9.2.12

Majlis Persandingan Fara Nadya, Anak Taukeh Jalinan Kasih, Penang

Hello u olls semua, 

Sapa-sapa follow akak di Twitter,  tempoh hari mesti u olls duk bacia pasai akak pi kenduri kawen anak pompuan taukeh Jalinan Kasih iaitu Fara Nadya dan suaminya Syaifull Amri.  Majlis persandingan penuh gilang gemilang ini diadakan di Dewan Mutiara,  Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang.
Kalau ampa orang Penang,  ampa tanya la sapa tu Jalinan Kasih.  JK ialah one of the biggest Malay Bridal House chained di Penang.  Rasanya kat Penang ada 2 dan di Seberang Perai ada 3 lagi outlet / butik.
Akak memang family friend dengan Kak Bedah the tauke.  Masa mula-mula akak belajar make up pun,  memang Kak Bedah antara orang yang paling confident bagi akak make up job pi make up jauh-jauh sampai ke Bandar Baru,  Perak.  Thanks Kak Bedah.  :)
So,  akak telah dijemput untuk menghadiri majlis persandingan Fara Nadya dan Syaifull Amri dan dikesempatan ini akak nak share dengan u olls some of the pictures of decorations yang dibuat oleh Jalinan Kasih.  Memang untung besarlah mak dia tauke kedai pengantin.  Let's check it out.

Pintu gerbang


Pintu gerbang dibuat dengan bunga bunga polos warna cream and offwhite. 

Fathiah,  pasangan akak malam ini.  Suami akak kerja.  Kenot come.
Suka bunga bunga besak ni...very the gondu. 


Walkway

Walkway ini adalah yang diletakkan disepanjang jalan utama untuk masuk ke dewan.  Dihiasi dengan gambar-gambar pasangan pengantin ketika malam berinai.  Macam -macam baju ada depa posing...

Meja VIP
Meletops kan?  Penuh warna warni.  Inilah antara meja VIP u olls.  Haruslah akak duduk kat tempat VIP u olls.  Akak kan artist.  (MATILAH!)


Meja Pengantin



Kek Pengantin



Pelamin







Live Streaming
Live streaming untuk para tetamu semua.  Memang meletops.  Takpayahlah kita semua hegeh pusing pusing tengok pengantin nak masuk.


Baju Pengantin
Paling akak suka tentang wedding ini ialah baju yang Fara Nadya pakai.  Very the Hatta Dolmat sangat.  Tapi tak taula....maybe memang betui Hatta Dolmat yang buat?  Nanti akak check dengan Fara Nadya
okay.






Kami Kami Yang Mengepi Kenduri
From Left :  Jannah,  Nue,  Jumie Meletops and Arafat :)

And she?  She's Fathiah :)

Thanks Fathiah and Arafat for sharing these pictures with me.  Arafat kata "Jemputlah baca blog saya :  http://araput.blogspot.com/"


So,  akak tak perlu cerita apa-apa sangat dah pasai sapa buat segala butiran yang indah untuk wedding ini kerana semuanya dibuat dan disediakan oleh Jalinan Kasih. 

Untuk menempah hotel-hotel best dengan harga yang meletops di Penang,  silalah tempah di sini.  Hotel murah di Penang. 

About Jalinan Kasih:  Menyediakan perkhidmatan wedding planner untuk setiap bakal raja sehari yang inginkan perkahwinan yang meriah dan 'perfect'.  Kami menyediakan pakej andaman, photo studio, catering, decoration dan sebagainya.  Hubungi kami dengan segera,  Kami akan merealisasikan impian anda.

Lokasi : 
88H Jalan Tun Dr Awang,
11900 Relau, 
Penang.

Telefon  :
04-6443484  atau 016-4403484

Facebook :
Jalinan Kasih

Website  :
http://www.jalinankasih.galeri.my/

2 comments:

  1. mmg best kan klo de tali2 kuarga yg jlnkn bisenes bridal. jelos kejap.

    ReplyDelete
  2. omg kak... syaiful amri tue junior kami masa skolah munshi dulu.. baru ja jumpa kat wedding azad n eira kat marin hari tue...


    Congrate....:)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...