17.2.12

Dear Jumie : Berapa Kadar Duit Kenduri yang Perlu Bagi kepada Tuan Rumah?

Dear Jumie,
~ Jika anda pergi kenduri kawen kawan/sedara/kenalan/ipar/dll, berapa RM yang sepatutnya anda berikan kepada tuan rumah/tuan kenduri tersebut?. (ada customer tanya, apa kami nak jawab..) Jumie Samsudin kalo boleh tolong ulas topik ini.tq dear!

Yang benar,

Mrs Anne

Hello kakak,

Terima kasih bagi soalan yang sangat meletops ini.  Dengan niat untuk berkongsi pendapat dan tidak cuba untuk membuat pandai,  kalau sapa-sapa nak bagi pendapat amatlah dipersilakan.  U olls boleh komen lepas membaca artikel ini hari ini.

Adakah memberi angpow ini suatu kewajipan? 

Kalau tengok budaya orang Cina,  depa memang wajib bagi angpow okay!  Selalunya jumlah angpow akan ditetapkan oleh tuan rumah,  mengikut lokasi kenduri makan besar depa dibuat di mana.  Kalau hotel ka apa ka,  depa maybe akan letak RM50 ke atas untuk satu kepala.  So kalau u olls mai couple,  u olls kena bayar RM100 la.  Kalau bawak anak-anak haruslah lebih banyak lagi.


Dalam tradisi orang Melayu yang beragama Islam kat Melesia ini,  duit kenduri adalah tidak ditentukan.  So u olls ikhlas nak bagi berapa pun.  Seringgit ataupun seratuih ringgit.  Ikut berapa yang u olls mampu,  janji ikhlas.

Dalam tradisi orang India akak tak tau macammana.

So berapa akak bagi untuk satu -satu kenduri?
Untuk kenduri biasa orang Melayu yang selalunya di buat di rumah ataupun di dewan,  charge caterer selalunya RM10 ke bawah untuk satu kepala.  So u olls boleh agakla,  kalau mai dengan suami tu,  bagi pi lah RM20 kat tuan rumah masa nak salam balik sebagai tanda penghargaan di samping bersedekah dengan niat membantu pengantin. 

Tapi kalau satu hari,  contohnya di hari cuti sekolah,  satu hari Sabtu kadang-kadang akak terima sampai 5  jemputan.  Deshummmmmmmmmm!!! Banyak gila babi kot.  Kalau satu kenduri akak bagi RM20,  kali 5 dah seratuih u oillls.  Telan air liur sebentar.  Memang akak tak mampu lah u olls.  So akak akan kurang kepada RM10 satu kenduri.   



Untuk family terdekat atau sahabat baik?
Untuk family terdekat atau sahabat baik akak selalunya bagi lebih sikit.  RM30 ke atas.  Kadang-kadang RM50.  Ataupun kalau akak bagi hadiah kat pengantin,  kat mak bapak akak bagi dalam RM10 sahaja. 

Perlukah kita merancang duit kenduri tiap-tiap bulan?
Yes,  macam akak dan En.  Khafi.  Kami rancang semua kenduri kenduri dan jemputan dalam diari kami.  Selalunya orang akan jemput kita sebulan atau dua bulan awal.  So kita tulis dalam diari siap siap.  Mana yang kita boleh pi,  mana yang kita tak boleh pi.  Mana yang tak boleh pi selalunya kami just bagi ucapan thanks dan tahniah sahaja.  Kalau betui betui close friend,  kami akan pass duit kenduri kat kawan-kawan yang pi.  So,  setiap awal bulan,  kami akan rancang berapa kenduri nak pi dan kami bajet siap siap,  duit kenduri nak bagi berapa banyak and bubuh duit tu asing siap siap.  Meletops tak?  Selepas berkahwin,  akak dan En.  Khafi takes wedding intivations siriesly,  sebab kami dah lalui betapa susahnya nak kawen.  So kami nak hargai orang orang yang kawen lepas kami dan bersama raikan hari bahagia depa.
 

Macam mana pulak kalau kenduri tu kat hotel?  Dibuat oleh keluarga orang kaya?  Patut bagi banyak ka?

Yes!  Persoalan yang sangat meletops.  Orang kaya depa kaya dan murah rezeki.  Depa buat kenduri kat hotel sebab depa mampu.  So kalau kita mampu nak bayar balik sorang RM50 macam charge hotel bagi kat depa,  bagilah.  Contohnya,  kita ni pun status Dato'Dato'  haruslah bila kita pi kenduri kita pun bagi banyak duit kat tuan rumah,  paling kurang RM100.  Kalau macam akak,  aiiyooo...haruslah tak mampu.  Akak bagi apa yang akak mampu sahaja.  Between RM20 ke RM40.  Orang kaya takkan nak bagi depa kaya lagi.  Macam tak fair la kan?  Patutnya kat orang miskin kita patut bagi lagi banyak sebab depa la yang memerlukan bantuan.  Betui tak? (point meletops daripada sepupu akak Syazwani Subhan)

Orang Cina,  depa register dan tulis ya berapa duit ang pow hang bagi.  Orang Jawa pun sama jugak.  Mak mentua akak salin ya berapa orang bagi kat dia....dia kata nanti kalau dia nak pi kenduri anak orang tu..dia tau la nak balas berapa. 

Saya ni muda lagi!  Tak kahwin pun  lagi.  Selalunya mak bapak saya yang bagi.
HOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!  Jangan duk buat perangai kotok macam ni.  Hang kawen ka tak,  kalau hang dah kerja memang hang dah cukup layak untuk bagi duit kenduri kat tuan rumah.  Inilah masalah anak-anak muda zaman sekarang ni.  Mak bapak pulak tak pernah mengajar anak-anak depa untuk bagi duit kenduri.  Akak start kerja umur 20 tahun,  masa itu kawan-kawan akak duk sibuk study lagi.  Tapi bila akak pi kenduri rumah orang masa tu,  akak dah feeling bagi duit kenduri dalam sampul ya!!  Kawan akak semua masa tu duk perli perli akak. Depa kata "Hang lani dah macam mak-mak,"  MAK ANG!!  Aku bukan nak pi makan buta okay.

Ikhlasnya,  saya bagi RM2 atau RM3 saja kat tuan rumah?
Its okay,  kalau itu sahaja yang akak mampu berilah walaupun RM2 seikhlasnya.  Memang ada insan-insan tertentu memang tidak mampu u olls.  Anak ramai,  gaji kecik,  bila pergi kenduri nila dapat bawak anak-anak berjalan sambil makan nasik sedap.  Berkat tuan rumah.

Tapi kalau akak kerja Engineer meletops meletops.  Gaji belas-belas ribu,  pi kenduri orang belasah nasik,  laksa,  bubur kacang kuih mueh siap bungkus untuk 6 orang anak-anak di rumah,  tapi bagi duit kenduri RM2 sahaja...........itu buta perot namanya.

Tuan rumah dapat sampul kosong?
Sebagai tuan rumah,  SEPATUTNYA buat kenduri ala kadar dan ikut kemampuan sahaja.  Tengok bajet macam mana,  and then buatlah anggaran jemputan yang termampu nak dijemput dan caterer yang berpatutan.  Kalau dah dah tak mampu, nak buat jugak kenduri jemputan 2000 orang dan mengharapkan duit kenduri yang orang bagi...ITU SALAH U OLLS SENDIRI!!  Sebagai tuan rumah,  kena buat kenduri seikhlasnya,  order nasik apa yang mampu,  jemput orang mana yang terdekat dan perlu sahaja.  Lainlah kalau u olls dapat sponsorship daripada Rafflesia u olls.

Fuuuuiiiiyyyooo!!! Sapa punya kenduri kawen ni. Alhamdulillah!!! Meletopss munyiaaaaaa!!! :) area Kepala Batas

Inilah kesalahan tuan rumah masa kini,  depa buat kenduri dan harap duit orang sedekah.  Sah-sah lah tak berkat kenduri u olls itu.  Bila bersalam dengan orang pergi kenduri,  mata tengok kat tangan,  ada isi ke tak...bukan tengok kat mata dan ucap terima kasih syukur.


Tuan rumah macam nilah yang maki meratus-ratus apabila bukak sampul takdak isi apa langsung.  Tak baik sebenarnya,  mana nak pi tau orang itu memang tidak mampu,  dan rasa segan silu gila apabila bersalam tak bagi apa apa langsung.  Bagi pi la sampul kosong tipu-tipu u olls.

Tapi akak ada sepupu u olls,  dia buat kenduri jemput dalam 1000 orang sebab ini anak pertama dia.  Dia buat makan semua meletops,  adik beradik ramai mai happy dan suka sebab nak balas budi sepupu i olls ni yang tak pernah 'tak pergi' kenduri orang selepas dijemput.  So masa kenduri kawen anak dia...semua jemputan dia mai,  nasik semua habis elok-elok...dan duit kenduri yang dia dapat adalah lebih kurang 11k.  Tak tipu u olls!!  Lepas kenduri dia jemput kami pulak sepupu sepapat yang penat buat kerja for kenduri anak dia pi makan ikan bakar.  Alhamdulillah,  inilah kenduri berkat.

Kenduri kawen akak haritu?  Ermmm nak bagitau ka?  Alhamdulillah,  mak bapak akak dapat dalam RM6k.  Pastu yang akak dan En.  Khafi dapat dalam tangan RM2k. Rumah parents mentua akak pulak dalam RM5k.  BERKATTTT!! ALHAMDULILLAH.

Kesimpulannya
Tuan rumah,  buatlah kenduri apa yang mampu.  Mengharap duit kenduri adalah BERDONSA okay!!  Tak berkat kenduri u olls itu.

Kepada para tetamu,  bagilah apa yang mampu.  Untuk orang biasa,  rakyat marhaen seperti akak ini,  bagilah RM10 atau RM20 kalau pergi berdua.

Kepada u olls budak-budak muda yang tak pernah bagi duit kenduri kat tuan rumah,  hang duk sibuk takmau makan kat Subway sebab tak halal,  tapi hareeee!! Ang makan free kat kenduri tu kira cukup halal lah???  Nihh...pi la belajar bagi duit kenduri.  RM5 pun bagi jugak sikit. 

Untuk u olls yang bagi sampul kosong atau memang suka suki bagi RM2 atau RM3 itu......takpala....Allah nampak.  Tunggula ampa buat kenduri anak ampa pulak nanti.  Yebbbaaaa!!!!

5 comments:

  1. Replies
    1. đồng tâm
      game mu
      cho thuê nhà trọ
      cho thuê phòng trọ
      nhac san cuc manh
      số điện thoại tư vấn pháp luật miễn phí
      văn phòng luật
      tổng đài tư vấn pháp luật
      dịch vụ thành lập công ty trọn gói
      http://we-cooking.com/
      chém gió

      Quái vật ma thú kia bị Thiên Lang cắn ra tạo thành một lỗ máu, bị Thanh Bối Ma Ngưu hung hăng đặt chân lên, cả thân thể khổng lồ cũng trở nên run rẩy.

      - Chết đi.

      Thanh Bối Ma Ngưu hét lớn một tiếng, thân thể khổng lồ một lần nữa đặt chân lên trên người quái vật, hung hăng đạp xuống, nội tạng bắn ra đầy đết.

      - Gào, hú.

      - Chết đi.

      Tứ Sí Ma Ưng cùng với Huyền Lang gào thét, thân hình của Tứ Sí Ma Ưng vọt lên trên đầu của quái vật đầu hổ, đột nhiên một huyết dịch bắn ra, hai cái răng nanh của Huyền Lang cắn vào cổ của đối thủ.

      - Thịch.

      Quái vật ma thú cũng bị Tứ Sí Ma Ưng và huyền lang giết chết.

      - Hoàng lang, ta tới giúp ngươi.

      - Địa Lang ta tới giúp ngươi.

      Tứ Sí Ma Ưng, Thanh Bối Ma Ngưu, Thiên Lang Huyền Lang sau khi giết xong đối thủ

      Delete
  2. terbaek...!!! ada hat bagi duit siling 5 kupang pun tau.dah macam duit raya bg kat budak2 ja..kadang2 nak bagi kat tuan rumah tu guna la akai skit.kalo betoi2 x mampu,bagi la seikhlas yg kita mampu.ni dok buat ngok mai bagi 2 hengget tp melantak macam makan kat kassim mustafa set 10 hengget punyiaaa...

    p/s:kenduri pala bataih tu kami rasa yg baru2 ni.yg kami tweet ampa masa ampa p mekap kt area2 bertam tu.meletopsss oiii..khemah lepa,pelamin lepa smua lawa.. :)

    ReplyDelete
  3. shida suka article ni. sbb ada cerita menarik

    bagi shida makan kat kenduri, sama je makan kat kedai. kalau rasa hidangan yang kita makan tu RM10, bgla kat tuan rumah RM10 (ni bagi yang x mampula).

    ni kadang2 makan nasi bertambah, lauk kemain banyak. tapi bagi sikit. kak jumie nak tau x my fiance cakap, kawan dia (kawan baik dia jugaklah) 2,3 tahun lepas buat majlis (kakak dia kahwin).kg kat perak.

    lepas majlis, mak dia bukalah sampul. nak tau berapa majoriti duit yang dapat RM1. yes, RM1. saya x taula kampung celah mana, lupa nak tanya. ada jugak yang bagi 20sen dan ada jugak sampul kosong ye.

    saya dengar macam terkejut gilelah. yelah kmpung apa, sbb sekarang kalau RM5 pun considered dah jarang2 orang bagi. selalnya RM10. ni RM1. heran saya heran

    ReplyDelete
  4. akum

    di kampung nenek saya di sebuah daerah di selangor,pernah 2 kali nenek saya buat kenduri kawin dan saya tolong sekali kira duit.banyaknya duit seringgit,mostly orang bagi rm2-rm5.dua kali nenek saya kenduri dapatlah 3 ribu lebih dan 4 ribu lebih

    then baru2 ni rumah saya kenduri kahwin.dapatlah 16 ribu setengah.....memtapi tu tetapz tak boleh lawan artis zahnita yang katenye duit kawinnye boleh beli sebuah kereta

    saya setuju dengan pendapat ahkak,pemberian tu biarlah ikhlas,ikut bajet kita time tu caner.saya rasa kalau tuan rumah tu ikhlas nak menjamu it will not matter how much u kasi.....oh yess yang pasal orang jawa mencatit tu mmg betul(but im not javanese)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...