16.2.12

Dear Jumie : Dealing with Fashion Designer


Salam,

Saya ada menempah baju untuk kahwin, bridal tu buat baju baru.  Beliau yang carikan kain semua. Saya ada message nak mintak tengok kain yang dia beli.  Tapi tak reply. Saya message panjang lebar, dia cakap sepatah dua kata yang tidak menjawab soalan, pastu diam..

Soalan pertama : patutkah saya risau? *memang risau tahap gaban*.

Soalan kedua : macam mana nak handle designer ni?

Soalan ketiga : Apakah tips2 yang boleh diikut untuk menjadi tegas, tapi masa yang sama tidak menyinggung bridal tu agar beliau tidak mensabotaj baju saya.

Masalah saya,  saya tak sampai hati untuk bersikap tegas,  dan takut perangai saya ni menyerabutkan beliau, tapi pada masa yang sama, saya sangatlah serabut teruk! :'(

Terima kasih puan jumie samsudin isteri kepada encik khafi.

Yang benar,
Suria Perkasa Hitam

Hello u olls, 

Sebenarnya,  its all about chemistry.  Kenapa u olls amik dia in the first place?  Murah?  Kawan baik / sepupu rekemen?  Ataupun sebab itu sahaja yang ada?

Pada pendapat akak,  mencari designer baju kawen u olls adalah seperti mencarik seorang kawan baru dalam hidup u olls.  Dia bukan semata-mata nak buat baju kawen u olls,  dia adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuatkan u olls very the princess pada hari yang bermakna ini.  So,  kalau pertemuan pertama u olls dah boleh rasa macam orang itu tidak dapat memberikan apa yang u olls nak dan tidak begitu meyakinkan,  better pergi carik orang lain.

Eli Saab dan gown gown pengantin rekaannya. 

Patutkah awak risau?
Dalam kes ini,  akak tak paham kenapa awak pilih dia in the first place and tiba tiba bila dia tak balas SMS u olls jadi cuak?  Ini dah sah sah communication break down u olls.  Kalau bukan sebab dia sakit atau apa apa urgency,  u olls better tanya dia kenapa dia balas lambat dan pendek pendek atau tidak jawab SMS u olls langsung.  Or better u olls calls dia sahaja,  kerana sesetengah orang memang tidak suka bermesej ya.  Akak tak boleh jawab soalan ini,  sapa suruh hang pilih dia in the first place?  Better pi jumpa dia terus and tanya kenapa dia tak jawab SMS semua.  U olls ada hak untuk tanya kenapa dia tak balas SMS dan dia pun tak boleh buat u olls risau sebegitu.

Tapi janganlah satu hari SMS dia 10 kali.  Dan sms dia malam-malam buta dan ekspek dia balas there and then.  Aiyoooo!!!  Pengantin tend to be a bit berangan dan diva sometimes tapi sebenarnya dia tak sedar.

Macam mana nak handle fashion designer?
Kena handle dia professionally.  Kalau dia layan awak profesionally,  u olls kenalah layan dia professionally balik.  Setiap calls,  email dan SMS u olls kena simpan dan catit.  Setiap pembayaran dan sketching kena ada rekod dan u olls berhak untuk pergi buat salinan fotostat kepada sketching dan apa ada catitan bertulis yang telah dipersetujui dengan syarat u olls dah bayar deposit. 

Jangan bayar 100% duit upah jahit kepada designer sebelum baju siap.  Itulah yang berlaku kepada mangsa-mangsa Nik Erwan Roseli yang telah merusakkan banu-baju customernya. 

Jangan terlalu friendly dan jangan terlalu kekwat,  just professionally okay.  Kalau u olls buat secara profesionally,  maka u olls tak perlu takut kalau u olls ter-serabutkan hidup beliau.  Selagi tak paham u olls tanya.  Jangan buat buat pandai,  pastu in the end,  u olls paham lain,  dia paham lain...baju jadi kot lain.

Beberapa tips ringkas dari akak :
Lani NERD ada fan page tersendiri bertajuk  :  Nik Erwan Roseli Suka Tipu Customer.  Ampa pi la bukak. 
  1. Tak semestinya u olls kena pi kat fashion designer tip top ya,  pi kat tailor biasa pun depa buleh buat yang meletops punya.
  2. Minta reccomendation kawan kawan atau sepupu yang pernah kawen,  especially depa depa yang rajin duk pi carik designer sana sini.  Depa boleh cerita semua satu persatu yang baguih.  Tapi tak semestinya yang baguih untuk depa is baguih untuk u.  Begitu jugak sebaliknya.
  3. Try google nama designer itu diikuti dengan bad review.  Contohnya "Hatta Dolmat Bad Reviews
     mesti nanti jumpa apa apa benda.  Kalu takdak apa tu maknanya memang takdak bad reviews la. 
  4. Kalau u olls buat baju dengan kedai pengantin,  dan u olls tau designer sekian-sekian yang buat baju u olls untuk kedai pengantin itu..........JANGAN SEKALI KALI DUK BY PASS dan terus duk pi tanya kat designer itu.  Contohnya,  Surianie Kedai Red Gincu,  dia buat baju untuk u kat Channel the Designer....so kalau apa apa pi tanya kat Surianie!!  Bukan pi tanya kat Channel...sebab u bukan bayak Channel.  U bayak kat Surianie.  Channel bukan buat kerja untuk u.  Channel kerja untuk Surianie.  Its a work ethic u olls.  Jangan duk pi by pass kerja ni semua.  Memeningkan kepala.
  5. Sentiasa catit dan simpan semua dokumen penting yang berkaitan dengan urusan kerja u olls berdua.  Fotostet dan always ada planning ahead tentang tarikh tarikh perjanjian seterusnya. 
Itulah sahaja yang akak boleh kongsi dengan u olls.  Sebab akak tak pernah deal dengan para designer.  Akak bagi adik adik dan kawan-kawan sahaja yang handle baju kawen akak.  So kalau ada sapa-sapa kat sini yang nak tokok tambah...dipersilakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...