30.3.12

Cadangan Warna, Tema dan Trend untuk Majlis Perkahwinan untuk 2012/2013 by Jumie Samsudin


Artikel akak yang bertajuk cadangan warna warna sempena tahun 2011/2012 mendapat banyak sambutan daripada u olls semua. Ramai yang bagi komen, emel kat akak tanya mcam macam soalan mintak pendapat tentang warna apakah yang sesuai untuk depa. Ada yang dalam dilema bukan sebab dia tu kulit gelap ka apa ka semua, tapi dia dalam dilema sebab mak mentua dia dah siap siap atok nak buat tema colour apa, so dia terpaksa ikut saja. Lagu tuuuu pun ada.....bab-bab mak mentua ni akak tak masuk campur.

Akak juga amat bersyukur dengan artikel yang akak cadangkan pada tahun lalu dan akak sendiri berpuas hati kerana pengantin MERAH dan HITAM adalah sangat bekurangan sekarang. Alhamdulillah, thanks u olls semua kerana membaca blog akak dan mengambil tindakan atas saranan yang akak berikan.

So, akak harap panduan kali ini dapat membantu u olls dalam mengatur majlis perkahwinan u olls.

Warna Pilihan 2012/2013 - Warna-warna Masam
Secara rumusannya, kalau tahun 2011 warna warna terang menjadi cadangan kepada u olls semua. Tapi untuk tahun 2012 /2013 ni akak rasa adalah warna masam akan mengambil tempat. Bak kata Amy Janz, "Warna warna belacan u olls!" Ataupun Ayangkamell sebut "Warna-warna Malas".

Trend warna ini akan disulami dengan dekorasi dan hiasan dengan warna warna lembut dan very the vintage gitu. Sebab sekarang ni, pi mana-mana pun, orang amat suka feeling-feeling vintage u olls. Akak tidak akan ulas more on colour sebab akak rasa apa yang akak sampaikan di atas sudah dapat menggambarkan apa yang akak nak kata. So akak akan explore trend-trend perkahwinan lain yang u olls boleh fikirkan bersama.

So apakah warna masam?  Warna masam ini adalah satu terma yang akak cipta sendiri untuk menggambarkan warna-warna yang macam nak pudar tapi still cantek.  Berikut ada beberapa contoh warna-warna masam yang akak maksudkan.  Tak semestinya warna-warna masam ini semuanya nude okay.  Cuba rujuk dengan wedding planner (sila rujuk di akhir artikel akak dah letak panel-panel penasihat yang boleh u olls rujuk),  they olls pasti boleh memberikan cadangan yang baik.  Sebab warna-warna masam ni terdiri daripada pelbagai rona warna.  Ada hijau,  merah,  purple dan pink.  So pilihlah mana yang paling meletops dan sesuai dengan diri u olls. 

Contoh warna hijau masam yang diambil daripada fesyen show Vera Wang.  Colour dia hijau....tapi dia duk mai macam greyish macam mana ka kan?
Ini contoh baju amik dari Butik ShahReen.  Colour dia actually grey tapi dia macam nak masuk topaz macam mana ka.  So jadi macam grey-grey masam. 
Baju ini adalah daripada Shannel Harun.  Dia gold.  Tapi gold masam. 
Ini adalah baju hasil karya Shannel Harun juga.  Yes,  dia pink tapi pink pink masam gitu. 
Biru light yang sangat masam.  Dia nak jadi macam grey dah sikit. 
Yang ni memang sah dah sangat belacan warnanya.  Tapi still meletops u olls.  Semua baju-baju di atas ini adalah hasil karya Shannel Harun
Yes nampak merah cabai kan? But no...actually this is very the merah masam.  Kalau ampa tengok live,  warna ini ala-ala masam sedikit.  bila kena ligthing semua dia pop.  So inilah trend colour-colour terkini.  Ini adalah daripada Shannel Harun tapi boleh didapati di butik Shah Reen.  Nanti u olls boleh baca di bawah. 


Potongan Dress / Busana Pengantin 2012/2013

1.  Dress Modern Potongan Glam Red Carpet
Pengantin lebih mudah mengambil ilham ciptaan daripada perkahwinan artis/selebriti tempatan atau barat sebagai panduan yang more kepada potongan dress ala-ala red carpet begitu.  Simple tapi still elegan.  Selain lebih selesa dipakai,  ianya juga sangat ekslusif.  Sesuai untuk perkahwinan di rumah atau pun dalam dewan.  Menggunakan materials/ kain yang mewah seperti chiffon ataupun french lace.  U olls boleh tengok koleksi-koleksi di atas semuanya hasil karya Shannel Harun. 

Selain itu,  potongan dress selalunya lebih mudah disesuaikan untuk pelbagai jenis bentuk badan.  Kalau adam atau kuruih kedekiang,  macam macam potongan boleh diolah.  Selain itu,  dress modern ini juga sesuai untuk they olls yang bertudung.  Nampak sangat meletops actually.  Kalau tak very the cliche jubah je kan.

Contoh meletops daripada majlis perkahwinan kawan baik i olls iaitu Edros dan Aishah.  Baju depa dua sangatlah trend terkini untuk tahun 2012/2013.  Warna yang relaks dan timeless (maknanya sampai bila bila pun akan cantek) and potongan pun very the meletops.  Baju depa dua dibuat oleh Qudyn Kuala Lumpur.  Anyway...u olllss!  Aishah dah mengandung sekarang :)
Contoh terdekat untuk pakai suit relaks saja macam Kimi.  Dia tie pun tak mau pakai.  Ikut keselesaan u olls.  :)


Manakala si lelaki pula,  lani lebih ramai suka pakai suit.  Sama ada tempah baru ataupun depa beli siap kat butik-butik ready made.  Kalau pengantin lelaki nak kekal tradisional,  baju Melayu ala-ala Tomok sangat in sekarang.  Feeling berkerawang ala-ala Lady Gaga di bahu.

2.  Songket Klasik Kembali
Yes, trend songket kosong dengan potonan klasik seperti baju kurung tanpa pesak atau kebaya labuh akan menjadi trend terkini untuk tahun 2012 2013.  Tak perlu berkerawang dan manik sana sini,  kain songket bunga tabur atau kosong apabila dibuat baju pasang memang dah nampak GRAND ala-ala raja sehari u olls!  U olls boleh padankan dengan aksesori yang simple seperti rantai labuh serta cucuk sanggul.  Tapi kalau nak over,  boleh bubuh dengan head-gear 4 lapis serta gelang kaki semuanya!  Songket boleh dipakai untuk semua jenis wedding,  siang atau malam,  di rumah atau di dewan.

Ini ialah i olls Adam Suka Buat Muka Pelik dan isterinya yang jelita bertajuk Zadora.  Depa kawen baru baru ni Gurney Hotel Penang.  Depa pakai baju simple sahaja songket potongan klasik.  Make up by Razzi Musa.  I olls sangat suka walaupun potongan klasik dengan hiasan yang very minimalis,  tapi warna terkois cayer ini amatlah modern da trend 2012/2013 u olls. 

3.  Sorry for Indon Kebaya
Kebaya Indon............pleaseeeee noooooo moreeeeeeeeeeeeeeee!!  Sebab ini sangatlah 2008 u olls!

4.  Chiffon and Songket
Satu gaya terbaru yang makin mendapat tempat dalam arena fesyen perkahwinan 2012/2013 ialah gaya modern dress perkahwinan gabungan Chiffon dan Songket.  Contoh adalah seperti berikut.  Mungkin u olls nak consider buat macam ni.  Pilihan warna dan potongan adalah amat penting agar bersesuaian dengan tema,  warna kulit dan bentuk badan si pemakai.

Contoh gambar ini semua diambil daripada Facebook wedding planner tersohor di Malaysia iaitu Man Kajang.  U olls boleh baca kat sini  :  Butik Man Kajang


Trend Dekorasi Pelamin 2012/2013
1.   Modern Chic - No more Bunga Bunga Penuh Setaman

Pelamin - pelamin untuk tahun 2012/2013 dijangka lebih ringkas dan sangat minimal. Tiada lagi sarat-sarat bunga dan juga pokok pikik sepenuh taman. Akak rasa idea-idea seni ringkas yang seolah-olah latar belakang suatu tempat akan menjadi pilihan para pengantin dan juga wedding planner. Contoh-contoh trend pelamin mondern ini adalah seperti berikut :

Pelamin nikah Zadora dan Adam.  Simple and chic u olls.
Pelamin ini pasti u olls pernah tengok kan akak buat review.  So u olls.....orang Penang...sapa lagi berani buat macam ni?
Ini adalah pelamin bulat bulat ala pelamin akak.  Tapi ini adalah hasil karya Surianie Samsudin from The House of Red Gincu.

Ini kerana idea seperti ini adalah sangat modern, mudah diolah malah sangat unik. Mungkin kat KL they olls dah berani buat idea-idea macam ni, tapi kat Penang ni akak tak tau la. Selagi takdak bunga dan lampu klip klap dan juga bulu-bulu ayam ...........................maka tidak lengkaplah pelamin itu.  Please ya....wedding-wedding planner area Penang dan Utara,  sila amik pusing dengan saranan akak ini.  


2.  Mainan Cahaya

Kalau dulu kita suka pelamin meriah dengan serabut bunga di sana sini,  sekarang orang tidak akan over-over kat bunga dah.  Elemen baru iaitu mainan cahaya neon bakal mengambil tempat u olls.  Bukan lampu klip klap ya.  Tapi lampu-lampu neon ala-ala avatar gitu.  Sesuai untuk wedding malam atau dalam dewan,  pelamin yang bermandikan cahaya neon pastinya akan membuatkan suasana sangat WOW!  Ini ada beberapa contoh untuk u olls.  Tapi one thing about pelamin yang bermain dengan lampu-lampu neon ni,  u olls kena bajet yang meletops ya  Kalau bajet RM500 satu pelamin,  baik takpayah! 

Dua pelamin di atas adalah daripada The House of Bridal,  Shah Reen. 
Nak masuk jugak...........pelamin akak kan??????????? Pelamin akak ni ada LED jugak u olls.  Memang meletops sangat kalau ampa dapat tengok live.

Trend Solekan Pengantin 2012/2013 - Nipis dan Fresh
Yessssssss!!  Jangan duk kalut pilih baju and dekorasi pelamin meletops sahaja.  U olls kena titik berat pada make up juga.  Sebab kecantikan dan kesempurnaan u olls pada hari bahagia itu terletak kepada semua aspek diri u olls.  Untuk trend make up 2012/2013,  haruslah very the light and fresh u olls.  Eye shadow menggunakan warna-warna earth atau coral.  No more eye shadow biru,  hijau dan sebagainya.  Apatah lagi eye shadow 7 colour di mata.  No more smokey eyes atau hitam-hitam bawah mata ni.  Itu semua trend 2008.Macam akak,  akak suka make up letak eye liner sahaja di kelopak atas mata,  bahagian bawah mata,  akak suka biar kosong dengan sedikit smudge cokelat.  Agar pengantin nampak lebih muda dan fresh.    Bulu mata pun very the light and nampak natural.  Pemerah pipi dan lips pun very the simple-simple dari rona coral,  merah lembut atau pink purplish. 

Make up by Jumie Samsudin.

Kata Ayangkamell pula "Bab ni susah nak predict.  Sebab taste manusia ni,  sorang pun dah dok ada 1001 macam taste.  Apapun I rasa ada relate dengan busana.  Kemungkinan begini,  kalau mata dah galak, depa nak bibiaq pucat atau sebaliknya.  Warna kilat elektrik bagi satu satu warna mungkin naik balik.  Yang pasti trend deep-set (soket) kembali dalam permintaan. Tangan ni pun dah dok gatai buat mcm tu kebelakangan ni.  Smokey eyes dan bulu mata tebai mungkin berkurangan.  Namun yang menariknya, apa yang 100% kekal adalah penggunaan warna mesti ikut tema majlis depa. Kalau nikah dengan cara nikah, kalau sanding pulak mesti lebih vavavoom dari nikah,"

Make Up by Ayangkamell Ibrahim.

Sekian sahaja ulasan ringkas dari akak mengenai cadangan warna,  potongan busana,  tema dan trend perkahwinan bagi tahun 2012/2013.  Siriesly akak cakap,  kalau u olls rajin pi la google sana sini sebab ada ramai bakal pengantin yang duk tulis macam macam blog pasai Bride To Be ni.  Depa style gigih gila buat research and bubuh gambar macam-macam pasai latest wedding fashion.  Apa yang akak persembahkan ini bukanlah begitu mendalam pun,  very the light-light sahaja. 

Nasihat akak,  apa pun,  always ikutlah bajet u olls.  Jangan over sampai membuatkan u olls tak nampak seperti diri u olls di hari perkahwinan.  Ingat ya adik adik semua,  nak berkahwin hanya 3 jam.  Masuk nikah dan sanding belah pihak lelaki lagi 6 jam.  So,  kawen tu 9 jam sahaja.  Nak hidup sebagai suami isteri...............................sampailah bila bila selagi ada takdir dan jodoh.  Pikir masak-masak ya.  Jangan terlalu over nak pikiak pasai kawen tapi persediaan sebagai isteri tiada langsung.  Erm....haruskah akak buat artikel itu?  Persediaan menjadi seorang isteri.  Macam meletops jugak kan?

Okaylah,  akhir kata.  Marilah mentengok senarai pembekal informasi untuk artikel ini yang terdiri daripada kawan-kawan akak yang tersohor.


Shannel Harun
Fashion Designer
No tel  :+013-6388739
Emel  :  adrieanna_altamirano@yahoo.com


Surianie Samsudin
Wedding Planner
The House of Red Gincu
No tel  :  +019-5434377
Emel  :  redgincu@yahoo.com



Shah Reen
Wedding Planner
The House of Bridal
No tel  : +017-5925158
Emel  :  m_shahreen88@yahoo.com



Razzi Musa
Make Up Artist Selebriti
No tel  : +013-2227871
Emel  :  ojang_n9@yahoo.com



Ayangkamell Ibrahim
Make Up Artist Selebriti
No tel  :  +012-9126157 / +019-3694010
Emel  :  ayangkamell@gmail.com

9 comments:

  1. Kami kalau bab2 kawin ni laju la nak komen. Hehe :p

    Warna hijau masam dalam gambaq 1st tu memang color trend this year. Nama color ni mint.

    ReplyDelete
  2. zue still tgh mencari tailor yg sesuai untuk wat baju kahwin..
    setakat ni semua tailor yg zue tanya, baru cakap design baju hat zue nak, depa dah senyap...

    tension lak rase...

    ni yg rasa cam nak kawin pakai baju kurung cotton ja satgi...

    ReplyDelete
  3. Jumie kalau kami nak perkhidmatan make up hampa berapa hampa charge? Rumah kami kat Kulim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. U olls...emel la kami....komen ni macam mana la nak berurusan.

      Delete
  4. okeh sebaik kami tak silap memilih..busana kami akan kaler pink masam..tima kasih kat jumie yg byk membantu..

    ReplyDelete
  5. kak tahun depan baru nak kawin...thanks for tips hahaha

    ReplyDelete
  6. Best la tips kak jumie..sgt berguna untuk bride to be like me...
    thanks Kak ^_^

    ReplyDelete
  7. saye pon suka benor bace belog kakak jumie kacak bergaya kita nih! malathopsss!!! i very the like! hihi

    ReplyDelete
  8. warna n design utk 2014 please sis... dh buntu ni.. esp utk jejaka yg si hitam manis, hehehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com