23.2.12

Petua Mencari Jodoh

Salam mesra,Saya mengalami tekanan yang amat hebat kini.  Saya sering memikirkan diri saya tidak cantik kerana saya masih belum ada teman lelaki.Umur saya 24 tahun.  Kadang-kadang saya rasa sunyi dan teringin mahu keluar dating seperti teman-teman lain.  Ada teman dan tempat untuk bicara.  Hidup saya dari luarannya nampak baik,  selalu menjadi tempat untuk rakan-rakan meluahkan perasaan.  Cuma,  ada kalanya mereka pula tiada masa untuk saya.

Sedih sangat.

Nur Adlea Qhasidah



Salam bahagia,

Dont worry about being sedih.  Kita manusia,  memang Allah dah cipta kita hidup berpasangan.  So memang tidak boleh melawan fitrah,  kita memang akan rasa jeles dan terasa nak sangat berkapel dan berpasangan macam kawan-kawan kita lain.


Untuk mendapatkan jodoh ni bukan datang bergolek ya adik.  Kalau adik rasa tak cantek dan rasa tak laku,  adik kena do something about it.  Jangan duk rasa sedih dan feeling mangsa keadaan sahaja. 

Mama Regina pernah menulis  :
JODOH is another interesting segment in life.  Many people out of nothingness will love to tackle this subject during gathering.  Not so sure if they are serious or just filling the gap of non-creative moments.
Jodoh itu ditangan Tuhan,  but seriously u need to work it out too.  How wide is your social circle to enable u to pick your jodoh.  Jodoh di kelab malam? lol as a traditionalist, i strictly forbid this one.

Some girls rush for Jodoh,  scared of being and old dame,  some out of luck need not to work out anything.

Yes indeed it's in the hand of our creator.
 
On a serious note,  Jodoh is another segment of life,  remember when u said life is a gamble?  May all of u perfect human RESPECT promises and sacred agreement, god bless.
U olls boleh baca kata-kata itu disini  : Dari Hati Regina Ibrahim | Jodoh

Memang Allah cipta kita semua cantek,  cuma kadang-kadang kita ni tak tau macam mana nak mencantekkan diri kita lagi.  Kalau macam tu,  sampai sekarang kita tidak akan ada mascara!  Sebab dulu T.L. Williams rasa adik dia tak cukup cantek dan takdak orang mau kat adik dia,  so dia sebagai ahli kimia,  amik Vaseline dan campok dengan serbuk arang and sapu kat bulu-bulu mata adik dia.  So...mata adik dia jadi meletops dan mencantikkan adik dia lagi!! Dan sejak itu adik dia pun laku :) Dan sejak itu juga terciptalah Mascara dan dari situlah terciptanya produk Maybelline semua u olls!

So dari cerita ini apa yang kita dapat pelajari u olls?  YES!!!!!!!!  Jodoh tak akan datang bergolek.  Kena usaha okay.

Ini ada beberapa tips yang akak nak share dengan u olls  :
  1. Relaks dan tenangkan diri.  Jangan give up.  Tak semestinya u olls tak ada jodoh lagi u olls dah anggap yang u olls ini tidak cantek dan useless.  U olls tu baru umur 24 tahun.  Ada lagi orang umur lagi lanjut dari u olls....tak jumpa jumpa pun jodoh lagi.  Depa relaksss saja!

  2. Selalulah berdoa dan teruskan berdoa kepada ALLAH yang maha esa.  Kalau rasa selama ni dah terlalu banyak doa....DOALAH LEBIH BANYAK.  Mintak kawan-kawan dan mak u olls doakan...Doa mak selalunya lebih dimakbulkan Allah.  Pastu,  kalau ada saudara saudari yang nak pi Makkah,  kirimkan depa doa.  Suruh depa pi berdoa untuk kita betui betui kat bawah pancur emas tu.  Insya Allah,  masa kita akan sampai.


  3. Surat Yusuf Ayat 4.  Akak telah dianjurkan oleh seorang kakak di office akak ini,  dia yang anjurkan akak untuk amalkan baca surah ini dulu sebelum akak berkahwin.  Dia kata,  surah ini memang harus diamalkan sebagai doa untuk kita untuk mendapatkan jodoh.  Ada orang yang panggil ayat ini sebagai ayat Pengasih.


    Maksudnya  :  (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

    Amalkan selalu dengan niat dalam hati agar kita ditemukan jodoh yang baik.  Ini bukan soal sihir ke apa u olls.  Ini ayat Al Quran,  bukan main-main semua.  Apa pun,  kena niat dan yakin okay.  Insya allah,  akak pun sama-sama mendoakan u olls jugak.


  4. Perbaiki penampilan u olls.  Tak semestinya akak nak suruh u olls pergi jadi wanita seksi dan terdedah sana sini agar jantan bukak mata kat u olls.  Cuba tanya kawan-kawan rapat ataupun saudara sendiri yang rapat dengan u olls,  tanya dia "Boleh tak bagi komen tentang penampilan diri saya?  Saya nak perbaiki,"  Siriesly,  u olls kena tanya dengan hati yang terbuka okay!!  Jangan takut kalau depa bagitau beberapa benda tentang penampilan u yang u tak pernah terpikir selama ini,  contohnya :  U olls dressing macam aunty-aunty,  u olls jangan kengkang ka,  mulut u olls busuk ka,  ketiak u olls busuk,  muka u olls tak bermekap langsung,  muka u olls nampak tua....

    Benda-benda macam tu memang u olls kena amati dan u olls kena perbaiki.  Kena buat dengan hati yang terbuka dan tidak terpaksa.  Kalau terpaksa,  anti dah jumpa jodoh teruih jadi busuk dan jalan kengkang balik.  KENNN!!

  5. Jangan Terlalu Memilih.  Ini adalah sesuatu yang amat penting sekali.  Especially kalau u olls berpangkat tinggi,  siriesly,  sekarang ni dah nak akhir zaman u olls.  Untuk menjumpai seorang jantan elok sempurna kerjayanya dan imannya kepada agama disamping mempunyai rupa paras ala-ala Remy Ishak adalah seperti sebuah fantasi Disney Land ya u olls.  Oleh itu u olls kena bersifat realistik sikit,  kalau pun kita ni cantek dan perfect ada kerjaya semua,  dan ada seorang lelaki yang betui betui baik agamanya dan dari keluarga yang baik-baik tapi sayangnya dia tak ada kerjaya yang nak dibanggakan sangat.  Setakat kerja gaji RM1100.  Memang tak mampu lagi nak beli pampers dan susu baby nanti.  Tapi kalau u olls percaya dengan rezeki daripada Allah dan u olls tak pandang status seseorang dari segi kebendaan,  terimalah jodoh itu dengan hati yang ikhlas.  Rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit saja u olls. 

    Akak cerita ini adalah dari pandangan dan pengalaman akak sendiri.  Akak memilih suami akak En.  Khafi bukan kerana hartanya.  En.  Khafi bukan engineer apatah lagi lawyer u olls.  Dia kerja biasa-biasa saja u olls.  Itu pun sejak datang Penang,  beliau masih lagi tercarik-carik kerjaya yang lebih baik gajinya dan sesuai dengan apa yang beliau minat.  So far beliau datang Penang dah tukar kerja 4 kali.  Memang akak agak sedikit down dan kadang-kadang itu akak sampai menangis nangis sangat.  Ketika itu,  syaitan-syaitan yang direjam akan datang menghasut akak untuk meletakkan rasa sangsi di hati ini.  Banyak kali akak jatuh dan akak terpengaruh dengan godaan syaitan. 

    Tapi bila akak ingat balik,  En.  Khafi,  walaupun dia kerja biasa-biasa sahaja,  dan dia tak ada duit beribu ringgo untuk beli akak gelang Tiffany and Co,  tapi dia sentiasa ada masa untuk akak dan dia tak pernah pun tak dengar luahan dan keluhan akak.  Dan sampai ke hari ini,  (DOA AKAK SAMPAI BILA-BILA),  perempuan agam bernama Jumie Samsudin ni lah satu-satunya pompuan yang ada di hati dia.  Tak perlulah akak cerita luar dalam perkahwinan kami ini,  perkahwinan mana yang selalu UP sahaja!!  Cuma akak amat bersyukur dapat laki macam En.  Khafi.  Aiiyoooo...touching okay bercerita tentang beliau kat sini.  So in the end,  its not only about carik jantan yang ada kerjaya sahaja. 

    Tapi kalau u olls dapat jodoh ala ala Hariz (kaya dan hemsem gila babi) itu kira bonus la u olllsss!  Jaga laki u olls elok elok na.  Pompuan lani belambak kat luar sana. 

    So u olls,  akak nasihatkan u olls,  janganlah terlalu memilih orang sebagai pasangan u olls itu.  So why not kalau dia sembahyang tak cukup......lepas ini bersama-samalah u olls usaha untuk menjadi orang Muslim yang lebih baik.  So what kalau dia kaki clubbing,  selalunya orang yang kaki clubbing ni,  lepas dia kahwin nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa teruih duduk rumah tak bejalan pi mana.  Orang yang tak pernah clubbing ni,  lepas kahwin baru belajar nak pi disko baru depa terhegeh-hegeh jadi gian nak pi clubbing macam mana ka!  Haaaaa kena tau benda ni semua.

    Tapi memang prinsip u olls adalah lelaki yang mempunyai gaji yang lebih tinggi daripada u olls sahaja yang layak jadi suami u olls,  akak hormati prinsip u olls itu.  Akak nak kata apa lagi...semua orang ada pendapat masing-masing.


  6. Selainya,  akak harap u olls baca kat sini.  Ada lagi beberapa tips tambahan.  Keyakinan Diri Datang Dari Hati Yang Ikhlas


So itulah sahaja leteran akak untuk u olls.  Mintak maaf kalau akak ada buat apa apa statement yang membuatkan u olls sakit hati ke apa ke.  Akak ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk u olls dan jangan give up.

Nanti jangan lupa baca blog akak pasai "Niat Aku Kahwin Kerana.."

Bye,  salam sayang. 

Kak Jumie Feeling Ustazah Pilihan

13 comments:

  1. Nice one Jumie....

    Buat Nur Adlea Qhasidah, hidup ini harus dinikmati. Jangan sedih2. Ikut apa kata Jumie. Akak ni umor dah 34, masih single dikkk.. Bersangka baik dengan ketentuan Tuhan, InsyaAllah semuanya dapat ditempuhi.

    ReplyDelete
  2. umur 24 still young la syg.. byk benda boleh buat dlm umur tu mse blm kawin. kejar cita2 u olls smpai mse jodoh tu dtg, life pun dah agk stabil. dan jgn kata xde jodoh lg sbb xcantik. u olls... maya karin yg cun meletops pun bercerai dan masih single. ini semua takdir. rezeki semua org xsama. ingat..apa pun usaha, doa n tawakal. satu lg jgn terlalu memilih (walaupun kta harus memilih soal jodoh, tp jgn letak terlalu tinggi sgt target tu dari apa yg kta mampu dpt) i olls ada kwn dah umur 30 xkawin lg walau ada org nak tp dia tolak hanya sebab laki tu pakai waja, wira. dia nak laki yg ada 7 series je u olls.. plzla.. atas sbb sikap tu sampai skrg xde sape. kalau u olls ala2 pasah sandah bolehla la nk cari laki kaya letops2. ini ala2 pah bedah keja kilang (bkn nk hina u olls) jgnla letak target tinggi sgt. akhirnya u olls yg rugi. haa..mak dah bebel ni.. ok, gud luck n jgn sedih2 ye. u olls masih muda utk sedih soal jodoh.

    ReplyDelete
  3. Dik non...akak pn xkawin lg. umoq dh 27. tapi apa yg akak pikiaq ialah : jodoh memang dh ditntukan tuhan. tp kta jga kna la berusaha dlm mncari jodoh. berdoa dn cuba untuk mncari sesorang ygboleh bimbing kta. jgn dok kalut p cari laki tp, last2 ampa yg jadi suami.kan?? apa yg pnting ingt 1 ja...cari jodoh bkan macm pilih baju...dn jgn la plk memilih sgt. tp akak pasti, suatu hari nnt akan ada insan yg betul2 brgelar suami adik nnt..i-allah.....

    ReplyDelete
  4. hmmm betul tu..jodoh di tangan tuhan...sering di ungkap tapi menjadi cliche dan keyakinan terhakis. Saya ada 4 anak perempuan masih remaja dan sebagai seorang ayah saya hanya terdaya berdoa dan bertawakkal semoga anak2 saya berjumpa dengan jodoh suami yang bermiman, berbudi bahasa, berharta, berilmu, bertanggung jawap sebagai seorang suami,ayah dan menantu.... dan kacak....amin.
    Dari: Papa-NtiQ ( www.blogmakanbest.blogspot.com )

    ReplyDelete
  5. Benci la aku online guna phone. Nak komen mesti fail. Penat ja taip.

    Ni, arwah mak aku pesan... nak cari apa pon jangan kalut. Tang kalut tu la selalu tak jumpa. Sudahnya dok sakit hati sendiri. Tapi, bila kita tak kalut sangat, rileks je... nnt jumpa la bendanya terang2 depan mata. Pucuk pangkal dia sabaq ja...

    ReplyDelete
  6. dik non..
    kak minah umoq 27thn tapi masih single..even partner (teman lelaki) pun tak dak..
    ingatlah bahawa Tuhan sebenarnya bagi kita masa utk kita buat perkara2 yg kita tak dapat buat bila dah kawin nanti..
    just imagine, bila bujang2 ni dapat pi scuba diving, motorcrossing, hiking (merapu2 part)tapi bila dah kawin,, mungkin tak dak kesempatan..
    so, for u olls bujang sekeping mcm kak minah, enjoy the moment of being single..yeeha!

    ReplyDelete
  7. salam. saya rasa, penulisan akak semakin berkualiti dan bernas selepas mendapat komen2 teguran dari anonymous yang mungkin mengguris hati akak. setuju sangat dengan kebanyakan article akak semenjak 2 menjak nie.semoga akak kekal dan bahagia ke akhir hayat. amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi ak dr dulu penulisan Kak Jumie mmg best. Dia just being diri dia sendiri. Ini kan blog personal dia. So takkan sebab dia tulis artikel Islamik sikit terus korang puji kata dia bagos. Bulshit la ko ni ANON

      Delete
  8. yess.. sbb pompuan agam yg bernama Jumie Samsudin ni dok tulih apa yg dia rasa betul dlm kepala dia. kalau ada yang tak setuju ka tu masing2 punya opinion la....dia punya blog, haruslah dia punya pendapat kan...
    kerlasss dak..
    from danny harmizi aka miss south afrika

    ReplyDelete
  9. Nice entry jumie!
    Lps baca entry ni, Tetiba akak rasa 'okey' for being single n available! ;P
    Tipulah kalo kata tak risau pabila di usia 28thn ni masih blom berjodoh... Tp jika tertulis begitu, akak redha sebab DIA lebih tau apa hikmah yang telah di tulis terhadap hambanya. :)

    ReplyDelete
  10. thanks akk...ase lebih yakin bl bc ni sbb b4 neh ase agak down bl tgk kwn2 keliling kita da psgn msg2

    ReplyDelete
  11. u ols,,,,aq suke ang pnye penulisan niessss. sgt best...
    harus curahkan ilmu n kongsi pglmn2 dr kakak2 diva
    yg pnh merasai kesemua dugaan/peraasaan di atas

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...