26.3.12

Kek Coklat Kukus Lina Kurus Soc Science

Hello u olls semua, hari ini akak nak share dengan u olls resepi meletops yang tak berapa ringkas tapi harus dan wajib di cuba di rumah bersama keluarga nanti iaitu resepi kek coklat kukus yang bertajuk Kek Coklat Kukus Lina Kurus Soc Science.

Meletops kan nama kek ini.  Ini adalah kerana resepi kek ini diberikan oleh kawan akak yang bernama Roslina Mohamed Idros ataupun kami panggil dia Lina Kuruih.  Soc Sciences ialah nama opis kami.  So,  dia suruh akak promote diri dia kat blog akak.  Ini gambar beliau dan anak-anak beliau.  Dia memang kuruih tapi baik hati. 
Ini akak dan Lina Kuruih masa pi Sabah dulu-dulu.  Tengok ni gambar kami dorang.  Memang dia kena duduk sebelah akak bila posing.  Kalau dia duduk belakang akak,  maka beliau akan hilang 3/4 daripada badannya.

Kek Coklat Kukus Lina Kurus Soc Science

Gambar ini akak Google jah.  Sebab gambar kek betui,  masa Lina buat kat akak,  tak sempat amik gambak...kami dah balun nenjia punya laju.  Sebab sedap sangat.

Bahan-bahan  :
1 buku butter
¾ @ 1 cawan gula perang
¾ @ 1 cawan gula kastor
1 cawan fresh milk (suamkan)
1 camca teh esen vanila atau perasa mint
(Nota Lina Kuruih : Kalau hang bubuh mint,  nanti mulut hang akan rasa macam kembang-kembang bila coklat kek tu masuk dalam mulut)
4 biji telur
¾ cawan coco powder
1¼ cawan tepung kek

Cara-caranya  :
  1. Ambil coco powder dan tepung kek dan ayakkan bersama agar sebati.  Senang nanti masa nak bancuh.
  2. Pukul butter dengan gula sampai kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan esen vanila / mint.  Kemudian masukkan coco powder + tepung sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan susu suam.  Dan kacau hingga sebati.
  6. Last sekali,  masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan tutup permukaan loyang dengan aluminum foil untuk elakkan titisan air steam ke dalam kek.  Yang boleh membantutkan tekstur kek.
  7. Kukus selama 1 jam 30 minit  hingga 2 jam. 



Extra Information  :
Kalau nak bubuh topping kat kek ini,  caranya ialah kacau whipping cream dan cooking chocolate secara double boiling sampailah mendapat tekstur yang selembut sutera.  Pastu tuang ke atas kek yang tengah panas-panas.  Barulah cokelat ini akan meresap masuk ke dalam kek.

Hidangan  :
Boleh dihidangkan panas-panas ataupun u olls boleh sejukkan dalam peti ais. 



Kalau nak tanya lebih,  sila contact orang seperti nama di bawah  :
Roslina Mohamed Idros 
(Secretariat Postgraduate Studies - Course Work & Mixed Mode)
Postgraduate Office C23 I School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia I 11800 Penang, Malaysia
Tel.  : 604-6535384 I Fax  : 604-6535380

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...