19.3.12

Hantarlah Soalan sempena Hepi Besde Jumie Samsudin ke 27

Hello u olls semua,


Seperti amalan-amalam terdahulu dalam blog Jumie Samsudin,  i olls akan berinteraksi dengan u olls semua melalui segmen soalan-soalan sempena hepi besde.  Ingat tak?  So of coz,  tahun ni kenala buat lagi.

Khamis,  29th March 2012 adalah birthday i olls yang ke 27 tahun.  Oleh itu,  seperti biasa i olls akan membuka peluang kepada u olls untuk tanya apa-apa sahaja soalan kepada diri I olls dan I olls akan menjawabnya.


U olls boleh hantar soalan-soalan u olls melalui  :

Emel  :  jumie_samsudin@yahoo.com / jumiess@gmail.com


Facebook  :  http://www.facebook.com/jumiejumie


Ataupun u olls boleh tulis terus kat online form kat bawah blog ni. Tulis nama and emel adress u olls pastu isi terus soalan dan tekan submit form.

Baca soalan-soalan dan jawapan-jawapan sebelum ini :
Jawapan Soalan Cepu Emas Sempena Jumie Samsudin 25th Birthday

Sekian,  terima kasih semua.  Selamat bertanya.

ps/  SELAGI TAK CUKUP 27 SOALAN....NO NEW ARTICLE WILL BE PUBLISH ON THIS BLOG.  PERIOD!!

18 comments:

  1. to my akak.. how come you can be so resourceful and how do you make life is so easy.. sorry tu bukan soalan..tu pujian..

    soalan saya.. pernah tak akak rasa akak ni artis? saya penah nmpak pic saya dlm belog akak..saya rasa saya mcm artis yang nk bertanding kat ABPBH 2011..

    do you feel the same. if ade kategori blogger paling meleppppsss..akak rasa akan akan menang x?

    ReplyDelete
  2. to kak jumie,

    soklan ni timbul selepas sy berchatting dgn kwn perempuan sy yg mengalami "syndrome" sebelum kawen (xtau terms betui).

    Selalu orang cakap, girls kalau nak kawen dia akan pikiaq macam-macam..maka akan keluar la soklan-soklan dan perasaan yang menyebabkan hati gundah gulana...

    masa akak nak kawen dgn En Khafi dulu ada tak akak mengalami perasaan yang sama?? macam mana nak atasi masalah itu dan apakah peranan kawan-kawan dalam membantu bakal-bakal pengantinwati ini??

    Happy Birtday Kak Jumie in advance..will always love u n ur blog!! Keep it up!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Iqaaaaaa ang bagi banyak soalan baguih :)

      Delete
  3. apa pengalaman paling x best masa kak jumie mekap org....contohnya mslh dgn pengantin atau femly pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH best soalan ni....ada la beberapaaa bagus bagusss

      Delete
  4. to akak jumie..^^
    sorie kalo soklan ini tidak mengikut standard yg telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Sedonia@soklan ni da kuar tahun2 lepas..hehehe..

    soklan pertama: dulu aka pernh membuat review pasai filem dimana review akak pasai filem "The Blind Side" telah membuat sahye tros mencari filem iteww dan mentengok smpai nanges2 bagai..soklanya ialah akak da xnak wat review pasai filem lg ka??xpun pasai drama2 kat tv yg bg sy kdg2 tu agak serrrrrrrrrr..

    sokla kedua: bagaimana akak sentiasa mengekalkan konfiden level akak dan apa yg ptt kita buat selain mengucapkan "shokorrrrr" agar kita sntiasa bangga ngn dirik kita sbb kdg2 tu konfiden sy jatuh terjunam bila sy mula start compare diri ngn jejanzz lain (maknanya rasa x perfek)

    soklan ketiga: apa yg sbb mula2 akak fikir smpai nk buat belog bagai nh and pada masa itu apa yg akak rasa pada belog akak??

    Soklan seterusnya: pernah tak akak naik hantoo di shopping2 complex@tmpt2 awam time moda2 dulu..atatupun dimedek oleh mereka yg feeling2 santeks lalu difire oleh akak?????cer citer..cer citerr..

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr tompang soklan omer leh x kak jumie...???

      Delete
  5. as salam kak jumie, happy birthday to u!!

    ni kami nak tnya, kami minat mekap2 ni,tp belom berkesempatan nk stat buat freelance, bulu mata pelesu dah ada berkotak2,brush da sebakul mcm2 lg tp xdak la lengkap lg sbb foundation ada tone kulit kami ja hahaha. kami dok tggu2 nk p kelas mekap, ni intro panjang soklan xmai lg haa mcm mana akak mulakan keazaman nk buat freelance mekap2 ni selain minat yg mendalam? berapa modal diperlukan, dan barang2 had basic? lepas tu mcm mana nk promosikan diri.

    sy suka bc tulisan akak pasal hantaran, mas kahwin, duit salam keruk. tp nk tnya akak soklan xtau pulak pasai apa,tp boleh akak cita mcm mana akak manage duit. mcm kami nnt mmg 100% duit kami,parents xsupport pastu nnt majlis bertandang kan sedara mara ikot, pengantin ka kena sponsor myk depa bilik hotel suma? bole akak komen mcm mana akak pengantin yg jauh penang-johor manage kewangan wedding akak.


    xsabaq tggu soklan saya terpilih..hihi

    yg benar,

    ana

    ReplyDelete
  6. Dear akak jumie vavavoom,

    Adekah perasaan menghitung datangnye besday akak kali ni lebey special bbnding taun2 sblomye dsbbkn ade husband d sisi.... sila jelaskn tidak kurang dr 150 patah perkataan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suka soklan ni....hehehhee

      Delete
    2. SIOT jerh.....siap ada minimum patah pekataaan. HAHAHA

      Delete
  7. soalan aku berbunyi begini...dh melekat atau belum????? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan ini telah ditanya oleh orang lain. NEKSSSS

      Delete
  8. salam jumie, 1st of all happy birthday :)

    soalan saya : apa rahsia jumie sampai leh dapat 3000 reders sehari.. hehhe. bg la petua ckit :)

    ReplyDelete
  9. Soalan saya :-

    Jenis 'Suprise Party' yg macam manakah yg Kak Mer teringin sangat nak dpt utk birthday party you...? Cerita kan fantasy anda lebih dari 150 patah perkataan...

    ReplyDelete
  10. Assalam Kak Jumie ku yang Vogue!

    Soklan saya yang lebih menjerumus kepasa soklan berbentuk ber-angan tinggi lampai ini bertulis:

    Seandainya Kak Jumie diberi penajaan sebanyak RM27 000.00 (sejajar dengan umur Kak Jumie tahun ni), untuk mengadakan Gathering Party kepada pembaca blog tegar Jumie Samsudin, agak-agak aktiviti ape yang bakal kite semua lakukan, lokasi kejadian dimana, temanya ape & hadiah utama untuk cabutan bertuah ape ye?

    Soklan kedua ialah : jenis interior dalaman rumah yang macam mana yang dapat memenuhi citarasa & impian Kak Jumie? Spesifikkan dan nyatakan sebab serta akibatnya.

    (Maaf, kekeringan idea, ini je yang saya dapat fikirkan buat masa ni, sebenarnya, first time ni saya post kat blog akak! Sangat Excited!!!)

    Last but not least,
    "Bon Anniversaire Kak Jumizah! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezfki, dibekalkan kesihatan yang baik, dicekalkan hati, dikuatkan iman, dikurniakan zuriat & dirahmati oleh-Nya. Amin"

    Terima kasih untuk segala ilmu, tips, pengalaman, & pengajaran yang dikongsikan via blog akak! Blog ini sangat menarik!!!

    Nabilah, Geneva.

    ReplyDelete
  11. U olls semua thanks for the questions. Jangan tanya soalan dah. Penuh dah :) thanks semua.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...