15.3.12

Harga Hantaran dan Mas Kahwin

Salam akak,

Saya baru baca entri kat blog akak pasai kawen tadi. Niat Saya Kahwin Kerana.... Bagus la..ada informasi yang membantu diri saya nih. Akak, saya ni dalam plan nak menikah insyaallah tahun ni jgak. Tapi kan akak, the prob is bf saya tu baru jer keja tetap.  Kami penah bincang untuk nikah awal but kenduri kemudian sebab nak dahulukan yang wajib dulu.  Dia ada tanya berapa hantaran yang saya mahu.  Bila saya tanya mak and abah saya,  depa letak 10 ribu.  Bila saya tanya Abang Coco,  dia kata seeloknya ikut kesanggupan pihak lelaki.  Then bila saya tanya balik kat dia, dia kata setakat ni dia sanggup 8 ribu sebab dengan keadaan dia baru keja tetap and plan nak nikah awal lagi.  Tapi masalahnya, parents saya memang tetapkan harga tu juga. Saya tak nak melawan nanti kata anak derhaka pula.  Saya diamkan saja. Niat saya satu jer akak. Nak cepatkan perkara baik dan tak nak bebankan pihak lelaki.  Entah la akak.  Saya dalam dilema sekarang.  Abah saya pula cakap, if tak sanggup and takda duit, tak payah la kawen akak raas camna.......saya sedih lah bila pikir semua ni.

Saila Itawalidafron

Dear Saila,

Akceli apa yang hang rasa sekarang ni dirasai oleh 78467 orang pengantin perempuan Melayu di luar sana.  Pepek dah merembes-rembes nak menikah,  laki elok pun da menatang depan mata,  tapi mak bapak kita akan buat macam - macam benda lah untuk melengah-lengahkan benda yang baik ini.  Akak juga merasai benda yang sama suatu ketika dahulu.

En.  Khafi bukanlah anak tauke Habib Jewels apatah lagi Tauke Kurma Yussufffff Taayyyu (baca dengan bisikan).  En.  Khafi ialah lelaki biasa,  anak orang Jawa + Melayu Muar.  Rakyat marhaen u olls.  En.  Khafi pulak,  masa baru kapel dengan akak takder kerja tetap u olls.  Bila cakap nak kawen dan menikah memang soal mas kawen dan hantaran menjadi issue yang paling sensitif sekali.

Apa itu Duit Hantaran dan Duit Mas Kahwin
Actually kita kena pikiak balik apa guna hantaran dan mas kawen.  Mas kawen seperti kita tau adalah harga yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki untuk pengantin perempuan.  Ikut sunnah Nabi,  bagilah mas kawen kat isteri kamu ikut apa yang termampu walaupun hanya sebuah cincin besi.  Something like that lah.  Mas kawen ni hanya pengantin pompuan yang berhak amik. Dia tak boleh amik duit tu pi belanja orang lain.  Even dia tak boleh buat beli makan untuk anak-anak dia.  Haram jadi hukumnya.  Mas kawen kat Melesia ni telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam dan ratingnya mengikut beras yang digunakan bagi negeri negeri tertentu.  Macam Kedah dan Penang pakai beras yang mahai sikit so harga mas kawen RM80.  Tapi kalau pihak lelaki sanggup nak bagi banyak banyak lagi....why not.

Hantaran pulak ialah duit belanja kawen.  USUALLY dalam masyarakat kita,  hantaran yang depa akan bubuh nenjia tinggi tinggi.  Mas kawen sejemput saja.  Kalau nak ikut meletops....mas kawen la mau bagi tinggi!!  Hantaran tu biak sikit ja.  Takdak pun takpa. 

Kegunaan Duit Hantaran Kahwin
Tapi hantaran tetap dimintak oleh keluarga pengantin perempuan sebab duit hantaran itu yang akan digunakan untuk membuat belanja kawen.  Catering,  baju pengantin,  sewa khemah,  sewa dewan dan lain-lain...mak bapak pengantin perempuan akan rolling duit itulah u olls.  Sebab kalau ikutkan,  memang belah pengantin perempuan yang akan buat kenduri yang lebih meletops,  sebab ada kenduri nikah,  then sanding,  and then kalau perlu depa buat malam berinai pulak.  Semua tu duit u olls.  Tapi tak semua mak bapak yang buat macam itu.  Ada yang amik duit belanja hantaran tu dan beli something untuk kegunaan pengantin baru seperti set dapur,  set bilik tidur dan lain-lain.

Ada family yang tidak meletakkan harga hantaran yang tinggi sebab tidak mau membebankan pihak lelaki.  Bukan sahaja mereka sendiri pun mampu untuk kelolakan kenduri kawen dengan bajet sendiri,  malah pihak keluarga ini lebih mengutamakan keberkatan silaturahim yang bakal dibina dari segi agama.  Contohnya,  kawan office akak nama dia Kak Rosni,  anak pompuan dia kawen semua dia mintak antaran RM6666 sebagai simbolik jumlah ayat-ayat Al Quran.  Dia kata memang adik beradik dan saudara mara duk kutuk dia habis sebab bodo pi letak harga rendah.  Tapi dia kata,  sebagai ibu kepada anak-anak dia,  dia pelik dengan masyarakat kita,  bubuh hantaran tinggi sangat pun kena kutuk,  bubuh hantaran yang rendah sangat pun kena kutuk.

Sebenarnya,  wang hantaran ini bukan sahaja sebagai satu permintaan untuk membuat perbelanjaan kahwin anak perempuan tetapi sebagai suatu simbolik kepada keluarga pengantin lelaki untuk membuktikan betapa bersungguhnya mereka ingin mengambil anak perempuan mereka sebagai menantu.

Pengalaman Akak Menetapkan Hantaran dan Mas Kahwin Akak
So back to the story,  akak nak tanya kat hang?  Sapa nak kawen? U and your boifren? Or your mak bapak yang nak kawen?  Tanya mak bapak depa balik....KALAU SAYA BUBUH 10K. MANA DIA NAK CEKAU DUIT? BUAT PERSONAL LOAN? GADAI TANAH BAPAK BOIFREN HANG?

Pepet, akak fought with my bapak okay.  Masa akak diskas dengan mak dan  bapak akak tentang niat akak nak bernikah.  Depa terus tanya bab hantaran dan mas kawen.  Masa tu akak sorang-sorang,  akak bertentang mata with Kak Edeh dan Abang Manap.  Walaupun sejak akak kecik,  akak kenal kedua dua insan yang membesarkan akak ini sebagai dua insan yang sangat rendah diri,  baik hati,  selalu tolong orang dan macam-macam nilai baik lagi,  tapi bila akak mention sahaja yang kami ingin menikah dalam suasana kecil-kecilan dan hantaran yang En.  Khafi mampu ialah RM5k sahaja.  DEPA TERUIH BERUBAH MENJADI DUA ORANG MAKCIK DAN PAKCIK YANG SANGAT FIRASYAT!!



Bukan sahaja mereka membantah harga hantaran yang terlalu sedikit malah Kak Edeh,  iaitu mak akak mencadangkan agar En.  Khafi suruh mak dia dia pi gadai tanah ka apa ka untuk mendapatkan hantaran kahwin yang lebih tinggi.  SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH.  Akak tak fitnah.  Kalau akak fitnah mak akak sendiri,  biarlah akak kena mati kena panah petir.

Tapi akak tak salahkan depa.  Depa mak bapak akak,  of coz depa nak yang terbaik sentiasa.  

So,  bagaimana akak solvekan issue ini?  First akak cakap kat bapak akak "Kami nak kawen atas dasar suka sama suka.  Bukan dia suka kat Jumie sangat-sangat dan Jumie ni ada banyak pilihan lelaki lain.  Jumie tau Jumie sapa.  Jumie bukan perempuam perfect.  Jumie pun pilih nak kawen dengan dia.  Macam tak fair kalau Jumie nak letak harga tinggi tak pasai-pasai sedangkan Jumie tau dia tak mampu," (AYAT INI DIELOKKAN DAN DIEDIT AGAR AMPA BOLEH PAHAM)

"Kalau dia tak mampu janganla kawen.  Dia kerja pun tak tetap. Macam mana ampa nak makan lepas kawen,"  ini adalah persoalan wajib setiap ibu bapa kat Melesia ini.  Dalam ati akak masa tu memang akak nak cakap jer -------------KALAU AMPA TAK BAGI KAWEN,  OKAY FINE.  AKU PI AMIK SURAT KHADI SEMUA,  AKU NANTI MAI SURUH AMPA SIGN SAJA UNTUK KEBENARAN NIKAH WAKIL WALI!!  Tapi akak tak sekurang ajar itu lagi.

"Sebab tu kami nak kawen kecik-kecik saja.  Just buat majlis nikah,  pastu kenduri adik beradik kita dan adik beradik dia mai dari Johor.  Tak payah tunang tak payah apa.  Terus nikah.  Nanti bapak nak buat kenduri,  buatlah masa Surianie and Zam nak kawen nanti.  Depa pun anak last.  Bapak buatlah kenduri besak punyiaa," kata akak.

"Mana boleh!!  Hang tau tak?  Kawan pasar malam aku sajia seratuih orang,"  HAHAHAHAHAHAH.  Itulah statement bapak akak yang paling akak tak boleh lupakan.

"Kalau macam tu,  Jumie tak tau nak kata apa.  Dia pun nak simpan duit untuk bagi kat mak bapak dia untuk buat kenduri and mai Penang semua.  Penang and Johor bukan dekat,"

Bapak dan mak akak mendiamkan diri.  Pastu akak tanya lagi kat depa.

"Okay,  Jumie nak tanya.  Bapak nak duit hantaran tinggi-tinggi bapak nak buat apa?"

"Aku nak bagi kat hang la!!"  kata bapak akak. 


"Kalau bapak nak bagi duit tu kat Jumie,  so Jumie tak mau tinggi-tinggi.  Jumie kata RM5k cukup.  Jumie taula macam mana.  Jumie yang simpan duit gaji dia,"  kata akak lagi.  Siriesly,  duit gaji EN.  Khafi yang nan hado itu akak lah yang menyimpannya.

"Silap-silap pakai duit hang apa?"  tanya bapak akak.  Soalan itu adalah soalan yang paling pedas nestapa sekali.  Siriesly,  akak bukan kawen dengan pilot apatah lagi engineer.  Akak kawen dengan seorang pembancuh air di Celebrity Fitness ketika itu.  Gaji RM1100 kadang-kadang less than that.  Gaji akak buat belanja kami dorang.  Duit gaji dia buat simpanan.  Kadang-kadang akak pun simpan jugaklah.  Memang akak tidak akan lupakan soalan pedas nestapa itu.  Tapi siriesly,  akak cakap,  dalam dunia dini hari yang amat mencabar ini,  lelaki dan perempuan pun sama-sama kerja,  dan kerap kali perempuan tu kerja lagi meletops dari lelaki,  so dalam soal perbelanjaan perkahwinan,  bukan terletak kepada pihak pengantin lelaki sahaja.  Memang ada antara u olls semua yang beruntung,  bila nak kawen,  cuci kaki ja u olls.  Laki u olls bagi nenjiaaa seketoi RM100k.  Alhamdulillah,  tuah ayam nampak di kaki.  Tuah maknusia siapa yang tahu?

Akak jawab soalan bapak akak itu "Takkanlah duit Jumie sorang.  Mestilah campur dengan duit dia sekali.  Kami sama-sama nak kawen.  Bukan Jumie sorang yang nak kawen dengan dia,"

So ting tong ting tong.  Last sekali,   bapak akak akur dengan ketegasan dan pendirian akak.  Dia akhirnya bersetuju dengan hantaran RM5k dan mas kahwin RM1k.  Dan segala perbelanjaan kenduri akak akan ditanggung oleh beliau.  Sebab dia yang hegehs nak buat kenduri besak sangat.  AKAK TAK MAU.  Akak feeling nak buat small wedding ja u olls.  So ampa yang nak buat sangat kan?  Ampa buat lah!! 

Begitulah lebih kurangnya cara akak menegaskan diri akak untuk tetapkan harga hantaran perkahwinan akak.  Actually antara selebriti lain yang feeling hantaran RM5k ialah Sofea Jane ya u olls.  Akak pernah baca tentang ini lebih kurang 10 tahun yang lalu.  Sedikit sebanyak,  keputusan Sofea Jane itu memberi impak kepada akak. 



Pastu ada duit lebih (BUKAN LEBIH PUN.  DUIT CUKUP-CUKUP JA U OLLS).  Masa akak dan mak akak pi beli cincin kawen,  akak try satu gelang emas yang nalaaa punya besak.  Harga dia pun meletops jugak.  So mak akak (masa tu dia dah baik dengan akak sikit dan tak kekwat pasai hantaran dah) suruh akak beli beli gelang emas itu.  Akak mula-mula macam refused sebab takut duit nak rolling tak cukup.  Gila pa dia,  kami bajet RM1k untuk beli cincin emas sebentuk,  cincin suasa sebentuk,  sekali nenjia gelang emas pulak!  Tapi mak akak kata "Takpa...beli ja.  Kalau tak cukup duit,  ampa bagitau kat mak,"  STEADYYYYRAHHHH KAK EDE.  So akak pun beli gelang dan sepasang subang.  Tapi sampai lani akak rasa bersyukur sangat pi beli dua benda tu sebab kalau tidak nenjia semua duit kami simpan nanti habih macam tu ja.

Tapi u olls,  walaupun akak bangga sebab akak berjaya mendapat persetujuan paksa rela dengan mak bapak akak,  tapi siriesly terkadang itu akak malu dengan tohmahan dan cara sesetengah masyarakat kita yang memperlekehkan hantaran murah ini.  Antaranya pompuan-pompuan muda yang feeling aunty,  kita  kawen jer terus tanya "Hantaran ko berapa nok?"  Siriesly...akak sedih dengan pompuan-pompuan muda seperti ini.  Ampa ni muda saja.  Dressing meletops pakai Forever21 kunon.  Tapi mentality sangat aunty-aunty.  Sebab setahu akak,  aunty-aunty je yang suka verver sibuk tanya hantaran orang. 

Pernah satu hari ni,  ada satu staff USM.  Dia ni pangkat boss boss la jugak.  Dia tanya "Berapa hantaran hang Jumie?"  Akak cakap lah.  "RM5 ribu ja boss,"  Pastu dia terus kondem akak...."Apa standard ang lima ribu ja,"  Masa itu memang rasa macam nak amik seluar dalam akak dan bubuh dalam mulut dia.  Tapi biak pila.  Dia bagi kita malu depan muka.  Esok lusa dia nak malu kat benda lain kita tak tau.  Akak tak amik ati langsung.  Sebab ini pilihan akak.  Who is he to standadize me?  Kau ada blog?  Blog kau ada hit 3000 pembaca satu hari?  Kennnnnnnnnnnnn! 

Tapi noks,  betapa happy nya akak lepas kawen Allah saja ya tahu.  Memanglah ada bergadoh gadah di sana sini,  tapi we olls sangat blessed and happy.  Lepas 5 bulan orang duk bagi hadiah lagi punya berkat.  And mak bapak akak langsung tak pernah ungkit pasai hantaran lagi (so far la...hahahaha).  Kenduri kawen semua well done,  meriah dan ramai orang mai.  Even kenduri kat Johor pun,  mak bapak En.  Khafi buat kenduri nenjia meletops 10 khemah.  So haruslah mak dan bapak akak sentap dan terdiam sebentar. 

Oleh itu wahai adik ku,  akak dah cerita panjang ni adalah pendapat dan pengalaman akak sendiri. Memang ini niat akak.  Dulu Mama Regina dan Mama Zarina menjadi tempat akak meluahkan benda-benda macam ni dengan they olls,  dan they olls pernah berpesan,  kalau boleh lepas kawen,  u olls tulis benda-benda macam ni dan share dengan semua orang,  Tukar perspektif perkahwinan kita yang terlalu tradisionalist,  sedangkan kehidupan harian kita dah very American.  Its all about you and your boifren starting a new life!! Bukan mak bapak u olls lagi.  Rezeki ada di mana-mana.  Usaha.

NOTA PENTING  :  Akak tulis ni bukan nak hasut u olls agar derhaka kepada mak bapak u olls.  Please.  Jangan salah anggap.  Kalau u olls niat nak buat kenduri yang betui betui sempurna dan memang terpaksa membuat personal loan,  buatlah!  Tapi dengan syarat make sure u olls merancang dan menguruskan perbelanjaan hutang u olls kitu dengan baik.  Sebab akak pernah tengok satu pasangan ni,  buat personal loan untuk kawen,  tapi in the end memang pinjaman tu tak cukup.  Depa over spend the money.  Yelah duit dah banyak dalam tangan.  Teruslah berangan tempah baju kawen baru,  beli barang hantaran mahal-mahal,  beli IPAD and segala maknena Camera DSLR semua buat hantaran,  in the end---- BAJET LARI U OLLS.  Pastu lebih teruk,  lepas kawen,  duit gaji cukup ckup bayar hutan personal loan dan hutang kereta.  Laki bini takdak duit nak makan.  Hang nak jadi macam tu? 


Marilah kita fikirkan bersama.

Yang benar,
Jumie Samsudin

35 comments:

  1. Kami pun mcm hampa, Jumie. Nak buat majlis kecik2, nikah & jamuan kecil-kecilan ja. Tapi family tak setuju. Last minit tukaq habis semua plan.

    Hantaran & mas kawin kami pun tak sampai RM10K. Biasa-biasa saja uols..

    Kepada Saila, cuba bincang baik2 lagi sekali dengan parents naa. Good luck!

    ReplyDelete
  2. Yes saya setuju puan jumie! I pon face benda yg sama. Skrg life alhmdulillah bahagia.

    ReplyDelete
  3. Ehemm..sgt luahan pengatin baru jumie samsudin.. I loike..!

    ReplyDelete
  4. Masa nak kawen dulu, abah saya tak letak berapa, tapi mestilah setara dengan kak saya (dalam 8k macam tu). Bila saya letak hantaran 7k, mas kawen 1k, abah saya bising, dia kata hantaran saya sikit sangat.

    Maka, terpaksa la cik abe saya tambah lagi satu 1k bagi menjadikan hantaran 8k, agar tidak dikutuk oleh pakcik makcik yang verver sibuk nak tau hantaran orang berapa duit.

    Mak metua saya time tu lagi la. Dia kata, kalau lebih dari 10k, dia takmo mai masuk minang saya.. Lagi pening kepala..
    Tapi alhamdulillah, dah masuk 3 taun dah kami tawen, lani nak tunggu baby sulung saja.

    Pada saya, hat paling penting, bukan time kenduri kendara tu, tapi time lepas kawen yang lebih memerlukan duit..

    ReplyDelete
  5. kak jumis, saye confiuse la...
    bg kemas yg selalu laki bagi time akad nikah 2 mmg pmpn kene belik pakai duit hantaran yg depa bg tu ke? ke duit lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantaran lain, mas kawen lain, cincin / rantai lain dek non...

      Delete
  6. setuju dgn akak...yela kalo nak ikut sgt peredaran zaman la..ikut hrga sekrg..anak dara tua la semua org..huhu kadg2 terfikir..kalo ikutkan zaman dulu takder pun nak kwen pkai byk sgt duit..now..macm2..semua nk kwen pelamin pun nk ikut trend..sebenarnya kita yg menjadikan perkhwinan tu guna byk duit..kalo bab bg mkn kat tetamu tu tak kisah..sbb tu kita anggap sedekah kn..yg lain2 tu terutama goodies..terlmpau sgt nk pk apa org ckp..smpai bila nk dgr apa org ckp..bukan depa bg kita mkn pun..hmmm buat apa yg kita mampu jer kan.janji niat kita baik..insyaallah majlis akan berjalan lancar...

    ReplyDelete
  7. thanks kak jumie...entry yg sgt bermanfaat utk b2b mcm sy..betul, klu ikutkan hati, semua nak..tapi yg lebih elok pikir lepas kawin..hopefully, dpt wat majlis yg sederhana, tapi bermakna kan kak..

    ReplyDelete
  8. setuju dgn akak. tp nasib baik wani dpt ayah dgn ibu yang memahami.. tak kesah berapa pun hantaran dan mas kahwin.. alhamdulilah dpt ibu ayah yg sporting depa suh kami decide sendiri.. utk mas kahwin rm500 dan hantaran 8k..

    ReplyDelete
  9. akak jumie, nama saya pun saila jugak..pelik dah ni..bila pulak saya request pendapat dari akak? haha..tp kan, nasib saya pun sama mcm saila itawalidafron ni. sy dgn mak sy mmg selalu bertentangan pendapat pasal kenduri kawen ujung thn ni. tp disebabkan sy ni mmg terkenal dgn anak yg degil (bkn derhaka na) sy dpt jgk bt simple2,kecil2an,sederhana mcm niat sy. ni bkn soal derhaka tau saila itawalidafron, ni soal kehidupan anda lps kawen nnt. takkan nak bergolok gadai semata2 wedding sehari? takkan nak bt loan sampai 9 thn semata2 utk jd raja sehari lepas tu hangpa jd rakyat biasa golongan marhaen semula. satu je sy nak pesan..jgn ikut sgt mula dan fikiran org melayu yg byk sgt kolot n kekampungan ni. depa ckp senang la..esok2 yg xdak beras kat rumah kita jgk. depa bkn tolong pun. esok2 yg bergaduh laki bini pasai duit xcukup kita jgk,depa bkn nak hulur apa pun.

    emosi la pulak.

    apa2 pun fikir la tentang hari slps wedding tu. tu lebih penting, tu lebih jauh perjalanan. niat kita kalau baik kita fight. ALLAH maha mengetahui. dia tau apa niat kita, kalau niat kita elok jgn cpt mengalah. sepatutnya ibubapa tugas dia memudahkan urusan anak2 supaya tak terlibat dgn maksiat.

    terima kasih kak jumie atas entry terbaik 10juta sy like.

    ReplyDelete
  10. sgt setuju..wani pun kawen budget jer..tu pun share sekali dgn kakak..save banyak sgt..kenduri pun gotong royong...lagipun hang y makeup aku..harga kawan2 plak tu..suka...

    ReplyDelete
  11. sangat setuju jumie. i kahwin, hantaran pun takde. kalau orang tak caye, harus i tunjuk surat nikah i. belakang tu memang takde hantaran. ada mas kahwin jer (satu dinar). honestly, memang husband ada bagi jugak duit tapi we olls declare as duit belanja. duit tu semua i bagi kat parents buat majlis. thats why i tak usik banyak pasal majlis kahwin i sebab mostly semua my parents yang uruskan.

    alhamdulillah, duit sumbangan orang bagi and duit belanja yang husband bagi tu dapat cover duit catering and doorgift. sumbangan belah husband plak, memang dapat cover whole catering. murah rezeki kami. :D

    ReplyDelete
  12. setuju kak jumie...ramai pompuan yang facing the same issue...tapi xpandai nak solvedkan dan xtau nak share dgn org yang paham, sbb most of the fren semua nk high class...

    ReplyDelete
  13. Salam 1 Malaysia semua...

    Just nak sharing sbb sy pun baru jgk menikah...apa yg cik puan jumie tulih tu mmg betoi dan benar...

    Kita kena fikir nak hidup berdua lepas kawen sebb itu lebih byk cabaran dan dugaan especially bab financial...Kalo dah perabih time kenuri, lepas tu nk makan apa?? Takkan nk buat muka sekupang p merintih kat parents lg?? Segan kot...

    Maka dgn itu, buat la majlis yg tidak membebankan kedua2 belah pihak...

    p/s: pernah jgk saya di smash oleh ipar "hai bayaq mahai2 takkan tadak hasil lg kot?" maka jgn jd mcm sy :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumie, memang betul apa uolls tulis tuh. Bagi akak senang ja. Kalau lelaki tu mampu 8k. 2k lagi tuh pandai2 la pompuan tambah.
      Kan nak kawen sama2 kan?? share lagi baik.

      Delete
  14. kawan kami pernah putus tunang sbb laki tu xmampu hantaran 10k. mak bapak kwn kami tu sampai kesudah xmau turun jg harga. laki tu xsanggup blah je la. mak bpk mcm tu ank2 jd merana. sampai skrg dia solo lg. umuq nk masuk 30 dah. baru mak bapak dia nk ssh hati ank tu xkwin2 lg.

    ReplyDelete
  15. knapa aku mcm leh baca nama betul pentanya soklan? eh. abaikan.

    dalam hal gini, tetibe aku rase sedih lak sebab aku da takde mak ayah. sbb dulu penah la citer2 ngan arwah pasal hal2 gini... kalo ikut arwah ayah aku... dia tak kisah... asalkan ikut agama tu penting... kenduri pun ikut rezeki la kan... cam abang aku kawen dulu pon orang dok bagi sumbangan nenjia macam2... rezeki orang cakap...

    hish... camne la aku nanti... jangan ade yang melebih2 ngalahkan mcm la dorang parents aku dah la...

    ReplyDelete
  16. Good Morning Jumie,

    You know what, this is one of the nests and truthful entry on wedding budget that I’ve read, written honestly. Regardless of the race of the bride and groom wannabe, wang/hadiah hantaran is a big thing in the marriage process and mostly, the outsiders loves to interfere, condemn and brainwash the parents on the couple with the decision made.
    Thank you for honestly speaking your heart off in this entry.
    At least, you proofed us that marriage doesn’t need to be about the luxuries. It’s always what the hearts desires and choose to settle down with. Happiness is there when the decision is done based on simplicity and a sincerely, genuine heart.
    Thanks.

    ReplyDelete
  17. Jumie,

    10000x like.

    Erra

    ReplyDelete
  18. salam jumie..nak share jugak crita kami..

    agreed..hantaran tinggi bkn kayu pengukur kebahagiaan seseorang, status or hebatnya hang tu! Alhamdulillah parents kami mmg x penah letak harga bab belanja hantaran sebagainya..mak kami pegang cakap arwah mak nya "ko kalau nak kawenkan anak ko nanti,,jgn letak harga tinggi2!!"...dan dr situ lah..sbb hanya kami & kak kami yang anak pompuan, mak kami x letak harga..pak kami lagi la x amik port!katanya..hampa nak kawen pandai2 la hampa carik duit sendiri..

    kami pon bukanlah x dak rupa sgt, blajar pon ada gak ijazahnya..sbb kami cinta gila dgn hubs kami dah lebih 7 thn masa tu..kami x kesah pon dia nk bagi berapa..sama juga situasinya time tu hubs kami pon mula keja..mana la kita nk lepas buat personal loan (basic rendahkan)..dia kata hanya mampu bagi 7k hantaran, mas kawen rm 101..kami amik sahaja..x kesah..

    tp sedara mara kesah!!sibok sungguh..abes lepa kata kat mak kami..awatnya rendah sgt..siap perli2 lagi kata hubs kami bkn mai dr family cikai.xdak duit..awat bg byk tu aja..

    lepa x tau kami main under table (family in-law siap bg extra money 10k untuk kami buat belanja..baiknya lepa..hanya Allah yang tau & kami la paling bangga sbb x minta sesen pon duit org tua kami..)tp buat pa kami kena habaq kat org kan!!biarlah rahsia kami...(klu habaq nanti lepa kata kami mengalah artis pulak!!juai anak! hantaran sampai 17k kot!)..sbb lepa kata lepa org kampung pon mampu hantaran 10k, mas kawin beribu riban..takkan kami org bandar 7k aja!

    moral of the story:hantaran tinggi blom tentu kenduri hampa tu grand sgt!jgn susahkan suami klu tara tu aja dia mampu..yg penting hidup kita lepas tu..x menanggung hutang!!kan..kita pompuan ni pon jgn ia ja kata mak pak kita sbb yg nak hidup susah senang pastu kita ngan laki kita..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kepada anda semua yang memberikan komen. I love u olls!!!

    ReplyDelete
  20. Jumie..Masa aku dok baca blog hg ni sambil dok scroll down,anak aku ternampak gambar laki hg dok sarung cincin kt hg tu..teruih anak aku kata "wah!! cantiknya aunty tu!!" Sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

      Delete
    2. Jumie...

      Kami just nak share dgn ampa... Kami br ja menikah & isteri kami tu ada master. Tp kami bagi wang hantaran kt dia RM6K saja... Family dia mmg xletak apa2 jumlah & cuma tetapkan mas kahwin saja.. Mmg kami bersyukur sgt2.. tp when it comes to my family & relatives, depa dok kata baya murah lah.. xpatot lah.. mcm2 kami dok dengaq... ada juga dengaq2 dr belah dia jugak... tp kami wat dekkk ja.. wat beban.. bukan depa nak tanggung kita lepaih kawin.. mmg kena kena pikiaq betoi2 pasai hantaran semua ni.. it affects our future..


      org penang

      Delete
  21. Jumie,

    Aku baru baca entry nih and hang buat aku cam nak nanges. Eh, aku bakal pengantin lelaki plak yang nak nangis? Yela, aku sangat2 respek dan terharu dengan cara hang menegakkan hak demi nak bernikah, hang sanggup bertekak dengan parents. Pastu tula sekarang nih semua memandang kepada hantaran tinggi2, majlis grand2. Aku terasa sangat sakitnya. Lebih menyedihkan bila aku rasa nak kawen cam tak mampu tapi alhamdulillah, bakal mertua dan family aku sangat memahami. Malu pun ada sama mereka.

    Yang penting dalam sesebuah perkahwinan itu adalah keberkatan dari Allah, bukan dari cakap2 orang keliling. Sampai mati kita tak dapat puaskan hati mereka. Kita susah senang pas kawen, tak cukup makan bukan ada orang antar beras mai rumah kan.

    ReplyDelete
  22. buatlah kenduri anda sekadar yang mampu, pekakkn telinga dgn cercaan mngatakan harga diri anda (pngantin pompuan) adalah rendah or murah.. butakan mata dgn sgala persiapan kawen kwn2 or sanak sedara yg begitu mewah.. berbelanjalah kita ikut kemampuan

    kalau pon buat majlis grand2, ingat boleh simpan benda tu semua ke? nk fresh flower bagai la, brg hantaran mahal2 n very the branded la.. benda tu semua skadar utk mngaburi mata n menyedapkan mata org lain buat apa... yg dok sakit poket ni sapa? bukan kita2 sndri gak...?

    ReplyDelete
  23. Satu issue yg slalu org melayu hadapi.. saya nak share kat kak Jumie, saya anak tunggal pempuan dari 3 beradik.. memang dady's princess sgt. semua cukup sifat xdak kecacatan minda n organ2.. nak di jadikan cerita cek dapat la boipren org Johor.. mcm kak Jumie gak laa jodoh utara selatan...

    Husband cek ni dtg dari johor area kampung laa so masa mai meminang cek kat penang bawak laaa rombongan meminang ala2 rombongan che kiah.. then penuh adat resam melayu habis ni.. siap pantun2.. bapak cek plak chindian, manalah nak tau pantun2 2 kerat ni.. so bincang2 depa tanya hantaran.. bapak cek ni bukan jenis jual anak walaupun depa tau cek sorang jaa anak pempuan dia, ada pelajaran n sempurna angota badan..Org2 johor ni pun slalu dengar cerita anak org penang slalu hantaran melambung tinggi.. kalah gred gaji kerja gomen.. kalo lagi tinggi blajaq lagi mahai harga...

    so bapak cek pun habaq laa kat depa... dia mau mas kawin cek RM1500 jaaa hantaran RM4000 n sebentuk diamond ring.. itu sahaja... masa tu kalo kak jumie tgk muka rombongan dari johor..tuuudiaaaa..semua terkejut tahap cipan!!!

    Depa tanya, awat sikit sangat.. then pak mertua cek up kasi RM5500 sebagai hantaran...bapak cek explain dia xmau jual anak n dia tahu husband cek ni cuma seorang pegawai tentera so gaji xla tinggi sangat pun..dia takut husband cek amik loan kaa .. nanti kawen dua2 tanggung hutang....

    dah settle part hantaran n majlis tunang alhamdulillah... lepas seminggu .... mula laa cek dgr cerita dari mak mertua n adik2 ipaq... kisah majlis tunang cek telah jadi buah mulut org kat kampung husband.. tetiba cek jadi artist of the month kat sana..

    ada ker patut kak jumie ooii.. depa kata kat cek... depa kata "murahnyer hantaran, mesti xde org nak..." ada gak yg kata " cek ni bohsia n gadis liar sampai mak bapak xtahan nak let go".... sedey bila cek dgr...

    dah laa waku tu cek baru umoq 21 tahun... boypren pun xpernah ada... mmg lama gak laaa hal hantaran kat kampung depa jadi sebutan sbb hantaran 5k tu kira hina sgt kat kampung depa sbb anak org kampung sana walaupun SPM n bakal husband just jaga kantin skolah haaah..hantaran 15k.. mmg gila laa!!!!! inikan pula awek penang yg dok kat bandar n ada pelajaran anak tunggal plak tu hantaran 5k jaaa...

    cek tak tau laa knp masyarakat skarang berlumba2 nak letak hantaran tinggi melangit.. dah mcm ada pertandingan plak nak boh hantaran tinggi2 mcm menunjukkan status anak depa hot melampau....

    bagi cek apa yg penting bukan masa kenduri, hantaran dan juga brpa dulang hantaran hang dapat... yg penting kehidupan lepas kahwen... bebas hutang! aman damai!

    alhamdulillah skarang dah 3 tahun cek kawen..bahagia aman damai.. so makcik2 kat kg tu yg konon anak depa hot hntaran 15k 20k haaaaaa xdan 3 bulan kawen dah menantu masuk jail jual dadah, merompak dsb... nauzubillah...

    Bagi makcik2 yg nak bagi anak kahwen jgn laa dok letak hantaran tinggi2 nanti menantu hampa susah.. n anak2 hmpa pun susah skali...

    Luv u soo much kak jumie!

    ReplyDelete
  24. Ya Allah kak. Agknya perempuan memang alami masalah ni agaknya. Saya pun runsing dgn mslh ni. Kalau ikut bkl suami, dia memangbtak kesah pun berapa nak bagi utk hntrn. Tp family belah bkl suami plak yg minx nk kurangkan. Dia kecian kan saya. Takut bila kami dah kawen sedara mara dia akan mengata saya sbb hntrn yg mhl. Kalau dia bg sikit plak, ibu saya bising. Malu dgn kwn2 perniagaan dia bila hantaran anak sikit. Saya buntu nk selesaikan semua ni. Saya tertekan hingga meminta bkl suami utk batalkan semua perancangan kawen. Saya dah tak tahu nak buat apa.

    ReplyDelete
  25. kak jumieeeeeeeeeeee sukala baca blog kak jumie ni... love u

    ReplyDelete
  26. salam kak jumie.. dh banyak kali sy baca post akak yang nie sbg inspirasi. sbnrnye dah 3 tahun saya ngan bf tak kawen2 lagi.. dalam 3 tahun ni gak la kitorg sempat beli dan kumpul semua barang2 kelengkapan umah. puncanya sama la mcm akak gak, mana ada duit, gaji bukan beso, parent plak tak phm.. dh tu plak jiran depan umah saya tu anaknya kawen ngan anak dato', hantaran je 30k... tapi akhirnye hari ni mak saya setuju gak untuk bagi saya nikah dulu ngan kenduri kecil dlm 100 org je. so bajet dlm 3k je dh cukup. majlis resepsi nnt kalo nk wat gak tunggu2 la ujung tahun depan ke. tak sia2 saya pasang CD Ustaz Azhar Idrus hari2 bagi diorg sedar yg watpe nak membazir banyak2 utk majlis kawen. pastu tpaksa merajuk dan menghilangkan diri jap. bagi saya buat apa nak malu wat majlis kecik, daripada wat majlis besar, tp lepas kawen masih takde kelengkapan rumah yang cukup. kadang2 kita terpaksa berkeras sket ngan parents, tp jangan sampai menderhaka plak la.

    ReplyDelete
  27. really love diz post....ohsemmmmmm.....makanya bukan saya sorang je macam akak....dan hakikatnya auntie2 ni takernah nak paham....n parents always nak yg terbaik tanpa sedar susahkan anak depa...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com