10.2.12

Bengkel Lelaki & HIV/AIDS: Masalah, Isu & Tindakan



Tuan/Puan,

BENGKEL LELAKI & HIV/AIDS  : MASALAH, ISU & TINDAKAN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, ingin dimaklumkan bahawa Kumpulan Bertindak & Penyelidikan AIDS (AARG), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan bengkel tersebut pada 20 – 21 Februari 2012 (Isnin & Selasa) di Bilik Persidangan (C06), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

2.  Sehubungan itu, kami ingin menjemput ahli-ahli dari organisasi tuan/puan untuk menyertai bengkel tersebut. Bersama-sama surat ini disertakan borang permohonan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai dan kembalikan secepat mungkin kepada pihak penganjur.

Tarikh tutup dan bayaran penyertaan sebanyak RM350.00 (bayaran dengan LO – RM370) bagi setiap peserta mestilah di buat atas nama AIDS ACTION AND RESEARCH GROUP (AARG) selewat-lewatnya 14hb Februari 2012 (Selasa).

3. Sokongan tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Memastikan Kelestarian Hari Esok’


[Dr Azlinda Azman]
Konvenor
AIDS ACTION AND RESEARCH GROUP (AARG)

Click on the picture for larger view.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...