21.3.12

From Kejuruteraan kepada Seni Reka Fesyen

As salam kak jumie,
Saye ni pelajar semester akhir course civil engineering,  how ever there's something in me that keep telling myself that i have the talent to become a fashion designer. Masalah saya sekarang ni, what should i do after graduate ogos nanti?  Adakah saye patot lupekan hasrat tuk jadi fashion designer and proceed my life with civil engineering related job (which im not as enjoy as being a fashion designer) or should i try out to become a fashion designer which i have no basic at all? Boleh tak akak bagi pandangan tentang dilema yang saye hadapi sekarang neh,  since akak kan sangat pakar memberi nasihat.

Thanx in advance.

Sincerely;
zuco abu hasan

Dear Zuco,

Wasalam adik ku.  Thanks sebab tanya soalan ni kat akak.  Tapi akak harap akak bukanlah the only person yang hang rujuk.  You case is very interesting.  Pada pendapat akak yang merupakan seorang yang bekerja dalam dunia akademik ni,  akak amat mensarankan u olls untuk  refer dengan you punya penasihat akademik (pensyarah) or your timbalan dekan bahagian akademik.  Ataupun kat Universiti kan ada kaunselor.  Apa kata u refer dengan they olls?


Tapi sebelum u olls mengorak langkah dalam dunia kerjaya (tak kisah la as fashion designer or engineering),  ada banyak benda yang u olls kena consider ya.  Kalau akak jadi hang,  akak akan buat mind map ataupun list apa apa yang memudahkan hang faham.  Bermula dengan kerjaya.  Pastu bukak dua cabang,  fashion designer dan satu lagi engineering.  Pastu bukak lagi cabang, banyak-banyak cabang yang consist of,  how to bayar PTPTN?  Where to gain experience in fashion designer?  Bla bla bla.  Pastu tengok semua possibilities yang ada.  Lebih besar perspektif u olls,  lebih mudah u olls membuat keputusan.

Akak telah mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada seorang rakan akak yang mempunyai kelulusan dalam bidang  interior design tapi akhirnya mencapai kejayaan dalam bidang solekan.    So this is his answer.  U olls baca dan hayati sendiri.  Nama beliau juga bukan calang-calang dalam dunia solekan profesional kat Melesia ni ya.  Jom kita baca dulu jawapan daripada beliau  :

Hahahaha... tau tau jer Jumie ni mcm nak sama dengan kisah lampau I! HAHAHAHA

Dah terang terang Zuco tu sendiri yang jawab masalah dia.  Dia dah pun jawab dia 'Enjoy to be fashion designer, rather than continue to something that he/she not enjoying,"

Habaq kat dia,  manusia akan kehadapan apabila yang menunggu dihadapan itu memberi kegembiraan.  Tak ada sapa yang suka buat something yang depannya kasi benda yang dia dah tau yg dia tak suka.

Pasai ada atau tak ada kemahiran tu,  dia kena tau dalam dunia tak ada satu kerja pun yang TIDAK memerlukan pengetahuan dan pengalaman.  Dan kalau dia faham semua itu memerlukan masa untuk mendapatkannya,  maka dia tak da masalah memilih apa yang dia suka.

Kesimpulan yang akak boleh kasi,  teruskan kerja sebagai engineer tu dulu sebagai kerja utama.  Bila gaji tu, ambik duit tu pakai buat belajaq selok belok tentang dunia fashion design dulu. Atleast ambik sijil menjahit katanya.  Dalam masa yang sama dia dapat dua dua.  Esok dah yakin ada pasaran untuk fashion design dia, haaaa hambek kata kat dia.  Pulun keras design baju sampai tak menang tangan.  Yang penting habaq kat dia.  Jangan lupa akak disini..*tetiba nak jugak.

Yang benar,
Ayangkamell Ibrahim
 

Meletops tak Ayangkamell duk posing dengan udang karang. Akak saja buboh gambar ini. Kerana udang-udang itu melambangkan "Fashion Design atau Engineering" Kerlass!

Aiiiiiyoooooo!!!  Meletops sangat kata-kata Ayangkamell itu.  Yes!! Yess!! Yess!  Siriesly....dalam dunia ini ada banyak benda yang akan membuatkan u olls bahagia.  Salah satunya buat something yang u olls minat.  Bila u olls minat,  siriesly hasilnya adalah amat SUPERNOVA sekali.

Akak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya untuk u olls.  Walau apa pun kerjaya yang u olls pilih,  BUAT YANG TERBAIK okay!


ps/  Nanti dah jadi fashion designer meletops jangan lupa akak jugak! * nak jugakk!

Love,
Kak Jumie

3 comments:

  1. mana button "Like"????

    ReplyDelete
  2. jumie, ai pun dari engineering jugak..
    electrical engineerig..
    tapi sekarang jd pembuat kek.. hihi

    ReplyDelete
  3. Hahaha... hang kan Jumie... foto akak lagi loud pada topik ni... anyway thanks Jumie.. sudi terima komen I... Pada Zuco, betoi kata Jumie tu, buat yg terbaik apa yg dipilih.. weeee...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...