14.2.12

Niat Saya Kahwin Kerana....

Hello u olls semua,

Mengahwinkan diri adalah fitrah kepada maknusia.  Dalam agama kita,  memang dituntut untuk lelaki berkahwin dengan perempuan.  Untuk meramaikan umat Rasullah SAW.  Wah.....feelingnya akak punya mukadimah u olls.  Ala-ala Arab gitu.

So kenapa akak kawen dulu?  Sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........akak rasa En.  Khafi adalah satu-satunya lelaki di dunia ini yang dapat dan berjaya menjinakkan akak.  Dan akak memang feeling nak jadi sejinak-jinak merpati u olls. Akak tak larat dah hidup bercendraloka seperti gagak dirimba.  Terbang kesana kemari tak berhenti henti.  Sebab akak sendiri pun takut,  akak takut akak tersalah terbang.  Gitu. 

Tapi itulah niat akak berkahwin secara simboliknya.  Akak segan nak cerita yang seluhurnya dengan u olls.  Kerana apa yang akak dan En.  Khafi lalui bersama tersangatlah 'peribadi' dan tersangat tinggi untuk kami berdua.  Akak rasa,  ramai juga u olls u olls di luar sana yang berjaya mengecapi cinta sejati seperti ini.

Tapi adik-adik semua,  cinta di alam perkapelan adalah tidak sama dengan cinta di alam perkahwinan.  Sebab itulah hari ini akak ingin mengupas secara ringkas mengenai sebab musabab kita semua nak berkahwin.

Inilah pendapat akak. 
  1. Sebab nak tumpang kekayaan laki
    Yaaaaaaaaaaa.........................................memang ada u olls.  Memanglah kalau tanya kat orang itu,  dia kata "Oh...saya kawen kerana cinta.  Bukan kerana hartanya,"  Gituuuuuuuuu!  Kalau macam tu....memang betui la u olls kawen sebab cinta sampaikan sanggup macam pompuan ting-tong bersanding sorang-sorang atas pelamin kan? Oopppppppppps!

    Siriesly akak cakap,  kalau kita kawen semata-mata kekayaan dan kecantikan orang itu,  percayalah,  bila kita jumpa orang yang lebih kaya atau lebih cantek...sure kita akan tinggal pasangan kita! 

    Memang betul,  kawen dengan laki takdak harta ni semua buat carik penyakit jugak.  Bak kata Mama Regina,  pi cek dulu harga lampin dan susu baru u olls boleh kahwin.  Tapi takkan perkahwinan hanya rasional untuk mereka yang berduit dan berharta sahaja.  Ya....itu semua persoalan u olls kena carik sendiri.  Sebab nak kejar harta dunia sahaja sampai bila pun tak mana.

    Berposing atas katil klasik diruang tamu boss akak,  Dr.  Ismail Baba. 
  2. Sebab kawan kawan saya dah kawen
    Ini alasan yang paling akak tak boleh blah.  Sindrom ini amat menular dalam kalangan kawan-kawan akak yang sama-sama belajar POLISAS dengan akak dulu.  Lepas we olls semua grad,  duduk tak duduk tak berenti they olls semua hantar kad jemputan kahwin kat akak dan kawan-kawan lain.  Siriesly u olls.  Especially they olls yang pendiam dan tak cakap banyak dalam kelas,  depalah yang paling lajiuuuuuuuuuuuu sekali!  Tapi they olls yang kawen awal-awal ni actually,  memang pun jodoh depa dah sampai.  I am so happy for them.

    Yang menjadi maksalahnya ialah they olls-they olls yang tak kawen lagi ni,  kalau depa jenih relaks macam Jumie Samsudin takpa.  Cekcur sana sini (masa tu tengah elok...laku la cekcur u olls).  So depa-depa yang tak kawen lagi,  bila tengok kawan-kawan dah kawen,  mulalah macam ada cakcing kat celah pungkur depa.  Dan-dan buat onar bagitau kat boifren depa yang "Mak bapak saya duk tanya....kenapa awak tak masuk meminang lagi,"  Gituuuuuuuuuuu! 

    Kadang-kadang boifren they olls tu memang sah-sah tak berapa ready.  Tapi u olls duk memaksa.  So nanti dua tiga tahun baru kawen.  Dah maca-macam maksalah.  Susah u olls.  Sebab sekali lagi akak tegaskan di sini "cinta di alam perkapelan adalah tidak sama dengan cinta di alam perkahwinan".

  3. Sebab nak elak maksiat
    Ini adalah niat yang baik.  Nak menghalalkan semua benda.  Tapi ada pulak yang nak menghalalkan semua benda ni sebab dalam kepala otak depa ni kira nak menutuh (berjimak) saja apabila dah kawen.  Sampai seminggu 7 kali dia balun bini dia.  Aiyoooo....janganlah macam tu u olls.  Kalau kawen sebab niat nak elak maksiat tu dah elok,  tapi sampai dah jadi gian lain macam tu baik pergi jumpa doktor ya.  Pakar kaunseling.


  4. Sebab nak ikut permintaan mak dan bapak saya
    Ala-ala arrange married u olls.  Kalau nasib baguih dapat pasangan yang bagus,  mana tau....esok lusa pasangan u olls itu rupa-rupanya adalah soul mate yang u olls tercari-cari selama ini.  Tapi macam mana kalau u olls tak suka.  Di aniayai selepas kawen.  Sedih u ollls!

    Sebab zaman sekarang tak sama macam zaman tok -tok kita dulu.  Dulu semua umur 12-15 dah kena kawen dengan orang yang tak dikenali.  Sampai umur dah 90 pun,  duk sama-sama lagi tak gadoh nak pi carik poen lain.  Sebabnya orang dulu-dulu tak ada banyak options macam orang zaman sekarang.  Dengan adanya smart fon,  YM,  Facebook dan macam-macam lagi.....perhubungan komunikasi terbuka luas untuk semua orang.  So anybody,  cantek ke tak,  seksi ke tak,  alim ulama ke tak,  kalau dia rasa dia nak mencari teman secara online ni ANYTIME!!!!

    Sebab itulah penceraian adalah perkara biasa pada zaman kita ini.  Kerana kita semua mempunyai pilihan :)

    En. Khafi dan Almas.  Almas ini adalah anak kepada rakan seofis dengan akak.  Dia memang suka kat Khafi. 
  5. Sebab nak prove saya jantan
    Semua orang di dunia ini berhak untuk mendapatkan peluang kedua.  Kita bukan Tuhan ya,  nak hukum orang tak tentu fasal.  Oleh itu,  kepada kawan-kawan akak yang dulunya very the Elton John,  so kalau tiba-tiba now u olls nak berkahwin.  Akak sangatlah tumpang gembira untuk u olls.  But,  make sure u olls buatlah yang terbaik dan janganlah sia-siakan hidup perempuan yang u olls nikahi itu.  So,  mengahwini dan menikahi seorang perempuan tidak membuatkan u olls lebih jantan.  Tetapi,  apabila setiap kali ada jantan elok menggoda kamu....disitulah kamu nak menguji sama ada kamu ini masih jantan atau tidak.  Adik-adik akak semua yang disayangi,  at the end of the day.  Hanya u olls yang tahu what is the best for u.

    Kepada u olls pulak,  adik-adik akak yang sejantina dengan akak,  akak tau.  Ada dalam kalangan u olls semua dipaksa oleh mak bapak u olls untuk berkahwin dengan wanita pilihan mereka kerana nak membuktikan kepada adik-beradik dan saudara mara bahawa anak mereka adalah cukup jantan.  U olls,  please jangan bermain dengan api.  Akak tau syurga di bawah tapak kaki ibu,  tapi kita kena ingat,  ibu kita bukan Tuhan ya.  Kalau u olls tahu dan sedar bahawa u olls tak mampu,  janganlah sekali sekali cuba merosakkan hidup orang.  Apa guna kawen sehari dua,  lepas itu bercerai.  Duit kenduri semua habis berpuluh ribu. 

    Akak sangat sedih kerana ada ibu-ibu yang berperangai macam ini.  Sanggup buat naya anak dara orang semata-mata nak menjaga dan pertahankan maruah keluarga sendiri.  PLEASEEEEEE!

    Almas dan ibunya,  Mujadillah.  (Mujadillah ialah pengantin pertama yang akak officially make up,  like 4 years ago!.  Tengok sini : Majlis Nikah Mujadillah on 080808 Masjid Batu Uban, Penang )

  6. Sebab Allah SWT
    Yang ni takpayah cakap banyak.  When you do something good.  Semua benda baik akan tersusun sendiri.  Sama ada lambat atau cepat,  yang penting u olls akan mendapat balasannya.
So itulah saja coretan akak untuk hari ini.  Kepada u olls semua,  kalau rasa jodoh tu dah sampai.  Kahwinlah cepat-cepat.  Jadilah orang dewasa yang bertanggungjawab.  Take the risk and go along with it.  Perkahwinan ini bukan mainan kanak-kanak u olls.

Dan kepada u olls-u olls yang tak kawen-kawen lagi dan tak tau bila nak kawen,  janganla duk pi usung anak dara orang tak tentu pasai.  Apatah lagi duk simpan anak dara orang tu buat tunang sampai 3-4 tahun.  Daripada orang suka,  sampai lani orang pun dah tunggu masa nak carut sahaja.  Kalau betui u olls tak mampu,  dari awal jangan duk bertunang.  Kalau dari awal u olls tak mampu nak bertunang,  patutnya U OLLS JANGAN BERMIMPI NAK BERDATING DENGAN ANAK DARA ORANG LANGSUNG.

Sekian sahaja pesanan aunty-aunty daripada Jumie Samsudin.  I leeff u olls.

11 comments:

  1. jumie, cheq ni ada mcm sejenih ketakotan nak kawin neh..dok tgk masalah rumahtangga mcm2 pun dah jadi takot..pi kursus kawin pun , ustad penceramah tu dok gempaq ceqita masalah org bercerai..adakah ketakotan ini dirasai oleh jumie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Face your fear, bukan lari dan elak sampai bila bila. Kalau duk takut saja...sampai bila nak move on dengan kehidupan kita. That is my opinion. U dont have to necessarily follows me.

      Delete
  2. jumie, reason i kawen pulak sbb chenta separuh mati kt laki iolls..heheh! sbb dia buleh diharap utk jg iolls smpai tua..uhuk..uhuk!

    ReplyDelete
  3. as usual u words blew my mind... growing up, marriage always been the last thing on my mind.. Tapi last year mase zara jadi pengapit for my bestfriend, zara tpikir 'aku pun nak kawen la kalo cmtu'... now since zara serious ngan my bf, marriage is the only goal in my life now.. you can ask mochtar betapa gile nye i dok bercerite kt die pasal i nk kawen.....to make matters worst, my mom especially dok paksa2 kawen cepat.. sebab die ckp cmtu,katenye keluar berdue consider berdose.. lagi la stress kak..sampai afew times jugak i argue ngan my bf sebab nak cepat kawen...
    tp lepas bace artikle akk, its a wake up call for me....dlm pale otak zara slame ni zara pikir "IM SO READY"... tp rasenye cam tak..even da 26 taun.. kawen ni tuk sekali seumur idop... bile bace pasal kes cerai berai, husband dok dera bini fizikal and mental ni, bertambah cuak zara nk kawen. finding the right guy sekarang sangat susah compared ngan zaman2 dulu. yg accept kite for who we are and such.. sape yg nak kawen, tp 5-10 kendian bercerai kan?

    ReplyDelete
  4. cinta boleh bagi kita laki boleh bagi kita anak..tapi cinta je tak mampu bagi kita makan bagi kita rumah bagi kita pakaian..

    kalau betul2 cinta berusahalah untuk bertanggungjawab..lelaki terutamanya make sure kena ada kerja..bukan nak gaji besar sangat pun..at least boleh tanggung anak bini..bini boleh topup mana2 yg termampu..

    ReplyDelete
  5. Tapi kan uols "Kalau betui u olls tak mampu, dari awal jangan duk bertunang. Kalau dari awal u olls tak mampu nak bertunang".
    Serius I cakap I cam tak mampu dulu..
    Tapi kan betul kata orang2 tua, kalau kita tak mulakan bila lagi..
    Bila kita dah melangkah setapak, Allah akan bantu kita, zahir batin InsyAllah, family sedara mara juga akan mai membantu juga.
    Itu janjinya, segala pintu rezeki akan dibukakan sedikit demi sedikit.
    Janji kita ikhlas dan jujur demi membina sebuah masjid, sebuah perhubungan dan ikatan yang lebih diredhai..
    NOw kurang setahun dari kami officially pemerisik dan pentunang, kami akan bernikah soon..
    Debor hoi debor and ofcos u know why kan..
    Doa kan ek Jumie..

    ReplyDelete
  6. kwn i olls de dlm 1 kategori jumie tu. tgk org lain kawin, dia nak kawin jg sampai cari bf di tag. baru kenal 3 bln dah ajak tunang. laki tu mcm terpaksa je. dah berapa kali laki tu tangguh mcm nak tak nak je. yg kwn i olls tu dok mendesak. xtau dah camne nak bg nasihat. jumie ada idea x? harap dia x menyesal kemudian hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pepet, sila emel kita please. I will cover this story. Meletops jugak topik ni.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...