23.2.12

Cucunda Raja Thailand : Khun Ploypailin Jensen dan Khun Sirikitiya Jensen

From left  :  Khun Sirikitiya Jensen (adik) dan Khun Ploypailin Jensen (kakak)
Cantek tak dua pompuan cantek di atas?  Cantek kan?  Jangan duk kata...alaa...sebab make up!  No  Noo No...kalau depa buang make up pun depa tetap cantek macam ini.

U olls nak tau mereka siapa?

Mereka ialah cucunda kepada Raja Siam iaitu Raja Bhumibol Adulyadej.  Raja Bhumibol mempunyai seorang puteri perempuan iaitu merupakan anak pertama beliau iaitu,  Princess Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi. 

Princess Ubolratana menyambung pengajian dia dalam bidang Amerika Syarikat sekitar tahun 70 an dan bertemu dan bercinta dengan seorang lelaki Amerika yang bernama Peter Ladd Jensen.  Depa pun bercinta dan berkahwin.  Demi cinta,  Princess Ubolratana telah melepaskan gelaran bangsawan beliau untuk mengahwini lelaki Amerika ini.  Bukan sebab dihalang oleh keluarga ke apa ke,  tapi memang ikut cara Kerabat Diraja Siam,  kalau depa kahwin 'orang luar' anak raja itu sendiri akan hilang gelaran bangsawan malah suami dia pun tak dapat apa-apa title u olls.

Depa pun duduk di Amerika dan melahirkan 3 orang anak di sana.  Dua daripada anak-anak mereka adalah Khun Ploypailin Jensen dan Khun Sirikitiya Jensen seperti dalam gambar-gambar yang akak letak ni.  Masa depa duduk kat Amerika,  keluarga Diraja Thailand sering terbang ke Amerika untuk melawat cucunda mereka.

Jodoh mereka tidak berpanjangan,  Princess Ubolratana dan suami telahpun bercerai pada tahun 1998 after almost 26 years together.  Pada tahun 2001,  beliau kembali ke Tanah Siam dengan anak-anaknya.

So here are the pictures of puteri-puteri Thailand.  Memang cantek u olls.


5 comments:

  1. soalan:
    adakah setelah bercerai, anak raja siam itu mendapat gelaran bangsawan beliau kembali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. According to Wiki, lepas bercerai anak sulong Raja Siam itu mendapat semula gelaran bangsawan beliau. :)

      Delete
  2. kelas sekarang, dah post raja-raja gituw..Sembah Ratu!!

    ReplyDelete
  3. kakak yg kiri. adik kanan. masa mula2 balik thai kakak ada berlakon drama. Cantik kan dia

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...