BB Cream


  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Menutupi cela di muka.
  • Sebagai bedak asas.
  • Lebih ringan dari foundation.
  • Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
  • Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
  • Melambatkan penuaan.
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Bahan-bahan dalam BB Cream by Seqy Beauty

Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol


Cepat-cepat dapatkan BB Cream by Seqy Beauty dengan segera.

Hubungi pengedar yang sah,

Ms. Atikah Syeka Rohaini (Permatang Pauh)
di talian 013-435 1899.

Sila layari laman web Seqy Beauty untuk semak senarai PENGEDAR SAH dari seluruh Malaysia.

Gambar i olls bersama Ms. Atikah Syeka Rohaini ketika pertemuan nak pass barang. Memang lepas ni kena selalu jumpa la, I olls memang akan beli produk ni selalu.


Harga :

RM55 (Semenanjung Malaysia)
RM60 (Sabah/Sarawak)


Follow :



Untuk maklumat lanjut sila layari

13.1.12

Tips Merawat Jerawat by Asmaa Aljuned

Hello u olls semua, 

Kalau hari itu I olls cerita pasai produk kecantikan,  hari ini we olls akan baca sesuatu yang mungkin akan mengubah cara u olls menjaga kulit muka.  Dan kepada u olls yang menghadapi masalah kulit,  inilah artikel yang u olls tunggu-tunggu.  Hari tu,  I olls ada menerima satu emel daripada seseorang yang kata,  muka dia tak pernah ada masalah kulit,  tiba tiba lani dia tumbuh jeragat dan jerawat macam-macam.  Akak tak berani nak rekemen dia apa-apa,  akak suruh dia pi jumpa doktor kulit.  Welllls,  not until kawan I olls Asmaa Aljuned yang baik hati mengarang satu artikel panjang untuk u olls semua yang bertajuk "Tips Merawat Jerawat".

Walaupun u olls semua tidak pernah ada jerawat,  tapi u olls bacalah artikel ini.  Ada banyak point-point penting yang amat berfaedah untuk kita semua.  Bacalah! 

Hai Jumie,

Masa mula2 hang dok mai tanya kami semua apa benda kami pakai untuk kecantikan muka, aku tepikiaq, “Sapa la aku nak kongsi tips-tip kecantikan. Kulit aku tak elok mana pon,” Tapi aku terpikiaq, sebab kulit aku tak elok mana la aku kena kongsi dengan hampa semua. Sebab aku pernah lalui saat-saat sukar bila kulit bermasalah.


Ini bukan gambar kulit Asmaa.  Actually ini kami dorang search dalam Google.  Lebih kurang macam yang Asmaa lalui. 


Aku dulu-dulu mana penah ada masalah jerawat, sampai habes sekolah kulit aku indah. Banyak juga orang penah puji kulit aku cantik. Tetapi TIBA-TIBA, masa aku masuk uni- kulit aku dah start mai terok punya. Gila horrror. Ya la. Dulu kulit tak penah ada apa-apa, tiba-tiba mai naik jerawat, bukan satu dua, berlambak-lambak, besaq-besaq! Perit woo nak terima kenyataan. Banyak kali aku nangeh dan aku mengaku time tu aku sanggop buat apa saja untuk dapatkan kulit muka asal.


Ok this goes on nicely to u :

Tips #1: KAWAL DIRI (read: CHILL)
  • Dalam keadaan macam tu, memang kita kalau boleh nak jerawat tu hilang serta merta macam mejik. Semua benda kita nak beli. Tengok orang kulit cantik ja, kita pon nak beli produk yang sama. Benda packaging cantik ja nak beli. Tak sampai sebulan, tukaq produk lain pulak.
  • I've tried everything from susu kambing ke batang pokok Myanmar (siap ada lesong kisar lagi dan kena perli terok oleh keluarge dan sahabat handai macam hang). Aku penah try Proactiv, mahal tapi effect short term, mula-mula nampak perbezaan, lepas tu macam takdak kesan apa2. Dah la mahai nak maintain (time tu dok belajaq lagi, bukan senang-senang nak beli barang mahai).
  • Bila kita tak sabaq, mula la mai tamak. Apa yang terjadi kat aku, kulit dok lagu tu jugak, lagi terok dok ada-tapi duit habes. Dan itu adalah hikmah, sebab bila aku takdak duit, aku tak buleh sewenang wenangnya nak pi Watsen dan Gardien dan kutip segala maknika benda depa letak ataih shelf. Masa tu baru aku lebih berhati-hati. Aku start mendalami pasal masalah kulit, i owe this to this website www.acne.org


Tips #2: BELAJAR DAN FAHAMI
 

  • From www.acne.org ,  aku belajaq banyak tentang jerawat. Jerawat ni macam-macam penyebabnya, lain orang lain penawaq. Sebab tu kita tak buleh senang-senang amik recommendation orang dan try out. Kat situ aku belajaq jugak yang kulit muka tak boleh dicuci lebih dari 2 kali sehari. Maksudnya, kulit muka ni tak boleh dicuci dengan facial wash banyak-banyak kali. Basuh muka ngan ayaq/ wudhu' tu lain cerita la wey.
  • Aku faham sangat tabiat cuci muka banyak kali ni, sebab kita rasa kulit kita berminyak dan kotor so kita kena basuh bagi bersih selalu. JANGAN. Sebab-sebab jerawat mungkin kerana sebum berlebihan, tapi tak semestinya bermakna kulit kita jenis berminyak atau kotoq! AKU MATI2 INGAT KULIT AKU BERMINYAK DAN BASOH MUKA 86 KALI SEHARI, RUPA RUPANYA KULIT AKU NAMPAK JA BERMINYAK- TAPI PADA DASARNYA KERING!
  • Jerawat tumboh sebab pori tersumbat dan bakteria menyerang. Nak tau apa sebab feymes pori pori tersumbat?- Kulit kering/ sel kulit mati. MAKA KALAU CUCI MUKA BANYAK KALI, LAGI KERING LA MUKA, DAN LAGI BANYAK PORI TERSUMBAT, LAGI BANYAK LA JERAWAT!!
  • Aku takmau eksplen in details pasal jerawat, hang baca la sendiri What is acne?


Tips # 3: SABAR


  • Aku selalu tak sabaq nak tengok result. Guna benda tak sampai sebulan, takdak efek apa, beli benda lain.
  • At one point- aku dah takdak duit, dan aku dah give up sebab nothing ever works. Thats when aku try The Regiment: Step by step guide untuk hilangkan jerawat. The Regimen™
  • The Regiment ni bukan produk ye kawan2. Dia cuma ajaq macam mana nak cuci muka. Its like back to basic. Kalau dia suggest produk-produk, hanyalah produk yang sangat mild dan simple. Sebab tujuan dia senang ja, go easy on your skin. Kita dok boh macam-macam kimia kat muka, kesian kat kulit kita. aku akan share brg2 yang aku try. itupon sebab aku baca kat Products Guide . Dia ajaq macam mana nak cari produk.
  • Facial wash- Cetaphil Gentle Skin Cleanser  : Gila gentle sampai tak rinse ngan ayaq pon takpa. Dia takdak lather macam sabun. Dia bukan miracle ye, tapi untuk orang yang dok guna kimia pelbagai ragam untuk kulit, give your skin a break and use this for a bit. Setengah orang tak suka sebab dia tak macam sabun, tapi ikut suka la. Banyak lagi produk yang acne.orang suggest and guide.
    Cetaphil Gentle Skin Cleanser
  • Moisturizer aku guna biasa2 je - Aku guna Olay Moisturizing Cream.  Sangat simple. Nothing special. Like what i said, back to basic.
    Olay Moisturizing Cream

  • The only rawatan jerawat yang aku guna adalah benzoyl peroxide 10% ada, 5 % ada, macam-macam brand.  Kat Watsen, Gardien, farmasi, semua ada. Malam sekali sebelom tidoq.  Pagi sekali. Tak mahai pon. Tahan lama gila pulak tu.

    Benzac AC yang Asmaa gunakan. 
  • Kenapa aku rasa The Regiment tu bagoih, is that dia ajaq aku macam mana nak jaga kulit elok-elok. Dia tak kata nak bagi kulit hang macam Erra Fazira. At least kulit aku dapat rilek, dan hidup macam manusia biasa. hahaha. But of course, ikhtiar kena teruskan.

  • Dalam dok belajaq pasai ubat-ubat jerawat ni, aku terbaca pasal satu cream bernama Retin-A.  Pastu ada sekali tu aku tersembang ngan abang aku, dia kata arwah mak aku penah bg dia ubat jerawat masa dia kat sekolah, mak aku amik kat GH (mak aku keja hospitel time tu). Abang aku kata ok ubat tu, tapi efek dia lambat.

    Retin-A yang paling strong. 

  • Aku pon baca-baca pasal Tretinoin (bahan utama dalam Retin-A), I decided to give it a try. Banyak famasi yang jual. Aku guna yang paling kuat iaitu 0.1%. Benda ni memang agak strong, so please read and research first ye before guna ye. Kalau aku baca review benda ni, memang ramai gila orang kutuk. Semua kata tak dak ifek la, makin terok la. Tapi aku tepikiaq, kalau try setakat sebulan, pastu nak kutuk cerca produk, memang review yang tak buleh pakai.

  • Aku guna lama. Dia pakai sekali saja pada waktu malam. Mula-mula macam takdak-takdak apa, jerawat macam makin naik pon ada. Tapi aku teruskan bersabaq (kan aku kata kena sabaq?). Lepas 3 bulan, ye, 3 bulan! Baru nampak ifek. Ifek dia memang best, sebab parut pon hilang sekali!! Yehuuuu. Ni la produk paling laaamaaa aku guna (benzoyl peroxide aku guna pagi) Alhamdulillah... jerawat muka aku makin hilang.. orang pon dah banyak perasan. :)

PHASE TWO

  • Bila kulit aku dah makin elok, that would be after about 4-5 months, aku kurangkan penggunaan retin A sedikit demi sedikit. Ye la benda tu kuat kot, so aku taknak dok guna lama-lama. At that time , aku start guna facial wash yang a bit stronger dari Cetaphil gentle cleanser. So aku guna Liquid Neutrogena Mild Cleanser.

    Neutrogena Mild Cleanser

  • Lama jugak aku guna benda ni, Cetaphil tak leh guna lama2 sangat sebab dia sangat2 gentle. Guna untuk stabilkan kulit di peringkat pertama ja. Lepastu aku stop Retin-A teroih sebab kulit aku dah pulih macam biasa, buat apa nak guna ubat terok-terok? Lagipun usia dah meningkat, tak sanggop aku nak seksa kulit lama2 dengan bahan kimia.

  • Bila aku stop Retin-A, aku guna facial wash yang stronger sikit untuk maintain kulit. So aku guna Neutrogena Deep Cleanser.

    Neutrogena Deep Cleanser
  • Aku guna benda ni sampai sekarang. Penah jugak try tukaq cleaser, troih naik jerawat. Tapi ikot orang la, aku memang live on this thing. Yes, it dries up skin a bit sebab dia ada hydroxy acid sikit untuk membersih kulit so jerawat tak naik. Tapi kena make sure muka is properly moisturized la after basoh. Aku malam-malam sebelom tidoq akan letak 100% Vitamin E Oil kat muka aku sebagai moisturizer. Memang ni amalan aku sampai sekarang. Ada orang tak raksi benda ni. Tapi aku saja nak share jugak. Sebab ni feveret alam aku.

    Organic Aid 100% Vitamin E Oil
  • Benzoyl Peroxide aku guna bila ada jerawat naik je. sapu je kat kawasan yang berkenaan. Benzoyl Peroxide dia lagi mild daripada Retin A. Sekarang ni dah jarang sangat pakai.

PHASE 3

  • Tips2 yang aku bagi sebelum ni adalah untuk rawat masalah jerawat. Ianya bukan tip-tip kecantikan ye kawan-kawan. Dia bukan bagi kulit hang jadi macam teloq dikupas. Cukuplah sekadar menghilangkan cela di muka, bila mai periyed- jerawat sebijik dua tu stended la. Nothing is magic. Kita kena realistik. Kalau ada masalah jerawat, rawat la muka mengikut cara kulit bermasalah. Masalah kulit tak selesai lagi, takkan nak harap guna produk kecantikan teruih dapat kulit Erra Fazira??
  • Aku teringat sorang kawan aku, kulit dia jerawat terok, tapi berkeras jugak nak guna SKII. Sekali, kakak promoter tu sendiri yang tak sanggop jual kat kawan aku, dia kata produk-produk kecantikan ni untuk kulit biasa, dia bukan untuk kulit bermasalah. Jadi, sapa-sapa kat luaq tu yang ada masalah kulit, please be realistik . ok?
  • Ok!  Moving on. Bila kulit dah ok, aku pon teringin jugak nak kulit cantik berseri.  Aku takdak produk apa sangat yang boleh dikongsi, sebab aku pon masih dalam trial dan error, tapi ada satu benda yang aku nak sangat kongsi, sebab banyak orang dok tanya apa yang aku buat kat muka aku.
  • Macam ni cerita dia, kan masa aku nak kawen, stended la kan semua pengantin nak cantik. Tapi, aku macam bizi gila time tu dan aku cam malaih gila nak bayaq facial sampai ratuih ringget semua.
  • Nak dijadikan cerita, aku pon buat research lagi sekali belajaq pasai facial. Kebetulan kat rumah aku ada seterika steam yang jugak boleh dijadikan facial steamer.
  • Aku jumpa satu blog ni pasal facial at home, tak ingat link dia. Tapi pasal satu makcik yang umoq 40 lebih dok cerita dia buat facial sendiri kat rumah seminggu sekali untuk maintain kulit. Muka dia nampak muda dan sangat glowing! So aku memang eksaited nak try.
  • Facial kat rumah ni is not much about the product u use. Rather, its more about the steps (macam The Regiment jugak la)

Step-step dia macam ni  : 

  1. Mula basuh muka dengan pembersih lembut. Aku suka guna Mustika Ratu Sari Mawar, kalau orang kulit berminyak/berjerawat sesuwai guna Sari Jeruk Nipis. Tonyoh benda ni kat muka, dan urut pelan pelan. Take ur time.

    Mustika Ratu Sari Mawar


    Sari Jeruk Nipis

  2. Lepas guna pembersih, lap la dengan tisu lembut. Basoh ngan ayaq pon takpa aih. Pastu step kedua adalah exfoliate. Guna skrub muka yang bersesuaian, jangan tonyoh kuat-kuat sampai muka koyak sudah. Aku suka dua jenih. All-time feveret adalah St Ives Apricot Scrub, sebab dia feymes sangat- ada macam2 jenih, pilih la mana seswai.

    St Ives Apricot Scrub.  Ini packaging sekarang,  baru punya.  Ada macam-macam jenis.  Gentle,  mild dan macam-macam lagi.  Dulu dia ada satu ja warna oren. 

  3. Lagi satu yang ok jugak adalah Sari Ayu Peeling Mundisari. Ni kasi feel tradisional sikit. Best jugak pakai benda ni sebagai scrub. Murah pulak tu.

    Sari Ayu Peeling Mundisari

  4. Lepas scrub. STEAM. Sapa2 yang takdak facial steamer kat rumah, masak ayaq panas pastu sua muka, tutup ngan towel (ala2 selsema dan bau vicks). Buat la dalam 5 minit. Jangan dekat sangat muka ngan ayaq panaih, melecoq kulit satgi.

    Memang betui Asmaa kata,  jangan buh muka dekat sangat.  Nanti ampa akan rasa macam kat neraka sat.  U olls juga boleh letak buah limau nipis ka atau lemon dalam air panas tu untuk bagi u olls rasa fresh.  Kalau ada bunga rose kampung yang orang Indu pakai untuk sembahyang tu pun boleh bubuh dalam ayak panaih ni.  Bagi jadi fresh sikit. 
  5. Lepas dah steam tu, kalau ada macam black head ka white head yang terkeluar, picit sikit to remove. Jangan over picit muka sampai bengkak/merah2,  tau la syok pon. And then wipe clean with tissue lembut.  For me lepas keluarkan blackhead, aku nanti lap ngan tissue. Pastu aku sambong steam lagi seminit.
  6. After steam, pakai la mask. Aku memang feveret suka beli mask peket-peket kat Guardian/Watsen. Hahaha. Masa aku nk kawen, aku teringin nak buat gold facial untuk bagi seri muka. Tapi harga dia kat kedai RM180. Aku cam malas aa. So aku guna Gold Mask aku beli kat Watson dalam RM10 dan guna. Brilliant! Jumie, hang ada masa aku guna mask tu sebelum nikah aku. Glow ka tak?
    This picture taken from a blog called "Nicole's Mirror".  Dia ada buat review pasai gold mask ni.  Ampa baca sini  :  Gold Total Care Mask Luxury Series  

    Apa apa pon, setelah mencuba banyakkk jenis mask. Feveret aku adalah….

    Sari Ayu Masker Bengkoang. Aku tak tau pasaipa, tapi aku rasa ni paling best aku penah try. Kulit nampak gebu dan cerah right after guna. Boh sampai kering. Pastu basoh ngan ayaq.
    Sari Ayu Masker Bengkoang
  7. Kalau ikotkan, lepas mask kena boh toner. Tapi aku tak suka toner, sebagai pengganti toner, aku guna Hada Labo kegemaran aku dan hang. Yeszaaa
    Hada Labo Pujaan Hati!  Lani memang akak letak ni dalam toilet kat rumah.  Kira lepas mandi terus pakai.  En Khafi pakai after shave...akak feeling pakai hada labo.  Kerlasss!
  8. The best part bila buat facial kat rumah, hang boleh pilih timing yang paling sesuai. Iaitu sebelum tido. So hang buleh letak segala night cream ka night serum and moisturizer. Aku juga penah baca that jangan pakai serum semata2. Serum perlu disusuli oleh moisturizer. Lepas tu buleh tidoq troih and let the magic do its work. Cewwahh dan2 mejik konon! Kalau buat kat kedai, nescaya tak boleh night cream/serum bagai kluaq2 kedai muka kena asap lori pulak tu?
  9. Untuk facial ni, lepas boh serum (at the moment aku baru try L’Oreal Youth Code Pre-Essence), aku nanti guna moisturizer feveret aku iaitu Vitamin E Oil.  Jangan lupa eye cream ye kawan2 untuk kita yang dah makin berumur. Jangan nak tunggu kedot kerepot baru nak boh cream.
    Benda ni baru sampai Melesia.  Harga dia dalam RM109 cam tu.  Asmaa kata memang baguih!

  10. Pastu tidoq la! Hhaahahhahaha
Itu saja yang aku nak kongsi. Again aku nak tekankan, aku tak gerenti produk-produk yang aku guna ni best in the world. Tapi step2 yang aku bagi untuk facial at home ni memang tak rugi kalau try. Guna la produk yang bersesuaian. Buat seminggu sekali. Takkan menyesal punya. Duit pon selamat. Ok.. last sekali.

Aku nak bagi gambaq before n after (Jumie tulong edit kasi muka aku ja dan tutop mata bleh?)

Gambar Asmaa terbaru dengan kembarnya Aishah.  Muka style suci.  Lani Aishah dah pakai tudung.  Cewah.....kat belakang tu abang depa nama Khalid. 

Aku memang takdak gambaq jerawat yang masa mula2 teruk. Gambaq kat bawah ni masa dah ok dan dah surut banyak. Masa jerawat terok, aku takmau amik gamaq langsong. Muka aku cam banyak parut itam.

Thank you so much Asmaa Aljuned.  Sesungguhnya hang akan dapat banyak pahala daripada penulisan ini!!  Kepada u olls yang lain,  kalau u olls ada apa-apa nak share dengan kami semua,  emellah kepada saya!  Sharing is loving okay.  Tak baik nak cantek sorang-sorang,  kecantikan tu tak berkat.

21 comments:

  1. Jumie, btw Retin A is still the best anti aging cream in the world, me n my mum guna sampai lani and our skin still look younger and fresh but 0.1 % is too strong, start with 0.05%..Btw, Khaty Ibrahim pun guna krim ni..hahaha

    Yup as moisturizer is back to basic, kan, Olay is still the best in term of formulation, byk silicone based and great as a make up primer esp the serum.

    Toner kalu nak guna please buy yg alcohol free. Alcohol will dry skin out and makes things worst.

    I know the Regimen for almost 10 years btw, never try Dan punya solution as quite harsh for my sensitive skin but hey it does work for certain people.

    I suka baca dua buku ni The Skin Type Solution by Dr. Leslie Baumann and Beauty Bible by Paula Begoun..Sume wanita yg ingat cantik this a very good book to splurge on, a lot of info on skin and nasty truth about cosmetic company and how they do they do business.

    Tips lain ialah

    - Jgn guna Retin A dgn B.Peroxide, dia akan defect each other effectiveness.
    - Nak kulit cun, guna sheet mask (i like Activa Whitening Mask, alcohol and frgrance free) then pakai retin a and then moisturizer. I buat mcm ni one to two weeks and the result very gud rather than pakai Retin A jer.
    - I xsuka facial kat kedai coz byk yg buat facial xde knowledge, so i g kat doctor and buat AHA Chemical Peel (cost RM 100 - 150) and it will shrink and clear pore and lembutkan kulit and can be done 3 bln skali. Tp ni bkn Peel mcm BML or Felisa, ni digunakan oleh sume doc kulit kat dunia nih. Bleh wat peel sendiri kat umah guna Neostrata 15 AHA Gel.
    - Serum is gud as an antioxidant, the best so far is Olay Regenerist and Ginvera White Radiance Essence.
    - Skin saver for red bump is BHA. I like the Paula Choice brand, murah and tahan smp setahun.

    ReplyDelete
  2. pakai retin-A tu parut lekuk-lekuk pun ilang sekali ke? hehe. sebab dulu kite punye muke pun lebih kurang macam kak asma. now parut lekuk-lekuk banyak kat muka. tak tau camne nak ilangkan. nak pergi cucuk vit C sangatlah tak mampu. ade solution tak? hehe. tq sis.

    ReplyDelete
  3. Salam...thnx 4 this entry..sgt2 bguna...n i like suma post kt blog ni...plg suka psai guna loghat penang... :)

    ReplyDelete
  4. Asm. kak jumie. Aku junior hang kt poli kontan. hehe. nama aku Atie. Btw tips ni sgt bagus, TQ sbb sharing. muka aku xde la teruk tp kusam. Parut jerawat masih ade dan tumbuh plak jeragat hitam kt bawah mata n pipi. Camne ek? Btw aku pakai moisturizer je, xpakai sunblock. Sebab x pakai sunblock ke jeragat tumbuh? Help me kak jumie. TQ. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.i can help u guys.i am studying in india.if u want cheap cetaphil product,i can get it for u(medicine here are all cheap!).i am selling cetaphil cleanser (125ml) for RM14 and cetaphil oily skin cleanser(125ml) for only RM32 (exclude postage).fyi,im currently using cetaphil cleanser,prescribed by my dermatologist.really works on me and happy to share with you.oh other acne products also u can order from me.contact me for further details at banditz_oxer@yahoo.com .surely i will reply when im free.tq

      Delete
  5. kulit saya penah naik jerawat..mungkin sebab trlalu krinng n kulit jdi gatal2...sbb xde moisturizer, saya tala losyen johnson njohnson j..ok plk kulit..hee

    ReplyDelete
  6. Jumie, I heart you la. Thanks for the info. Tak sabar nak p shopping product2 ni kat Watson. Memang affordable rasanya.

    Terima kasih jugak untuk Asmaa sebab bagi tips ni.

    ReplyDelete
  7. My experience - time jerawat dok galak naik dulu (umoq 14-19), ai pakai segala - cleanser, scrub hari2, teloq putih+limau nipis. then i pakai sabun susu kambing (yg bentuk love/heart tu). wangi dan kulit kurang beminyak.

    Pastu ai mentein pakai Clean & Clear (akak2 sgt) cleanser & toner, then just cleanser ja. sbb malas nk tonyoh cotton pad kt muka. rimas belen bulu2 cotton tu dok lekat kt muka. geli.

    Then, utk jerawat, mcm2 jugak la ai pakai sampai kawan sorang tu suggest pakai Nixodrem dia yg nk habis tu - as tester (dia tak pakai dh sbb jerawat dia dh stop - kellesss). rupa2nya sgt bekesan utk ai yg kes jerawat tegar ni.. Nixoderm ni bleh bli kat farmasi2 even kedai sinseh pun juai. sapu lama2 agak smpai dia menyerap masuk. tapi pakai time nk tidoq la sbb nampak ubat dia.

    Then lepas umoq 20, tup2 jerawat stopped. En. Hormon, tengkiu! tapi muka stil beminyak la. kadang2 skali bru naik jerawat. then Nixoderm to the rescue!...

    ReplyDelete
  8. jumie..i heart u la!!aku ni masalah jerawat xabis..dr zaman anak dara smpi la zaman bukan dara2 da :D
    ni mmg sgt2 baguih la..aku nk try!supaya en suami maken cyg..xdak la tidoq berhadap muka ngan kucing..xmo en suami kira jerawat dimuka.hahaha.
    nyway jumie..ang mmg besttt!!

    ReplyDelete
  9. laju aku share ngan cousin aku... berbaloi kot dia try sebab dia pon student lagi... tekanan ngan family dan kuat makan buat jerawat naik dengan cemerlang kat muka dia...

    best gak hg share2 camni... aku bukan main takut lagi nak pegi buat facial semua sebab dulu penah try, pastu kulit aku jadi mcm terbakar... ntah apa benda tah la orang tu boh kat muka aku...

    leh aku buat facial seniri kat umah secara berjimat dan berhemah... sbb terus terang aku memang tak penah ade masalah kulit teruk camni... just masa mula2 baligh je ada naik ruam kecik2 penuh kat dahi...

    tapi masa tu arwah mak aku ada lagi, ngan kami dok kat umah kampung lagi maka hari2 dok tenyeh muka ngan pucuk jambu feeling2 scrub ngan bagi wap nasik kena kat muka... so far ok la camtu sebab budak2 lagi kan... time skolah rendah pon...

    now alhamdulillah aku takde masalah besar pasal kulit muka... cuma kalo bleh nak gak la try wat facial sendiri...

    banyak beza wey kulit asmaa dulu ngan la ni... thanks sebab sudi share...

    ReplyDelete
  10. nak tanya...if nk wearing make up??the benzac ac tu kne pkai sekali ke???

    ReplyDelete
  11. Salam..bestlah info kat blog awk ni, santai aje yet very informative

    Bab2 jerawat ni sbenarnye dari start remaja smp tua memang lah tak habis dengan cuaca malaysia yang pnas ni memang menyumbang btol kepada pertumbuhan jerawat sbb minyak di muka menjadi-jadi. huhu Gud info!

    kulit bebas jerawat/rahsia kulit mulus dan berseri/hormone kembali stabil/rahsia mendapatkan kulit cantik/supplement dan kecantikan

    ReplyDelete
  12. good info regards your own exp. thanks for sharing sis!:)

    ReplyDelete
  13. akak beli benzoyl perioxide 2.5% kt mna eh... cz try cri tp ta jmpa la..

    ReplyDelete
  14. Macam mana Asmaa merawat parut jerawatnya? Apa produk yg dia gunakan?

    ReplyDelete
  15. salam.. saya ada jerawat yang banyak, dulu muka nak naik jerawat pun payah. dekat2 time nak kawin,jerawat makin banyak, naik di dagu, pipi, n dahi.. mula2,naik macam ruam,lama2 naik jadi besaq.. sakit n gatai2.. semua produk dah guna.. xmenjadi sangat.. tiap pagi bangun tidoq,ada ja jerawat baru yang singgah di muka.. Tip yang awak bagi ni banyak sangat produknya.. xtau nak pakai yang mana 1 dulu.. la ni mengandung la plak, nak pakai apa2 pun takut ada kesan kat baby.. Awat ada pendapat x untuk masalah saya ni? Trima kasih.... ni email saya norhashikinhasan@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  16. dari umur 14 sampailah 25, jerawat dgn saya mcm kwn baik xpnh renggang...alhamdulillah, last year kwn bg Benzac 5% mcm xcaya je kulit dah kurang jrwt...naik skali skala je masa period...

    ReplyDelete
  17. Benzac tu aku pnh pki time dpt kt klinik uitm.mmg berkesan,tp mcm ssh sikit nk cari.la ni tgh try dalacin t.nk pki cetaphil cleansee balikla

    ReplyDelete
  18. salam . kak .. law gune cetaphil tu btrusan ta elok ke tok kulit ? sy bru bli tp blm pkai lg . tgh tgok tgok review org ramai .

    ReplyDelete
  19. ap beza gentle n daily cetaphil tu kak n cm mne nk gune ? mne patot gune dlu ? gentle or daily ? guna tu ta paya pkai toner ke ? komen dprlukn dgn sgere ..

    ReplyDelete
  20. Saya telah cube cara yg di syorkan... cetaphil benzac ac10 n pelembab saya gune cosmoderm tea tree.... mmg berkesan step yg diajarkan oleh the regiment tu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com