27.2.12

Makan Pagi Tengahari Ringan di Suffolk House Dengan Menu Masakan Anglo-India (Anglo Indian Brunch Tiffin)

Hello u olls semua, hari ini akak ingin menceritakan pengalaman terbaru dalam dunia blogging akak dimana baru-baru ini akak telah dijemput untuk menghadiri sidang media sempena memperkenalkan set menu sajian Anglo Indian Brunch Tiffin yang terbaharu di Suffolk House, Penang.

Sedikit pengenalan mengenai Suffolk House,  I olls pernah menceritakan sedikit mengenai Suffolk House dalam artikel Makan kat Suffolk House dan Dear Kak Jumie " Tempat Best di Penang?".  So u olls kalau nak tau lebih banyak tentang Suffolk House,  bolehlah baca di artikel-artikel di atas. 

Hari ini,  akak berbesar ati apabila Ms.  Syahirah Osman (one of the staff working in Suffolk House) mention my name and my blog to her boss,  Ms.  Melanie Antony.  And so akak pun dijemput untuk menghadiri sidang media ini.  Meletops u olls.  Inilah buat pertama kalinya akak sebagai blogger NON HADO ini boleh feeling-feeling populariti sebentar.  Walaupun hakikat akak tidak begitu pandai tentang makan and fine dining ni semua,  but why not u olls!!  Akak review sikit sikit and i hope u olls semua yang feeling-feeling nak fine dining ala-ala British bolehlah datang sini u olls. 


The Venue
Siriesly akak cakap,  kalau tanya orang Penang apa itu Suffolk House almost 90% orang taktau bahawa rumah agam ini merupakan rumah kediaman rasmi Kapten Francis Light.  To read more about it,  sila baca sini  : Suffolk House Wiki


Posing di muka pintu terrace yang menghadap ke laman di belakang Suffolk House. 


Ruang dalam kawasan teres yang sangat meletops.  Kalau petang-petang memang asyik kalau nak bersantai minum teh kat sini,  kalau during lunch time sangat panas u olls.


Suffolk House dari arah belakang. 


Pokok besar di belakang Suffolk House yang sangat angker.  Suffolk House ini merangkumi kawasan yang agak besar dan amat mendamaikan.  Untuk u olls yang feeling untuk membuat small wedding ataupun apa-apa small function yang lebih privacy, u olls boleh hubungi Ms.  Melani di talian 04-228 3930.  Seperti yang Ms.  Melanie share dengan akak "Kami ada ramai Chinese and Indians yang menyewa tempat kami untuk majlis perkahwinan,  tetapi not many Malays sebab kawasan kami terhad untuk 300 orang jemputan sahaja,"  So u olls yang feeling nak buat small wedding or engagement cepat-cepat lah berjumpa dengan Ms.  Melanie untuk buat peraturan yang lebih jelas. 


Bersama Eiyzall Eizhann Azami,  PA akak untuk hari ini.  Meletops.  Bagus jugak bawak anak ayam sorang ni,  sebagai seorang pemasak tegar beliau memberikan komen dan banyak input menarik tentang hidangan yang bakal kami jamu selera selepas ini.

27 hotel dijumpai berdekatan Suffolk House (dalam jarak 3km), 27 Tersedia. Untuk tempahan hotel berdekatan Suffolk House, click here. 



The Manager and The Chef
Marilah akak introduce pengurus dan juga executive chef untuk hari ini.

Inilah Ms.  Melanie Anthony yang meletops.  Beliau adalah Alumni USM dari PP Komunikasi.  Akak suka kasut beliau.



The Executive Chef,  Chef Wan Helmi Zazalee.  Beliau dan team beliau yang bertanggungjawab menyediakan sajian Anglo Indian Brunch Tiffin kepada we olls.  Untuk pengetahuan u olls,  sajian Anglo Indian Brunch Tiffin yang disediakan oleh mereka ini adalah hasil kajian bersama Badan Warisan Malaysia yang telah menyelidik tentang sajian-sajian yang menjadi kegemaran para bangsawan British dan para pekerja mereka masa zaman dahulu kala apabila depa makan bersama tetamu tetamu and buat parti-parti kat Suffolk House ni pada kurun ke 19 dahulu.  So apa yang kami bakal makan hari ini merupakan sesuatu pengalaman merentasi masa u olls!



The Food - Anglo Indian Brunch Tiffin

Apa itu Anglo Indian?  Anglo Indian ialah orang British + India.  So bila zaman penjajahan sejak dahulu kala,  orang British kawen orang India so jadilah orang Anglo Indian.  Ataupun sesetengah orang panggil Eurasian.  So dari segi percakapan,  Anglo Indian cakap English,  tapi pada masa yang sama ada beberapa cara hidup dan budaya masih mengekalkan cara orang India contohnya makanan.  So makanan Anglo Indian yang kami bakal makan ini ialah mix of cara masakan orang India yang diubahsuai dengan cara masakan orang Eropah.  Kalau orang Penang,  kami panggil depa ni orang SERANI.  :)

Tiffin bermaksud sajian makan ringan slightly lepas makan pagi ataupun lunch la u olls. 


Suffolk House Anglo Indian Brunch Tiffin Menu

Starters

Staters.  Dari kiri Egg Moilee (Telur rebus dan digoreng dan disajikan dengan kuah kari pekat),  Fish Cakes dan Sweet Cucumber in Cold Yoghurt.  Akak paling suka ialah Sweet Cucumber itu.  Memang pembuka selera sangat.


Soup

Seterusnya,  Mulligatawny Soup (SUSA BETUI NAK SEBUT NAMA SOUP NI...KENA BUAT SLENG SLENG ENGLISH BARU MENJADI) Mu-li-ge-to-ni.  Memang sedap sangat soup ni.  Soup ayam tapi dia masam-masam sikit. Ianya tak pekat tapi tetap dapat rasa all the spices dalam soup ini.  Bila sembang-sembang dengan Chef Helmi dia kata "Mulliatawny is actually an Anglo Indian version of Rasam"  GITUUUUUUU!!!  Yang hijau-hijau dalam soup ini adalah apple ijau u olls.  Very the British kan?


27 hotel dijumpai berdekatan Suffolk House (dalam jarak 3km), 27 Tersedia. Untuk tempahan hotel berdekatan Suffolk House, click here. 
Main Course U olls!

Ini ialah kurma sayur.  First time akak tengok kurma sayur.  Rasa dia not bad.  Manis.


Ini ialah Anglo Indian Chicken Curry.  Macam kari kita duk makan bersama roti sorai (roti jala) pekat dan ada kentang,  but this version adalah kurang pedas.  Maybe ikut cara mat salleh dulu dulu masa suka pedas u olls.

Ini yang paling akak suka sekali dalam sajian utama.  Shallow Fried Fish in Coriander and Tamarind Sauce.  Akak tak ingat apa nama ikan ni,  tapi its local fish.  Sebab Chef nak pastikan bahan-bahan yang digunakan very the fresh u lls.  Memang akak suka ikan ini.  Tapi,  diulangi....sangat tidak pedas.  Tapi wangi.
Ini adalah Stirfried Indian Courgette ataupun dalam bahasa Melayu,  courgette goreng ala-ala India.  Memang style goreng sayur ala-ala India,  halba campur mesti ada u olls.  Courgette tu sejenis sayur ala-ala terung + peria.  Ampa pi google sendiri. 



So inilah sajian Anglo Indian Brunch Tiffin yang disajikan kepada kami ari ini.  Oh yes,  u olls akan perasan ada nasik kat dalam gambar ini.  Nasik ini adala nasik Fragrant Lime Rice yang dimasak bersama minyak sapi u olls.  Memang very the nasik minyak la u olls.  Tak boleh makan banyak,  kenyang u olls.

Dan sebagai penutup,  kami disajikan Caramel Custard dan Almond Chocolate Fudge bersama ais krim vanila dan puri strawberry dan mangga.  Memang meletopsssssss sangat.  Eventough tidak begitu meng-Indiakan tentang dessert ini tetapi SIAPA YANG NAK COMPLAIN KALAU DAPAT CHOCOLATE FUDGE DAN CARAMEL CUSTARD u olls?

27 hotel dijumpai berdekatan Suffolk House (dalam jarak 3km), 27 Tersedia. Untuk tempahan hotel berdekatan Suffolk House, click here. 
The People

Nenjia.................Eizhall yang meletops sedang melihat makanan-makanan ini untuk dijamah.  Tanks Eizhall sebab bagi banyak input kepada akak.




I olls bersama Kak CK daripada What2SeeOnline.Com.  Beliau seorang food blogger.  Walaupun blog beliau sangatlah TIP TOP dan beliau dah berpeluang berjumpa dengan macam-macam orang besar dalam dunia makanan ni u olls,  tapi Kak CK sangatlah low profile u olls.  Untuk pengetahuan u olls,  Dia yang offer akak duduk sebelah dia.  Siriesly!  Nanti akak akan buat satu artikel promote blog dia untuk bacaan u olls semua.

Pose kekwat untuk u olls semua. 


Kalau u olls feeling nak rasa apa yang akak rasa hari ini di Suffolk House,  here are the information  :

Cadangan  : 
  • Kalau u olls nak entertain your client or bosses u olls yang dari Eropah,  haruslah u olls bawak they olls datang sini.  Terletak di pinggir bandar Georgetown,  so very the tak berapa busy u olls.  Di samping dapat membawak boss u olls itu jalan-jalan tengok galeri kat Suffolk House ini,  u olls juga boleh memperkenalkan kepada dia cara makan orang Anglo Indian.  Sesuai dengan taste buds they olls - kurang pedas!
  • Luncheon feeling-feeling bersama suami or rakan istimewa u olls yang datang ke Penang.  
Availability  :
Disajikan setiap Ahad pertama setiap bulan.  Sajian minimum untuk dua orang sahaja.

Harga  :
RM50nett *price subject to change


More informations about Suffolk House
Visit the historic Suffolk House,  Jewel in the Crown of Penang.  Discover a tale of love and loss,  of conspiracy and betrayal.  Explore our museum rooms and heritage garden.

Enjoy a meal in our stylish restaurant.  Suffolk House provides an elegant venue for wedding,  social and corporate functions. 

TOURS
10am - 6 pm
Self Guided  RM10
Guided RM15
*discounts apply for selected entries

VENUE HIRE AND SPECIAL FUNCTIONS
Enquiries  04-228 3930

RESTAURANT
12 pm - 11 pm
Reservations 04-228 3930

*Free parking
*12 minutes from city centre
ps/  Terima kasih sangat-sangat untuk Ms.  Melanie and her team Syahirah,  Punitha,  Chef Helmi and kitchen team,  Kak Maini and Abang Shahrir :)

5 comments:

  1. eh2..that's my boss la..ngahaha..

    dah tahu pasal tmpt mkn ni..ezal dah cite dah..tunggu update dari kak jumie je..;p

    ReplyDelete
  2. hiksss.kak jumie..nanti ada program2 cenggini..sila la menginvite saya lagi....

    ReplyDelete
  3. ada jugak visit blog tu what2seeonline tu..memang famous food blogger.

    and thanx jumie..for this entry..penuh informasi! :)

    ReplyDelete
  4. Untuk restoran yang menyajikan menu makanan cepat saji, sebaiknya Anda menggunakan Tray Makanan untuk mempraktisi penyajian menu makanan Anda.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...