20.1.12

Xin Yin Kuai Le 2012!



Hello u olls semua.  So hari ini last kerja kan?  Minggu depan kita cuti Isnin dan Selasa.  Rabu baru mai kerja.  Ada juga yang amik cuti Rabu,  Khamis dan Jumaat!!  So cuti 7 tari teruih.  HUIIIYOOOOOOOOOOOOOOOOO  *bunga api* *bunga api* *bunga api*

So,  blog ini tidak akan keluar artikel pada 21-24 Januari.  Biasala....I olls tak keluarkan artikel di hari cuti umum Melesia u olls.  Tak tau pasaipa.  Tapi akak rasa,  time time cuti is time for family.  Not internet :)


So akak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Xin Yin Kuai Le kepada u olls semua.  Selamat bercuti cuti ya semua.  Manfaatkanlah cuti ini dengan penuh makna.  Seronoknya menjadi rakyat Melesia yang berbilang kaum.  Ada banyakkkkk cutiii!

Di sempena cuti Raya Cina ini,  akak ingin berkongsi satu cerita dengan u olls semua.  U olls tahu kan?  Tahun ini ialah Tahun Naga?  Year of the dreeeeggonnnn!  So tahun ini pada pendapat mereka adalah tahun yang amat ONG!

Pada suatu hari,  akak dan En.  Khafi pergi membasuh dan memotong rambut di kedai kesukaan kami iaitu Hitomi (Atas Pelita Sungai Dua).  Kat sana ada satu amoi ni tangan dia kuat.  Kalau dia urut memang best!!  So kami dorang memang suka pi kat dia. 

Masa bersembang-sembang sampai beliau membasuh rambut kami,  dia tanya "Hey you dua olang!  Sudah kawen!  Bila mau dapat baby ????  Ini tahun dregen maaa....dapat baby dragen loo!"


Wahh...akak macam teruja dengan kata-kata amoi itu dan berkata "Wa .....i beranak tahun lembu (1985).  Ada ong ka kalau dapat baby dragon?"  Gituuuu!  Soalan akak meletopskan? 

Pastu Amoi tu duk buat muka muka rungsing.  Dia tengok kat En.  Khafi dia tanya "You apa tahun?" 

"Wa tigerrrrrrrrrrrr (1986)!  hahahahah,"  Kata En.    Khafi sambil gelak gelak.  Itulah laki akak,  dia tak akan cakap banyak punya dengan orang ramai.  Bila berdua dengan akak jer dia akan cakap banyak.  Ken.....!

Pastu Amoi tu exclaimed dengan muka macam terkejut macam mana ka "Aiiyooo!  Tak boleh oooo!  U tiger!  Tak boleh duduk sama Dragen.  Nanti gadohhh!  Ataupun,  u punya anak akan jadi pendiam.  Dia tak mau sosyell punya," 

Kalau tiger dan dragon bergadoooo...nenjiaaa...jadi filem teruih!

Akak pun mendengar taklimat horoskop daripada Amoi itu dengan mulut ternganga.  Ala-ala amazing gitu.

Pastu tiba-tiba En.  Khafi kata "HAHAHHAHAHA....tarak punya!  I dengan i punya anak tak akan gado.  Kami dua tiger sama dragen akan makan ini gemok.  Dia lembu.  HAHAHAHAH,"

Gambar budak cute ini adalah ehsan daripada photog :  http://charmcitykim.wordpress.com/


Itulah suami akak.  Kalau ada sapa-sapa nak tolong haria dia untuk akak,  akak amat mengalu-alukan. 

Sekian,  selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina!

7 comments:

  1. kelesss Jumie kene carut dengan laki sendiri. hahaha lawaklah dia!
    btw "haria" tuh hape?

    ReplyDelete
  2. hahaahaha...tak tahan ayat yg last tu..
    happy holiday jumie!!!

    ReplyDelete
  3. hahahahaha...

    ampa memang lawakkk... hahaha

    ReplyDelete
  4. Kak Jumie, kelakar lah. masuk raja lawak please :p - NL

    ReplyDelete
  5. Kih kih, minta tolong orang hariakan laki kendu dia tu.. ishhh mana boleh.. takut la tu kene daulat laki..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...