22.3.12

Makan Malam ala Italia di Campbell House, Penang

Hello u ollls semua,

Hari ini akak akan menceritakan kepada u olls semua satu tempat makan best di Penang yang nestapa ini.  Sempena hari terakhir my new anak ayam iaitu William di Pulau Pinang yang indah nestapa ini,  we olls telah pergi makan secara verver di Campbell House,  Penang.

Photo Credit to Venkkat Rammana

Tempat makan ini baru sahaja dibuka tak sampai 2 tahun yang lalu.  Terletak di Campbell Street Penang,  betui betui di tengah Georgetown.  Sapa orang Penang yang lahir sekitar tahun 80 an dan kebawah mesti sangat tau dengan Campbell Street.  Long before adanya KOMTAR,  Gama,  Kamdar apatah lagi Perangin Mall,  Campbell Street adalah tempat shopping kepada seluruh rakyat Penang apabila tibanya hari raya.  Dari membeli kasut,  beli kain,  barang hiasan rumah...semuanya ada kat sini.


So kalau ampa pasan,  kat Campbell Street ada satu kedai jam tangan Rolex yang meletops kan?  So sebelah tu lani ada Campbell House.  Dimiliki oleh pasangan suami isteri Roberto dan Nardya yang sangat baik and friendly u olls.  Roberto adalah orang Italy dan Nardya pulak adalah anak kelahiran Malaysia tapi berpindah ke London sejak umur 4 tahun.  Seperti cerita Roberto kepada akak dan rakan-rakan,  dia dibesarkan di Venice Italy (mata juling sebentar apabila dia kata dia membesar di Venice) dan bila dah besar semua dia kerja di London.  Maybe kat situ dia kenai dan kawen dengan bini beliau.  Saja teka-teka. 

Inilah Mr.  Roberto.  Sangat peramah dan very hardworking.  Bayangkan,  dia owner tempat ni,  tapi dia sendiri duk serve makan kat kami semua.  Dia la mai tegur and sembang dengan akak dulu.  Sebab celaka Danny and William tinggai akak sorang sorang depa pi isap rokok.
This is Nardya,  isteri Roberto yang comelswati.  Dia sangat sibuk juga malam itu,  walaupun dia macm feeling nak cepat tapi dia sempat mai tegur kami lagi sekali.

Bila kami tanya pasai pa hang mai Penang?  Dia kata,  dia dan isteri dah lama dalam industri perhotelan dan restaurant ni semua.  So depa nak buat start small business di tempat yang relaks dan tak berapa busy.  So depa pilih Penang.  A GOOD CHOICE!  Dia kata dia sangat suka Penang.  Pastu bila kami tanya "Tak mau bukak cawangan kat KL ka?"  ..............welll.....sorry orang KL semua.  Dia kata dia tak berapa berminat.

Okay now,  jom cerita more pasai Campbell House.  Bangunan tiga tingkat di telah diubah kepada semua tempat penginapan dengan restaurant ala-ala butik u olls.  Dulu akak duk lalu kat sini akak ingatkan tempat ni butik perabot.  Ropa-ropanya,  hotel dan tempat makan u olls.  Thanks to William and Danny,  they olls yang verver mai try makan kat sini dulu and then depa pun bawak akak mai sini lagi.

Pose ini bertajuk "DONT TALK CRIMINAL" by William.

Bilik-bilik Suites di Campbell House
Bila akak tanya kat Roberto hari tu "Berapa bilik hotel hang ada?"  Dia bagitau semua ni bukan macam bilik hotel pun.  I buat semua bagi feeling macam kat rumah sahaja.  Harga lebih kurang RM400 dan ke atas.  Akak pahamlah dah nama butik kan.  Pastu bila bukak websitenya,  baru akak tau rupanya beliau buat semua bilik standard suite u olls!  Kau mampu?

Bilik-bilik suite yang they olls miliki adalah seperti berikut.  U olls boleh click kat nama-nama kat bawah ni and terus akan masuk webpage gambar-gambar bilik depa!
First Floor Suites
First Floor Suites with Private Balcony
Second Floor Loft Suite
Second/Third Floor Duplex Suite

Il Bacaro Venetian Restaurant 
Restaurant Il Bacaro Venetian terletak di tingkat paling bawah di Campbell House ini.  Mula mula ingatkan macam feeling makan fine dining u olls,  tapi sebenarnya feeling dia more macam makan kat rumah orang di Italy.  Sangat homely rasanya.  So u olls tak perlu nak tertib-tertib sangat pun takpa.  Ada orang duk mai makan pakai seluar pendek jer pun.  Akak jer terover feeling mai pakai baju dengan bunga bunga kat bahu.  FEELING AKU!!

Harga makan kat sini not bad.  Bagi akak lebih murah daripada makan kat Chillies or TGI Friday.  Kat sini lagi murohlazoh.  Satu dish starts dari RM18 dan ke atas.  U olls boleh pilih la nak makan apa semua. 

So ini yang kami makan masa kat sini. Rasa dia memang sedap dan sangat rasa macam makan kat rumah orang Italy (DOK BUAT MACAM AKU PERNAH PI ITALY KAN?)  Tapi yang pentingnya apa yang membuatkan akak punya point ini adalah betui adalah the fact that tukang masak kat sini adalah daripada Italy :)  Yang lain pembantu semua orang tempatan la.  And Roberto kata,  mulai pertengahan tahun ini dia akan jemput adik laki dia mai untuk jadi tukang masak kat sini lagi.  Kerlas!

Untuk permulaan kami makan rice ball dengan kuah tomato,  gnochi (tepung pasta dalam dia ada kentang pastu depa masak dengan cheese),  pastu yang ujung sekali tu ialah bruchetta.  Roti depa bubuh tomato and sayuk and minyak zaitun apa semua,  pastu bakak.
Ini itek dimasak bersama kuah oren.
Main course kami,  pizza and apaka benda tepung dengan seafood.  Sedap sangat pizza dia. 
Last kopek punya u olls,  kami pekena tiramisu.  Dia punya kopi sangat meletops rasa sampai tak tidok pukul 3am.

Gambar posing ting tong tiang masa kami kat sana.  Memang insya allah akak nak mai sini lagi.  Kali ini bawak suami pulak yang sekarang ni sangat feeling sibuk kerja.  Takpalah,  suami kerja kuat bawak balik gaji banyak banyak boleh i olls pi tukak rantai baru kat Habib.



Pose tunjuk pungkur oleh dua jantan ting tong.
Akak dan William.  Lanca ini menjadi salah satu hiasan di depan Campbell House.
Akak dan Danny ting tong.
Sekian sahaja cerita untuk hari ini.  Memang happy dapat jalan-jalan and explore tempat macam ni.  Nanti ada lagi tempat best,  i olls akan share dengan u olls semua.

Read more : 
Campbell House Official Website

Campbell House on Facebook
Campbell House on What2see Online

5 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...