2.2.12

Adab Berjumpa dan Bersembang dengan Orang Tua

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls semua.  Anak-anak akak yang disayangi.  Hari ini sempena sebagai mengfeelingkan diri menjadi Lisa Surirumahtangga,  akak ingin berkongsi dengan u olls semua tips-tips mudah mengenai adab berjumpa dan bersembang dengan orang tua.  Tips-tips ini adalah mudah dan amatlah berguna untuk kita semua anak-anak muda yang akak rasa seringkali terlupa yang suatu hari kita akan tua juga.

Tips ini amat bermakna untuk kita semua sebab akak rasa zaman sekarang ni,  zaman Facebook  Secara peribadi,  akak lebih selesa bergaul dan bersembang dengan orang-orang tua sebab mereka tidak mengerti erti 'cakap besar' dan apa yang mereka cakap penuh dengan isi ilmu yang berguna untuk kehidupan kita.

Actually takdak la protokol apa teruk sangat kalau kita nak bersembang dengan orang.  Tapi bila kita duk rasa macam takdak apa sangat nilah yang akak rasa macam kita buat halai-balai saja tentang benda ni semua.


So marilah kita pergunakan beberapa tips ringkas dari akak.  Semoga manfaat untuk kita semua.  Kalau salah jangan marah.  Ini hanya perkongsian pendapat okay.

  1. Rendah diri
    Takdak maknanya u olls akan dipuji dan dihormati dengan orang tua kalau u olls selalu bersikap bongkak and sombong.  Tak kisahlah u olls ada degree ke,  master ke,  PhD ke,  pakai Ferrari ke,  pakai apa pun,  kalau hang tak tau rasa rendah diri dan menghormati depa.  Haramlah depa nak hormat hang balik.  So the first step untuk memulakan conversation yang baik dengan orang tua ialah merendahkan diri. 


    Semua gambar dalam artikel ini adalah bersempena dengan majlis hari lahir bapak dan anak menakan akak pada Oktober tahun lalu.  Birthday party yang simple buat kat rumah abang akak.  Kisahnya kami semua dah berkumpul apa semua dengan kek dan pizza semua,  sekali KAMI LUPA TELEFON BAPAK KAMI SURUH MAIIII!!!  Ini bukan biadab ya kawan-kawan semua,  ini namanya bodo piang.  Eksaited buat birthday party,  tapi birthday boi tak mai! 

  2. Bagi muka
    Bagi muka kat sini bukan bermaksud meletakkan muka u olls atas talam dan hias-hias macam hantaran sikit pastu bagi kat orang tua.  Maksud bagi muka kat sini ialah macam 'bagi chance'.  Kalau dalam duk bersembang-sembang ni,  especially bila bersembang ramai-ramai sekali orang tua ni sudah tersalah sebut tentang sesuatu perkara kalau benda tu tak obvious dan menyebabkan orang lain tersinggung why not u olls biarkan saja and buat-buat macam dia cakap tu betui.

    Memang akak pernah tengok perkara ini.  Bila u olls memperbetulkan kata-kata seseorang yang lebih tua especially di depan orang ramai tidak bermakna u olls LEBIH BAGUS,  tapi sebenarnya menunjukkan betapa u olls ni tak sensitip and bodoh sombong.  Apa salah 'bagi muka' sikit kat orang tua tu.

    Afiq Daniel yang ting tong. 

  3. Bincang Topik Mudah
    Actually u olls!  Akak sukaaaaaaa sembang dengan orang tua sebab boleh belajar banyak benda dengan depa.  Siriesly........memanglah ada sesetengah depa ni suka melalut dan cakap ulang-ulang sampai jadi tensyen.  Tapi kita ni sabar je lah.  Ajak they olls sembang benda benda mudah dan ringan seperti makan, minum dan lain-lain.  Akak suka sangat bila jumpa orang-orang tua ni,  suruh depa cerita zaman Jepun dan British.  Akak selalu mintak Tok Neng dan Tok Jali (atuk kepada suami akak) untuk cerita zaman-zaman Jepun they olls.   

    Tapi paling tak boleh blah ialah Tok Jali,  kerana Atok Jali ni dia dah betul-betul nyanyuk.  Dia suka cerita pasai dia belajar dengan sekolah agama dia.  "Aku dulu belajar dengan Haji Sekak!  Dia tu duduk di Kelang...kau tau Kelang?"  Haaaaaaaaaaaaaa 10 kali dia akan tanya.  Akak layan je.  Cucu cucu lain suka sangat menyakat dia.  Kadang-kadang sebelum dia cerita apa-apa lagi...depa dah sambung "Haji Sekak tu duduk Kelang kan atok?"  Pastu orang tua tu terpinga -pinga dan kata "Aik....macam mana kau tau?"  HAAAAAAAhahaha...memang we olls pecah-pecah perut la.

    Pastu tanya pasai petua bagi 'suami sayang kat kita"  gituuuuuuuuuuuuuu.  And kalau perempuan,  u olls boleh mintak petua masak bagi sedap ke.  Kalau tok tu lelaki,  akak suka mintak they olls ajar doa-doa meletops seperti doa untuk bagi berani,  bagi yakin dan doa bagi elak dari gangguan syaitan. 

    Elak topik seperti isu sensitif,  cucu cicit yang lupakan depa,  harta benda yang menjadi rebutan anak-anak....haa semua tuu isu sensitif tu!
  4. Kalau Tak Tau Nak Cakap Apa...........SENYUM BIARLAH IKHLAS.
    Yes,  kalau u olls ni memang jenis pendiam dan jarang bercakap dengan orang yang sama umur dengan u olls apatah lagi dengan orang tua,  so better u olls duduk sebelah dan senyum je.  Takpayah susah payah nak masuk campur depa cakap apa.  Just listen dan senyum.

    Janganla pi masuk dalam bilik dan duduk diam-diam.  Sangat biadap okay.  Nanti orang pikir "Kenapa budak tu duduk dalam?  Orang semua duk sembang sembang kat luar.  Dia tak suka aku ke?"  Haa.........kesian kan?
  5. Kalau datang kenduri kendara cubalah duduk di depan.  Jangan terus masuk duduk dalam bilik.
    Ini adalah maklumat tambahan daripada fakta di atas.  And this goes out untuk u olls-u olls yang baru berkenal-kenalan dengan keluarga mentua u olls.  Kalau u olls pergi majlis kenduri kendara keluarga mentua,  jangan terus masuk bilik dan play play lembah lembut baca-baca magazine u olls.  Mix around la dengan keluarga baru ni.  Pergi tolong-tolong kat dapur tu.  Jangan duk kekwat sangat.  Siriesly,  i get along very well with En.  Khafi's family when i help around in the kitchen.  Lebih senang nak beramah mesra u olls!

    Afik dan Mok.  Kat belakang tu kami tak kenai dia sapa. 

  6. Letak fon kat tepi!!
    Hehehe...actually ini pesanan yang akak tujukan kepada akak.  Kalau tengah bersembang dengan orang tua.  Letaklah telefon tu kat tepi.  Lupakan sebentar Facebook,  Twitter dan emel daripada orang orang di luar sana yang belum tentu akan bagi harta kat u olls bila depa dah mati nanti.  Haaa....kejam tak ayat akak.  Yess.......harta tak semestinya wang ringgit u olls.  Nasihat dalam pedoman yang disampaikan oleh tok tok kita bila kita dengar dengan sepenuh hati adalah harta yang tak ternilai buat kita bila depa takdak kat dunia ni dah nanti.
  7. Tak payah impress teruk-teruk dengan pakaian yang over.  Depa tak pandang pun.
    Bab-bab pakaian ni memang akak nak tegur sikit.  Anak-anak muda zaman sekarang,  of coz lah very the American apabila mai bab-bab dressing ni.  Tapi bak kata orang,  kalau masuk kandang kambing mengembekla,  kalau masuk kandang babi haruslah disamak. 

    Kalaupun u olls seorang yang fashionista meletops dalam kalangan rakan-rakan clubbing u olls,  haruskah u olls pakai spageti strap dengan kardigan singkat ketika menghadiri majlis kenduri doa selamat makcik-makcik u olls?  Very the biadap actually. 


    Hanna dan Atok.  Birthday Hanna 3.10 birthday atok 28.9.  So kira bagi chance la dia selebrate sekali "_~
  8. Jangan bawak kereta laju-laju
    U olls.  Adab berjumpa dengan orang tua ni merangkumi pelbagai cabang komunikasi ya.  Tak semestinya adab bercakap dan berpakaian,  ada satu lagi yang akak nak tegur.  Kita ni semua anak-anak zaman sekarang,  semuanya dah ada kereta sorang sebijik.  Zaman tok tok kita dulu,  manalah depa pernah bermimpi yang anak cucu depa semua mampu ada kereta sorang sebijik.  Dulu dalam kampung,  nak tengok kereta pun rasa macam susah sangat.

    So,  apabila u olls sekali sekala nak bawak orang-orang tua ni naik kereta,  takpayahlah nak drift kereta bagai,  bawak laju-laju macam pertandingan lumba kereta.  PLEASE!! This goes out to ladies dan gentleman yang sangat minat dengan automobil ni,  yang kaki modified kereta semua.  Okay,  kami faham u olls dah modified enjin u olls semua bagi meletops.  Siap tukar seat bagi jadi macam kereta sport.  Tapi janganla nak sprint test apabila tok u olls dalam kereta,  takpayah nak buktikan u olls ni handal sangat memandu.  Silap haribulan,  bukak pintu belakang tok ampa dah jadi colour biru.  Izrael mai tarik nyawa dia sebab terkejut tak tahan sangat u olls bawak lajiu.

    Kalau u olls nak mampuih dulu,  takpa...pi la...jangan duk ajak tok u olls sekali.
  9. Bawak buah tangan.  At least buah-buahan.
    Sekali sekala kalau nak mai melawat nenek / atok u olls.  Bawaklah buah tangan.  At least buah-buahan.  Macam akak dan En.  Khafi,  bila balik kampung,  nak bagi duit ni mesti orang tua tak mau.  So what we do?  Kami pergi pasar,  kami beli stok beras,  berus gigi,  shampoo,  sabun mandi,  pencuci pinggan,  apa-apa jer yang boleh pakai dalam rumah dan kami pergi isi kat rumah tok tok kami ni.  Gitu. 

    Actually,  depa tak harap sangat pun.  Janji u olls mai tengok dan jumpa depa pun depa dah cukup besar hati.  Akak harap u olls semua amik ikhtibar dari pesanan terakhir akak ini,  sebab akak pernah tengok sendiri dalam family akak.  Masa arwah tok akak sakit dulu.  Ada seseorang dalam keluarga kami ni very the jaranggggggggggg mai tengok tok kami.  Padahal rumah we olls dekatlah sangat.  Sampai di saat-saat tok we olls dah nazak,  baru dia mai.  Akak masa tu baru darjah 3,  apabila dia datang nak tengok tok akak, terus akak carut they olls "Cepat mai mintak maaf dengan Tok Amah,"  (Kecik-kecik dah mulut lahar).  Tapi now,  after almost 20 years,  benda yang terjadi kepada arwah tok akak itu berlaku semula kepada seseorang itu.  SIRIESLYYYYYYYYYY!

Happy birthday Atok dan Hanna :)  Tahun ni kita buat Happy Sebede lagi :)

Sekian saja,  yang mana elok itu datang dari Nya.  Yang tak berapa elok itu datangnya dari kita semua.

3 comments:

  1. Replies
    1. Tima kasih......lately...bila lihat anak anak menakan akak yang semakin membesar, dan mempunyai marka masing masing...akak mulai risau. Macam manalah depa bawak diri apabila pergi ke rumah orang.

      Delete
  2. betui kak jumie apakata kalo kak jumie buat entry camana nak get in to in the family baru....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...