6.3.12

Resepi Ayam Masak Merah, Sambal Kering and Siput Lala Masak Halia

Hello u olls semua,

Akak kan isteriiiiiiiiiiii sekarang.  So haruslah feeling-feeling aunty-aunty.  Alhamdulillah,  lepas dah kawen ni,  kerajinan akak untuk memasakkan diri adalah amat membuak-buak.  Tapi akak takderla feeling masak ala-ala Master Chef u olls.  Akak feeling-feeling Nigela Lawson jer,  potong-potong,  baling-baling,  lebur semua dalam periuk...nenjia jadilah masakan simple.

Oleh itu,  bersama-sama ini akak nak share beberapa resepi simple untuk u olls cuba.  I know u olls pasti boleh dapat resepi yang lebih canggih dan meletop daripada resepi akak ini.  Its okay.  Tapi kalau u olls nak simple-simple punya,  inilah akak share dengan u olls.

Nanti kalau ada lagi resepi simple-simple akak duk buat kat rumah.  Akak share dengan u olls k.

Akak yang feeling aunty-aunty sekarang,

Jumie Samsudin


Ayam Masak Merah Resepi Kak Edeh
Ayam masak merah ini adalah resepi wajib di hari raya.  Setiap kali hari raya mesti mak akak akan masak ayam masak merah ni.  Sangat sedap dimakan bersama nasik tomato ataupun nasik jagung. 



Bahan-bahan :
1 ekor ayam 

Santan 1 ringgit (Lebih kurang 1 cawan kecik.  Kalau nak kurangkan pun boleh.  Untuk kesihatan)


Bahan A
25 tangkai  Cabai kering (nak pedaih buh lebih. Kalau malaih macam saya bubuh cabai boh saja)
5 ulas Bawang besak
5 ulas Bawang kecik
1 inchi Halia
1 inchi Lengkuas 
2 batang Serai

Bahan Hiasan
3 biji tomato 

3 batang saleri
2 ulas bawang besar

Cara-caranya  :

 
1. Blend bahan A. Pastu tumis sampai pecah minyak.


2. Boh santan. Sampai mendidih.


3. Boh ayam. (Kalau tak mau ayam pecah-pecah,  goreng dulu ayam tu.  Kalau tak mau goreng pun takpa).


4. Boh perisa apa semua. Garam, gula sikit, and perisa maggi ka apa ka. Opsyenal.


5. Pastu last dah meletops semua, bubuh la tomato, bawang besar dan saleri yang dipotong. Saja la gatai-gatai buat hiasan.


Siput Lala Masak Halia
Cara paling simple untuk menikmati binatang jenis siput siput ini.  Boleh hirup kuah dia dengan nasik sampai tersedak!  Rasa macam hirup ayak laut berperisa.  HAHAHA. 




Bahan-bahan :

1 kilo siput lala
1 biji bawang besar dihiris
2 batang serai diketuk
2 inchi halia (kalau nak bubuh lebih pun takpa)
1 cawan besar stok udang (kalau takdak,  ayak kosong pun takpa)
Tokyu (kicap) masin
Sos Sotong (ada juai kat kedai.  Kat area-area juai tokyu,  nanti ada satu botol kaca label warna putih dia bubuh gambar muka sotong)
Garam
Serbuk Perisa (opsyenal)

Cara-cara :
1.  Tumis bawang dan halia.  Pastu dah wangi.  Terus masukkan siput lala.


2.  Pastu bubuh stok udang / air kosong,  kicap,  sos sotong,  garam and serbuk perisa.  

3.  Kacau sampai semua mulut siput lala tu terbuka.  Pastu bubuh serai.

4.  Masak dengan api yang kuat dan make sure semua bahan dah siap.  So kena masak ala-ala stir fry cina!  Kalau terror boleh buat baling-baling kuali dengan tangan bagi jadi api sikit.  HAHAHHA


Sambal Kering Jawa Resepi Mak Mentua Ku,  Kak Juma
Kepada orang Penang piau,  mesti ada yang tak pernah nampak sambal kering ni.  Sambal kering ini adalah makanan WAJIB orang Jawa apabila ada kenduri kendara di rumah mereka.  Boleh makan saja-saja ataupun makan dengan nasik.  Dulu mak akak suka masak ni jugak.  Tapi tak berapa nak layan,  maybe sebab mak akak punya resepi tak guna udang kering.  Tapi resepi mak mentua akak lebih meletops.  Akak sangat suka meratahnya seperti meratah popkon di dalam panggung wayang.  Jom try!



Bahan - bahan :

Bahan A
300 gram tempe yang dipotong dadu
2 biji kentang (size besar) yang dipotong panjang-panjang macam French Fries
4 sarang suhun
100 gram organ-organ dalaman ayam seperti jantung, hati dan lempa

Bahan B
100 gram udang kering / ikan bilis
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
15 tangkai cili kering (Kalau nak pedas lagi boleh tambah)
Sedikit kunyit

Bahan C
2 camca besar gula
1 keping asam gelugor
Sedikit garam

Cara-caranya  :
1.  Mula-mula sekali,  lepas dah potong semua bahan-bahan A.  Kita kena goreng satu persatu-satu dulu.  Goreng ubi sampai kuning kuning,  pastu tos dan letak tepi.  Pastu goreng tempe pula.  Tak perlu sampai garing.  Pastu goreng organ-organ tu.

2.  Untuk suhun tu,  terpulang kepada kita,  kalau nak goreng pun boleh.  Jangan goreng lama-lama.  Make sure minyak betui betui panas dan suhun tenggelam dalam minyak.  Baru dia akan masak dan kembang elok.  Kalau nak rendam sahaja pun takpa.  Saya suka rendam sebab nanti suhun yang direndam lebih banyak menyerap rempah kita nanti.

3.  Then,  kita tumbuk semua bahan-bahan B sampai lumat.  Kalau pemalas seperti saya,  boleh blend.  Make sure air sikit.  Tapi siriesly...tidak akan sesedap bahan yang ditumbuk :)

4.  Okay,  semua dah ready.  Kita boleh start masak.  Panaskan sedikit minyak atas kuali,  pastu masukkan Bahan B yang ditumbuk tadi.  Bila dah masuk sahaja,  terus masukkan gula,  sedikit garam dan jugak asam keping yang dipotong halus-halus (sebab senang nak kembang).

5.  Tumis Bahan B sampai pecah minyak,  wangi,  pekat dan kering.  Kena jaga api.  Jangan bagi hanguih.

6.  Bila Bahan B dah kering elok,  terus masuk bahan-bahan A yang kita prepare awai tadi. 

7.  Gaul sampai rata.  Pastu...TADDAAA! Jadilah sambal kering.

7 comments:

  1. Oiiii... lapaqqqq....huhuhuhu.. salah timing baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilal....please bare in mind...blog akak FEELING AUNTY sekarang. HAHAHAHA

      Delete
  2. akak, kalo tempe tu nk ditukaqkan dgn takuaq ok dak???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang orang jawa, dia letak taukua jugak u olls. Depa goreng taukua dulu. Akak lupa letak dalam resepi ni. Tapi kalau takdak tempe tak best.

      Delete
    2. ya ka..ok2...sy nh x suka kt tempe..kalo takuaq ok jah...

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com