28.2.12

Membeli Kereta Buat Kali Pertama

Hello u olls semua,

Kepada adik-adik yang baru grad dan baru sahaja mendapat pekerjaan,  akak ucapkan selamat datang ke alam pekerjaan.  Tahniah sebab u olls dah dapat kerja.  Bukan senang nak dapat kerja sekarang kan?  U olls betui betui kena 'juai diri' dan lakukan yang terbaik dalam apa tugas yang diamanahkan.  And betui tak akak cakap "Alam pekerjaan adalah langsung tidak sama dengan alam belajak?"  Kannnnnnnnnnnn!

Meletops tak akak?  Inilah akak berposing di tengah-tengah sawah padi di Sungai Burong,  Balik Pulau (SAPA KATA PENANG TAKDAK SAWAH PADI.  No plate motor akak PGL means PUTERI GUNUNG LEDANG.  Kau mampu?

So lepas dah kerja sekarang,  apa yang u olls nak kena buat dulu!  YESSSSS!  Beli kereta.  Lepas akak kerja dulu umur 20 tahun,  akak tak mampu beli kereta terus walaupun hakikat family akak sangat menyuruh akak beli kereta kerana lebih selamat.  Tapi sebab akak tau akak tak mampu dan akak suka menyimpan duit,  so akak beli scooter je dulu u olls.  After kerja 3 tahun barulah akak membeli kereta.

Hari ini akak menceritakan dahulu pengalaman akak membeli kereta pertama.  Semoga u olls bolehlah belajar satu dua tips berguna. 


Gambar ini diambil di tapak parking kereta di tepi Perangin Mall.  Tapak ini sekarang adalah First Avenue.  Nak dijadikan cerita,  inilah buat pertama kali akak BERANI MAMPUS bawak kereta manual tarik mengkarung ini verver ke Perangin Mall dengan si Cakcing.  Memang meletops perasaan ini.  Kepada u olls.  Jangan tiru aksi ini. 
  1. Nak beli kereta apa?
    Kalau ikut kemampuan haruslah kita nak beli kereta yang feeling-feeling meletops seperti Honda Jazz ataupun BMW Beetle.  Tapi maksalahnya akak tidak hidup cekcur disponsor mat salleh kaya raya ya.  Akak kerja kerani kerajaan.  Gaji RM1500.  So tolak pi tolak mai,  akak berani amik kereta yang hutangnya below RM500 ke bawah.  So paling sesuai dengan bajet akak ialah kereta tempatan sama ada Proton ataupun Perodua.
Add caption
Pose-post aunty dari akak bersama kereta Tarik Mengkarung ini.  Tengok tu tang sticker kat BODY kereta ni.  Tetap feeling nak Initial D gitu.  Tapi orang lekat kat PINTU kereta,  akak pi pelekat kat depan body.  Cam seeeeeer!  Tapi sayangnya kereta ini kita dah jual. 
  1. Beli first hand atau second hand?
    Kalau ampa bukanlah seorang yang pakar dalam peng-keretaan dan first time nak pakai kereta,  better u olls beli kereta first hand.  Biarlah habis duit sikit,  yang penting kereta baru ni jarang ada masalah besar pada awal-awal.  Akak ikut nasihat bapak akak,  belilah kereta first hand. 
  2. So berapa duit kena ready?
    Masa akak beli kereta dulu,  akak stembai duit deposit and booking RM2 ribu sahaja.  Pastu pi bayak booking apa semua.  Dalam masa seminggu dah boleh dapat.  Lepas tu,  depa akan uruskan hang punya loan apa semua.  Pi sign ting tong tiang,  pastu ang dapat la kereta tu.  Bulan-bulan make sure hang bayarlah ikut jadual yang ditetapkan.

    So masa nak pi beli kereta ni,  selalunya depa akan amik booking dalam RM500 (tengok salesman jugak),  pastu depa order la,  at the same time,  dia akan mintak la fotostet IC dan segala maknena slip gaji dan sebagainya untuk pi apply loan kereta kat bank. 

    Walaupun kereta ini kereta lama,  tapi tetap meletops.  Kami semua (gang-gang achi Kebun Lama) bersama-sama drive ke Bukit Merah.  Gigih okay!
  3. Nak beli auto or manual?
    Orang cakap AUTO ni perabih minyak!!  Manual menjimatkan minyak.  But i tell you,  kalau u olls duduk kat Penang atau KL better beli AUTO okay.  Silap-silap boleh tarik mengkarung kalau duk pakai MANUAL di tengah-tengah kesesakan jalan raya ni.  Tapi akak pakai MANUAL tau u olls.  Sebab akak feeling-feeling TOKYO DRIFT.  (Anak-anak ayam sekalian,  sila makan ati sebab akak bawak MANUAL.  A little of jantanness is still in me).

  4. So why akak beli Viva?
    Masa dulu dulu akak feeling nak pakai Kenari,  sebab akak tengok kawan akak iaitu Siti Mariam pakai.  Pastu macam mana ka,  masa pi kedai kereta,  akak pun tengok la macam-macam kereta Perodua yang ada kat showroom itu.  Ada kenari,  ada Myvi dan ada VIVA.  Pastu salesman tu offer kat akak "U mau test drive ini baru punya kereta?  Viva?"  Akak pun kata "Wai not?!"  So bila akak masuk jer dalam kereta VIVA...akak terus jatuh cinta.

    Sebab akak duk ekspek VIVA ni kecik, rupa rupanya luaih jugak di dalamnya.  Pastu bila akak drive VIVA punyalah ringan nak mampuih.  Macam bawak kereta diperbuat oleh kekabu. 

    Untuk pengetahuan ampa,  lepas akak dapat lesen kereta,  Abang Manap telah membelikan akak satu kereta second hand (Mazda Lama) warna merah secara cash dengan harga RM3k.  Memang meletops.  Feeling Initial D u olls!  Dia kata "Ang pakai dulu kereta ni,  ang nak langgak apa pun langgaklah!  Nanti dah steady and terror bawak kereta baru ang beli kereta baru!,"  Boleh??  Tapi akak tak pernah pun eksiden pakai kereta tu.  Tak pernah langgar apa-apa.  Lepas dapat kereta VIVA,  bapak akak pun juai balik kereta Mazda tu. 

    So,  lepas akak bawak VIVA memang akak rasa suka sangat sebab very the kecik,  ringan dan sangat jimat minyak u olls.  Like from Penang - KL kami isi full tank RM50.  Sampai KL boleh ada dalam 2 bar lagi.  Meleps kan?
  5.  Apa akak buat lepas akak dapat kereta?
    Of coz lah akak tunjuk kat kawan-kawan dan jugak family!!!  Akak ingat lagi,  masa tu kat office akak,  akak ni kira staff paling muda.  Semua orang anggap akak macam adik manja gitu.  So bila kereta baru akak VIVA meletops ini sampai ke office,  semua kawan-kawan pensyarah dan bosses dan staff semua mai turun main office untuk tengok kereta akak.  Walaupun hanya kereta VIVA tapi depa semua sangat puji sebab kereta VIVA akak ni sangat cute seperti akak.  Depa puji akak kata GOOD CHOICE.  Akak happy sangat time tu!!  Masih teringat lagi.  Siap ada rakan student yang pinjam kereta akak ni pusing USM sebab nak test drive.

    Gambar ini adalah gambar pertama yang diambil masa dapat kereta.  Meletops sangat.  Masa ni semua orang office duk mai tengok kereta PENANG HOT MAMA ni.  PHM u oll.s
  6. Akak tak modified apa-apa ke?
    TAK! Sebab akak kedekut dan akak takut nanti akak buat dajal kepada kereta akak ini dan akhirnya mengundang kepada kerosakan yang tak munasabah.  Akak ni dahla tak reti pasai kereta keriti ni u olls.  So tak perlulah akak nak modified sana sini.  Cuma now,  after dah kawen dengan En.  Khafi,  dia tukar CD player baru and tinted kereta akak sebab dia kata baru tak panas sangat.  Thanks u olls. 

  7. Macam mana akak bajet nak bayar hutang kereta tiap-tiap bulan?
    Sebab tu akak cakap from awai ang nak pilih beli kereta,  hang pilihlah kereta yang harga dia dan jadual bayar hutang dia amatlah bersesuaian dengan bajet perbelanjaan hang tiap-tiap bulan.  Janganlah pikiak nak bergaya saja,  tapi bila nak kena bayar duit hutang tiap-tiap bulan tak mampu.  Setiap kali ang dapat gaji,  teruih pi bayar hutang kereta.  Jangan duk tunggu tunggu apa semua.  Sebab kalau kereta hang kena tarik,  harga kos nak bayar kat bank untuk amik kereta tu balik adalah lebih tinggi daripada jumlah hutang kereta itu sebenarnya.  Tak salah akak,  kena bayar dalam RM3k semata-mata untuk bayar kos tarik kereta.  NAYA KES u olls.  So sebelum apa-apa berlaku,  jangan duk tak bayar hutang.
So,  itulah cerita yang akak boleh kongsikan dengan u olls. Sekian,  wasalam. 

11 comments:

  1. letop..
    tips yg sgt membantu...
    love jumie...

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaaaaa..... i love this one.. mcm tau2 ja sy dok berkira2 nk beli keta..

    ReplyDelete
  3. Macam saya bulan ni dh kena bayar lebih sebab lambat bayoooo. hahahhahaa

    ReplyDelete
  4. Bukan takat nak kena mampu bayar installment bulan-bulan, tapi kena jugak mampu untuk support maintenance kereta tu, orang kata kalau beli kereta mahal, maintenance pun banyak jua la.

    Kereta ni pun kena service tiap-tiap bulan jugak, makin lama makin mahal service. So kena jugak budget untuk maintenance tu ha. Tak kira lagi tiap-tiap tahun kena bayar roadtax ngan insurance.

    Kesimpulannya, beli kereta untuk pergi kerja, pergi kerja untuk bayar duit kereta.

    ReplyDelete
  5. macam saya....akibat beli 2nd hen masuk 1 tahun stgh dah kene tukar 4-4 tayar...apek owner first ni main drift kot.....hahahha

    ReplyDelete
  6. Tengsss... jarang aku baca pasal pendapat panduan membeli keta... sbb aku pon tgah plan nak beli keta...

    Maklom la dok merempit ngan moto ja org semua bisin... tapi bisin pon takdak sapa nk huloq duit sket buat tampung pembelian keta utk aku... hahahaa...

    ReplyDelete
  7. suka statement jumie..beli kereta ikut kemampuan kita..;) ade 1 kes tu ade org beli kete utk tunjuk hebak kat org..pastu feeling sorg..pastu duk mengata kete 2nd org..huh..sentap tau

    ReplyDelete
  8. yesss,beli kereta ikut kemampuan,tapi manusia sekarang kira nak bergaya je lebihhhhhh... pastu bila nak bayar hutang mula garu kepala,ahak..onie baru setahun kerja dan setahun juga dah grad,so setahun kerja ni perancangan untuk tahun pertama nak travel dulu,pastu tahun kedua baru nak kumpul duit beli kereta...duduk dengan family mmg jimatkan kak,iolssss rasa memang patut bersyukur, pastu bajet sebulan sekali keluar release tension...haaaa, detail pulak,onie pun first time naik viva mmg bestttttttttt, dulu minat myvi tapi myvi tu buat iolss tak mampu nak bayar monthly,haha...so,wishlist untuk tahun kedua bekerja adalah viva :)

    ReplyDelete
  9. sama la plat num ngan moto kami..hihihihi

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...