1.2.12

Membenang Bulu Kening (Eye Brow Threading) di Santhi One Stop Bridal Centre, Penang

Artikel ini mesti semestinya disukai oleh ramai para bakal pengantin.  Kalau dulu-dulu,  pengantin yang nak kawen akan dicantas all the bulus-bulus by mak andam,  tapi sekarang membuang atau membersihkan bulu kening adalah pilihan kepada para pengantin itu sendiri.  Ada yang tak mau buat,  ada yang suruh make up artist kemaskan,  ada yang buat sendiri,  dan ada yang pergi ke salon kecantikan dan mintak pakar yang membuatnya.

Antara pilihan yang ada ialah membenang bulu kening,  GITU!! Translate threading eye brow kepada bahasa Melayu memang pelik bunyinya. 

Kepada u olls yang tidak tau apa itu membenang bulu kening,  mai sini akak cerita sikit mengenainya.  Membenang bulu kening,  ialah satu teknik kecantikan yang menggunakan benang untuk membuang dan membersihkan bulu-bulu kening dan bulu-bulu roma di wajah untuk mengemas dan mencantikkan rupa paras seseorang itu sebelum ditatarias dengan solekan dan sebagainya.  Pakar pembenang bulu kening ini,  akan memegang benang kapas ini menggunakan tangan dan giginya dan beliau akan mencabutlah bulu bulu kening u olls itu. 

Kalau u olls menggunakan twizzer (pencabut bulu kening),  u olls akan cabut satu persatu helai bulu kening kan?  So dengan menggunakan teknik benang ini,  nenjiaaaaaaaaaaaa!! Dia akan cabut 10 helai bulu sekali gus!!  Zrappp zrapp zrappp!  U olls boleh dengar sendiri bulu bulu u olls dicabut sambil rasa nak menangehs sebab sakitnya memang azab u olls!

Ini gambar yang diambil masa akak mencuba membuat threading buat pertama kali,  two weeks before akak kahwin u olls.  Memang hazab.  Sampai terkeluak air mata dan air liur!  HAHAHAHAH

Sejarah mengenai membenang kening berasal dari budaya orang  India dan Parsi.  Dalam bahasa Arab,  teknik ini dipanggil 'Khite'.  Di Mesir depa panggil 'Fatlah'.  Amalan membenang bulu kening dan bulu-bulu di muka ini they olls lakukan untuk special occasions seperti ketika ingin menjadi pengantinwati atau kepada gadis-gadis yang baru meng-wanitakan dirinya.  Datang period u olls! 

Walaupun ada kajian saintifik yang menyatakan bahawa,  tak elok membenang bulu kening selalu sebab renjatan kuat di bahagian kening itu boleh mengganggu saraf-saraf yang terdapat di muka,  tetapi amalam ini amatlah disukai oleh segelintir pompuan kerana ianya tahan lama (sekali threading boleh tahan sampai 1 bulan) dan kekemasan yang dicapai selepas membenang bulu-bulu muka ini tidak dapat disangkal lagi.

So,  kepada orang Penang yang teringin nak membenang bulu-bulu di muka u olls bolehlah mencuba di Santhi One Stop Bridal Centre,  51,  Penang Street,  10200 Penang.



Lokasi kedai ini terletak di Penang Street (Little India) Penang.  Terletak bersebelahan dengan Restaurant Ananda Bahwan.  Dekat Penang Street ni,  ada dua Restaurant Ananda Bahwan,  u watch for the restaurant yang besar sikit macam gambar kat bawah ni.  Yang lagi satu punya,  untuk pure vegetarian. 


Berhadapan dengan restaurant Ananda Bahwan ni,  ampa akan nampak satu pokok ketapang yang sangat tinggi.  If u see this pokok,  then memang betuila!

Kepada orang-orang so-called-urban-people yang tak tau apa itu pokok ketapang.  INILAH POKOK KETAPANG!

From pokok ketapang tu,  ampa boleh nampak dah kedai ni.  Santhi One Stop Bridal Centre.  51,  Penang Street,  10200 Penang.


Nak cuba?  Nah.....pi tengok peta kat sini  :)

View Santhi One Stop Bridal Centre in a larger map

Sebelum terlupa,  ampa ni semua mesti gadoh duk komen tanya harga berapa.  Harga untuk buat threading kat Shanti ni antara RM5-RM10 sahaja.  Depends kepada berapa susah dan senangnya nak membenang bulu-bulu di muka hampa.

Sekian,  bye u olls.

3 comments:

  1. lebih kurang harga kat bagnsar la kak jumie, utk kening RM6, utk forehead RM10... atas bibir pon RM6...

    ReplyDelete
  2. shu dah jadi regular customer kt situ...hehehe...rm5 jer..:)

    ReplyDelete
  3. nak tanya ... nanti bulu tu tumbuh semula kasar-kasar ke? takut pulak nak cuba

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...