16.2.12

Majlis Pernikahan dan Persandingan Ayuni dan Rahman | Disember 2011 | Pulau Pinang

Helllo u olls semua, hari tu akak akan share dengan u olls gambar-gambar dan cerita tentang majlis pernikahan dan majlis persandingan kawan akak iaitu Ayuni dan Rahman.  Ayuni ialah seorang budak Senjojes yang muda setahun dari akak. Ayuni dulu takut kat akak.  Bila dia masuk USM,  dia tengok akak jadi kerani yang akan jaga depa 3 tahun masa buat degree terus dia jadi skeptikel.  Dia kata "Hang style garang and gangster kat Senjojes,  sekali jadi sterno kat sini.  Mampuihlah aku takut,"  Kata Ayuni....AIIIYOOOO!! Manadaaaaaaaaaaaaaa...akak simple-simple jah.

Rahman pulak ialah photographer akak kawen aritu.  Depa dorang ialah student Soc Sc USM iaitu tempat akak bekerja.  Dia ni budak Kedah. 

Nak dijadikan cerita,  dulu masa awal-awal study kat USM,  Ayuni ada marka lain.  Rahman pun ada marka dia lain.  (Tak salah akak,  marka Rahman ialah Jin Fadhil.  HAHAHAHHA.  Depa agak-agak gay la masa tu)  Masa ujung-ujung sem,  depa dua dua putus cinta.  So dua dua pun single. 

Satu hari,  abang Rahman kahwin kat Pendang Kedah,  kampung Rahman la.  So dia jemput kami semua kawan-kawan pi makan kenduri abang dia.  Akak tak pi,  tapi akak tengok je la gambar-gambar depa download kat Facebook tu.  Pastu ada satu gambar ni,  Ayuni and Rahman pose dua orang atas pelamin (lebih kurang cam tu la).  Akak dengan spontannya berkata "Erm./...mau bagi kawen dua orang ni,"  dan sejak itu kami semua pun mulalah mengkenenkan depa berdua.

Masin sungguh mulut akak,  tau tau je daripada Farhaniza Azrin "Kak Jumie...Rahman dan Ayuni lani dah kapel," 

Alhamdulillah,  jodoh depa u olls.  Okay....jom kita tengok gambar sekitar majlis-majlis pernikahan dan persandingan mereka yang sangat simple tapi very nice and romantic.  Salam inspirasi semua :)



Nama bride  : Nur Ayuni

Nama groom  : Abd Rahman

Macam mana boleh bertemu jodoh  : Trip pegi kenduri member (HAAAAAAAAAAA............dan dan tulih pendek.  Cerita panjang tentang cinta depa...akak dah cerita kat atas)

How long  : Almost 2 tahun

Apa perasaan dah menikah sekarang  : Happier. Kalo ader prob pon tak takut sebab he’s there.  Tak kena face sorang-sorang =p

Pesanan untuk semua B2B di luar sana  : All the best, banyak berdoa and be nice to everyone yang involve for the wedding yer =)



Majlis pernikahan |  Masjid Maqbul Teluk Kumbar  |  10.12.2011

Both Baju nikah by HAB, Keronsang Couture n Bridal Gallery.  Exclude sampin n tudung. 

Makeup sendiri untuk event ini.  Because mudah untuk saya kekalkan wudu'.  Pilih putih sebab again untuk symbol kesucian =) 



Then kami batal air sembahyang di rumah.







Majlis Persandingan Perempuan |10.12.2011| Rumah Keluarga Ayuni di Teluk Kumbar

From left,  Farhaniza Azrin,  Kak Jumie Samsudin yang tercantek dan Syaaibah Selembut Tissue. 
Doa selamat dan marhabban untuk keberkatan memulakan majlis kami. Makeup by Kak Aida from Syarafina Collection.



 

Both baju by HAB, Keronsang Couture n Bridal Gallery .
 



Kek Kahwin dari Secret Recipe.  Very simple.


Official Photographer: Rezza Petra @ Rabax Pixel


Majlis resepsi kita keep it simple habis like no MC @ DJ just family & friends coming,  enjoy the food & ambik gambar dengan pengantin.




The hits were kurma kambing, booth ice cream & tapai.



Package wedding dengan HAB termasuk baju, pelamin, table deco dan arch.



Untuk cincin bought them from My Diamond @ The Curve.




Gubahan hantaran di gubah sendiri oleh my makcik and me.



Berminat untuk kongsi hari bahagia anda dengan kami semua,  U olls bacalah kat sini  :  Marilah Share Wedding U olls Di JumieSamsudin.Com

*** Rahman tidak pernah jadi gay.  Dia heteroseksual.  Akak main-main je kat atas tu. 

1 comment:

  1. Barakallahufikum my frens YUNMAN!!!!
    ang sgt cntik spt safi rania- GItuwwwww

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...