Sumbangan untuk Anak Anak Rohingya






Assalamualaikum u olls semua,

Semuanya bermula apabila Prof Zam menjemput aku menjadi pengacara majlis merangkap penyanyi selingan untuk Konsert Perdamaian USM pada September 2013 yang lalu. Datuk Ramli Sarip, bapa ROCK MALAYSIA dijemput sebagai penyanyi utama. Konsert yang diadakan di Dewan Budaya USM ini terbuka kepada orang ramai dan tiket adalah percuma. Terdapat pelbagai pengisian sepanjang konsert itu yang merupakan sebahagian daripada Peace Week USM. Aku sangat bertuah kerana pada malam itu juga, aku berpeluang untuk berduet dengan Datuk Ramli Sarip secara akustik. YEHA! Read here : THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip

Okay, dah tersasar sikit daripada cerita utama. Pada malam konsert itu juga, pihak penganjur turut menjemput beberapa anak pelarian Rohingya untuk membuat persembahan nasyid. So, Kak Ina (pembantu Prof. Zam) menyerahkan budak-budak ni kat aku masa di back stage.

”Jumie, hang tolongla depa suruh prektis nyanyi dulu sebelum naik pentas. And bagitau and ajak depa satgi nak buat macam mana”

5 orang anak Rohingya join aku di bilik persalinan. Depa berpakaian biasa, sedikit lusuh. Yang lelaki pakai seluar dengan T shirt atau baju kemeja dan bersongkok, manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Kalau anak-anak kita, pakat nak naik pentas, mesti dah berbling-bling baju kan?

Depa mudah mesra dengan aku. Selepas depa dah faham apa nak kena buat bila aku jemput depa naik pentas nanti, aku pun melayan kerenah depa. Si Jamaluddin yang paling heboh sekali. Dia sibuk suruh aku amik gambar dia menggunakan camera telefon. Posing mengalahkan guru silat, silang panggung atas kerusi. Dia seronok tengok gambar dia sendiri dalam camera phone aku. Yang perempuan, bernama Sabikanur turut ambil kesempatan. Dia posing 1 Malaysia, sambil jari telunjuk di tuju ke atas. Aku duk terbayang kenangan dengan depa lagi.

Itu setahun yang lalu, tahun ini sekitar Julai 2014, Kak Ina jemput aku untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Damai. Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif kemanusiaan oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM a.k.a Peace Unit USM) dengan kerjasama dari Kelab Perdamaian Universiti Sains Malaysia (KeDAMAI-USM) dan Rohingya Society Malaysia (RSM) bagi membantu anak-anak pelarian terutamanya Rohingya bagi mendapatkan asas pendidikan.

“Kak Ina....sorry. I busy tak boleh nak singgah pi kat program U,” majlis perasmian diadakan pada waktu kerja. So I tak sempat la nak pi.

“Takpa Kak Ina, nanti Jumie cari masa, Jumie pi sendiri sekolah tu. Bawak makanan ka apa apa la. Nanti Jumie buat review bubuh dalam blog. Kita boleh warwarkan kepada orang awam,” kata aku lagi.

Ting tong tiang. Cepat masa berlalu, nenjia pada 10 Disember 2014 yang lalu barulah aku berkesempatan untuk melawat Sekolah Damai. Pada hari istimewa itu, aku bawak Kak Eder (my mother) untuk bersama melawat Sekolah Damai.

Sekolah ini telah didaftarkan dibawah UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugees), bahagian pendidikan. Pelajar-pelajar ini juga telah didaftarkan di bawah UNHCR di Kuala Lumpur. Bermula dengan sekolah hujung minggu dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kelab Perdamaian USM (KeDAMAI-USM), kini sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah harian dari Isnin hingga Jumaat dengan menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang guru sepenuh masa. Atas permintaan, jumlah pelajar akan ditambah sehingga 120 orang pada tahun hadapan. Buat masa ini, operasi sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan orang luar yang bermurah hati membantu dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Kami tiba lebih kurang 10 pagi, ditemani oleh Faiz and Naim, rakan pelajar USM yang rapat dengan aku. Depa yang tunjuk jalan. Setibanya kami di Sekolah Damai, kami disambut oleh beberapa pelajar dari KeDAMAI-USM.


Sibuk kami mengangkat makanan dan hadiah masuk ke dalam sekolah yang merupakan sebuah rumah 2 tingkat, si anak-anak pelajar yang tadi belajar tiba-tiba jadi eksaited. Mereka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat-lompat. Cikgu-cikgu terpaksa mengawal pergerakan anak-anak ini semua. Kak Ina pula dah macam cikgu besaq, dia yang paling garang sekali.


”Jumie...sorryla depa bising sikit. Selalu depa behave. Maybe hari ni sebab ampa mai kot. Depa eksaited lebih,”


Semua pelajar diminta berkumpul dan membuat bulatan, aku memang tak ada apa-apa perancangan pun. Ikut jer apa yang Kak Ina nak buat.


”Murid-murid, hari ini kita ada tetamu iaitu Aunty Jumie and Nenek Eder, depa bawak makanan untuk kita semua dan juga hadiah. Cikgu tengok cupcakes pun ada. Baiklah, sebelum kita semua makan, cikgu nak jemput Nenek Eder untuk bagi sepatah dua kata,” tiba-tiba Kak Ina suruh mak I bagi ucapan.


Cupcake yang sedap dari Rina's Bake With Love





Mak I terkedu, pastu dia kalih kat aku “Jumie....Mak tak boleh cakap...satgi mak nak nangeh,” bahagian atas mulut mak aku mula nak jadi panjang sebab tahan menangis. Apala punya turr. So I pun bercakaplah.


”Assalamualaikum murid-murid semua. Terima kasih semua kerana sudi menjemput kami ke sekolah kamu semua hari ini. Bersempena dengan itu, Aunty ada berita gembira untuk semua, Aunty bawak nasik dengan ayam masak kurma. Kawan Aunty masak...sedappp....” aku nampak muka budak budak tu duk eksaited. Ada yang duk goncang badan kawan depa kat sebelah sebab seronok.


”Aunty juga bawak hadiah untuk semua, ada alatulis, pencil box dan buku. Bila kamu semua dah dapat hadiah, Aunty nak kamu semua belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu. Tadi Aunty tengok semua orang tak tau duduk diam. Tak dengar cakap cikgu. Lepas ni, kalau kamu nakal, cikgu-cikgu kamu akan report kat Aunty...lepas ni Aunty tak mau datang sini dah,” gituuu akak membuat ucapan ala-ala Cikgu Sekolah Rendah di hadapan perhimpunan. Suasana riuh dalam kalangan pelajar-pelajar semua. Ada yang buat muka-muka macam takut reaksi kepada peringatan garang I. Comels sungguh depa ni.


Sesi memberi ucapan ala-ala cikgu sekolah.







Selepas beratur, kami pun mengagihkan hadiah-hadiah kepada para pelajar. Setiap pelajar yang nak ambil hadiah, aku tanya “Nak pencil box colour apa?” sajalah bagi depa seronok boleh pilih. Hati aku tersentuh bila seorang tu kata kat aku “Cikgu...cikgu...terima kasih!! Saya punya pensel memang sudah pendek,” dia tunjuk ukuran penselnya menggunakan jari. Aku macam nak menangis. Tapi aku sambung buat lawak kat dia “Haa...kamu dapat pensel baru jangan duk gerumit (sharpen) banyak-banyak. Nanti pendek lagi cikgu tak bagi dah,” budak itu tersengeh dan berlalu.

Berpeluh-peluh I olls dan Faiz duk membagi hadiah. Habis dah semua rambut blow kepok-kepok semua. LOL



Masa makan menjadi riuh. Depa seronok makan nasi putih, ayam masak kurma dan sayur ubi yang kawan I olls masak khas untuk depa. Depa duk pi kat mak I, “Nenek...nenek....sedap......” Mak aku duk mai nak sebak dah. Tapi syukur mak tak menangis. Ish tak maula nangis depan depa kan. Kita kena happy happy.


Thanks Nizal sebab sponsor kami makan meletops. U olls semua boleh tempah catering for mesyuarat, kenduri dan lain-lain dengan Nizal di Barak's Best. Specialty MURTABAK and NASIK TOMATO!! Sila layari : Barak's Best





Usai makan, tanpa kami suruh dan bagi arahan, semua pelajar cuci pinggan mereka sendiri dan pulangkan kepada meja kami. Masa rehat yang terluang ini, depa juga ambil kesempatan untuk bersembang dengan aku.

Jamaluddin, yang dulu menyanyi nasyid dengan aku adalah yang paling eksaited.

”Cikgu dulu menyanyi USM kan....haa...saya ingat,”

Aku gelak sambil menggosok-gosok kepala dia. Gigi arnab dia tersembul keluar sebab senyuman dia tak berenti.

”Cikgu...nanti saya mau pi US,”

”Hang nak pi US? US apa?” tanya I lagi.

”Saya sudah dapat card. Saya satu family semua dapat pi USA. Nanti saya duduk sana la cikgu...” WOHHHOO! USA bak hiang.

Untuk pengetahuan kalian, RePUSM bekerja rapat dengan United Nation dan mereka membantu untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk dihantar ke Amerika Syarikat sekaligus mendapat kerakyatan.

Satu usaha yang sangat bagus, sekurang-kurangnya kita tau masa depan depa ni terjamin. UN dah target ada 2-3 family untuk dihantar ke Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan. Malaysia tidak mempunyai kuata untuk menerima kerakyatan daripada pelarian perang. Tapi, negara kita melalui NGO dan juga badan kerajaan tertentu bekerja untuk memastikan kebajikan pelarian perang di Malaysia terjaga.

“Haa.......bestlah hang pi Amerika. Nanti mesti hang akan kawen Negro...HAHAHA,” usik aku pada Jamaluddin.

”Takdak la cikgu....hahahaha....” kami gelak seronok.

Sesi membeli hadiah dengan kawan-kawan. Suhaila, Yana, Kak Shuk and Faridza. Kami nak bawak Nurul tapi kereta I besak sangat so tak cukup untuk dia.





Lebih kurang 1130 pagi, sesi kelas bermula. Buat masa ini, mereka mempunyai dua kelas utama iaitu kelas asas yang mengajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, asas matematik seperti tambah dan tolak, kiraan masa dan wang dan pada setiap Jumaat, kumpulan pelajar PRO M USM datang ke Sekolah Damai untuk memberikan pelajaran agama Islam.

Sekolah mereka dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Mereka tidak ada sukatan pelajaran khas. Tapi pihak Sekolah Damai ingin wujudkan silibus pembelajaran oleh itu mereka mengalu-alukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas agar sistem pembelajaran yang anak-anak ini lebih teratur. Target jangka panjang, depa nak pastikan agar pelajar ini dapat menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai calon persendirian. Insya Allah.

Namun, buat masa ini tenaga pengajar tidak lupa untuk menfokuskan kepada pembelajaran agama dan akhlak selain pendidikan asas iaitu kebolehan tulis, baca, kira dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Pihak Sekolah Damai juga membuat lawatan ke rumah keluarga pelajar selain untuk mendapatkan maklumbalas depa juga nak tau kebajikan para pelajar. Yalah, takut satgi kat rumah ada masalah apa ka. Satu mesyuarat PIBG antara ibubapa dan pengurusan sekolah juga akan diadakan pada 28 Disember 2014 ini. Kak Ina kata, satu dia puji dengan sikap ibu bapa pelajar ini, depa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Depa tau, sekolah ini atas ehsan kemanusiaan. Depa ikut sahaja apa yang terbaik.

Sekolah tamat jam 1 tengahari. Sebelum semua balik, kami memberikan cupcakes seorang satu. Ya Allah bukan main eksaited depa semua dapat cupcakes yang comels berperisa cokelat. Masa tu, aku rasa sangat KECIK DI DUNIA YANG FANA INI. Hari hari kita komplen dengan kehidupan kita, tidak tahu bersyukur. Depa ni dapat cupcake sebijik pun rasa macam dapat jongkong emas.


Sopi yang tengah, Jamaluddin yang kanan sekali. Yang pak gemok comei ni tak ingat pulak nama dia.


Semua pun berjalan berpimpin tangan untuk menuju ke stesyen bas. Pelajar-pelajar ini semuanya datang dari rumah keluarga mereka yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Ada yang duduk di Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gedong dan Bayan Lepas. Depa naik Bus Rapid setiap hari untuk datang ke sekolah. Duit bas adalah atas belanja pelajar sendiri. Ada juga yang tinggal berdekatan Taman Tun Sardon. Depa ni mai la jalan kaki sahaja.

Sopi dan Jamaluddin tidak terus bergegas balik. Depa macam syiok melayan aku dan Nenek. Depa tolong kami kemas barang makanan.

”Nenek sorrylah sudah cuci tapi sabun takdak...takdak bersih,” jelas Sopi kepada mak aku. Kami tak suruh pun depa cuci. Tapi depa sendiri yang cuci. Depa pun tolong kami angkat pinggan and tray masuk dalam kereta. Depa tau, orang dah memberi, depa tau nak layan balik dengan elok. Tahniah pihak pengurusan Sekolah Damai, ampa didik depa jadi manusia.

Ish baguihlah depa ni. Aku macam nak hantar depa balik tapi masalahnya aku kan pakai POLO SPORT (EHKK HEMMMM....) soo seat belakang and bonet dah penuh barang. Depa takdak tempat nak duduk.

”Okay bye bye Jamaluddin, minggu depan-depan kita jumpa lagi. Cikgu bawak kawan Cikgu. Kita belajar tarian Hindustan,” Pada Januari 2015 nanti, Jamaluddin dan 5 orang rakan pelajar Sekolah Damai akan menyertai pertandingan tarian anjuran UNHCR untuk wakil sekolah-sekolah pelarian di Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 120 buah sekolah.


Kak Ina kata kat aku masa bincang tentang pertandingan tarian, “Kami bukan nak menang pun Jumie....tapi kami nak bagi exposure kepada pelajar ni and at least biar orang nampak, kami buat aktiviti macam-macam untuk pelajar,”

“Cikgu....tak mau la itu lagu Boley Chudiya....saya mau itu lagu Chamiya Chamiya....” celah Sopi. Dia pun duk menari step patah pinggang ala-ala Salman Khan depan aku. Memang dari tadi, dia tak puas hati bila aku kata aku cadang nak menari lagu Boley Chudiya.

“Hang nak pi KL dak? Kalau mau...kena ikut cakap cikgu,” hahah aku saja buat garang. Depa ni memang macam nakal sikit. Budak-budak biasalah.

Dari dalam kereta, aku nampak Sopi dan Jamaluddin berjalan bersaing. Depa galas beg sekolah dan beg plastik berisi makanan kami yang ada belen tadi. Balik rumah satgi, si Sopi akan tolong mengemas surau dirumahnya. Nanti ada la sikit upah dari kariah masjid. Duit upah tu untuk bantu keluarganya. Jamaluddin pulak, bila balik rumah nanti dia akan tolong bapak dia yang bekerja di kedai menjual nasi di Bukit Gedong.

Sama macam anak-anak Rohingya yang lain dalam Sekolah Damai. Ada juga yang bekerja menjual sirih.

Aku teringat kata-kata Kak Ina tadi, “Jumie...harap sangat lepas orang baca blog Jumie...orang ramai bagi derma kat kami. Sebab terus terang Kak Ina cakap. Lani duit dana belanja sekolah ni tinggal untuk cover sampai Februari 2015 sahaja. Kalau lepas ni kami takdak dana dah. Kami terpaksa katop sekolah ni Jumie. Dan budak-budak ni nanti takdakla aktiviti depa kat rumah kenalah tolong bapak depa bekerja. Jaga surau, kerja kedai, jual sirih....tapi Kak Ina paling tak mau....depa buat balik aktiviti lama depa sebelum mai sekolah dulu....MINTAK SEDEKAH,”

Aku tutup cerita aku hari ini. Dibawah, aku share beberapa maklumat lagi tentang Sekolah Damai. Aku menggesa orang ramai untuk membuat sumbangan kepada pihak Sekolah Damai. Kalau nak bagi sumbangan selain kewangan, ampa boleh contact pihak pengurusan sekolah. No problem. Depa ni kira macam kecik tapak tangan, talam masjid depa tadahkan.

Salam terima kasih buat keluarga dan sahabat handai ku yang bersama memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan juga masa untuk kita menjayakan lawatan mesra ini :

Encik Nizal Ashrif, Barak’ Best atas sumbangan jamuan tengahari
Puan Noreena Rosdi, sumbangan manisan
Kak Julie
Kak Ita
Abang Budie
Surianie
Mak Edeh and Pak Manap
Kak Ara a.k.a Kak Nab
Lenny Zaini
Ezal
Kak Shuk
Faridza
Suhaila and Yana
Faiz and Naim
Dewi Karina and friends

Trivia Sekolah Damai

  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.

  • Sekolah Damai dalam proses mendapatkan status sekolah NGO berdaftar. Masih dalam perbincangan dengan pihak peguam dan mungkin mengambil sedikit masa.

  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.

  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Sekolah Damai untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

  • Sekolah Damai telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.



Jumlah Murid dan Agihan Kelas

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang

Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun

Kelas Tahap Satu: 20 orang.

Kelas Tahap Dua : 25 orang.

Kelas Tahap Tiga : 15 orang


Perbelanjaan Bulanan

Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan

Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)

Bil air dan elektrik RM300.00

Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Sekolah Damai turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.


Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :

Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123

Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327

Cikgu Ratna : 017-827 3643

Alamat Sekolah

Sekolah Damai-School of Peace
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Google Maps : Sekolah Damai Minden

Gambar Sekolah Damai. Yang biru tu la POLO SPORT I. HAHA


Facebook Sekolah Damai
Sekolah Damai Minden

Maklumat Akaun

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Butterworth
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 07016020737991


Nama Bank : CIMB
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 7604388289

Catatan : Buat masa ini Sekolah Damai terpaksa menggunakan akaun peribadi untuk urusan pengumpulan dana. Akaun menggunakan daftar NGO masih dalam proses. Resit akan dikeluarkan kepada penderma.


Jom tengok gambar-gambar









Jamaluddin yang paling depan dalam gambar ni, memakai jersey QATAR.









Perhatian dan kerjasama kalian semua untuk share link ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

RM1 mungkin kecik di dunia, tapi besaq di akhirat.

Be kind to one another.

#SekolahDamai

10.2.12

Dear Kak Jumie " Tempat Best di Penang?"

Hi Kak Jumie. 

Saya nak tnya, kalau nak g holiday kat Penang, kat mana hotel best-best tapi murah. Homestay pun takpa. Pastu tempat menarik nak jalan-jalan kat Penang selain Bukit Bendera. Akak boleh bagi suggestion tak? Ingat nak p Penang bulan dua ni.
 
Btw, keep up your good work tau. Suka gila baca blog akak.
 

Hello u olls,

Thanks sebab tanya akak soalan ini.  Sebenarnya ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tempat best kat Penang.  Walaupun kami tidak sehebat bandaraya bersejarah Melaka yang sungguh pesat membangun siap ada boat keliling sungai bagai,  tapi kalau nak suruh promote benda benda best kat Penang ni,  ada banyak sangat to offer kat u olls semua.  Tak malu nak promote.  Mau tak tau,  memang hari cuti sekolah penuh sesaklah Penang ni dengan kereta keriti dari seluruh Melesia.  No plate W,  C,  A malah no plate Singgapore pun banyak. 

Untuk menempah hotel-hotel best dengan harga yang meletops di Penang,  silalah tempah di sini.  Hotel murah di Penang. 

Oleh itu u olls i olls semua,  inilah senarai tempat-tempat best di Penang yang highly recommended by me untuk u olls yang ingin melawat Pulau Pinang.



  1. Lorong Kulit atau "Rope Walk"
    Juga dipanggil 'Rope Walk' sebab asalnya pasar ini terletak di sepanjang Jalan Pintal Tali.  So,  bila dah sesak sangat,  depa pindah la di depan Stadium Bandaraya Pulau Pinang.  Terletak di pinggir bandar Georgetown.  Pasar pagi ni bukan macam pasar tani ya puan puan semua,  pasar ini dia jual macam-macam.  Daripada baju,  kaset,  buku-buku,  barang antik,  barang-barang terpakai,  dan macam-macam lagi.  Kalau sapa-sapa tengok drama bersiri kat Astro yang "Menantu Mamak" apakah benda tu,  Azad Jasmin kata "Kalau kasut hang hilang kat masjid,  Sabtu ni jom kita pi tengok kat Lorong Kulit.  Mesti ada orang juai kat sini," 

    Jualan barang barang random kat sini.  Macam macam boleh dapat. 

    Ini student akak from USM.  Depa semua eksaited beli tikuih kat sini.

    Tapi itu dulu u olls,  sekarang ni akak rasa takder dah orang juai barang barang curik ni.  But memang interesting untuk kita bawak family jalan-jalan and cuci mata tengok macam-macam orang Penang duk juai barang-barang antic dan terpakai ni. 

    What to do here  :  Beli buah buahan.  Epal,  orange...RM10 dapat 15 bijik.  Murahlazah u olls.

  2. Rumah P Ramlee
    Rumah P Ramlee terletak sebelah dengan Lorong Kulit ni.  Kalau dah sampai Lorong Kulit,  u olls tanyalah kat para peniaga kat sini.  Depa akan tunjuk jalan nak pi macam mana.  Jalan kaki saja u olls.  So bila ampa dah pi tengok Rumah P Ramlee tu,  ada galeri dan juga rumah P Ramlee yang telah dihias ikut betui betui macam Rumah P Ramlee dulu-dulu.  Pastu,  ampa tengok kat belakang rumah P Ramlee ada apa?  PANGSAIII!!!

    Rumah Kelahiran P Ramlee. 
    This picture was taken back in 2008.  Masa ni akak dan kawan kawan saja la mai sini jalan jalan. 

    Deni nama dia Monyet Kecik.

    What to do here  :  Amik gambar u olls :)

  3. Suffolk House 
    Mesti ramai tak tau apa itu Suffolk House.  Dia tidak sepopular Rumah P Ramlee apatah lagi Cheong Fat Tze Mansion.  Suffolk House ialah rumah rasmi Captain Francis Light!!  Telah dibaik semula,  so lani kalau nak pi masuk sahaja RM10.  Kalau nak buat photoshoot semua kena pi deal dengan pihak management.  Beberapa tahun dulu,  Kak Baby pernah treat akak dan Cakcing satu dinner session di sini.  Baca sini  :  Makan kat Suffolk House.  Memang meletops....feeling feeling British sekejap! 

    Masa ni tahun 2009.  Akak masa tengah tunggu nak makan kat sini.  Feeling British u olls.
    Suffolk House dari arah depan.  Sangat cantek.

    What to do here  :  For couple yang datang berhanimun di Penang,  marilah cuba candle light dinner ala-ala british kat sini :)  Sila buat booking di sini  :  Suffolk House Restaurant.

  4. Cheong Fatt Tze Mansion
    Cheong Fatt Tze adalah seorang businessman yang sangat berjaya daripada China pada era kurun ke 19.  Dia travel sana sini.  Tapi bila dia nak beli tiket first class kapal mat saleh,  British kong kiak tak mau jual tiket first class sebab dia tu Asian.  Memang keparat betui!  Itu salah satu cerita yang akak dengar masa tour guide Cheong Fatt Tze mansion yang berharga RM14 seorang.  Agak mahal tapi sangat worth it.  Especially untuk u olls yang sangat gilakan ARCHITECTURE!!

    Gambar Ehsan daripada AsiaExplorer.Com.  For more info baca sini  :  http://www.asiaexplorers.com/malaysia/cheong_fatt_tze_mansion.htm

    Cheong Fatt Tze Mansion yang sangat meletops sebab satu satunya bangunan biru seketoi kat tengah-tengah bandar Georgetown ini merupakan rumah agam tercantek sekali dalam semua rumah-rumah agam beliau yang bersepah di seluruh rantau Asia Tenggara ini.

    What to do here  : 
    Selain mai jalan-jalan amik tour guide kat sini.  U olls boleh stay kat sini,  ada butik hotel.  Tapi agak pricy la.  Tapi sapa-sapa nak try stay kat hotel dia yang very the meletops boleh la u olls.  Click kat sini untuk menempah  :  Room Booking for Cheong Fatt Tze Mansion

  5. Chow Rasta Market
    Tak lengkaplaa kalau mai Penang ampa tak mai sini!  Terletak di Penang Road yang sangat busy,  busy busy macam celaka sebab pemandu-pemandu kat Penang adalah sangat bodoh dan rakus mengalahkan pemandu teksi di New York  (kadang-kadang akak pun terpaksa jadi bodoh dan rakus di jalan raya Penang sebab kalau tak kita akan kena buli),  tapi ampa harus mai sini kerana di sinilah SYURGA JERUK!!!!!!!!!!!


    SYURGAAAA JERUK!!!!

    What to do here  :  Beli jeruk la kakak!  Kalau dah tamak sangat sampai tak tau nak beli mana satu,  suruh depa buat paket yang campur-campur.  Semua sekali ada dalam tu.  Dia boleh buat yang satu paket RM5 atau RM10.  Sesuailah kalau nak buat surviniyer kat kawan-kawna office.  And u can also beli minyak buah pala originally dari Penang.  Memang sangat sedap dan wangi. 


  6. Kek Lok Si Temple
    Akak sendiri dah lamaaaaaaa tak mai sini!!  Kek Lok Si Temple terletak di area area Bukit Bendera.  Kat puncak Kek Lok Si Temple ni ada patung Dewi Quan Yin yang sangat besar dan cantek.  Menjadi tourist attraction sebab boleh ambil gambar cantek-cantek,  especially masa Hari Wesak atau Chinese New Year,  depa akan bukak lampu malam-malam satu tokkong ni!  Dari jauh (from my house can see),  rasa macma duduk kat Beijing gitu!  Elakkan pergi masa hari keagamaan Buddha kerana ramai Cina akan pi semayang. 

    Ini bukan kat Hong Kong ka mana ka...ini Penang ya.

    What to do here  :  Boleh jalan naik tangga seribu ke Kek Lok Si Temple,  beli macam-macam surviniyer dan boleh tengok kolam 1001 kura-kura! 


  7. Night Market Batu Feringghi
    Sapa suka pasar malam?  Yesss!!  Night market Batu Feringghi adalah sangat meriah dan u olls haruslah melawatinya.  Dibuka setiap malam di sepanjang jalan-jalan depan Hotel-hotel Mewah di area Batu Feringghi.  (From Rasa Sayang...sampai Park Royal).  Depa jual hembeks,  jam tangan,  baju,  spek mata,  CD,  DVD dan macam-macam lagi.  Yesss!!  Semua yang ciplak punya u olls.  Kau nak apa?  LV,  Prada,  Channel,  semua ada u olls.  Guess pun ada.  Aiiyooo!  Memang rambang mata u olls.  And the peniaga pun tak kekwat dan rakus macam kat Petaling Street.  Semua baik-baik dan tak berapa kisah kalau u tak jadi amik.  Akak suka feeling-feeling tak jadi beli so nanti dia akan offer la meletops-meletops punya harga lagi rendah.  Tapi kalau tak mau beli pun takpa,  tak baik kan beli barang-barang ciplak ni.  GITU!!! 

    Membeli spek mata jenama ciplak kat sini memang murah.  Semurah RM10.


    Pernah akak bawak kawan-kawan akak dari KL macam mana ka,  depa punya la kekwat,  depa kata "Erm....tempat ni macam i pernah pi kat Bangkok je,"  Aiiiyooo!  Akak sentap.  Tapi nak buat macam mana.  U olls orang KL memang kelas-kelas....kami ni Penang ini saja la nak offer pun.

    What to do here  :  U should beli DVD haram RM4 sahaja!!  Paling murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh u olls. 

    *kalau kena tangkap masa beli benda benda ciplak ni ...akak mintak mahap je!

    Untuk menempah hotel-hotel best dengan harga yang meletops di area Batu Feringghi,  Penang dari yang paling murah ke paling mahal,  click sini  :  14 Hotels found in Batu Ferringhi

  8. War Museum
    Sapa suka edvencer???????  Haruslah mai sini.  War Museum adalah sebuah muzium private yang diselerengga oleh badan swasta.  Terletak di Batu Maung,  lokasi yang jauh daripada Georgetown,  dan merupakan lokasi asal yang digunakan pada zaman perang dahulu.  So nak naik tempat ini pun dah creepy u olls!  Naik bukittt nenjiaaa punya pusing-pusing...pastu nak masuk muzium ini dia buat check point ala ala kem askar.  Sapa rakyat Melesia kena tunjuk IC,  sapa warga luar kena bagi passport.  So sapa yang ada IC Melesia,  yuran nak masuk only RM17.  Kalau orang luar nak masuk depa charge mahai la u olls! 


    What to do here  :  Kalau mai ramai-ramai ampa boleh join dia punya tour trip dia masuk lorong-lorong apa semua!!  And kalau ampa berani gila babi,  amik night tour!!  Ampa masuk kem perang time malam-malam..............................................EN KHAFI DUK AJAK AKAK PI UNTUK TRIP MALAM NI DAH BANYAK KALI.  Akak kata "Pi beli rantai Habib lebih kurang harga RM15k baru aku pi," 

  9. Taman Rama-Rama
    Akak tak pernah masuk Taman Rama-Rama.  Tapi tempat ni cantek dan bestlah untuk tengok rama-rama dan macam-macam lagi jenis serangga. 

    Ambik gambar cam ni..wajib!!  Picture taken from blog  Syuness.blogspot.com

    What to do  :  Amik gambar dengan rama-rama ataih tangan.


  10. Taman Tropical Spice Garden
    Yang ini akak pernah buat review kat sini,  baca sendiri kat sini  :  Tropical Spice Garden Penang Yang Sangat Best


    What to do here  :  Candle light dinner di terrace restaurant depa :)

  11. Taman Rimba
    Para pencinta alam fauna yang cantek meletops dan feeling-feeling nak posing-posing di gigi air ala-ala artist majalah Mangga?  Haruslah u olls datang ke sini.  Taman Rimba yang terletak berdekatan dengan Taman Rama-Rama di Teluk Bahang telah dibaik pulih dan air terjun yang mengalir indah di tengah-tengah taman rimba ini sangat lah sejuk,  bersih dan warna hijau u olls!!  Haruslah datang awal awal pagi u olls untuk mendapatkan spot berkelah yang paling meletops kat sini!  Juga untuk adik-adik dan kakak-kakak yang ada niat seterusnya,  haruslah datang berbikini kecik u olls kerana ramai budak budak Teluk Bahang nanti mai berkelah mandi manda kat sini u olls!  Meriah okay sebab budak budak Teluk Bahang adalah elok-elok.  Tiada unsur unsur muka mamak keling yang banyak terdapat di area Tanjung dan Gelugor. 

    Selain bermandi mana dan berpiknik kat sini.  U olls yang suka berhiking,  bolehlah datang hiking kat sini.  U olls kena daftar dengan pejabat pengurusan dan boleh juga mintak bantuan renjer.  Tapi hiking sini takdak lah meletops tinggi-tinggi macam naik gunung.  Amatur macam akak pun boleh.  U olls boleh hiking terus tembus naik ke Bukit Bendera dan boleh keluar sampai ke Botanical Garden.  Kecik je Penang ni u olls!

    Sungguh hijau airnya kan?
    Okay! Tips mandi ayak terjun! Dont ever naik dan berenti mandi. Sebab bila nak masuk balik memang tak buleh! hahaha...sejuk terlampau.
    What to do here :  Picnic u olls :)

    Untuk menempah hotel-hotel best dengan harga yang meletops di Penang,  silalah tempah di sini.  Hotel murah di Penang. 

  12. Taman Negara Pulau Pinang
    Tempat ini dah lama.  Hutan belantara yang orang tak kacau.  Ada ayak terjun,  ada pantai bersih semua.  Pot orang pi memancing dan berkemping.  Tapi lani depa dah isytihar dari Taman Negara.  Baguihlah ada usaha macam tu.  Akak pernah cerita pasai Monkey Beach yang terletak dalam Taman Negara Pulau Pinang ni.  Baca kat sini  :  Monkey Beach bersama Para Monyet dan Bicess!!


    What to do here  :  Piknik,  kemping ataupun jungle tracking. 

    Untuk menempah hotel-hotel best dengan harga yang meletops di Penang,  silalah tempah di sini.  Hotel murah di Penang. 

  13. Botanical Garden
    Akak sangat suka mai Botanical Garden.  Juga dikenali dengan nama Waterfall.  Sebab dalam ni ada air terjun.  Dulu kecik kecik memang orang Penang suka pi sini la berkelah mandi ayak terjun.  Lani depa dah tutup.  So lani,  orang mai untuk berjogging atau mai jalan-jalan.  Kalu ampa nak tau,  Botanical Garden ini dibuka oleh pegawai British dulu kala.  Digunakan sebagai lokasi depa untuk try tanam pokok-pokok daripada seluruh dunia,  nak tengok sesuai ke tak.  Kalau sesuai dengan cuaca kita,  depa nak commercialkan lah.  So sebab itu dalam taman ni ada macam-macam pokok daripada satu dunia.  Antara pokok special kat sini ialah pokok buah meriam!  Ampa kena pi tengok sendiri. 

    Gambar-gambar ini bawah ialah ketika akak membawak kawan kawan student dari USM untuk jalan jalan kat sini.

    What to do here :  Setahun sekali akan ada pesta bunga antarabangsa kat sini,  tapi tak tau bulan apa.  Time ni memang best!!  Satu taman ni akan penuh denga bunga bunga daripada seluruh dunia.  Depa buat pertandingan.  Dan masa inilah depa akan bukak untuk para pelancong pi tengok Penang Waterfall yang selalunya ditutup untuk orang awam untuk faktor faktor keselamatan.  Hati hati dengan para monyet yang sangat ganas dan rakus kat sini.  Elakkan membawa makanan sambil berjalan di dalam taman ini!  Kerana monyet monyet ini akan mai terkam ampa sesuka hati untuk ambil makanan anda.

    Untuk menempah hotel-hotel best dengan harga yang meletops di Penang,  silalah tempah di sini.  Hotel murah di Penang. 

  14. Masjid Kapitan Keling
    Macam kat KL,  kami pun ada Masjid India.  Tapi kat Penang kami panggil Masjid Kapitan Keling.  Tapi masjid kami ni lagi sempoi daripada Masjid India kat KL sebab khutbah Jumaat dan apa-apa ceramah agama pun depa buat dalam bahasa Tamil!  Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...meletopsss u olls!  So petang-petang sambil berjalan kalau nak mai berenti singgah solat kat sini....u olls boleh lah tengok keindahan masjid Kapitan Keling ini.


    What to do here  :  Kalau malam mai sini...betui betui depan Masjid Kapitan Keling is the NASIK BERATOK u olls!

    Nak carik hotel-hotel dekat dengan Georgetown?  Click here to book  :  39 Hotels found in Georgetown


  15. Little India
    Yes!!  Little India adalah satu lokasi yang sangat unik di Penang ini.  Terletak di hujung-hujung Georgetown,  dekat dengan Terminal Jeti.  Little India menempatkan kedai-kedai runcit,  pedagang rempah,  kain,  peralatan sembahyang,  restaurant dan macam-macam lagi jenis perniagaan yang diusahakan oleh orang orang India yang dah lama bermastautin di Malaysia.  Tapi most of the pekerja adalah diimport khas daripada India.  So bila u olls pergi shopping kain saree,  cakaplah English ya.  Depa tak akan paham sangat kalau u cakap Melayu.  Akak suka mai sini setiap bulan bersama En.  Khafi untuk pergi barang dapur.  Kalau mai beli kat pemborong barangan runcit depa gila babi murah.  Bawang India warna merah besar tu,  satu guni baru RM4.50!!  Nenjiaaaaaaaaa pakailah sampai sebulan u olls.  Selain itu,  u olls boleh mai jalan-jalan and makan makanan orang India yang macam-macam.  Southern,  Northen,  vegetarian dan macam-macam lagi.  Masuk saja Little India otomatik u akan rasa macam ada kat India sebab bunyi bising dengan lagu-lagu depa,  pastu bau rempah + gaharu dan masakan India menusuk idung ampa semua.  BEST!!

    Gambar gambar berikut randomly akak amik daripada Google. 

    What to do here  :  Belilah kain saree buat surviniyer u olls :)

    Untuk menempah hotel-hotel best dengan harga yang meletops di Penang,  silalah tempah di sini.  Hotel murah di Penang. 

  16. Fort Corn Wallis
    Sapa tak tau Fort Corn Wallis mai sini akak nak penyepak muka ampa.  Fort Corn Wallis ini terletak kat area padang kota.  Nak masuk sini only RM2 macam tu.  Dalam kota ini,  u olls boleh explore dan tengok kota peninggalan yang masih elok di dalam kawasan ini.  Dulu kat sini la tempat askar-askar British stembai nak faik dengan Sultan Kedah,  dan di sini jugak depa duk bubuh penjahat dalam penjara depa semua. 

    Akak posing di depan patung Captain Francis Light yang kini dipindahkan kat dalam Fort Cornwallis ini.  Dulu depa letak dalam Muzium Penang. 

    Meletops tak anak anak ayam akak berposing...hahahahah....depa ni semua students Soc Sc kat office akak. 
    Akak sedang memposing depan chapel di dalam Kubu CornWallis ini.  Boleh masuk dalam,  ngeri u olls.

    What to do  :  U should go into a chappel yang terletak dalam kota ini.  Chappel ini dikatakan menjadi tempat perkahwinan askar-askar British.  Malah salah seorang anak Captain Francis Light kawen dalam ni.

  17. USM!!
    Aiiyooooooooooooooooooooooooooooooo!!  Meletopskan akak?  Promote tempat kerja sendiri.  So,  kepada u olls semua,  kalau jalan-jalan mai Penang.  Bawaklah anak-anak masuk pusing USM.  Mintak kebenaran Pak Guard.  Maybe u olls boleh singgah sembahyang kat Masjid kami.  And at the same time u olls boleh memberi inspirasi kepada anak-anak u olls "Nanti dah besar,   kena belajar sampai masuk universiti tau,"  Gituuu!  Feeling-feeling aunty tak akak?

    What to do here  :  Ambil gambar kat mana-mana lambang USM pastu tagged akak kat Facebook!

    Pintu masuk USM sebelah Masjid USM.  :)
Sekian,  Penang may not be as preety as Melaka or as havoc as Kuala Lumpur.  But,  im sure kalau u olls mai Penang mesti rasa seronok sangat :)

U olls jugak kena baca ni  :  Tempat Makan Best di Penang by Jumie Samsudin

Kalau teringin nak stay di Rumah Tetamu USM?  Click sini untuk menempah  :  USM Guest HouseUSM Guest House

I love u olls,

Jumie Samsudin

22 comments:

  1. seronok tgk review ni... dari mula2 kawen smp la ni dah setaun lebih kawen duk plan nk pi penang, tak pi pi lagi..mekaseh jumie utk review ni..sangat marbeles :D

    ReplyDelete
  2. waaa..wlpun saya blajaq kat USM dlu 3thn byk lg tmpat xpenah smpai rupanya..balik cuti nnt kena round Penang lg la..Thanks kak Jumie!!eh kak ka??hehehe..

    ReplyDelete
  3. Jumieeee! Kami hanya mampu berangan nak kahwin kat Suffolk House tuuuuuu! Nan hado mampuu. Huwaaa!

    ReplyDelete
  4. lamanya x p waterfall. dkt2 situ pun de satu kedai jus yg best. nak jus pa smua ada. dulu suka p jogging situ pastu p pekena jus. mmg kaw2 seketul buah dia boh.

    ReplyDelete
  5. tu dia, kami hat duk sekangkang kera dari penang pun tak penah explore penang. Rugi ngat aihh..
    tapi tu la, penang ni parking payah..public transport hampeh. Nak pi jalan sampai ke KOMTAR pun sesat merata.. T______T

    Tapi kami tetap suka penang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesssss...review yg terbaek jumie!!
      syabas!!
      kalo nak review pasai penang ni rasanya tak cukup 1 entry kan,..heheeheh

      Delete
  6. Cool review mak hayamz!
    nanti hg wat review shopping2 mall letop kat penang pulak

    ReplyDelete
  7. betul la kak... walaupun penang tak se-havoc kl, tak semeriah melaka, tapi penang punya segala2nya, tempat makn yg best, tempat jenjalan yg best, skang saya dah duduk kl sgt terasa kebestan penang, kalau dulu bosan2 pagi hujung minggu gi jenjalan kat ropewalk, singgah sarapan dulu kat taman tun saadon, makan serabai, petang gi mandi kat teluk bahang, perghh sgt byk tempat yg byk nilai2 escapism.... kl? semua nya sesak, nak jenjalan jauh2 cam tak best dgn tol dgn jem perghh... rindu nak makan nasi kandaq beratuq!

    ReplyDelete
  8. jums aku tak pernah komen hang punya blog, sebab aku tak tahu nak komen apa. by far this is the best post! :) jadi aku kena komen jugak sebab aku planning nak ke penang before aku pop. :) wee!

    ReplyDelete
  9. kak jumie jgn lupa dlm usm pun ada muzium tau...so mai la...best jugak muzium tu...heheheheh

    ReplyDelete
  10. Best,banyak info pasal sesuatu tempat..memang tengah dok mencari tempat2 menarik kat penang..nampak gaye jadilah saya pegi penang minggu nie hehehe

    ReplyDelete
  11. slm
    best la baca info penang dr blog awk ni...xsangka banyak info yg berguna dan menarik. cara persembahan yg bersahaja n sgt santai. tell u the truth, saya x pernaha sampai penang lagi. insyaallah klu sampai nk g la tempat2 yg awk cadangkn tu... n of course tempat mkn2 yg menarik yg awk dh cdgkan juga...tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Jemput datang pada hari hari biasa (bukan cuti sekolah). Sebab kalau cuti sekolahhhhhhhhhhh...jemmmmmmmmmmmmmm u ollls.

      Delete
  12. betul2 shopping,lepak2 di taman,mandi air terjun,lepak tepi pantai...best..tak perlu pergi jauh2 1 ngri je dh ble buat mcm2 heheh

    ReplyDelete
  13. widih... manteep.. a soon a possibble.. i will be there..

    ReplyDelete
  14. Ok.tau dah nk pi mane kalo mai penang...tq!!!!

    ReplyDelete
  15. seronok baca blog jumie nieee...best sangat!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com