13.3.12

Andrej Pejic, Adik-adik Yang Sangat Cantek

Assalamualaikum Akak Jumie ^^

Saye ada 1 permintaan nak mintak kat akak. Bole dak akak wat post kat beloq akak yang vavavoom tentang Andraj Pejic.

Beliau sangat kelez laa menangis mak-mak hayam nengok nok tu yang very da woman walaupon tak mggunakan bantuan marvelon segala (yeke) .... saye teramat kagum plak ngan kesantekkan beliau, so nak tau la serba sedikit tentang dia.

TQ Kak Jumie Vavavoom ^^

Airashii Haffiz Kun

Hello Airashii, 

Meletops depa.  Thanks sebab bagi akak satu idea menulis yang sangat bagus.  Disamping memperkenalkan seseorang yang dalam meletops dalam dunia kita ini,  akak juga merasakan ada mesej-mesej penting yang boleh akak sampaikan apabila akak bercerita tentang Andrej Pejic ini.

Actually akak dah diexpose dengan Andrej Pejic sejak membaca blog Obefiend tentang seorang model lelaki yang menjadi peragawati profesional u olls.  Yes,  PERAGAWATI.  Akak tak salah eja.  Akak tulis betui.  Andrej Pejic ialah seorang model lelaki di dunia ini yang memperagakan pakaian wanita secara profesional tampa perlu membuat operate tetek atau makan pil hormon.

Tak percaya?  NENJIAAAAAAAAAA  AMPA TENGOK GAMBAK DIA NI KAT BAWAH!




Sekarang,  kau sudah bersedia untuk mengeluarkan pelangi dari mulut u olls???  Meletopskan beliau?

Okay,  jom kita berkenalan dengan beliau.

Andrej Pejic dilahirkan pada 28 Ogos, 1991 di Tuzla, SR Bosnia-Herzegovina, SFR Yugoslavia.  So dia memang keturunan Serbia + Croatia.  Bila depa duk perang kat Bosnia sampai bom bom semua.  Mak dia apply untuk pindah ke Australia sebagai pelarian perang.  So pada tahun 2000,  depa satu family pindah ke Australia. 


So ting tong tiang,  tak tau macam mana ka,  dia dapat offer jadi model.  Nama beliau dalam dunia fesyen tiba-tiba meletops apabila pada Januari 2011 beliau telah menjadi ketwok model baju-baju pompuan dan baju-baju jantan untuk pertunjukan fesyen Jean-Paul Gaultier.  Meletops tak u olls?  Kalau tak salah silap akak,  inilah kali pertama ada model yang boleh buat macam ni.  Kerana Andrej Pejic adalah seorang yang androgyny.


Andrej Pejic Walks Jean Paul Gaultier Fall 2012 Show 
Jom tengok dia feeling ketwok pakai baju pompuan dalam pesyen show ini.

Baju yang beliau pakai ini akhirnya di order dan dipakai oleh Rihanna untuk satu red carpet show.  Akak tak ingat red carpet show apa. 

Spring 2012 Menswear Jean Paul Gaultier
Okay untuk show ini,  Andrej pakai baju jantan pulak.  Tapi bagi akak,  rambut kepok kepok itu tetap membuatkan beliau nampak woman.


Nampak maca Taylor Swift pun ada jugak. 

Still nampak woman bagi i olls.

Still nampak woman.

Androgyny bukan bermaksud dia pondan atau khunsa atau apa-apa.  Andrej Pejic dilahirkan sebagai lelaki,  ada kote semua u olls,  dia pun memperkenalkan diri dia sebagai lelaki,  'boy'.  Tetapi keistimewaan lelaki yang androgyny ini ialah mereka mempunyai ciri-ciri fizikal luaran kedua-dua jantina,  feminin dan juga maskulin.   Gambar-gambar di bawah maybe a bit disturbing sebab muka dia woman sangat,  tapi bila dia tunjuk bahagian lain kat badan dia,  ampa akan nampak the other side of him.

Yes,  tektek jantan.  Kalau pompuan tektek kecik pun,  ianya tidak berbentuk macam ni.  Pompuan tetek kecik bentuk dia macam biskut pong.  Ampa tau tak biskot pong tu apa?  Pi la Google Image "biskut pong".

Nenjia....ni nampak bentuk skrotem teruih.

Tiada biskut pong di sini.  Ini puting tektek jantan.

Sebab itu,  Andrej boleh pose pakai baju lelaki and pompuan.  Dia bukan drag u olls.  Dia tak payah make up tebai,  tak payah cukok kening,  tarik dahi dengan koshtep semua nak bagi muka tegang,  dia tak payah buat apa,  just bagi pakai baju pompuan,  make up light-light,  pose senget sikit...nenjia dah woman u olls.  Pastu kalau pakai boot macam mana ka,  tekakang sikit,  buat muka macam nak fight sikit terus jadi muka jantan yang sangat jambu.  Ini first time akak tau tentang term ini.

Sejak itu,  nama Andrej memang makin hot sekarang.  Macam-macam nama besar fesyen antarabangsa nak amik dia sebagai model.  Ada baju lelaki,  ada baju pompuan,  baju pengantin?  AKAK TAKPASTI.

Ini beliau untuk photoshoot majalah.

Kontroversi tercetus apabila,  Majalah FHM menamakan beliau sebagai WANITA ke 98 terseksi di dunia dalam senarai 100 Sexiest Women in the World 2011.  Anugerah itu telah mendapat kutukan habis-habisan daripada kaum wanita sebab dia bukan betui-betui wanita.  So akhirnya,  FHM pun buang 'anugerah' itu untuk Andrej Pejic. 

Beliau di hari biasa.  Tampa make up.
So u olls semua,  especially adik-adik.  Lepas u olls tengok Andrej yang cantek ini,  pastinya u olls makan hati dan tiba-tiba verver dan berkata "Kenapa aku tak cantek macam tu?"  Siriesly,  u olls sangat berdonsa okay.  U olls kena bersyukur dengan apa yang Allah dah berikan kepada u olls.  Janji ada hidung,  ada mulut ada tulang empat kerat. 

Takpayahlah u olls verver nak mencantikkan dan meng-woman diri u olls agar setanding Andrej Pejic.  Takder maknanya u olls,  fikirkanlah 93847 kali sebelum u olls berjinak-jinak nak memakan pil hormon.  Kalau u olls nak makan jugak hormon agar menjadi lebih woman,  better u olls consult dengan medical doctor.  Tanya betui-betui,  sebagai seorang doktor depa tak akan diskriminasi punya.  Depa akan cakap betui betui apa benda yang terbaik untuk badan u olls itu.

Sesuatu yang pernah dikatakan oleh sahabat baik akak iaitu Lan Cantek, 

"Kalau hang tu pondan,  hang takpayah nak pakai pompuan,  padding apa semua.  Pakai baju macam biasa,  takpayah drag.  Bila hang jalan saja,  1 batu jauh dia dah tau hang pondan.  Tak payah nak pakai pompuan sangat," 
I sangat agree dengan Lan Cantek.  Kepada adik-adik di luar sana,  cintailah diri u olls seadanya,  jangan terlalu ikut nafsu dan memaksa diri semata-mata nak menjadikan diri u olls cantek. 

Bagi akak,  kalau u olls nak kekal nampak cantek di mata semua orang,  binalah personaliti yang baik,  pakaian yang kemas,  badan yang bersih dan ada 'hati' yang penuh dengan ilmu untuk meng-WOW-kan orang ramai apabila u olls bercakap.  Itulah seorang insan yang cantek. 

My love goes out to all adik-adik yang baru nak naik di luar sana.  Hidup kita sangat mencabar.  Jangan terlalu mengejar kecantikan dunia.

ps/  Jantan : Hai...nama apa? 
Pondan :  Mala......
Jantan :  Mala apa?
Pondan :  Matapetaka

Love,
Jumie Samsudin

Sumber  : 
http://andrejpejic-portfolio.blogspot.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/Andrej_Pejic
http://www.style.com/

10 comments:

  1. Tulang rahang dia tinggi & bibir dia mungil. Untunglah dia boleh bolot modelling job. Hee. Makan hati model lain.

    ReplyDelete
  2. i like him so much..what a God creation

    ReplyDelete
  3. hakak, sakit perut baca post ni la, dari awai sampai abess...serius ketawa dalam terujahhhh.....apapown, hakak yang laing shantek di hatiku ini *gigihhhhhh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui noks. Macam akak lain. Akak dah operate semua, dah angkat sumpah tukar nama semua, dah boleh kawen semua.....akak sorang je boleh buat cam ni kat Melesia ni. HAHAHAH

      Delete
  4. yup betoi kata lan cantek.... aku memang sokong sesangattt..... tak payah nak menyusahkan diri... apa yang hang ada pada diri 2 dh kira cantekk dah.... tak payah dok makan benda2 mengaruttt wei... makan diri nanti.... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni Yazid yang feeling tak puas hati dengan akak pasai Cikgu Shida tu ke?

      Delete
  5. uals. ada rumors dia nak apply jadi Victoria's Secret angel. mampu?

    Faris

    ReplyDelete
  6. kakak, kalau pompuan makan pil hormon ni takpe ke??? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada juga wanita yang ambil pil hormon untuk tujuan-tujuan tertentu (not kecantikan semata-mata). Masalah kulit, period tak stabil dan macam-macam lagi. Better consult doktor sakit puan untuk mendapatkan jenama dan jenis hormon yang sesuai.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...