29.3.12

Jawapan Sempena Hepi Besde Jumie ke 27

Hello u olls semua. 

Hari ini adalah besde sayaaaaaaaaaaaaaaa!!  Cewah.............(Saya auto post on my birthday sahaja...tapi soalan ni dah di jawab pada hari hari yang sebelumnya).  Mula - mula akak post kat blog akak 10 hari sebelum besde,  takdak sapa pun komen bagi soalan apa semua.  SIRIESLY...akak rasa down gila gila.  Rasa macam orang tua yang tak dihargai oleh anak-anak yang dah berjaya menjadi engineer di Kuala Lumpur pastu tinggalkan akak di hotel murah.  Sedih perasaan akak tau. 

Inilah gambar terbaru dan akak rasa paling berjenis sekali untuk letak paling atas.  Teringin nak buat photoshoot meletops semua.  Tapi takdak ka photographer yang sudi sponsor?

Tapi bila I olls membuat statement merajok secara rasmi di Pesbuk,  barulah ampa semua ramai-ramai tanya soalan kat I olls semua.  Thank you sangat sangat sangat tau.  Tiba tiba terus akak terasa macam Jeniffer Lopez yang sangatlah di-adore oleh semua kakak-kakak dan adik-adik di seluruh pelusuk dunia. 

Dengan feeling selak skirt ke tepi sambil turun-turun tangga,  akak menjawab soalan-soalan u olls semua.  Selamat berhibur di hari yang paling istimewa dalam hidup akak untuk tahun ini iaitu hari hepi besde akak ke 27 tahun.


Soalan 1 :
To my akak.. how come you can be so resourceful and how do you make life is so easy.. sorry tu bukan soalan..tu pujian..soalan saya.. pernah tak akak rasa akak ni artis? saya penah nmpak pic saya dlm belog akak..saya rasa saya mcm artis yang nk bertanding kat ABPBH 2011.  do you feel the same. if ade kategori blogger paling meleppppsss..akak rasa akan akan menang x?  Eiyzall Eizhann Azami
Jawapan 2 :
Chef Izallll!  Akak sentiasa 24 jam feeling artist.  Walaupun bangun tidur rambut akak macam sarang burung tempua yang pecah...tapi akak tetap feeling artist.  TANYA SUAMI AKAK.  Kalau ada orang yang sudi calonkan akak untuk kategori blogger paling meletops untuk ABPBH 2011,  akak pasti akan kalah kerana akak tidak dapat menandingi blog mak mak ayam seperti Kak Senduk,  Red Mummy,  Hanis Zalikha dan Obefiend Gemok.  Akak berbanding mereka...adalah seperti burung tempua dan merak Taj Mahal.  Tapi apa pun..........akak tauuuuuuuuuuuuuuuuuu.....setiap pagi u olls semua akan tetap membaca blog akakkkkkkk!  Akak dah menang setiap pagi di hati u olls semua!  Lebih bermakna u olls.



Soalan 2 :
To kak jumie,  soklan ni timbul selepas sy berchatting dgn kwn perempuan sy yg mengalami "syndrome" sebelum kawen (xtau terms betui).  Selalu orang cakap, girls kalau nak kawen dia akan pikiaq macam-macam..maka akan keluar la soklan-soklan dan perasaan yang menyebabkan hati gundah gulana.  Masa akak nak kawen dgn En Khafi dulu ada tak akak mengalami perasaan yang sama?? macam mana nak atasi masalah itu dan apakah peranan kawan-kawan dalam membantu bakal-bakal pengantinwati ini??  Happy Birtday Kak Jumie in advance..will always love u n ur blog!! Keep it up!! Iqa
Jawapan 2 :
Hello Siti Nur Afiqah yang meletops.  YES!! Akak memang mengalami sindrom gundah gulana ini.  Sebab itulah di hari perkahwinan akak...akak menjadi seorang ANGRY BIRD yang sangat digeruni sehinggakan semua beradik-beradik akak teragak-agak untuk masuk menjenguk pengantin di bilik pengantin.  Depa takut kena maki dengan akak.  Bikos akak super nervous and super ting tong.  Tapi beberapa minggu sebelum itu,  ada beberapa simtem lain yang akak hadapi.  Iaitu,  akak duk feeling nerbes dan mempersoalkan diri akak "Mampukah aku kawen?  Macam mana aku nak handle diri aku dan suami setelah bernikah...sedangkan sekarang pun hidup tak tenu hala.  Malas nak kemas rumah,  basuh kain ikut mood dan sebagainya.  Macam mana kalau kawen kawen terus mengandung.  Satgi macam mana kalau aku jaga budak tu duk nangeh nangeh aku baling hempuk dia kat dinding?"  Sirieslyyyyyyyyyyy akak nanges okay.  Called En.  Khafi nangis-nangis kata ....tak mau kawen...tak mau kawen.  Cam serrrrrrrrrrr!!  Memang orang disekeliling pengantinwati itu adalah amat penting.  U olls kena bagi they olls semangat, kata-kata perangsang dan bagi dia relaks jangan duk pikiak merapu semua ni.  Apa pun.....perkahwinan adalah perjudian.



Soalan 3 :
Wahai Jumie yang cantek menawan,  Apakah cabaran yang anda dan suami hadapi sebelum perkahwinan, selepas perkahwinan dan sehingga kini. Bagaimanakah kalian menghadapinya? Apakah pesanan untuk bakal pengantin baru seperti saya dan pembaca2 yang lain? Thanks,  Pojiepooh.
Jawapan 3 :
Sebelum berkahwin :  Hari hari kami dua pikiak nak carik duit,  nak dapatkan keputusan yang disukai oleh semua keluarga dan rakan-rakan.  Dan juga perselisihan pendapat dalam kalangan ahli keluarga.  So far...sebelum kami kawen,  yang trouble ni semua adalah anasir dari luar.  Kami dua orang LOVE KUAT!!  Tapi masalah dari luar yang duk mai cabar kami macam-macam.  Kami sustain sahaja. 

Lepas kawen,  cabaran pada 2 bulan pertama : GADOH GADOH GADOH DAN FAIK!  This is ejasmen period u olls.  Kita tak pernah hidup dengan seseorang yang sampai 24 jam bersama dengan dia.  Pagi bangun tengok muka dia,  nak tidok tengok muka dia,  makan tengok muka dia,  nak mandi pun kena tengok muka dia (aiii aiii.......dann  dann....)  So its not something yang mudah dicerna oleh kita.  Walaupun kita sangatlah berkepit macam belangkas sebelum kawen,  but bila dah duduk serumah lain u olls!!  Macam akak,  akak alah dengan bau rokok.  So mula mula tu,  akak tak tahan la u olls.  Asyik migrain sahaja.  Pastu akak pun pereng la.  Gadohhhhh lagi.  In the end,  En.  Khafi sendiri boleh pikiak kerumitan yang berlaku dan dia amik inisiatif sendiri untuk isap rokok di luar rumah.  Ataupun kalau dia nak isap rokok sangat,  dia pi dapur or kat tempat akak sidai kain.  HAHAHA.  (Tapi kalau dia berenti isap rokok teruih lagi baguih kan?)

Kini,  kami masih lagi dalam proses penyesuaian.  Sesi mempelajari dan mengenali antara kami berdua akan terus kekal.  Tapi yang penting,  semakin hari kami makin sensitif dan peka terhadap butiran apa yang kami suka dan apa yang kami tak suka.  Semua pasangan muda dan ting tong akan melalui fasa-fasa ini.  Yang penting,  u olls kena banyak bersabar. 

Tips dari Kak Baby,  from time to time,  u olls berdua tulis list tentang benda-benda yang u olls tak suka dan suka tentang pasangan u olls.  Dan exchange the senarai.  U will be suprise with the things yang u duk buat hari hari tapi u dont realize that actually benda itu isteri u olls tak suka!



Soalan 4
Bunyi soklan saya mcm nie : sebagai seorang wanita berkerjaya, suri rumah kepada en suami, pemulis blog yg tegar & sepupu kepada beyonce say , apakah pndgn anda mengenai politik di negara kita skrg nie? terima kasih..Syafiq Sholihin
Jawapan 4 :
HAHAHA....siot jah tanya akak soalan pasai politik.  Sah sah akak tak suka politik kan.  Tapi kesimpulannya,  suasana politik di Malesia ini adalah seperti sebuah pementasan teater yang sedang bergolak.  Ada macam-macam pelakon yang ada.  Ada yang duk bersajak,  ada yang duk menyanyi,  ada duk faik,  ada mangsa rogol dan liwat,  ada skandal,  ada jadi cedera jadi OKU....tapi sapa tau pelakon utama dia?  ------- ANWAR IBRAHIM.  Okay thanks bye.


Soalan 5
Penanya soalan : Hakak, hepi besday in advance :) soklan ni dah selalu sangat hader dlm jiwa (apatah lagi saat sedey) kenapa la kita sanggup beli barang adiah memahal kt orang yg kita chenta sedangkan nak beli utk diri kita sendiri kita pikir sejuto kali? bukanlah kerna kita tk chenta diri kita sebelum chenta org len tapi mudah sangat kita buat keputusan dlm hal membeli menda mahal utk org yang kita chenta, tak yah pikir bebanyak, kenapakah? skianz soklan.  Zach Zaffrul
Jawapan 5 :
Lelaki terindah!  Masa akak baca soalan ini kat En.  Khafi tau tak dia kata apa "Hang tak akan beli barang mahai-mahai kat aku.  Hang nanti beli kat hang saja sengap sengap semua meletops punya.  Duit aku semua hang bok masuk ASB.  Baju aku hang beli murah-murah punya.  Aku saja yang suka beli barang perabih duit aku kat hang,"  HAHAHAHAHAHAHA

Siries noks,  akak bukan macam awak or En.  Khafi.  Maybe akak ada mengikut jejak langkah Abang Manap akak iaitu kedekut.  Yes,  akak kedekut.  So walaupun untuk diri sendiri akak amat berhati hati.  Apatah lagi untuk orang lain.

I think kalau u olls ada tabiat macam itu,  maybe u should berhati-hati dan kalau boleh elakkan diri u olls daripada terlalu membazirkan duit untuk benda benda yang sebaiknya diletakkan dalam amanah saham ataupun Tabung Haji.  Latih ya....latih.  Jangan duk ikut napsu sangat.


Soalan 6
Hormon apakah yg dimakan olej jumie sebab terlalu woman...Sha Fadil

Jawapan 6 :
Hai Cik Sha Fadil yang cantek jelita.  Rahsia akak menjadi terlalu woman....erm.....akak amalkan wuduk dan ulam-ulaman sejak muda remaja.  (PERLUKAH AKU BAGITAU RAHSIA MANDREM AKU KAT HANG!!!)

Soalan 7
Salam Kak Jumie.  Antara jenih-jenih rumah(cth:rumah panjang, rumah papan, rumah pokok etc) dalam dunia ni..rumah jenis apa yang kak jumie pilih?Siti Nur Afiqah Zahari
Jawapan 7 :
Hang macam tau saja bahawa projek seterusnya untuk akak dan En.  Khafi ialah untuk membeli rumah sendiri.  :)  Tapi berdasarkan soalan u olls itu,  kalau ikutkan hati akak,  akak nak beli rumah kampung.  Di tepi sungai atau pun di tepi sawah padi.  Ataupun kat tepi dusun.  Jauh dari kesibukan kota u olls.  Akak feeling sangat nak duduk rumah kampung akak sendiri.  Akak nak hias and tanam pokok macam-macam.  Pastu buat ampin kat bawah pokok,  kalau u olls datang kita boleh makan nasik di bawah pokok gitu.  I LOVE IT!!




Soalan 8 :
Soklan saya ialah : jenis interior dalaman rumah yang macam mana yang dapat memenuhi citarasa & impian Kak Jumie? Spesifikkan dan nyatakan sebab serta akibatnya.  (Maaf, kekeringan idea, ini je yang saya dapat fikirkan buat masa ni, sebenarnya, first time ni saya post kat blog akak! Sangat Excited!!!)  Last but not least,"Bon Anniversaire Kak Jumizah! Semoga dipanjangkan umur,  dimurahkan rezeki, dibekalkan kesihatan yang baik, dicekalkan hati, dikuatkan iman, dikurniakan zuriat & dirahmati oleh-Nya. Amin"  Terima kasih untuk segala ilmu, tips, pengalaman & pengajaran yang dikongsikan via blog akak! Blog ini sangat menarik!!!  Nabilah, Geneva.

Jawapan 8 :
Terima kasih Nabila Mustafa yang mengemelkan akak dua soalan teruih daripada Geneva.  Akak susun ikut susunan yang meletops agar sesuai dengan soalan kawan baik hang iaitu Siti Nur Afiqah itu.  Actually akak sangatlah suka rumah kampung.  Dua tingkat.  Atas papan,  bawah batu.  Yang atas tu nak kekalkan kayu kayan dengan ukiran apa semua.  Tingkap semua kita buat feeling-feeling membuka tingkap "Adabi melazatkan...Adabi...menyelerakan...mengandungi pelbagai rempah...melazatkan kari dan kuah..."  Haaaa...meletops tak imaginasi akak.  Ruang atas ni more kepada living room and tempat untuk menyambut tetamu.

Then rumah bawah,  yang diperbuat daripada batu bata dan simen,  kat situ kita tempatkan all the bilik-bilik semua.  Hiasan biarlah ringkas dan mudah untuk dikemas.  Yang penting selesa.

Pastu dapur kena besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...supaya senang bila kawan-kawan nak datang and bermasak secara beramai-ramai.  Meriah u olls!

Kesimpulan.......akak nak rumah macam yang Haris bagi kat Izah dalam cerita Ombak Rindu.  HAHAHAHAHA...sekiann!



Soalan 9
apa yg sbb mula2 akak fikir smpai nk buat belog bagai nh and pada masa itu apa yg akak rasa pada belog akak??Omer Zainal Ylli
Jawapan 9
Akak memang minat menulis sejak dulu la u olls.  Sejak zaman sekolah rendah,  akak suka beli buku sketching dan akak akan lukis gambar-gambar pompuan pakai baju raya,  baju pengantin akak copy daripada majalah Wanita dan Jelita kepunyaan mak akak.  Pastu akak dah feeling buat review fesyen apa semua.  Kalau ampa tak caya ampa boleh tanya Farah Shaikh Omar,  dia AR kat PP Sains Matematik USM.  Dia satu kelas masa Sekolah Rendah dengan akak.  Setiap bukan akak akan keluarkan buku baru.  Kerlas tak akak?

Pastu masuk sekolah menengah akak dah feeling tulis novel dan cerpen pulak. Semua buku-buku cerpen itu dipass oleh kawan-kawan semua di asrama dan sebagainya.  Akak masih simpan semua buku-buku novel itu.  En.  Khafi duk baca jugak,  pastu dia nanti perli "Mesti cerita cinta bodo ni semua hang duk angan-angan masa sekolah menengah ni kan?"  DENI MEMANG SERRR!!

Pastu bila akak diperkenalkan dengan blogging tahun 2008. Akak memang terkinja-kinja dan memang eksaited sangat.  Tapi akak memang ikut trend budak blogger lain. Tulis jer apa apa yang dibuat setiap hari.  Macam diari.  Tapi lama-lama....CEWAH...........................................akak teruih feeling OPRAH!!  Syiok u ollls.   Alhamdulillah sampai lani dan sampai bila bila akak akan terus menulis.

Soalan 10
Hi Jumie, I hope you are doing great. May God bless you always. My question: Have you gone through lots of obstacles in life? If yes, how do you keep yourself positive and always in a sane state and turn those negativity in life into something positive? Regards, Alwynia Martin.

Jawapan 10
Hai dear............... :)  Untuk pengetahuan semua.  Alwynia Martin ini adalah junior akak masa kat Senjojes.  Alwynia...senang saja soalan u olls itu.  The only cara untuk kekal positive walaupun 349 873  487 cabaran yang datang menjelma adalah dengan dikelilingi oleh insan-insan yang positive juga.  AKAK ADALAH ANTARA WANITA YANG PALING BERUNTUNG DI DUNIA INI.  Kerana...akak mempunyai kawan-kawan yang sangat positive thinking (akak tak mau tulis nama nama semua nanti tak cukup...sebab akak ada ramai kawan baik...depa semua stail positive thinking punya).  Pastu saudara mara akak,  sepupu akak,  mak ayam akak,  anak-anak ayam akak.....depa semua very the positive thinking.  And now...i got my husband.....HE IS VERY POSITIVE PERSON.  I am very lucky.

Cadangan akak - from time to time kena buat audit dalam senarai kawan-kawan ni.  Sapa yang suka duk menyucuk u olls,  duk kutuk u,  suka bagi u down bila u ada masalah,  yang suka bagi komen negative pasai hidup dan keputusan u olls.......JAUHI DIA ataupun buang terus pun bagus juga. 


Soalan 11
cepat2 berpikir ni...tkut akak majuk hihihih Kalau akak boleh ulang masa lampau (dgn bantuan doraemon), apakah event yg mahu akak nak lalui semula atau perbaiki atau burukkan lg?  Raidah Abd Rahman

Jawapan 11
Raidah bakal pengantin Jun 2012.  Kalau akak boleh masuk laci meja Nobita itu akak ingin kembali ke sekitar hujung 2009 dan awal tahun 2010 di mana akak adalah sangat KECCCHIKKKKKKKKKKKK ketika itu.  Kalau boleh akak nak kembali ke waktu itu dan akak nak pastikan yang akak kekal KECCCCCCCCCCCCHIIIIIIIIIIIKKK seperti itu sampai sekarang.  DEM U ENCIK KHAFI FOR ALL THE CHOCOLATES,  KFC,  BURGER JALANAN AND MACA-MACAM LAGI THAT YOU TREATED ME WHEN IM MERAJUKING.



Soalan 12
Seperti yg kita sedia maklum..kak jumie sgt la open minded dlm segala hal. tak kira la dari segi pakaian atau pemikiran. Selama jd blogger ni pernah tak kak jumie di judge secara lgsg atau tidak lgsg berkaitan agama (cth pemakaian , perangai )? nak2 yg xkenal alih2 dok sound direct bg ceramah bagai dpn org ramai? yelah as we all know xsemua org open dan ade yg segelintir very2 judgemental. How you overcome this situation?  Noor Hazirah
Jawapan 12
WEHSSSSSSSSSSS MESTILAH PERNAH.  Akak selalu ditanya secara direct dalam Facebook ataupun komen-komen artikel akak seperti ingin mempersoalkan tahap keIslaman akak.  Contohnya,  if akak letak gambar makan kat mana-mana.  Akak kan feeling suka makan kat tempat merapu-rapu semua,  tak kisah Melayu ke,  Cina ke,  India ke,  janji aku tau bahan tu semua tidak meragukan dan akak sangat yakin dengan cara penyediaan semua,  akak pun BEDAL lah u olls.  So banyak kali orang akan terus tiba-tiba komen kat akak "Halal ke tu?"  Cam toya tak soalan itu.  Terasa sangat sangat u olls.  Nak cakap pasai halal haram ni semua memang susahlah u olls.  Akak bukan layak untuk bercakap pasai benda ni.  Tapi akak makan sebab akak yakin.  Takkanlah akak buta akai keldai akak tak tau nak tanya kat penjual makanan tu semua "Ini Melayu boleh makan ke?"  As long I am yakin,  akak makan lah.  So kalau ampa rasa tak yakin,  JANGAN MAKAN.  Tuhan bagi akal kat u olls kan.  Takkan nak kena ikut akak 100%. 

Family I olls memang ajar akak macam ni dari kecik.  Its one of survival skills u olls.  Supaya kemana sahaja akak pergi,  akak takderlah nak termeninggal sebab semua makanan yang nak dijamah itu tidak dapat masuk kerana akak was-was dengan halal dan haramnya.  Ini pendapat akak la u olls.

Dari segi pemakaian juga,  erm....SO FAR secara terus akak tak pernah ditanya oleh orang tentang Islam apa semua ni.  Sebab kita kena faham cara orang MELAYU ISLAM kat Melesia ni,  ramai yang lebih berani bertanya secara "Baling batu Sembunyi Tangan" Nak tanya depan depan tak berani u olls.  So akak pun akui,  cara pemakaian akak memang tidak berlandaskan wanita Muslim sejati. 

Kalau satu hari akak berhijab,  haruslah turun salji di bumi Pulau Pinang ini. 


Soalan 13
Dimanakah tempat yang paling jumie teringin nak pergi?  Kenapa? Atiqah Ahmad

Jawapan 13
INDIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA (Baca sini  :  http://www.jumiesamsudin.com/2011/04/i-want-to-go-to-india.html)




Soalan 14
Soklan pertama: dulu aka pernh membuat review pasai filem dimana review akak pasai filem "The Blind Side" telah membuat sahye tros mencari filem iteww dan mentengok smpai nanges2 bagai..soklanya ialah akak da xnak wat review pasai filem lg ka??xpun pasai drama2 kat tv yg bg sy kdg2 tu agak serrrrrrrrrr..  Omer Zainal Ylli


Jawapan 14
Sejak mengahwinkan diri,  akak dan En.  Khafi banyak menghabiskan masa di rumah.  Kami dah jaranggggggggg tengok wayang kat luar.  :)  Jangan jeles u olls.  Inilah resmi orang baru berkahwin.  Di samping akak dah tak banyak tengok filem-filem baru,  akak sebenarnya amat sukakan pembaharuan dalam blog akak.  Cam lani akak duk rajin buat segmen Masak Memasak dan juga Ulasan Majlis Perkahwinan Bangsawan.  Betui tak?  Tapi kalau ada filem enak yang benar-benar memanggil akak untuk diulas,  haruslah akak akan mengulasnya untuk u olls semua.



Soalan 15
K soklan slumber je ni...dah berbadan dua tiga empat ka blum....k jawab jgn x jawab.....kekekkek Aisah Mohd Shohari

Jawapan 16
U olls!  Saya tak mengandung lagi.  Hari itu lepas sebulan kawen,  akak false alarm.  Nenjia tak mai period sampai 50 hari lebih.  Cek sendiri cam mengandung.  Bila cek Dr.  kata tak mengandung.  Lepas tu akak pun mai period.  :)  So memang confirm tak mengandung la. 

Tapi takpa u olls semua jangan kecewa.  Akak tidak merancang untuk tidak mempunyai anak.  Akak juga tidak merancang untuk ada anak.  Kalau pasangan lain macam eksaited makan asid folic la apa semua.  Akak tak makan pun apa semua.  Kami tak makan ubat perancang pun.  Bagi akak,  sekarang ini akak sangat enjoy all the romantik moment bersama En.  Khafi.  Sebelum kawen lain wehssssssssssssssssssssssssssssss............................lepas kawen lain...........................................

Mengahwinkan diri dan memengandungkan diri adalah dua peringkat kehidupan yang amat berbeza.  So i dont want to rush :)

Akak tidak terasa sedikit pun kalau orang bertanya "Any good news?" Ataupun "Sudah ada apa-apa ke?"  Siriesly,  akak rasa sangat happy untuk menjawabnya dengan lawak-lawak seperti "Takdak lagi la...kami tiap tiap malam duk main game sofbol la,  bola jaring la,  ragbi semua...tapi semua gol tak kira.  Referi kata off side ."  :)

Tapi akak sangat pereng apabila orang tanya "Hang bila lagi Jumie?"  BPH (butoh pak hang).  Aku mana nak pi tau bila aku nak dapat anak.  Akak bukan Tuhan u olls.  Seperti carutan yang akak selalu berikan kepada orang yang bertanya seperti ini "Apa kata hang apply kerja jadi Tuhan,  pastu bila hang dah jadi Tuhan...hang bagi aku mengandung?"  Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........sedas punya peluru kena dengan Jumizah Samsudin.

So,  its all about the way you ask people.  :)  Betui tak? And i like the way u asked :)



Soalan 16
Soalan saya :- Jenis 'Suprise Party' yg macam manakah yg Kak Mer teringin sangat nak dpt utk birthday party you...? Cerita kan fantasy anda lebih dari 150 patah perkataan...Ayangkamell
Jawapan 16
I LIKE THIS QUESTION!  Kalau diberikan perluang untuk mereka cipta suprise party yang sangat the verver,  akak mahu suprise party yang over the tops okay!  HARUS!  Pertama,  masa akak nak pi kerja,  akak dicolik oleh lelaki-lelaki sasa yang berbangsa Mat Salleh,  Latinos,  Bollywood,  Melayu ala-ala Remy Ishak menaiki satu kereta.  Depa tutup mata akak semua.  Akak tak tau depa bawak akak ke mana.  Pastu tiba-tiba akak sampai ke satu bilik suite mewah dan kat situ,  ada Ayangkamell dan Razzi Musa.  Depa dua ditugaskan untuk mencantekkan akak.  Depa make up dan buat rambut akak.  SMOKEY EYES.  Pastu depa bagi akak pakai dress meletops yang ditaja oleh Channel Harun dan juga kasut by Shiela Mohamad.  Lepas akak dah meletops semua,  ada satu helikopter amik akak dari anjung bilik hotel.  KAU MAMPUUUUUUUUUU!!  Akak pun kena naik atas helikopter tu ala-ala gadis BOND u olls.  Pastu akak pun diterbangkan ke satu lokasi yang agak jauh.  Tapi takpa....akak sabar menanti.  Akak pun sampai di lokasi.  Tiba-tiba akak kena lalu red carpet semua...........kat tepi red carpet semua ada ramai kawan-kawan akak dan pembaca blog Jumie Samsudin. Kerlasss sangat time tu.  Depa semua macam duk keriau......amik gambar akak.  Feelingnya masa tu akak hanya Tuhan yang tahu.  Pastu red carpet itu membawakan akak ke satu lokasi macam dewan besar.  Di pintu dewan itu,  En.  Khafi menunggu akak dengan tuxedo bagai.  Dia sangat hemsem sangat time tu. 

Pastu dia kata "Are you ready?"  Akak pun terpinga-pinga ready apa ni!!!  Pastu dia bawak akak masuk dalam dewan itu.  Bila akak masuk...nenjiaaaaaaaaaaaaaaa...kita semuaaaaaaaaa duk ada dalam dewan tu.  Semua pun bersorak seronok bila akak masuk dengan En.  Khafi.  Pastu ada spotlight duk tala kat akak.  Akak rasa sangat meletops time tu.

Pastu akak pun duduk kat kerusi VIP dengan kawan baik akak semua.  Lapisan belakang semua anak-anak ayam akak semua.  Pastu ampa semua lain-lain pun dapat duduk tempat best.  Dewan tu macam besak ala-ala teater macam tu.  Besak sangat. 

Pastu tiba-tiba....akak yang masih merasa hiba itu disuruh duduk diam-diam.  Langsir pun terbukak........nenjiaaaaaaaaaa sekali OPRAH WINFREY keluakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...........hahahaha....akak rasa macam nak terkencing teruih.  Akak keriauuu kuat kuat sebab eksaited sampai akak rasa sakit kat dahi dan otak kanan akak.  Akak keriauu gila nyiook. 

Pastu Oprah Winfrey kata "Happy birthday Jumie!!!  This is for you.................."  pastu Oprah pun turun dan duduk sebelah akak.  Sekali ampa tau tak sapa keluak dan menyanyi kat akak!

Ampa tengok gambak ni!!!

YESS!!!  Kak Oprah jemput Beyonce untuk perform kat i olls :)

HAHAHAHAHA okay thanks bye.  (SAPA SURUH AKAK ANGAN-ANGAN.  AKAK MEMANG OVERRRNYAHHHHHHHHHHH)


Soalan 17
Assalam Kak Jumie ku yang Vogue!  Soklan saya yang lebih menjerumus kepasa soklan berbentuk ber-angan tinggi lampai ini bertulis:  Seandainya Kak Jumie diberi penajaan sebanyak RM27 000.00 (sejajar dengan umur Kak Jumie tahun ni), untuk mengadakan Gathering Party kepada pembaca blog tegar Jumie Samsudin, agak-agak aktiviti ape yang bakal kite semua lakukan, lokasi kejadian dimana, temanya ape & hadiah utama untuk cabutan bertuah ape ye? Nabilah, Geneva.

Jawapan 17
HAHAHA Nabilah.................awatlah hang ni baguih tanya soalan memang nak kena sangat dengan soalan Ayangkamell kat atas tu.  Dapatlah akak sambung feeling mergastua verver tahap gila ini.  Sebenarnya u olls,  bulan RM27k ya.  Tapi dianggarkan,  Oprah menghabiskan lebih kurang USD2.7 million untuk birthday saya dan juga semua peminat-peminat dia di Malaysia.  Selain membuat konsert meletops dengan menjemput sepupu saya yang dah 2 kali membatalkan konsert beliau di Melesia ini untuk membuat persembahan khas untuk kita semua,  selepas itu,  kita semua akan pergi satu party yang dibuat dalam stadium yang amat besar.  Di sana kita akan berparty macam gila.  Oprah pun akan buat satu recording khas untuk show tambahan beliau di Melesia.  Antara acara-acara yang terdapat dalam party kita ini ialah makan malam dan majlis tari menari ala ala Viennese Ball of Montreal di mana kita semua akan berpakaian ala-ala puteri raja lengkap dengan tiara apa semua.  Lelaki pun semua kena pakai tuxedo.  Semua baju-baju dan make up ditaja oleh juru solek yang tekemuka. Baju kita semua pun kita boleh bawak balik.  Selain itu,  kita semua akan dengarla Oprah cakap - cakap apa la tentang semua benda interview dia buat tentang gerakan pembangunan wanita di Malaysia.  Of coz Datin Seri Rosmah Mansor akan ada u olls.  Dia duduk satu meja dengan akak.  Kerlass tak?????

Pastu semua orang tetamu yang dijemput hadir ini akan membawa balik macam-macam hadiah.  Set make up,  washer meshin,  motor scooter,  Ipad,  kelengkapan mandian yang jenama mahai-mahai punya,  voucher spa,  voucher beli kain kat Jakel,  tempat bancuh kueh raya dan kek jenama Kitchen Aid,  kasut Jimmy Choo sorang satu.


Dan untuk akak, akak dapat sebijik rumah banglo Moonlight Bay yang terletak di Batu Feringghi Pulau Pinang yang berharga RM4 juta dan juga Oprah akan hantar akak untuk honeymoon selama 1 minggu di Agra, India sebab ini pilihan kesukaan akak dan kemudian 1 minggu di New York lengkap dengan duit shopping semua selama 1 minggu.


So....itulahhhhhhhhhhhhhhh impian birthday party akak yang melampau tajaan dan anjuran Harpo Inch.  Walaupun semua ini hanya verver akak....tapiiiiiiiiiiiiiiii dapat tulis macam ni pun dah rasa macam wowww bestnya.  Kalau lah betui betui terjadi....yes!  Akak akan jerit sampai sakit dahi dan otak kanan. 



Soalan 18
Dear akak jumie vavavoom,Adekah perasaan menghitung datangnye besday akak kali ni lebey special bbnding taun2 sblomye dsbbkn ade husband d sisi.... sila jelaskn tidak kurang dr 150 patah perkataan ^^ Airashii Haffiz Kun

Jawapan 18
Sebenarnya semakin kita tua....semakin kurang rasa kehangatan untuk menyambut birthday.  Tapi lain sikit bila kita dah kawen.  Kalau tahun lepas,  kami bedua yang beza birthday 3 hari sahaja langsung tidak menyambut apa-apa birthday pun sebab kami dua dua takdak duit.  Duit semua masuk ASB siots.  Oleh itu,  kali ini,  kami ada plan something.  Mana boleh bagitau ampaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................................................ni rahsiaaaaaaaaa somi isteri.  Nusyuzzz kalau cerita. HAHAHA


Soalan 19
Nendiaaaa!!!! soalan amik hati Jumie... soalannya...banyak2 besday selama 26 kali.. yang mana paling diingati sekali.??..sekian...Anna Sha

Jawapan 19
Hai Kak Anna Sha meletops.  :)  Dalam banyak-banyak birthday saya,  saya paling tak lupa masa birthday saya ke 10 tahun.  Masa tu saya buat birthday kat rumah saya.  Tapi semua kawan-kawan saya tak mai.  Yang mai sorang saja,  nama dia Rowaidah Azura.  Dia mai pakai skirt warna pink.  Saya menangeh sampai tak mau keluar bilik.  Tahun itu,  saya balas dendam...semua orang kawan-kawan saya punya birthday saya tak mau pi.

Inilah Rowaidah Azura.  Kawan yang mai besde akak masa kecik kecik tu :)

Soalan 20
Yanti Zawani Zahari Jumie sayang :Sorry, i busy lately! (budget mcm rapat sgt dgn Jumie Diva kan)..i ada soalan berbunyi begini...macamana puan jumie membahagikan masa memiliki dua profesion yang amat berbeda ? tediaaa...hehehehe.. #Jumie'sblogpaling meletopsssuolls*

Jawapan 20
Dear Yanti,  actually takdak la hebat mana akak ni.  U olls patut tanya ni kat ibu-ibu yang diluar sana bukan sahaja kerja,  malah kena jaga baby besak dan baby kecik depa di rumah.  Pastu ada pulak yang buat business lagi.  Memang inilah kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita ni wanita,  sangat multitasker.  Macam saya,  macam mana saya mempunyai masa untuk memiliki dua profesion....i think its all about focus and always enjoy with your work.  Bila hang enjoice......kerja banyak cam mana pun u olls tak akan rasa stress dan rasa macam sakit otak kanan.  Akak TIDAK PERNAH RASA TERPAKSA untuk membuat kerja-kerja di pejabat ini,  akak tidak pernah rasa terpaksa untuk pergi make up orang dan akak tidak pernah terpaksa untuk menulis blog kat ampa :)  So.........................cariklah kerja yang betui betui u olls enjoice.  Surely....u olls akan dapat buat :)


Me and Rafidah.  One of the best student di Soc Sc.  Bukan saja sebab dia pandai,  berbudi bahasa pulak tu.  So proud of her.  :)  Orang-orang macam depa ni la membuatkan akak rasa bangga kerja di Soc Sc. 


Soalan 21
As salam kak jumie, happy birthday to u!!  Ni kami nak tnya, kami minat mekap2 ni,tp belom berkesempatan nk stat buat freelance, bulu mata pelesu dah ada berkotak2,brush da sebakul mcm2 lg tp xdak la lengkap lg sbb foundation ada tone kulit kami ja hahaha. kami dok tggu2 nk p kelas mekap, ni intro panjang soklan xmai lg haa mcm mana akak mulakan keazaman nk buat freelance mekap2 ni selain minat yg mendalam? berapa modal diperlukan, dan barang2 had basic? lepas tu mcm mana nk promosikan diri.  Sy suka bc tulisan akak pasal hantaran, mas kahwin, duit salam keruk. tp nk tnya akak soklan xtau pulak pasai apa,tp boleh akak cita mcm mana akak manage duit. mcm kami nnt mmg 100% duit kami,parents xsupport pastu nnt majlis bertandang kan sedara mara ikot, pengantin ka kena sponsor myk depa bilik hotel suma? bole akak komen mcm mana akak pengantin yg jauh penang-johor manage kewangan wedding akak.  Tak sabaq tggu soklan saya terpilih..hihi.  yg benar,  ana

Jawapan 21
Hello u olls.  Untuk soalan pertama u olls itu,  u olls baca kat sini Persediaan untuk Membina Kerjaya sebagai Freelance Make Up Artist - Why nak jadi Make Up Artist?

Seterusnya,  u olls kata macam mana nak handle kewangan untuk membuat wedding yang 100% ditanggung oleh kedua-dua pasangan.  PHEWWWWWWWWWWWWWWWW!  Melainkan ampa dua dua orang kerja dapat gaji RM15k ke atas setiap bulan,  so akan jadi senanglah.  Kalau ampa dua orang kerja gaji RM1500 dan kebawah sebulan dan tidak mendapat sumbangan ataupun bantuan daripada ahli keluarga................erm.........SUSAHHHHH ni.  Banyak pengorbanan yang perlu dibuat.  Tapi u olls boleh!  1.  Buat bajet dan kira semua jumlah.  2.  Start menyimpan duit dan stop all the luxury you had before macam makan tempat best,  melancong dan juga shopping. Semua duit lebih should go into your account.  Laki u olls pun macam tu.  Kalau laki hang percaya dan bagi hang simpan duit dia lagi baguih.  3.  Buat tempahan awal dan dahulukan duit deposit supaya nanti di hari perkahwinan tak rasa teruk sangat.  Lagi cepat u olls settle lagi bagus.  4.  JANGAN BERANGAN.....amik saja benda benda yang mampu.  Mana benda yang boleh cut bajet tu...kalau boleh buang...buang je. 


Soalan 22
soklan2 sempena besday akak:  Sebagai seorang yg WELL KNOWN atau POPULAR di kalangan member2, akak mesti pernah dpt review dri member kata akak ni sombong mentang2la retis... Pada pendapat akak, kenapa orang keluarkan statement cmtu kat akak?  Hilal Azmi

Jawapan 22
So far.........................alhamdulillah akak tidak pernah mendengar rengutan ataupun komplain sebegitu.  Sebab akak sangatlah peramah dan terlebih friendly pun kadang-kadang.  Tapi mana nak tau,  kot-kot orang duk cakap kat belakang,  depa tak berani nak cakap kat akak. Betui tak?  Kalaulah u olls menerima komen seperti ini,  wellls....its time to review diri u olls (muhasabah diri).  Tapi kadang-kadang depa yang komplen ni pun celaka juga.  Depa kenai kita,  sebab kita hot.  Kita tak kenai depa sebab depa hot sikit sikit saja.  So takkan kita nak hegeh-hegeh nak pi tegur orang tak pasai-pasai.  Nak senyum pun...erm...zaman sekarang ni senyum adalah seperti memberi RM10 secara paksa rela kepada peminta sedekah.  Kadnag-kadang kita pun penat,  takdak mood ataupun simply tengah pening.  Betui tak????So memanglah kita tak mau tegur sapa-sapa.  Tak taula jawapan akak ni dapat membantu hang atau tidak.  Tetapi kalau orang komen tu.....kita try review diri kita dulu. 




Soalan 23
Hang ni ngok ngek betul laa...dah PMS dah ka?ahaha~!! ni mesti ramai dok tanya bab hang bila nak ada bun in the oven kan?? agak2 nanti kalau dah ada rezeki dgn baby,hang akan turunkan x ilmu pengetahuan bab andam ni kat anak hang?sapa yang hang akan pilih dari kalangan anak ayam hang jadi bapak angkat anak hang? eheheh~!!! al-maklum,aku kan dah kawen ada anak2 so aku tanya la bab anak2 ni..ehehehe~!! jangan maree and majokkk~!!  So Syifa YouLike

Jawapan 23
Heyyy u ollls...........................aku pun tak tau la.  Tapi kalau aku ada anak nanti,  mesti akan ada time-time di mana aku kena bawak anak aku pi ikut aku pi make up semua.  Mesti comels kan.  Haruslah aku akan mendidik anak aku cara-cara nak pas brush yang betui dan juga cara-cara menyusun bek make up aku selepas aku menggunakan barang-barang aku.  HAHAHA.  Senang kerja u olls.  Dan kalau dia sendiri berminat gila dalam bab ni.  Haruslah aku memberikan sepenuh support untuk dia.  Malah aku nak suruh dia pi belajar kat Paris ka apa semua sampai jadi official make up artist untuk MAC apa semua.  Nenjiaa....punya angan-angan kan.  Dan jawapan seterusnya,  semua anak-anak ayam aku adalah secara sekaligus akan menjadi GODMADER dan GODFADER untuk anak-anak aku.  :)




Soalan 24
n idia soalan ceq,apa tanda-tanda seorang lelaki ney sayang & cintakan dia punya girl utk jadikan wife. ehem...Even da banyak ulasan dari pihak lain yg saya bole baca & rujuk tp saya nak dengaq pendapat/ulasan dari akak jumie jugak sebab jawapan akak selalu unik n sangat brilliant utk dihadam oleh otak saya nih [^_^] Norfadilawati Alias.

Jawapan 24
Wow.....................soalan ini akak kena review dalam artikel lain.  Siriesly..........................................tapi secara ringkasnya.  Lelaki kalau betui dia nak kawen dengan kita,  dia tak akan amik masa yang lama dan tidak ada apa apa di dunia ini yang akan halang dia untuk memperisterikan wanita yang dia sayangi.  AKAK AKAN REVIEW DENGN LEBIH LANJUT.


Soalan 25
bagaimana akak sentiasa mengekalkan konfiden level akak dan apa yg ptt kita buat selain mengucapkan "shokorrrrr" agar kita sntiasa bangga ngn dirik kita sbb kdg2 tu konfiden sy jatuh terjunam bila sy mula start compare diri ngn jejanzz lain (maknanya rasa x perfek)Omer Zainal Ylli
Jawapan 25
Dear u olls,  bagi akak mudah sahaja.  JANGAN JUDGE DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.  Itu adalah tidak adil sangat untuk diri kita.  Ada antara kita dilahirkan gemok,  dilahirkan OKU,  dilahirkan pandai,  dilahirkan bodoh,  dilahirkan cantek,  dilahirkan berbakat..............so kenali diri kita.  Dan kalau kita tau kita ada kelemahan dan kekurangan,  fokus terus kepada bagaimana nak self improve diri kita.  STOP COMPARING DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.  Kalau kita duk compare sahaja sampai bila pun kita tidak akan ke mana-mana.  Macam kawan akak yang OKU ni,  nama dia Tan Chin Chin.  Dia seorang CP atau kita panggil spastik.  Tapi deni style pandai gila.  Ada degree semua.  Dia lani kerja sebagai research officer di USM.  Dia dah beli rumah sendiri dan dia mampu menyara hidup dia dan mak dia.  BANGGGGGGGGGGGGAAAAAAAAAA GILAAAAAAAA KOT!  Tapi dia ni sangat rendah diri dan dia selalu down sebab dia kata dia ni OKU.  Akak hari hari akan marah dia.  Akak kata hang ni terlalu fokus pada kelemahan diri hang dan hang suka compare diri hang dengan orang yang tak OKU.  SANGAT TAK FAIR. 

Akak kata kat dia "Hang ingat aku ni kira perfect sangat ka?  Aku gemok,  perut besak,  tak boleh masuk pertandingan lari 100m apatah lagi bele.  Tapi patutkah aku compare diri aku dengan penari bele?? LOJIK TAK????? So buat apa aku nak compare diri aku dengan penari bele.  Aku just fokus kat diri aku yang gemok ni la. Kalau dulu aku pemalas buat sit up,  lani aku dah rajin.  U know...benda-benda macam tu.  Walaupun kecik tapi it will makes you feels better.  Stop punishing youself,"

Itulah kawan saya Tan Chin Chin yang sampai lani langsung tidak yakin dengan diri dia sebab dia kata dia OKU sedangkan orang yang tak OKU ramai belambak gila ada degree,  kerja tak menentu apatah lagi nak membeli rumah sendiri. 

Walaupun dressing ala aunty-aunty,  tapi bila orang suruh pose....JANGAN LEPASKAN PELUANG.  Confident itu penting.

Soalan 26
Aalam jumie, 1st of all happy birthday :)  soalan saya : apa rahsia jumie sampai leh dapat 3000 reders sehari.. hehhe. bg la petua ckit :) zue anna

Jawapan 26
Saya akan buat artikel ini nanti......tapi apa pun..........menulis dari hati dan tidak mengharap rating yang tinggi adalah kunci kepada pencapaian ini.  Jangan menulis kerana syiok sendiri dan mengharap populariti.  Itu semua budak-budak. 




Soalan 27
Puan Setiausaha soklan saya berbunyi : adakah puan jumie akan stret keja PA sampai pencen? apakah perancangan puan jumie selepas pencen? (soklan yg sangat 'penjawat awam' kan?)

Jawapan 27
Perancangan saya lepas pencen..........................saya nak beli tanah di kawasan pedalaman,  kampung,  small town.  Buat rumah kecik-kecik.  Saya fokus kepada penulisan.  Dan mana tau ....time tu nak buat freelance writer dalam majalah ka apa semua :)  WOWWW,  bestnya. 




Sekian sahaja.  Semoga u olls semua terhibur dengan sumbang carut akak pagi ini.  I leff u olls. 

6 comments:

  1. happy birthday cik jumie... :)
    semoga sentiasa dirahmati Allah, dan semoga berbahagia selalu...
    all the best!

    ReplyDelete
  2. tq sbb sudi jawap soalan ai yang tak seberapa ittew.. ^_^

    ReplyDelete
  3. hiksssssssssss....sy juga rasa seprti artist bila ada di dalam blog akka..semoganya dipermudahkan buat akak di dunia n akhirat!!

    ReplyDelete
  4. Jumie hang memang dasar wanita pondan, kalau imaginasi tuh feeling verr verrryyyyy sangat kan! Hahaha! Thanks menjawab soalan kami :)

    ReplyDelete
  5. hepi belated bday... laa haiii... sori laa takdan nak wish semalam... bz gilesss...

    nak jugak join tanye soklan... tapi masalahnye takde soklan nak ditanye... apepon semoga hepi2 selalu... haha... dan selalu2 la tulis topik2 yg semangat aku nak komen, tapi selalunye kurang berjaya sebab blog kot enpon dia limited sikit... huhuhh...

    eh tapi aku tetap sokong hang...

    ReplyDelete
  6. i like the very 1st jawapan. very the true kak. btw gbr kak jumie time kuruih tue memang hoooooooooootttttttttttttttttt glerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...heppi besday!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...