3.2.12

Ulasan Rasmi Anugerah Juara Lagu 26 by Jumie Samsudin


Hello u olls semua.  So macam mana?  Apa perasaan u olls semua selepas menonton AJL26 baru-baru ini?  U olls teruja?  Eksaited?  Puas hati?  Tak puas hati?  Well,  akak sangat puas hati dan happy dengan event AJL26 kali ini,  sebab simple,  tersusun dan akak yang paling penting sekali,  artist artist dan lagu lagu yang akak suka mendapat kemenangan u olls!  Yaaaa!! Itu yang paling penting sekali. 

Baiklah,  akak pasti u olls semua pun dah banyak baca ulasan-ulasan yang ditulis oleh para blogger lain dan akak akan make sure ulasan akak very the simple dan ikhlas dari hati akak untuk u olls semua.  Gitu.....

Untuk pengetahuan u olls semua,  tak macam AJL tahun lalu,  finalist AJL26 tahun ni semuanya akak dah dengar siap-siap.  Gigih dengar lagu lagu diorang semua dalam Youtube dan download lagu dorang dan letak dalam henfon dan layan kat office.  Ternyata semua lagu-lagu yang masuk final ni memang meletops,  terkini dan ada class!  Dari segi lirik,  susunan muzik,  vokal yang mantap.  So,  memang akak boleh agak-agak dah sapa boleh menang.  Tapi.....ermm!  Tak boleh cerita banyak di awal artikel ni.  Ampa kena baca sampai habis.

Pengacara
Kalau Astro hanya pakai muka AC Mizal,  TV3 hanya pakai muka Faizal Ismail saja.  Seperti biasa,  padanan yang meletops.  Nak kata tak suka pun tak boleh sebab for me,  they have done a very good and polished job.  Maybe tak suka sebab asyik muka ini sahaja.  Tapi tak fair pulak,  kalau every week depa jadi pengacara then masa hari final bagi mic pengacara kat orang lain kan?  So tabik untuk dua insan ini.  U olls dah buat yang terbaik.  Simple. 


Kali ini rasanya Cheryl and Faizal tak pakai banyak-banyak baju.  Dia pakai dua baju ni sahaja.  Which is good.  Akak suka.  Dua dua melambangkan air.




Ulasan Persembahan Pembukaan
Awie,  Jamal Abdillah dan Sheila Majid
Akak tak begitu menumpukan perhatian kepada persembahan pembukakaan.  Ketiga-tiga penyanyi ini adalah nama-nama hebat kot dalam dunia muzik kat Melesia.  Suara dan persembahan mereka memang tidak dapat disangkal bagusnya.  So apa yang membuatkan akak teruja ialah persembahan pembukaan ini very the membuatkan akak terpana dengan lighting ala-ala air hujan jatuh ke badan Awie.  Kawan-kawan akak yang menonton dengan akak dirumah sambil bersteam boat pun berasa sangat kagum dengan lighting air hujan itu,  sampai depa kata "U olls!  Tu ayak betui ka?"  Lantas Danny Harmizi iaitu Miss South Africa 2011 pun berkata "Hello u olls!  Kalau tu ayak betui...dah lama Awie syok karen atas pentas tu!"  Memang kesimpulannnya,  persembahan pembukaan menunjukkan betapa kualiti fokus shot,  kualiti lighting dan sound system adalah amat memuaskan.  Walaupun kami hanya menonton menggunakan TV kongkak 70 inchi katanya!


Sapa pernah tengok Jamal Abdillah secara live?  Yaaaaaaaaaaaaaa.........beliau sangatlah hemsem bila ditengok secara live okay. 


Akak pernah bertemu dengan Awie di sebuah kelab malam di Penang.  Masa itu akak tengah cekcur bersama rakan-rakan.  Tiba-tiba we olls jumpa Awie.  Masa tu Awie tak kawen dengan bini dia sekarang ni lagi.  Akak pun pergi kat Awie dan kata..."Awie...i love u!!"  Pastu Awie pun jawab balik...."I love you too!"  hahahah memang dia sangat ting tong dan tak kekwat.  Dia tak tinggi sangat.  Dia lebih kurang akak je.  Yang penting,  pada malam itu,  akak sempat peluk dengan Hans Issac okay.  Walaupun dia agak kekok-kekok dengan akak gitu...


Sentap dengan kejelitaan Kak Shiela yang sangat comels dan bersih ini.  Sangat suka imej dan penampilan beliau. 



Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol

 Masok mana-mana pertandingan karaoke atau kugiran,  peringkat mukim ataupun kebangsaan.  Sapa-sapa yang nyanyi first memang nasib tarak bagus la.  Orang baru nak panas!!  Depa pi nyanyi mula-mula.  In the end,  persembahan depa walau bagus macam mana pun akan dilupakan oleh penyanyi yang seterusnya.  Apa pun,  Projek Pistol memang best pada malam itu.  Suara beliau sangat relaks,  bersahaja and very the rock Indonesia.  Akak bangga okay!


Sedetik Lebih - Jaclyn Victor

Apa yang membuatkan akak terpana dengan persembahan ini of coz...is the baju!! Dress ini very the style sepupu akak iaitu Jennifer Lopez untuk 2007 Oscar.  Tak caya u olls tengok sini  :  J Lo 2007 Oscar.  Cuma tambahan berlian yang membalut di sebelah bahu lagi membuatkan baju ini jadi sangat 'sesuatu'.  Nak cerita apa lagi pasai persembahan ini?  Erm..........takdak apa sangat.  Cuma sangat makan ati dengan suara Kak Jack...(biasala tu).  Lagu ini actually kalau originally sangatlah simple,  tapi bila mai kat hari final ni,  depa duk improvise macam-macam dah sampai jadi terlalu havoc.  Entahlah....what do you think? 




Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque
Depa membawa kelainan dengan membawak elemen-elemen kampung.  Sesuatu yang akak tak terfikirkan pun boleh masuk dengan lagu they olls ni.  Siriesly,  mengena.  Tiba-tiba akak yang tak suka lagu ini,  rasa macam meriah pulak bila menonton persembahan meriah ala-ala kampung ni.  Walaupun u olls rasa persembahan ini agak semak ....but wait! Nanti ada persembahan yang lebih semak dan membuatkan u olls rasa macam tengok rancangan RTM.  Akak suka persembahan depa dua ni. 


Kepada adik-adik akak yang berbadan kecik dan kurus kedekiang,  and if u olls nak berkebaya,  inilah gayanya yang sesuai untuk u olls.  U olls kena pakai kain berat seperti broket,  cotton ataupun songket pastu buat kebaya klasik yang very the kebarung.  Baru u olls nampak menyelerakan.  Jangan duk verver pakai kebaya nyonya sedangkan badan u olls persis ikan bilis.  Akak suka penampilan Atilia. 




Gadis Semasa oleh Yuna

Persembahan yang sempoi dan bersahaja.  Untuk u olls yang mengatakan bahawa nyanyian Yuna ini tidak jelas dan sebutan perkataan yang melerek itu seolah-olah mengganggu u olls.  Well,  what akak can say is,  ini style nyanyian beliau.  Jazz jazz santai gitu.  Akak suka cara beliau.  Ada style.  Nyanyian beliau memang semakin bagus dan very the yakin.  Memang salute kat perempuan bertudung ini.


Satu lagi yang membuatkan akak terpikir apabila melihat gaya tudung Yuna yang menjadi ikutan anak-anak gadis sekarang.  Bayangkan budak pompuan kat kampung,  ronda naik motor petang-petang pakai tudung ala-ala Yuna.  Mesti lipatan depan tudung itu melekat-lekat kat dahi dia.  Serrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!  Ikat ala-ala Kak Senduk sudahhh!




Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan,  Ana Raffali dan Altimet
Lagu ini memang lah sangat 90an.  Kita rakyat Melesia dah dengar banyak kali lagu rentak macam ni.  Yang jadi lain sikit ialah ada rapping oleh Altimet yang tiba-tiba mai naik motor.  Persembahan tarian yang melampau-lampau sesak.  Inilah yang akak katakan persembahan RTM u olls.  Akak tak tau lah apa yang they olls nak sampaikan kat sini,  dunia remaja yang bercinta tak hingat dunia?  Erm.... tak sampai langsung mesej itu.  Selain itu,  akak jugak terganggu dengan gelekan getis oleh Anna Raffali yang tidak berkoreografi.  Mungkin inilah contoh tarian orang yang dah tak sabar nak menikah u olls.  Takpa...akak paham.  Akak dah lima bulan lega.  HAHAHA choiiii!


Akak lebih suka dress ini berbanding dress kuning untuk karpet biru itu.  Merapu.  Dress ala-ala kebaya ini adalah lebih classy dan boleh diterima oleh mata akak. 



Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif


Gadis termuda yang masuk AJL.  Siriesly,  akak sangat bangga dengan pencapaian Najwa Latif.  Walau bagaimana bagus pun lagu ini,  namun akak rasakan Najwa Latif masih tidak selesa ketika membuat persembahan di malam gah ini.  Akak faham.  Akak faham.  U olls masih feeling anak-anak pipit gitu,  nak nyanyi sebelah enggang,  garuda dan para burung-burung merah kan?  Tapi takpa u olls.  Yang penting apa yang u olls buat adalah sangat membanggakan semua kaum remaja di Melesia ini yang sangat heart dengan lagu u olls. 


Dress u olls tidak sesuai dengan u olls dan lagu ini.  U olls tidak perlukan pelakon tambahan yang ala-ala tingtong itu.  And kalau akak jadi u olls.  Akak duduk betui betui dekat hujung depan pentas....supaya orang nampak AKAK ada di sini untuk menyanyi.  Bukan untuk duduk kat belakang komputer kotak tu semua. 


Karma oleh Faizal Tahir

Siriesly!!  Akak suka persembahan beliau kali ini.  Simple dan very the matang u olls.  Kalau tahun lepas dia guna elemen air,  terjun-terjun dalam kolam macam mana ka...but this time dia pakai piano berapi teruih!!  Ala-ala Lady Gaga u olls.  Siriesly...akak sangat kagum dengan bakat beliau.  Dan paling membuatkan akak lega di hati ialah,  di akhir persembahan ini Aziz Satar tak keluar pun.  Haa...lega...........


Penakut oleh Yuna

My peberet song u olls!!  Siriesly,  untuk u olls yang berjiwa Ameriken seperti akak u olls dapat rasakan getaran lagu Penakut ini menusuk hingga ke tulang pelvis u olls.  Lagu jenih macam ini adalah sangat popular dan sangat in dengan orang Amerika sekarang.  Siriesly,  kalau kita nak suruh Yuna perform macam ni untuk Noble Awards ataupun Oscar ka...akak tak akan malu u olls!!  Dan maybe orang tak paham dengan gaya dress Yuna yang colourful macam ni.  U olls...inilah gaya terkini for 2012.  Very the vintage macam mana ka....


Sungai Lui oleh Aizat

Another feberet song of mine.  Akak menjangkakan lagu ini akan menang sebab lagu ini sangat unik dan very the sedap.  Tapi tak menang jugak.  Persembahan yang simple dan ada elemen-elemen lukisan pasiak di belakang skrin.  Kelesss TV3 sekarang!



Kisah Hati oleh Alyah

Sapa yang tak naik bulu roma ketika beliau menyanyi adalah penipu ataupun OKU pendengaran.  Walaupun TV kat rumah we olls hanyalah 70 inchi,  tapi yang penting we olls semua sangat teruja dengan penyampaian kakak Alyah.  Very the imajinasi adik-adik nyah di Melesia ini semua seperti kami. Feeling-feeling Barbie pakai baju Sendralela.  Pastu buat macam patung-patung turun tangga u olls.  Aiiiyooooo.....walaupun turun tangga bagai.  Tapi nyanyian beliau sangatlah mantap.  Tak dengar pun sangkak.  Sebab tak dinafikan masa beliau nyanyi di peringkat separuh akhir haritu,  beliau sangat sangkak. 

Untuk adik-adik yang baru nak naik,  akak nak share dengan u olls kat sini bahawa rambut Alyah jugak bukan rambut betui ya.  Depan sahaja rambut beliau,  pastu depa tangkup dengan extension wig ala-ala barbie macam tu.  Kalau nak?  Boleh pi beli kat satu kedai rambut pelasu kat area Pandan.  Next!!


Dan akhir sekali.....taktau macam mana ka.......Remy Ishak mai!!!!! Pastu depa pelok.  Celaka nak harammmmmmmmmmmmmmmmmmm betui akak jeles.  Dahla En.  Khafi kerja malam hari itu.  Tak tau pasaipa....bila tengok Remy Ishak berpelukan,  akak pulak yang setim.  Mana En.  Khafi??  Mana???




Awan Nano oleh Hafiz

Aiiiiyooooooooooooooooooooo!!  Walaupun ada jugak lakonan-lakonan bodo yang tak diperlukan,  namun,  akak suka sangat suka dengan kemantapan vokal budak ini.  Siriesly.  Sebijik macam dalam Ipod kita (feeling akak pakai Ipod kan?)  Tahniah Hafiz.  U olls memang layak menang best vokal.  Tak perlu buat over-over, suara u olls memang best. 

Apa pun,  Hafiz punya baju paling meletops pada malam ini.  T Shirt dan Track Suit ala-ala pi pasar malam u olls. 

Beribu Sesalan oleh Ning Baizura,  Jaclyn Victor  dan Shila Amzah




Seperti yang akak ramalkan,  lagu ini pasti mendapat tempat di hati semua penonton AJL malam itu.  Memang betui pun.  Akak sangat sentap dengan paduan vokal mereka yang sangat tersusun dan bermelodi itu.  Tapi hanya pada permulaan,  bila dah start lagu semua.....nenjiaaaaaaaaaaaaaaaa!!  Tiga-tiga ekok macam nak fight.  Kami jangkakan persembahan yang ada turun naik klimaksnya,  tapi ini semua depa bubuh klimaksssssss saja dari awai sampai last.  Satu macam punya naik minyak punya...Siriesly,  akak hampa dengan persembahan depa.  Maybe jugak sebab kita dah tengok depa perform meletops banyak kali lagu yang sama sebelum ini.  Betui tak?  So nothing different.  Kan?




Sedikit ulasan baju baju depa.  Shila Amzah dressing macam aunty-aunty.  Kak Ning,  typical Rizman Ruzaimi,  kain duyung kepok-kepok dan yang akak suka hanya Jacklyn Victor yang feeeling-feeling Anne Hathaway for Golden Globe 2011. 


Ulasan Persembahan Penutup
Tribute to Sudirman by Azlan & The Typewriter,  Hazama dan Black

Okay,  akak macam terover eksaited macam mana ka.  Masa depa nak start lagu last iaitu Salam Terakhir,  bila muzik dia start akak jadi eksaited dan jerit "Wehssss!! Depa pasang lagu Fransica Peter!"  Tak tau macam mana,  starting lagu Salam Terakhir ni membuatkan akak feeling-feeling depa panggil Fransisca Peter naik nyanyi lagu Sekadar di Pinggaran.  Pastu akak kena maki dengan kawan-kawan akak semua "Kakak duk merapu apa........ni lagu Sudirmanla,"  Akak yang terboje (termalu yang amat sangat) di depan terus tunduk dan buat dek sahaja.  Nasib baik duduk paling depan TV,  kalau duduk belakang mesti depa akan nampak muka aku yang tengah terbojeh ini. 



Para Pemenang

Pertama :  Awan Nano
Lagu ini sangat layak untuk menang.  Kalaulah menang kat Penakut by Yuna nampak sangat kredibiliti AIM sangat dipertikaikan.  Apa pun,  lagu ini memang sangat layak menang.  Seperti yang akak simpulkan,  lagu ini memang patut menang sebab M Nasir yang buat!  Bermesej nasihat.  Dah lama lagu lagu nasihat ni tak menarik perhatian orang u olls.  Asyik-asyik cinta sahaja. 


Kedua  :  Beribu Sesalan
Akak memang tak sangka lagu ini akan menang.  Yelah u olls!  Selalunya kalau AJL ni dia akan bagi lagu lagu yang terkejut kejut sikit untuk menang.  Tapi lagu yang disukai orang ramai ni jarang akan menang.  Tambah pulak lagu cliche feeling-feeling mangsa cinta macam ni.  Memang susah nak menang.  Tapi depa menang jugak!!!  Siriesly....akak tak sabar nak pi Redbox tak lama lagi sebab katanya lagu ini dah ada dalam senarai lagu untuk dinyanyikan.


Ketiga  :  Karma
Akak pun tak sangka lagu ini akan menang.  Tapi its a good song.  Walaupun akak sedih kenapa Penakut tak menang apa apa langsung.  Tapi takpalah.  Lagu ini pun sesuatu jugak. 


Vokal Terbaik  :  Hafiz
Perlukah akak ulas lagi?  Tahniah u olls!


Persembahan Terbaik  :  Kisah Hati
Inilah yang paling akak suka sekali.  Maybe sebab bawak Remy Ishak ke pentas.  Makan hati okay.  Apapun....nantikan nanti akak rekod suara akak nyanyi lagu ini.  :)


Syabas untuk Barisan Penganjur


Last but not least,  akak nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur AJL26 iaitu TV3 sebab u olls telah mempersembahkan satu upacara anugerah yang sangat bermutu tinggi,  profesional dan very class.  Akak berkata sedemikian kerana  :
  1. Pukul 11.30 rancangan dah setel semua!!  Takdaklah melerek sampai pukul 12 lebih.  Kira memang sharp and simple!
  2. Takdak jemput VIP VIP mana seperti Menteri dan sebagainya.  U olls panggil big boss u olls sahaja.  Dan paling akak respek ialah,  masa time iklan,  ampa dah panggil pembagi hadiah naik pentas siap-siap!  Bagus sangat!
  3. Persembahan selingan yang sedikit dan simple.  So semua orang just focus kepada persembahan peserta sahaja!
  4. Pentas yang besar luas dan menggunakan paparan LED yang sangat classsy!  Takpayah pakai Faratik apa semua loklak buat semak tu semua.  Just pentas dan lighting yang meletops!  Very the international u olls.
  5. Sound system yang gempak.  Jelas dan clear.  Takdak masalah tergendala ataupun tercabut wayar macam time Jefri Din buat show dulu.

Dan dua sahaja benda yang akak tak suka tentang AJL26 ini ialah  :
  1. Bunga yang depa bagi kat pemenang tu semua awat macam merapu-rapu sangat.  Macam tak siap!  Sapa yang sponsor bunga kat ampa?
  2. Para penari yang ampa hire semuanya sampah.  Baik penari RTM lagi meletops!


Sekian sahaja ulasan daripada akak.  Kalau salah silap.  Jangan marah.  Sorry akak tak berapa nak mencarut untuk ulasan ini kerana masa akak tengok AJL26 ini,  hati akak sangat tenang dan relaks sebab sambil tengok AJL26 kami semua happy sambil layan steamboat kat rumah akak.  Meriah okay.  Ada ramai kawan-kawan akak,  cuma suami akak sajer takder sebab beliau kerja malam.

Pukul 8.15 nenjiaaa semua setting dah siap dah!

We olls buat steamboat tomyam gitu.  Cip in beli fish ball,  fish cake,  sayur,  jagung,  daging dan ayam.  Hasilnya....memang banyak sangat maknena yang kami beli.  Acara ini sangatlah dan haruslah dibuat selalu kerana makan steamboat adalah sangat fun!  Walaupun terpercik su-un panas kat muka akak,  tapi kesedapan kuah tomyam yang akak buat membuatkan akak lupa nak maki hamun kat kawan akak yang tersilap tuang kuah itu. 

Dulang ini...Danny Harmizi yang susun.  Very the kekwat-kekwat ada su-un semua.
Ini pulak susunan akak.  Very the topicana gitu!!!


Jom baca ulasan AJL26 by anak ayam akak iaitu Eizhall Eizhann Azami  :  http://www.facebook.com/notes/eiyzall-eizhann-azami/ulasan-anugerah-juara-lagu-26/289058507822070

7 comments:

  1. naiseeee one..even ade part2 terasa diri dimedek oleh mak hayam.. hahahhaha... naiseee naiseee review...

    ReplyDelete
  2. YA ampunnn Jumie, akak memang setuju dengan ulasan2 uollls,
    Ampunnnn nasib baik bukan akak sajork yang perasan penari2 lahar nak mampus.
    Bunga tu merepek gila siap ada rambu ramba, yang paling best bunga pemenang siap ado bulu2 bagai. Kau mampoooo??

    ReplyDelete
  3. curlas ko jumiesss..... meletops ulasan,...dr areil polisas dadidu....

    ReplyDelete
  4. Aiiiyoooo Ariell, mana menghilang hang sekarang. Aku ingat hang lagi okay. Add la kat Facebook! Jangan kekwat kekwat :)

    ReplyDelete
  5. salam jumie

    i love yr blog...it's quirky & very witty.

    by the way..rambut palsu is 'wig'...not 'wick'..'wick' tu sumbu/benang yg ada ditengah2 lilin tu.

    :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...