8.2.12

Target dan Impian 2012

Hello u olls semua, sempena tahun baru ini, akak baca banyak blog u olls semua yang tulis pasai resolusi dan impian untuk tahun 2012. Pastu akak bukak blog kawan akak bernama Nawal Sharil. Dia ni memang seorang wanita yang sangat akak kagumi.  Dulu blog dia bertajuk Nawal Goals!  Dalam blog dia,  dia tulis bukan 10 atau dua puluh ya...tapi beratus-ratus (378 to be exact) benda yang dia nak buat sebelum dia mati.  Sirieslyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! Untuk wanita yang feeling-feeling aunty slow macam akak ni rasa macam rendah diri gila apabila membaca semua impian-impian hidup beliau.

Kalau ampa tak caya,  ampa boleh bukak sendiri blog beliau  :  950 things that I wanna do before I die!

Nawal yang ayuwati.

Sesetengah daripada impian hidup beliau adalah sangat sweet (Contoh : 282 : Write a children's book), ada yang membuatkan akak tergelak-gelak (Contohnya : 334 : Read Kamasutra).  Sesetengah itu memberi akak satu inspirasi.  Macam bagi akak rasa......wah...baguih hang Nawal. Aku pun tak terpikiak nak buat tu (349 : Go for Kursus pengurusan Jenazah), ada juga yang membuatkan akak rasa sangat down sebab akak sedar akak memang tak mampu nak buat benda-benda macam tu apatah lagi nak memimpikannya (Contohnya : 002 : Have Six Packs ABS).

 


Akak sentiasa menjeles dengan apa yang beliau punya list of things to do.  Walaupun semua benda itu hanya impian dan resolusi,  tapi akak tetap jeles sebab KENAPA AKAK TAK SE-AMBISYES (ambitious) BELIAU?

Dulu masa akak kecik-kecik,  akak suka angan-angan.  Dan akak suka menulis impian-impian dan apa yang akak nak buat dalam hidup akak ini.  Dulu akak duk buat jugak dalam artikel blog akak ni,  Azam dan Impian Tahun 2009 I Jumie Samsudin. Com Dulu kan masa sekolah kita suka main tulis tulis buku Biodata?  Kat bawah sekali mesti kita akan tulis impian hidup kita kan?  Tapi kenapa bila kita dah besar-besar ni kita semua tidak mahu bermimpi dan menulis impian-impian itu lagi?

Sebab kita dah besar.  Kita tau,  kita ada banyak komitmen dalam hidup kita.  Kewangan,  kerjaya,  harapan keluarga,  masa dan duit yang selalu tak cukup,  kerja yang selalu bertambah,  kawan-kawan yang selalu membawa masalah,  family yang suka masuk campur hidup kita.....(AKAK NAK TULIS BENDA NI SEMUA PUN AKAK PENAT),  tapi u olls semua!!!  Cuba baca balik semua 378 benda yang Nawal nak buat dalam hidup dia.  Semua benda benda tu ...........bukan semuanya melibatkan duit u ollsss!!!!  90% daripada benda benda yang dia nak buat itu adalah minat beliau,  menambah ilmu dan benda-benda yang kita sebagai manusia kena tau dan buat.  Dan benda benda itu semua tak memerlukan duit yang banyak pun.

Oleh itu,  akak dengan ini ingin menulis beberapa benda target dan impian akak untuk tahun 2012.  Akak malu jugak nak tulis ni u olls,  but its okay!! Tiada impian yang terlalu besar dan tiada impian yang terlalu kecil.  Tapi tampa impian itu,  semua benda tidak akan menjadi kenyataan.

So,  here goes impian dan target akak untuk tahun 2012. 
  1. Memastikan agar saya datang awal setiap hari.  Kalau tak boleh sangat pun.  At least seminggu 2 kali mai awal pun takpalah. 
  2. Memastikan agar tiada surat-surat berlonggok dan menunggu bila ada audit atau hujung tahun baru nak buat filing.
  3. Mencipta satu inisiatif baru kat office.  Nanti aku fikirkan! Maybe sistem baru penerimaan surat-surat untuk para pelajar.
  4. Organize satu mega family day untuk my family!  Nak jemput all my cousin in Penang - Ipoh - KL!
  5. Membuat blog baru bertajuk "Resepi Masakan Kak Edeh,  Bik Samna and Obek Nani" yang menghimpunkan resepi-resepi masakan mak-mak kami yang meletops.
  6. Organize satu make up class for kawan-kawan make up artist in Penang dengan menjemput Ayangkamell ataupun Amy Janz gitu :)
  7. Carik masa untuk pergi honeymoon :  Cameron Highland,  Perhentian and mana-mana saja kat Melesia ni yang best!
  8.  Membuat make up room sendiri macam Ayang Kamell.  Tengok sini  :  The Makeup Room by Ayangkamell
  9. Buat ruangan office di rumah yang lebih selesa untuk menulis blog di hujung minggu.  Tulis 2 artikel sehari! :)FEWWWITTT!
Kepada u olls semua pembaca blog akak!!  Jomlah tulis impian dan target 2012.  Tak payah tulis dalam blog atau Facebook pun takpa.  Just enough for you to write it down dan simpan kat mana-mana yang u olls boleh baca sendiri.  JANGAN TAKUT UNTUK BERMIMPI.

Jom  baca Thing To Do yang ditulis oleh kawan akak iaitu Nawal,  maybe u olls boleh amik sedikit inspirasi daripada beliau.  40 Great Awesome Things To Do In 2012 

5 comments:

  1. akak... sy pun nak tulis one entri pasal DREAMS... pasal cita2 yg tak kesampaian... weeeee.... btw, naiseee entri..

    ReplyDelete
  2. JUBS yang MALATOP!!!!!!!! wow!! I'm speechless! what a great motivation to start the day. Congratulations on setting up your goals for the year! sangat very the blushing aku sekarang ni! Thank you so so much for this post! Appreciate it Jubs!!

    ReplyDelete
  3. Impian aku utk 2012 nih... by the end of the year aku da ade harta basic atas nama sendiri. Tu yg melibatkan duit ah... yg tak melibatkan duit... ermm... nnt aku pikir dulu...

    ReplyDelete
  4. nawal nye blog memang meletup!!like to read that...:)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...